Khamis, Mac 26, 2009

Sahabat..

Views



SAHABAT....
Tatkala sunyi bertandang di hati...
Sepi mencengkam di sanubari..
Lantaran rindu mengusik di kalbu..
Jiwa turut merasa pilu....

SAHABAT....
Suatu ketika dahulu...
kau dan aku bersama mengorak langkah
Meniti arus perjuangan untuk membina sebuah kehidupan
Demi mencapai satu cita-cita dan impian..
Ingatkah dikau sahabat...
persahabatan kita disemai dengan benih kasih sayang..
Kejujuran dan keikhlasan menjadi syarat utama
Tunggak perhubungan....

SAHABAT...
Betapa kerinduanku menjalar di setiap denyut urat nadi..
mendamba pertemuan bersama denganmu kembali..
mengimbas kembali keriuhan gelak tawa,sendu duka yg terpatri dalam hati..
terasa syahdu ketika ini..
masih ingatkah dikau sahabatku..??

SAHABAT...
Dari jauh kutitip doa agar kebahagiaan dan kejayaan mengiringimu..
Bersama kenangan yang sentiasa subur mewangi...
Engkau kuabadikan dalam hati...
Hanya untukmu sahabat......

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH