Isnin, Mei 11, 2009

MENGATASI MASALAH BIBIR MEREKAH>>

Views
Bibir berasa kering dan pedih apabila tersenyum??Masalah bibir kering memang selalu dihadapi oleh
ramai orang apatah lagi bagi mereka yang berada di luar negara contohnya-jordan..hehehe

Dengan keadaan musim soifi(panas),atau yang sering menjilat bibir (membasahkan bibir),jika
dibiarkan sahaja boleh merekah dan berdarah tetapi ia juga boleh dijangkiti kuman.Sekiranya anda
menghadapi masalah bibir merekah,cubalah langkah dibawah untuk mengurangkan kesakitan:


  1. Elakkan menjilat bibir walaupun tujuan anda melakukannya untuk membasahkan bibir namun sebenarnya ia menghilangkan kandungan air yang berada di bawah kulit bibir anda dan menjadikannya lebih kering
  2. Gunakan gincu pelembab bibir,kebanyakannya bam yang ada dipasaran mengandungi minyak yang boleh menghilangkan air di bawah kulit mengering,selain itu petroleum juga boleh memberikan kesan yang sama terhadap bibir
  3. Penggunaan pelembab bibir boleh membantu masalah bibir merekah .Bukan sahaja melembabkan bibir juga dapat melindungi kulit bibir dari cahaya ultra
  4. Pastikan ubat gigi yang digunakan...kadang kala ubat gigi yang digunakan boleh menimbulkan kesan alahan terhadap kulit bibir.Justeru pastikan ubat gigi yang digunakan bersesuaian dengan anda
5 . Sekiranya bibir anda merekah,sudah pasti ia berasa pedih dan sakit.Justeru itu pastikan apa yang anda makan tidak menyakitkan.Elakkan pengambilan jus oren,makanan pedas dan yang sekumpulan dengannya...

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH