Isnin, Mei 11, 2009

Wasiat RASULULLAH S.A.W kepada Muslimah..(1)

Views

SELAMATKAN DIRIMU DARI NERAKA..

Diriwayatkan dari sa'id r.a,dia berkata :Pada suatu Idul Adha atau Idul Fitri,Rasulullah S.A.W pergi ke musolla.Di tengah perjalanannya,baginda melewati sejumlah kaum wanita,lalu bersabda:
"Wahai kaum wanita,bersedekahlah,sesungguhnya telah diperlihatkan kepadaku,kaum kalianlah yang lebih banyak menghuni neraka."

Sementara menurut riwayat lain,Rasulullah SAW bersabda:
"Bersedekahlah dan perbanyakkanlah istighfar (memohon ampun)."
Kemudian mereka bertanya :"kerana apa wahai Rasulullah ?"Rasulullah SAW menjawab:
"kerana kalian sering mengutuk dan menolak untuk bergaul.Aku tidak melihat kekurangan-kekurangan akal dan agama yang dapat menghapuskan kecerdasan seorang lelaki yang cermat dari salah seorang di antara kalian."

Mereka bertanya:"Apakah kekurangan agama dan akal kami.wahai Rasulullah?"

Dijawab oleh Rasulullah:"Bukankah kesaksian seorang wanita nilainya hanya separuh dari kesaksian seorang lelaki?" Mereka membenarkannya.Rasulullah SAW BERSABDA:"Itulahah antara kekurangan akal wanita.Bukankah ketika wanita sedang haid,dia tidak solatdan tidak pula berpuasa?"
Mereka pun membenarkannya.Rasulullah SAW bersabda:"Itulah diantara kekurangan agama wanita."

RENUNGAN BUAT MUSLIMAH SEJATI....

Islam memandang terhadap setiap lelaki dan wanita merupakan dua pihak yang secara bersama-sama membentuk struktur kemanusiaan (humanistik),tanpa mendiskriminasikan antara satu sama lain dalamnilai kemanusiaan.Hal ini ditegaskan oleh ALLAH SWT dalam firman-NYA:"Hai manusia,sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan,serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi ALLAH ialah orang yang paling taqwa di antara kamu.Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI lagi MAHA MENGENAL."

Beerti yang dijadikan ukuran menurut ALLAH adalah amal soleh (perbuatan baik).ALLAH SWT telah menegaskan juga,bahawa lelaki dan wanita sama-sama dikenakan pembebanan hukum.Berdasarkan firmanNYA:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka yang (diolok-olokkan) lebih baik dari mereka yang(mengolok-olokkan)wanita-wanita lain(kerana)boleh jadi wanita-wanita yang(diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang (mengolk-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri (sesama mu'min) dan janganlah kamu panggil dengan gelaran-gelaran yang buruk." (AL-Hujurat:11)

ALLAH SWT juga menuntut tenggungjawab kepadamasing-masing pihak antara lelaki dan wanita tentang perbuatannya.ALLAH SWT berfirman:

"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakan."

Dan setiap lelaki dan wanita sama-sama berhak mendapatkan balasan dari RABBnya sesuai dengan amalnya.Seperti dinyatakan oleh ALLAH SWT dalam firmanNYA.
Sesungguhnya ibu tidak dituntut banyak berfikir,melainkan kasih sayang dan kelembutan yang diperlukan.Dan menurut hemat kami ,dari perasaan wanita yang halus inilah maka Islam menganggap kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki.Namun,pengertiannya bukanlah bererti seperti yang anggapan sebahagian orang,bahawa wanita itu pebandingnya sepparu dari lelaki.Islam tidak menetapkan demikian,melainkan adanya tujuan dan prinsip lain,iaitu hanya yang berkenaan dengan hal yang bersifat substansial,yakni kesaksian.
Pada diri seorang wanita telah digariskan watak yang lembut,cepat bertindak dan tergesa-gesa.Oleh kerana itu,dituntut adanya pihak lain yang menyertainya.Dan inilah yang dijelaskan oleh ALLAH SWT dalam firmanNYA:
"Jika tidak ada dua orang lelaki,maka(boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai,supaya jika seseorang itu lupa maka seorang lagi mengingtkannya." (AL BAQARAH:282)

Jika yang dimaksudkan adalah mengingatkan (antara satu dengan yang lain).bererti anggapan orang bahawa wanita itu perbandingannya separuh dari lelaki adalah keliru.Ini dapat disimpulkan dri pernyataan RASULULLAH SAW dengan "NUQSHAN AL-AQL"(kurang akal).
Hal ini bukan merupakan aib seorang wanita kerana diamemang telah diprojekkan untuk urusan besar.Ketahuilah tugas besar itu adalah sebagai seorang ibu yang dituntut untuk mengandung ,melahirkan dan menyusui.Seandainya wanita tidak diciptakan sedemikian rupa ,tentu tidak mampu memikul tugas tersebut.Ini bukan bererti maksud bahawa wanita adalah pihakyang selalu luput,atau memang dia diciptakan luput dan lupa.bukan demikian.namun dalanm hal lain lelaki juga mengalami kesalahan.Bahkan daya fikir wanita kadang-kadang lebih dominan dari lelaki.
Meskipun demikian,tentang kelembutan perasaan wanita seperti yang dikemukan itu semua tinjauan secara umum.sedangkan bila ditinjau secara khusus,alam masalah tersebut terdapat kontrakdisi antara akal dan kelembutan perasaan.Sejarah telah meninggalkan contoh yang faktual dan benar sebagai acuan kita.seperti Tokoh-tokoh wanita berikut:

1-CONTOH KEGENIUSAN DAN DAYA FIKIR

Contoh wanita ini adalah ASMA' binti Abu Bakar r.a.Sudah jelas bahawa bagi kita kecemerlangan akalnya,kebesaran jiwannya dan kuat pendiriannya yang mengalahkan kebanyakan kaum lelaki
.
Al-kisah Abu Bakar r.a membawa semua hartanya ketika RASULULLAH SAW berhijrah ke madinah.Di sana ada Abu Quhafah,datuk Asma' masuk.Dia telah hilang penglihatannya lalu berkata:"Demi ALLAH,aku tidak melihatnya.kamu telah dibuat susah kerana hartanya,sebagaimana kamu susah kerana dirinya." Kemudian,Asma' berkata kepadanya dalam nada yang cepat,:Janganlah begitu wahai datuk,sesungguhnya beliau(ABU BAKAR) telah meninggalkan kepada kita kebaikan yang banyak." Lalu Asma' mengambil sejumlah batu ,kemudian meletakkan sehelai baju di atasnya.Kemudian dia mengambil tangan datuknya lalu berkata,"Wahai datuk,letakkanlah tanganmu diatas harta ini." Datuknya pun meletakkan tangannya diatas harta tersebut.Si datuk berkata :"Tidak mengapa jika Abu Bakar telah meninggalkan harta ini untukmu,bagus sekali dan ini cukup untukmu."
Padahal sebenarnya ABU BAKAR tidak meninggalkan sesuatu pun kepada Asma'.Namun dengan kecerdikan akal Asma' telah membuat Abu Quhafah tidak marah kepada anaknya,yakni Abu Bakar.Asma' r.a telah disebut sebagai orang yang memiliki daya fikir kerana kecemerlangan ideanya itu.Di samping itu,dia juga pernah membekalkan makanan pada RASULULLAH SAW ketika baginda berada di gua.Dia telah gugur sebagai syahid ketika terjadi perang yarmouk...

B-CONTOH KEGENIUSAN PEMIKIRAN ASY-SYIFA BINTI ABDULLAH

Dia adalah generasi sahabat yang mulia.Memiliki akal yang cerdas dan daya penalaran yang sangat tajam.Umar bin Khattab r.a mengutamakannya dalam berpendapat dan suka dengan pendapatnya lantaran ketepatannya.Bahkan dia ditunjuk leh Rasulullah SAW untk mengajar Hafsah tentang membaca dan menulis sebagainya.

SAUDARAKU WANITA MUSLIMAH,
Sesungguhnya iman adalah ucapan dan perbuatan serta aqidah yang akan bertambah sebab taat dan boleh berkurang kerana kemaksiatan.ALLAH SWT telh menyebutkan ciri-ciri orang-orang mu'min dengan firmanNYA:

"Sesungguhnya orag-orang yang beriman it adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH,gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNYA,bertambahlah iman mereka(keranaNYA),dan kepada RABBlah mereka bertawakal.(Iaitu)orang-orang yamg mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (AL-ANFAL:2-3)

ALLAH SWT telah menjadikan amal-amal seperti zikir,tawakal,solat dan zakatsebagai tanda keimanan.Melalui itulah keimana seseorang dapat dilihat.Sejauh seseorang melaksanakan amal-amal tersebut dengan sempurna,bererti sejauh itulah kesempurnaan imannya.Dan sejauh wanita memenuhi segala kewajipan ,sunnah dan ketentuan2 tersebut,maka sejauh itulah juga tingkat keimanannya.Berkenaan dengan inilah RASULULLAH SAW memberikan wasiat kepada kaum wanita dan peringatan terhadap wanita beriman sekaligus menunujukkan mereka jalan yang menyelamatkan mereka dari neraka.Renungkanlah wasiat berikut:
Sabda RASULULLAH SAW:
"Aku diperlihatkan pada kalian,"maksudnya adalah bahawa ALLAH SWT telah memperlihatkan kaum wanita kepada Nabi SAW di malam ISRA'.Diriwayatkan juga bahawa bahawa Nabi SAW melihat neraka yang penghuninya kebanyakan dar kaum wanita.Pernah suatu ketika,setelah Rasulullah SAW menyelesaikan melaksanakn solat gerhana bulan bersama kaum muslimin dan juga ketika terjadi gerhana matahari pada masa RASULULLAH SAW,kaum wanita juga tertanya-tanya.Lalu mereka bertanya,"Mengapa dmikian,wahai RASULULLAH?"Rasulullah memberikan jawapan secara mudah terdiri daripada dua perkara:
"kalian sering mengutuk dan menolak untuk bergaul."
Sabda Nabi SAW:"kalian sering mengutuk"maksudnya di antara kalian seringkali melontarkan kutukan-kutukan.Sedangkan sabda Nabi SAW "menolak bergaul"
maksudnya mereka sering meringankan hak-hak suami.suami disebut "asyir" oleh kerana suami mengauli isteri dan isteri mengauli suami.

Demikianlah wasiat pertama RASULULLAH SAW.....
(Dipetik dari karangan syeikh MAJDI FATHI IBRAHIM)
☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH