Isnin, Julai 13, 2009

Al-Quran Dan Ilmu Pengetahuan(1)

Views

Al-Quranul karim sebagai atu mukjizat yang terbesar bagi Nabi Muhammad S.A.W seperti yang kita ketahui,amat dicintai oleh kaum muslimin kerana fushah serta balaghahnya dan sebagai sumber petunjuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Hal ini terbukti dengan perhatian yang besar terhadap pemeliharaannya semenjak turunnya di masa Rasulullah sampai kepada tersusunnya sebagai satu mashaf di masa uthman bin Affan.Kemudian sesudah Utshman,mereka memperbaiki tulisannya dan menambah harakat dan titik pada huruf-hurufnya agar mudah dibaca oleh umat islam yang belum mengerti lagi apa itu ISLAM.

Kerna kecintaannya kepada Al-Quran dan untuk membuktikan kebenarannya,mereka mengarang dan menterjemahkan bermacam-macam buku ilmu pengetahuan baik yang mengenai bahasa arab,syari’ah,filsafat dan akhlak mahupun yang mengenai kesenian dan ekonomi sehingga penuhlah dengan buku ilmiah perpustakaan-perpustakaan islam di kota-kota besar seperti mesir,cardova dan lain-lain.Hal ini sesuai dengan ajaran Al-Quran sendiri.

Ilmu-Ilmu pengetahuan pada zaman keemasan islam dapat dibahagikan kepada 4 bahagian:

1-ILMU BAHASA ARAB

2-ILMU SYARI’AT

3-ILMU SEJARAH

4-AL-HIKMAH DAN FILSAFAT(ILMU-ILMU SELIN BAHASA DAN AGAMA)

1-ILMU BAHASA ARAB

Ilmu bahasa ini terdiri dari beberapa ilmu,di antaranya ilmu nahu,ilmu sorof,balaghah,ilmu bahasa dan ilmu arudh.

a .Pada mulanya bahasa arab dapat bertahan dengan terhadap kemunduran yang mulai terasa pada akhir-akhir masa Bani Umaiyah kerana tampuk pemerintahan seperti jabatan panglima-panglima,gabenor,dan kedudukan-kedudukan yang penting lainnya masih dipegang oleh orang arab yang bahasanya tetap bahasa(fasih) murni lebih lagi mereka amat fanatic terhadap bangsa dan bahasa mereka.

Di masa itu seseorang pemimpin yang menyimpang dari tatabahasa yang fasih walaupun sedikit saja sudah dianggap rendah dan tercela.Tiap-tiap pemimpin sama ada ia pemimpin politik mahupun pemimpin perang,social,semenjak dari khalifah sehingga kepada ketua daerah adalah orang-orang yang ahli dalam bahasa,cekap berpidato dan mengkritik qosidah-qosidah yan diucapkan dihadapannya.Kefasihan dan ketinggian mutu bahasa ini bukan sahaja dimiliki oleh para pemimpin,tetapi dimiliki oleh umumnya bangsa arab kerana perasaan bangga terhadap keturunan dan nasab serta perasaan bahawa mereka adalah golongan yang tertinggi dan teristimewa sangat mendalam dalam jiwa mereka meskipun sifat ini bertentangan dengan prinsip agama islam sehingga mereka enggan bergaul dengan orang yang bukan bangsa arab dan merasa rendah bila ikut bekerja bersama-sama orang-orang ‘ajam(bukan bangsa arab)

Di antara orang-orang arab itu jarang sekali yang mahu bertani,bertukang,menternak, dan sebagainya.Dengan demikian bahasa arab dapat terpelihara kemurniaannya kerana percakapan di antara orang arab tidak dapat dipengaruhi oleh kelemaha dan kekurangan mutu bahsa yang dipakai oleh orang asing(‘ajam) itu.Tetapi kerana berdirinya kerajaan Bani Abbas yang boleh dikatakan atas bantuan rang-orang Persia terutam atas bantuan Abu Muslim Al Khurasani,maka sebagai balas jasa ,diserahkan kepada mereka beberapa jabatan yang penting dalam Negara.Dan dengan beransur-ansur bertambah banyaklah diantara mereka yang menduduki tempt-tempat yang tinggi seperti jawatan gabenor,panglima dan menteri.

Makin lama makin bertambah naiklah nama dan kedudukan mereka dan dengn sendirinya dapat mengurangi kedudukan orang arab.Akhirnya tidak sampai satu abad semenjak terbinanya kerajaan Bani Abbas,semua kedudukan yang penting kecuali pangkat khalifah telah dipegang oleh orang Persia.Oleh kerana yang memegang bukan bukan bangsa arab lagi,maka hilanglah perasaan bangga terhadap nasab dan keturunan atau perasaan bahawa mereka adalah golongan yang tinggi dan mulia.jika dahulu mereka enggan bekerja sebagai petani,peternak dan tukang,sekarang mereka telah memasuki semua lapangan bahkan banyak di antara wanita-wanita Arab yang berkahwin dengan peranakan Arab-Persia,bahkan juga ada yang berkahwin dengan orang-orang Persia sendiri.

Dengan berasmilasinya orang-orang arab ke dalam masyarakat Persia,mulailah bahasa mengalami kemunduran.APalagi pemimpin-pemimpin yang berkuasa bukan berbangsa arab sehingga timbullah satu bahasa pasar yang tidak dapat dianggap sebagai bahasa arab murni seperti yang terjadi di mesir dan Damascus.

Hal ini menimbulkan kesedaran para ulama’ dan ahli bahasa arab sehingga mereka bangun serentak untuk mempertahankan bahasa arab dari keruntuhannya.Dengan rosaknya bahasa arab,tentu tidak akan ada lagi yang dapat memahami al-quran sedangkan Al-Quranul karim itu adalah kitab suci yang harus selalu dipelihara dan diperdalamkan isi dan maknanya.kerana itu mereka merasa bahawa diatas tanggunjawab merekalah terletaknya kewajipan untuk memelihara Al-Quran dengan jalan mempertahankan kemurniaan bahasa arab.

Untuk itu mereka telah mengarang ilmu nahu(gramatika bahasa arab) agar bahasa arab dapat dipelajari dengan baik oleh umat yang tidak berbahasa arab sehingga mereka terhindar dari kesalahan-kesalahan pengucapan dan dapat membaca dengan fasih.

Ilmu ini telah dirintis penyusunannya,mula-mula oleh Abu Aswad Ad Duali,atas nasihat Ali Bin Abi talib.kemudian ilmu ini berkembang di Bashroh dan menjadi luas pembahasannya sehingga banyak ulama-ulama dan ahli bahasa yang mengarang kitab-kitab nahu.Di antara pengarang-pengarang kitab Nhu adalah Abu ishaq Al Hadhrami yang wafat pada tahun 117 H.,Isa Bin Umar yang wafat tahun 149 H.Pengarang kitab Al Jaami’ dan Al ikmal,.Al Khalil bin Ahmad ,Sibawaihi,Abu Amir bin Al-‘Ala’,yang wafat 154H dan Al-Ahfasy,Murid sibaiwaihi.Ilmu nahu ini berkembang pula di kufah yang dipelopori oleh mu’adz Al-Harra.Abu Jaafar Ar Ruasi dan kedua muridnya –muridnya Al-Kisai dan Al-Farra,sehingga terjadilah dua aliran dalam ilmu nahu ini,iaitu aliran bashrah dan aliran kufah.AKhirnya kedua aliran ini bertemu di Baghdad,Pusat pemerintahan Abbasiyah-masing-masing dibahas oleh Ilmu QUtaibah dn hanifah Al-Dinauri.



b.BALAGHAH
Mereka menyusun pula ilmu Balaghah yang mencakupi Ilmu Bayan.Ma’ani dan Badi’ untuk menjelaskan keistimewaan dan keindahan susunan bahasa dan segi-segi I’jaz Quran.Ilmu ini disusun setelah selesai dikarang Nahu dan sorof.
Kitab yang mula-mula dikarang dalam Ilmu Bayan ialah kitab Majazl Quran oleh ‘Ubaidah,Murid Al Khalil.Kemudian disusul oleh beberapa ulama’ .Dalam ilmu Ma’ani ,Kitab I’jaazul Quran yang dikarang leh Al-Jahizh dan dalam ilmu Badi’ kitab yang dikarang oleh ibnu Al-Mu’taz dan Qudamah bin Ja’far.Kemudian berturut-turut ulama’ mengarang bermacam-macam kitab dalam ilmu Balaghah sampai muncullah seorang ahli Balaghah yang termahsyur iaitu,Abdul Qaahir Al-Jurjani yang mengarang Kitab Dalailul I’jaz dalam ilmu Ma’ani dan kitab Asrural Balaghah dalam ilmu Bayan,dan As-sakaki yang mengarang kitab Miftahul Ulum yang mencakupi segala masalah dalam ilmu balaghah.

c.ILMU BAHASA
Untuk memelihara pengertian kata-kata dlam Al-Quran,mereka mengarang kamus bahasa arab.Pada mulanya kamus-kamus ini hanya merupakan kitab-kitab kecil yang mengupas bermacam-macam kata,seperti kata-kata yang berhubungan dengan manusia,binatang,tumbuh-tumbuhan dan benda-benda.Kemudian muncullah Al Khalil yang mengumpulkan kata-kata bahasa arab dalam suatu kitab dan menyusunnya berdasarkan huruf-huruf yang dimulainya dengan huruf ع ,kerana itu kitab ini dinamakan “kitabul ‘Ain”.Kemudian disusun sebuah kamus yang tersusun menurut huruf hijaiah oleh Abu Bakar Bin Duraid yang dinamakan “Al Jamharah”.Lalu timbullah bermacam-macam kamus yang dikarang oleh ahli-ahli bahasa,di antaranya: ASH-SHIHAH yang dikarang oleh Al-Jauhari,Al-Muhkam yang dikarang oleh Ibnu Sayyidih,Al-Muhith yang dikarang oleh Ash-Shahib bin ‘Ibad,An-Nihayah Oleh Ibnu al-Atsir,Lisanul Arab Oleh Ibnu Muqarran dan lain-lain sebaginya.

Puteri Ghaib

2.- ILMU SYARI’AT

Ilmu syari’at terdiri daripada beberapa cabang ilmu pengetahuan .Di antaranya:

1-Tafsir

2-Hadith

3-Fiqh

4-Usul Fiqh

5-Ilmu Kalam

a.TAFSIR

Di dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang muhkamaat(terang dan jelas ertinya) dan ayat-ayat yang mutasyabihaat(kurang terang dan kurang jelas ertinya).Para sahabat dalam memahami ayat-ayat Al-Quran itu mempunyai pendapat yang berlainan kerana perbezaan cara memahami.kerana adanya perbezaan ini,maka ahli-ahli tafsir dalam menafsirkan ayat-ayat mutasyabihat lalu berpegang kepada tafsiran Rasulullah SAW dan hadith.Apabila mereka tidak mendapatkan hadis-hadis,maka lalu berijtihad sendiri dengan berpedoman kepada ayat-ayat lain dan hadis-hadis yang ada.Kadang-kadang mereka berpedomankan kepada sejarah,terutamanya yang berhubungan dengan ayat-ayat yang mengenai kisah-kisah orang dahulu.

Pada mulanya tafsir-tafsir itu hanya mengenai beberapa surat atau kumpulan tafsiran beberapa ayat saja.Barulah pada masa pemerintahan Abbasiyah ada tafsir yang lengkap meliputi seluruh Al-Quran.

Di antaranya ahli tafsir pada pertama ialah sufyan bin Uyainah(wafat 198H),Waki’ bin Jarrah(Wafat tahun 198H),Ishaq bin Rahawaih(Wafat tahun 238H),Mutaqil bin Sulaiman Al-Balhi dan Al-Farra.Ahli-ahli tafsir termasyur kedua ialah Muhammad Bin Jarir Ath-Thabari .Tafsirnya diikuti oleh Ats-Tsa’labi dan Al-Wahidi.Sesudah itu barulah muncul beberapa ahli tafsir yang memasukkan ke dalam tafsirnya perubahan-perubahan mengenai bermacam-macam ilmu seperti: nahu,Fiqh,usul fiqh,ilmu kalam,Balaghah,dan kisah-kisah.



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH