Sabtu, September 12, 2009

Rintihan Hamba...

Views


Ya Allah..
Tatkala malam melabuhkan tirainya
Hati ini merintih sayu
Mengenangkan dosa dan kisah silam
yang meninggalkan kesan disekelumit dadaku

Ya Allah....
Tatkala hati riang gembira
Aku lalai dan alpa
Aku lupa pada-MU YA Rabbi
Sedangkan ENGKAULAH yang memberikan segala kebahagiaan dan kegembiraan
Buat hamba-hamba MU ini...

Ya Allah...
Tatkala aku terngadah dan terjatuh
sunyi dan keseorangan
Aku sedar....
Aku punyai ENGKAU sahaja YA ALLAH
ENGKAU tempat aku berpaut memohon pertolongan
Engkau tempat aku merintih kesedihan
Engkau memberikan aku sejuta ketenangan dan mendamaikan keresahan
Engkau sahajalah yang mengubati segala duka dan lara di jiwaku

Ya Allah...
Ampunkanlah dosa-dosa hamba-mu yang hina ini
Yang sering berbuat kesalahan
Aku sering lupa
Hatiku sering lalai
Padahal umurku kian tiada
Namun dosaku makin bertambah
Tanpa menyedari bahawa akulah insan yang paling rugi di sisi-MU
Hati ku terusik hanya ENGKAU sahaja yang tahu
Jiwa ku retak menanti belah ENGKAU yang mengubati
Engkaulah MAHA Pengasih lagi MAHA PENGAMPUN

Ya Allah.....
Dingin malam yang sunyi sepi ini
Ku bersujud kepada-MU
Bertasbih memuji kebesaran-MU
Meratib memohon keampunan-MU
Dari-MU ku datang Dari-Mu jua ku pergi
Ya Allah.....Irhamni Ya Rahman..........













☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad berkata...

Semoga Ramadhan yang bakal ditinggal pergi tidak akan mengurangi amal ibadat yang dilakukan pada bulan tersebut. Semoga Allah beri kekuatan pada kita semua.

Tidak ingin menjadi hamba Ramadhan

Akh Tg

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH