Rabu, Disember 23, 2009

~ 10 MUHARAM..~

Views

MUHARAM
adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

~10 Muharam~

Dari Ibnu Abbas r.a berkata,Rasulullah S.A.W Bersabda:"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10muharam),maka ALLAH akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10muharam),maka akan diberikan pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah,dan 10,000 pahala orang mati syahid,dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut,maka ALLAH SWT akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberikan makanan kepada orang yang berbuka puasa pada orang-orang mukmin pada hari Aasyura ,maka seoalah-olah dia memberi makan pada seleluruh ummat Rasulullah SAW yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."



Lalu para sahabat bertanya Rasulullah SAW :"Ya Rasulullah,adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".Maka berkata Rasulullah SAW :"Ya memang benar,Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura ,menjadikan laut pada hari Aasyura,menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,menjadikan nabi Adam dan Hawa pada hari Asyura.Lahirnya Nabi IBrahim juga pada hari Aasyura ,dan ALLAH SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,ALLAH SWT menenggelamkan Fir'aun pada hari Asyura,menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s pada hari Asyura ,ALLAH SWT menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,Allah mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,ALLAH SWT telah mengembalikan kerajaan Nabi sulaiman juga pada hari Aasyura ,dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!"

SEJARAH 10 MUHARRAM


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.

(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.

(3) Dicipta Adam a.s.

(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.

(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.

(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.

(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.

(8) Selamat Musa dan pengikutnya.

(9) Lemas Firaun.

(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.

(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.

(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.

(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.

(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.

(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.

(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.

(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.

(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.

(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Wallahu A'lam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH