Rabu, Disember 09, 2009

~..Mujahid & Mujahidah..~

Views

Dalam mengharungi samudera kehidupan..

Kita ibarat sang pengembara yang menjadikan hidup ini sebagai sketsa perjuangan..
Tiada masa untuk mereka berpangku tangan apatah lagi untuk berpeluk tubuh.
Setiap titisan peluh dan darah tidak akan sirna ditelan waktu dan Setiap goresan luka di jalan ALLAH akan menjadi saksi pengorbananmu.


Wahai Ansarullah..

Insan Yang menjadikan ALLAH Taala sebagai tujuannya..
Menjadikan Rasulullah sebagai teladanmu..
Al quran kalamullah sebagai pedoman dalam kehidupan..
Malah..Jihad adalah jalan perjuangan yang wajib engkau tempuhi dalam perjalanan musafir kehidupan..
Mati di jalan Allah Taala menjadi tunggak cita-cita yang tertinggi demi mendapatkan nikmat Syurga-NYA..


Sang Mujahid & Mujahidah

Tidak pernah berhenti merentasi jalan yang berliku ini..
Biar sekalipun musuh datang menghadang perjalanan kita,namun langkah tetap tercipta dan terus maju membawa hati sang perindu syahid yang abadi..
Sang mujahid yang tidak pernah takut untuk menghadapi mereka yang pengecut untuk menghapuskan kezaliman serta menumbangkan kebatilan nahi mungkar..Sesungguhnya dalam hati sang mujahid menjanjikan islam akan mencapai kemenangan!


Wahai Sang Pejuang Allah..

Sekali kau terjatuh tidak bermakna engkau lumpuh..
Teruskanla usahamu untuk menggapai matlamat sebagai syahid di jalan ALLAH..
Gapailah impianmu sehingga mencapai puncak kejayaan malah menjadi insan yang berguna..
Tapi ingatlah..
Apabila berjaya,,janganlah kita lalai dan terleka
Tajdidkanlah Niat dan amalmu..teguhkanlah imanmu dalam mengingati Sang Pencipta Semesta Alam..
Hidup ini sesungguhnya penuh pancaroba.. berliku untuk engkau tempuhi ..
Maka kita harus tabah dalam mengharunginya dengan semangat yang waja..

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

Cahaya kesempurnaan berkata...

mana dye mujahid mujahidah yg akan membgnkan agama!ayuhla..bangkitlah demi agama!

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH