Rabu, Disember 23, 2009

~Penyakit-penyakit Rohani dan penyembuhannya~

Views


Assalamualaikum....

Penyakit rohani sering melanda setiap insan tidak kira sekuat mana pun mereka.Dan kita perlulah mencari setiap jalan penyelesaian pada segala masalah.~No problem without solution..rights?~
Pengertian Rohani
Rohani dalam segi bahasa- roh,batin atau berkaitan dengan jiwa dan sebagainya yang menunjukkan sebagai satu unsur peribadi manusia yang paling halus yang tidak nampak oleh pancaindera tetapi gejala dalam kerjanya dapat dirasakan.
Gejala-gejala itu adalah-
  • menangkap dan menyimpan pengertian
  • mengingat
  • berfikir
  • berkemahuan
  • rindu
  • sedih
  • gembira
Tetapi dalam suatu masalah adakalanya makna kata-kata tersebut tidak sama.
Misalnya perkataan:" hati",menurut jasmani,ialah satu bahgian isi perut yang merah kehitam-hitaman warnanya terletak di sebelah kanan perut besar yang berfungsi mengambil sari-sari makanan di dalam darah dan menghasilkan hempedu.
Dalam bahasa inggeris dinamakan "Liver"
Adapun hati menurut rohani ialah sesuatu yang ada dalam peribadi manusia yang dianggap sebagai pusat kesedaran batin dan tempat penyimpanan pengertian-pengertian dan perasaan.
Justeru jika kita mengatakan penyakit hati maka yang dimaksudkan ialah penyakit rohani dan bukan penyakit LIVER.

Sementara itu,Imam ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' mengungkapkan bahawa roh ada dua makna.
  1. Berupa jenis yang halus yang bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot otot dan urat-urat yang bermacam-macam itu tersebar ke seluruh bahagian-bahgaian badan
  2. berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui segala sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian
Penyakit jiwa kadang-kadang dinisbahkan kepada penyakit saraf kerana psikitiari menemukan kerosakan pada saraf.Namun dapat juga diertikan sebagai penyakit kejiwaan yang menyebabkan ketidaknormalan dalam perkataan dan tindakan.

Firman Allah SWT:
"Mereka bertanya kepadamu (hai Muhammad) tentang (hakikat insane) roh.katakanlah,bahawa roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit sekali."
<>

Maka dapat ditafsirkan bahawa penyakit rohani seperti berikut:
  • Penyakit rohani adalah sifat buruk dan perosak dalam batin manusia yang menganggu kebahagian
  • Penyakit rohani ialah sifat dan sikap dalam hati yang tidak diredhoi ALLAH SWT,sifat dan sikap mental yang cenderung mendorong peribadi melakukan perbuatan buruk dan merosakkan
  • Penyakit rohani ialah sikap mental yang buruk,merosak dan menghalangi peribadi memperolehi keredhoaan ALLAH SWT.
~Gejala-gejala Penyakit rohani~

Apabila seseorang melakukan maksiat,maka satu titik hitam akan muncul pada hatinya,jika ia tidak bertaubat,titik hitam ini akan kekal.Sekiranya ia bertaubat dan memohon ampun,titik hitam ini kan hilang.Sekiranya mereka berterusan melakukan maksiat,lama kelamaan hati mereka kan jadi hitam.Pada saat itu mereka akan terhijab dari makritatullah.

Firman Allah SWT:
"Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit,maka bertambahlah kotoran atas kotoran yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan mereka kufur."
<>

Antara gejala-gejala seseorang menghidap penyakit rohani adalah:-
  • Lemahnya daya kerja
  • Tumpulnya daya fikiran
  • kelemahan rasa
  • gelisah dan keluh kesahLiar terhadap kebenaran
  • Prasangka buruk
  • suka menghasut
  • Menaruh hati terhadap perempuan yang bersuami
~Kesan dari penyakit Rohani~

  • Menganggu ketenangan
  • Menjauhkan diri dari ALLAH TAALA
  • Melumpuhkan daya kerja
  • Merosakkan jasmani
  • menimbulkan psiko-neurose
~Cara penyembuhan secara Umum~

  • Memeriksa diri
  • kesedaran dan ingat kepada ALLAH SWT
  • Taubat dan istighfar
  • Doa mohon perlindungan
  • Maw'izatul hasanah
  • Pengisian sifat-sifat mahmudah
~Memperkebalkan Rohani~
  • Pemantapan sifat-sifat mahmudah
  • Muraqabah yakni memperkebalkan diri dari penyakit rohani,berwaspada dan berjaga-jaga
  • Riadah /sukan
  • santapan rohani
  • Solat dan zikir
  • Ikhlas
Demikian adalah anatara gejala-gejala dan ciri-ciri Rohani yang sihat,hati yang sejahtera atau mental yang stabil nampak begitu teguh,kuat dan normal,takwa,cenderung,taubat,bersih,mulia,tenang dan diliputi rasa damai dan lain-lain sifat mahmudah.
Sesungguhnya berkat hati yang penuh kedamaian itulah maka bertaburlah perasaaan tenang dan nikmat penuh persaudaraan
Maka,wahai teman-teman sekalian..ayuhlah kita bermuhasabah diri kembali.Tajdidkan niat dan amal kita..fikirkan apakah yang terbaik untuk kita untuk kebaikan kita diakhirat.Moga kita tergolong dalam orang-orang yang soleh dan solehah di mana kita meletakkan pergantungan hanya kepada ALLAH TAAlA dan sentiasa berusaha mendapatkan kecintaan-NYA dan keredhoaan-Nya buat kita.


~"Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat
ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya\
Bila tangisanmu berpanjangan
dengan hatimu kedukaan
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu
Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu
Bila kau telah mencuba segalanya
tetapi tidak berhasil
Allah telah mengumpul segalanya untuk satu saat yang tidak terduga
Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman
ALLAH telah berada hampir padamu
Untuk kurniakan kejayaan hakiki..
Hidup indah jika kerana ALLAH
Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan dari TUHANmu
Maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan-NYA!~


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH