Isnin, Januari 25, 2010

~ Marah~ Jangan jadi hamba Emosi ^_^

Views




Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)


~MARAH~

MySpace MySpace MySpace MySpace


RASULLAH S.A.W BERSABDA: "SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU..

Manusia..bila marah ia sering melupakan kebaikan yang pernah dilakukan insan tersebut padanya.betul atau tidak??Tidak kira apa jawapanmu.. apapun itulah realitinya..=) rights..

Tahukah sahabat sekalian..
"Marah"..secebis api yang bersumberkan dari api ALLAH yang bernyala-nyala,yang panasnya naik ke pangkal hati,dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara ,kemudian diselaputi oleh abunya.Daripadanya terpancar sifat yang terpendam di dalam setiap hati orang yang sombong dan bongkak,seperti terpancar api dari batu yang bergesek dengan besi.

Lantas melalui sifat marah itu lah timbulnya perasaan-perasaan yang lain iaitu dendam ,hasad dengki dan ketahuilah,menerusi sifat-sifat inilah telah banyak orang yang binasa dan banyak juga orang yang rosak.kerna punca segala kebinasaan dan kerosakan itu adalah bersebab dari segumpal daging (hati),sesungguhnya teman-teman,jika daging itu dijaga dengan baik,baik pulalah seluruh tubuh.

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. -

Saidina Ali bin Abi Thalib





Sesungguhnya marah merupakan sebuah bentuk emosi yang dimiliki manusia
Dan manusia meluahkan marah dengan pelbagai cara dan jalan yang berbeza-beza.Sesetengah manusia memendam marah untuk sementara dan ada sebahagian manusia berfikir dengan memendam marah tersebut dapat meredakan marah agar tidak meledak.Tindakan itu mungkin dapat membantu pada waktu itu tetapi, jika kita berpendapat memendam marah itu dapat meredakan,sesungguhnya hal itu tidak bermanfaat untuk masa depan kerana tindakan itu cuma menunda emosi marah kita dan akhirnya marah yang kita pendam itu akan mengarah kepada penyakit yang berhubungan dengan stress dan ledakan marah.

Marah sememangnya menimbulkan situasi serba salah.Jika kita melampiaskan begitu sahaja,beberpa jenis penyakit bakal menunggu kita tetapi sebaliknya bila kita memendam marah pula,akan ada juga penyakit yang bakal mengundang.tapi..no problem without solutions..^-^
Setiap orang pasti pernah mengalami marah,entah diungkapkan mahupun dipendamkan dalam hati.
walaupun kemarahan dikeluarkan,caranya adalah berbeza-beza antara seorang insan dengan yang lain.

Banyak perkara yang mampu membuatkan kita marah.Namun,umumnya kita marah bila hak-hak atau nilai-nilai yang kita junjung dipijak-pijak orang lain,harga diri kita dijatuhkan,atau jengkel bercampur kecewa terhadap keadaan yang dihadapi.atau marah disebabkan oleh ketidakadilan,kurang kebebasan,rasa iri hati atau perasaan tidak aman.

Sedarlah teman-teman..jauhi marah amalkan sifat memaafi..Sesungguhnya insan yang cemerlang adalah insan yang mampu mengawal emosi marah dan tidak menjadi hamba kepada emosi mereka.

Daripada Abu Hurairah R.A : bahawasanya seorang lelaki berkata kepada NABI S.A.W. " Berwasiatlah kepadaku," Lalu Nabi S.A.W menjawab :" Janganlah Engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali,Nabi S.A.W menjawab :"Janganlah Engkau Menjadi seorang yang pemarah ."

Sesungguhnya hakikat marah menurut islam adalah marah yang terpuji dan marah yang tercela.Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri ,agama,kehormatan,hak atau menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut.Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh islam.Oleh itu,umat islam perlu lah menjauhinya.
Berkata Ja'far r.a: Kemarahan itu adalah kunci segala kecelakaan


Sesungguhnya manusia perlulah menanamkan sifat mendahulukan sifat maaf dan sabar di atas kekhilafan dan ketidaktahuan


Ketahuilah bahawasanya sifat marah itu bila tidak dikekang dengan segera, nescaya
sukarlah ia disembuhkan dengan serta-merta, maka ketika itu ia akan terpendam di dalam
kebatinan, dan bersarang di situ, sehingga menjadi sifat dendam pula.
Pengetian dendam itu, ialah bila hati anda merasa sangat berat terhadap, seseorang,
seperti membencinya, menjauhi diri darinya dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam
hati anda dan sentiasa hidup di situ.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Orang Mu’min itu bukanlah seorang yang pendendam.”
Jadi nyatalah, bahawa sifat dendam itu bersumber dari sifat marah, dan ia akan
menimbulkan berbagai-bagai perkara mungkar iaitu:


1. Perasaan hasad dan dengki dalam diri, sehingga anda merasakan tidak senang bila
melihat seseorang berada di dalam kenikmatan, lalu anda mencita-citakan
terhapusnya nikmat itu daripadanya. Tegasnya anda tidak suka seseorang yang
hidupnya senang-lenang, sebaliknya anda merasa gembira bila ia ditimpa bahaya
atau kesusuhan. Perilaku ini adalah contoh dari perilaku orang-orang munafik.


2. Anda bukan saja menyimpan perasaan hasad dan dengki di dalam diri anda, malah
anda merasakan senang sekali, bila orang itu terkena sesuatu musibat atau bala
bencana.


3. (3) Anda akan menjauhinya dan memutuskan semua perhubungan dengannya. Tidak
mahu bergaul dengannya, meskipun ia cuba berbaik-baik denganmu dan
mendapatimu.


4. (4) Kiranya orang itu lebih rendah kedudukannya darimu, maka anda memalingkan
dirimu daripadanya, kerana menganggapnya kecil di hadapan matamu.


5. (5) Anda akan mengucapkan kata-kata yang tidak patut terhadap orang itu, tidak
kira sama ada dengan berbohong, mengumpat.


So Ada beberapa tips yang ingin ana kongsikan berkenaan cara mengawal marah yang ana ambil melalui web seorang sahabat :-

1. Merenungi ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith berkenaan marah agar dapat memahami ganjaran yang bakal diperolehi daripada menahan marah dan seterusnya menjadi motivasi untuk mengubah sikap.




Daripada Sahl bin Muaz bin Anas, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah SWT memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah) Rasulullah SAW menjelaskan daripada Ubay bin Kaab, di mana baginda bersabda yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)



2. Katakan pada dirimu; “Masakan saya mahu membiarkan syaitan menguasai diri saya dengan bersifat pemarah!”
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Daud)



3. Mengubah posisi badan dan mengambil wudhu’. Juga memperbanyakkan istighfar dan zikrullah. Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)



4. Tundukkan rasa ego dalam diri. Kadang-kadang orang berasa marah atau memarahi orang tidak bertempat kerana dia merasakan dirinya besar. Contohnya, seorang doktor memarahi jururawat hanya disebabkan kesilapan kecil kerana merasakan dirinya lebih berkuasa. Bayangkan yang bersalah itu adalah doktor pakar, mungkin dia akan berdiam diri sahaja.



5. Insafi bahawa setiap orang mempunyai kelemahan dan akan melakukan kesalahan. Kesilapan orang bawahan atau rakan kita boleh ditangani dengan cara yang lebih berkesan seperti menegur dengan lembut dan menasihatkan, bukannya dengan menengking atau membaling barang yang boleh menyebabkan kebencian dan mengeruhkan keadaan.



6. Mengelakkan perkara yang boleh menjadi faktor kemarahan. Contohnya anda sedang marah pada Si Abu, maka elakkanlah memandang wajahnya ketika anda masih marah.



7. Jika menghadapi individu yang menyebabkan kemarahan kita tidak dapat dielakkan, cubalah menyayangi individu tersebut kerana masakan kita akan memarahi orang yang kita sayangi hanya kerana perkara yang kecil. Contohnya si Ibu tidak akan memarahi anaknya hanya kerana kesilapan kecil kerana dia menyayangi anaknya.



8. Menjaga kesihatan, mendapatkan rehat yang cukup, makan makanan yang berkhasiat dan mengelakkan stress. - (relevan dengan kes saya di atas)



9. Pandangi wajah bayi yang bersih dan suci dari dosa, selalunya hati akan tenang – (bagi saya ini sangat membantu).



10. Bersifat memaafkan, redha dan melupakan lebih-lebih lagi dalam perkara yang kecil dan tidak wajar diperbesarkan. Ketahuilah ganjaran besar Allah bagi mereka yang pemaaf. Apabila sahaja kita merasa sakit atau rugi kerana tidak dapat melampiaskan kemarahan kita, ingatlah firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 133-134:



“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema`afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”



11. Luahkan kemarahan dengan cara sihat terutamanya pada perkara yang hanya akan selesai dengan perbincangan. Contohnya dengan berbincang dan memberi ruang pada diri dan teman untuk meluahkan rasa secara damai. Ini lebih baik dari memendam kemarahan yang akhirnya menyebabkan barah kebencian.



12. Dan akhir sekali, bayangkan betapa hodohnya muka anda ketika marah...
Pengurusan marah atau anger management bukan semata-mata menahan marah tetapi meletakkan marah pada tempat yang betul. Marah adalah suatu sifat yang normal yang bila mana seseorang tidak mempunyai rasa marah maka rosaklah dirinya. Kita wajar marah pada kemungkaran agar kita dapat mencegahnya. Contohnya marah seorang suami pada isteri yang mendedahkan auratnya adalah marah yang perlu di sisi syarak. Marah seorang doktor pada jururawat yang tidak memberi ubat kepada pesakit adalah harus demi kemaslahatan pesakitnya. Apa pun marah kita, sampaikanlah dengan cara berhikmah bukan beremosi.

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab






MySpace
Atin Jieha




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice..=D

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH