Jumaat, Mac 12, 2010

♥♥ - -~KeRaNa DiRiMu BeGiTu BeRhArGa~ - - ♥♥

Views


`Bulan Bi'ah Solehah`

Terkadang ada masanya lidah ini kelu untuk meluahkan bicara, sukar menyuarakan apa yang terbuku dihati, adakalanya tangan ini juga tiada mampu menulis laju mengejar bait- bait cakna spontan yang terlintas di benak pustaka akal..kelewatan sedikit terus kabur dan keluar pula lain ideologi yang kadang kala menyimpang dari apa sebenarnya ingin hati ini gambarkan.. Apa yang termampu ana kepilkan ini, moga- moga menjadi tautan buat yang memikirkan.
-Hamidatul akmal-

--Kerana Dirimu Begitu Berharga--
Tema bulan biah solehah anjuran Biro Bimbingan dan Rohani PERMATA 09/10.
Revolusi Ke arah perubahan dan pembentukan dalam melahirkan suasana biah solehah di kalangan mahasiswa..

Objektif
  1. Ke arah melahirkan mahasiswa muslim yang beriltizam & beramal dengan ilmu yang dipelajari
  2. Ke arah mewujudkan suasana dan biah yang membina keperibadian muslim sejati
  3. Membentuk komuniti yang saling berpesan-pesan pada kebaikan dan melarang pada kemungkaran
Ayuh berkempen
  1. Kempen Cover Aurat
  2. Kempen Sebarkan salam dan senyum
  3. Kempen Solat jemaah& solat di masjid
  4. Kempen Sifar Ikhtilat'
  5. Kempen "قم الليل"
Kempen Cover Aurat:



Sesungguhnya jadikanlah diri kita ini umpama permata dicelahan kaca..
Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama-sama mematuhinya, di dalam mauduk ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. W
alaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimewa itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.
Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lela
ki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Taala dalam Al-Quran menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka¦..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Justeru..
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu. Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah. MUSLIMAH YANG DIKASIHI..
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI.. Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu. ~KeRaNa DiRiMu BeGiTu BeRhArGa~BiAh SoLeHaH

Dear Muslimah
You are a symbol of true Islam
You represent muslims from near and far
You are a sign for the world to read
You symbolize what our nation really need
Peace,kindness,Inner strength,and faith

Kempen sebarkan salam dan senyum:


Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Kempen Solat Jemaah & Solat Di masjid



Dan diriwayatkan oleh imam Muslim dari Abdullah bin Mas’ud berkata:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلاَءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ، فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صلى الله عليه وسلم سُنَنَ الْهُدَى، وَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى، وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ، وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ، وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَعْمِدُ إِلَى مَسْجِدٍ مِنْ هَذِهِ الْمَسَاجِدِ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا حَسَنَةً، وَيَرْفَعُهُ بِهَا دَرَجَةً، وَيَحُطُّ عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً، وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلاَّ مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ، وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ

“Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan Allah pada hari esok (hari kiamat) sebagai muslim, maka hendaknya menjaga beberapa kewajiban shalat yang selalu diserukan kepadanya, karena sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada nabi-Nya beberapa sunah yang membawa pada petunjuk, dan beberapa hal tersebut juga merupakan bagian dari sunah yang membawa petunjuk, sekiranya kalian shalat di rumah-rumah kalian sebagaimana orang yang berbeda pendapat lalu shalat di rumahnya maka kalian akan meninggalkan sunah nabi kalian, dan sekiranya kalian meninggalkan sunah nabi, maka kalian akan tersesat, dan tidaklah seseorang yang berwudhu (bersuci) lalu baik wudhunya, kemudian bersengaja menuju ke masjid dari masjid-masjid Allah kecuali akan dituliskan kepadanya oleh Allah dari setiap langkah yang dilakukannya satu kebaikan, dan diangkatnya satu derajat serta dihapus darinya dengannya satu keburukan, dan kami telah melihat bahwa tidaklah berbeda pendapat darinya kecuali sebagai orang munafik yang tampak kemunafikannya, dan adalah seseorang akan diberikan dengan hidayah di antara dua orang sampai di tegakkan nya shaf (barisan) shalat”.




Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللَّهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنْ الْمُهْتَدِينَ

“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan shalat, emnunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan Termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”.(At-Taubah:18)




Makmurkanlah dengan solat berjemaah, solat wajib, zikir dan membaca Al-Qur’an, bergaullah dengan orang-orang soleh dan mulia di tengah masyarakat kalian, jadikanlah ini sebagai titik tolak dalam berdakwah, memberikan arahan dan petunjuk bagi dunia secara keseluruhan, kembalilah kepadanya dari setiap seruan untuk SOLAT sehingga kalian dapat membersihkan jiwa-jiwa kalian, memulai dalam gerak dan perjuangan kalian, nescaya Allah akan selalu bersama kalian dan tidak mensia-siakan amal ibadah kalian


Kempen Sifar Ikhtilat:


Isu yang sememangnya hangat untuk generasi remaja. Apabila disebut perkataan ikhtilat, lazimnya kita terbayang bahawa hukumnya haram. Bukan semua ikhtilat haram, pemahaman yang jelas terhadap konsep ini perlu agar tidak disalah tafsirkan. Apa yang kami ingin bawakan kepada ialah untuk menghapuskan secara tolal ikhtilat yang tidak syarie’ dalam masyarakat. Awal-awal lagi Islam mecegah segala wasilah yang boleh membuka kepada percampuran, pergaulan dan hubungan yang tidak berlandaskan syariat antara lelaki dan perempuan. Firman Allah Ta’ala :

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkat-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” (al-Ahzab : ayat 32,33)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu)”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh bersunyi seseorang daripada kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersama mahramnya”.


Kempen "قم الليل"


Qiamullail adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat sunat taubat, Tahajjud, Witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai.

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
(Surah al-Isra': 79)

Disebut juga di dalam Surah Al-Muzzammil ayat 1 hingga 8 yang bermaksud:

[1] Wahai orang yang berselimut!.

[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

[1] Hai orang yang berselimut (Muhammad),

[2] bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),

[3] (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,

[4] atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.

[5] Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.

[6] Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.

[7] Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).

[8] Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.

~Kerana Dirimu Begitu Berharga~


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH