Isnin, Mac 15, 2010

~Secebis renungan sebelum melelapkan mata~

Views



MALU BILA BUAT DOSA

عن النواس بن سمعان رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : البرّ حسن الخلق والإثم ما حاك فى نفسك وكرهت أن يطّلع عليه الناس (رواه مسلم )

Dari An Nawwas bin Sim ‘an RA, dari Nabi SAW bersabda : Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang bergetar dalam diri engkau dan engkau benci di lihat oleh manusia kepadanya. (Riwayat Muslim)
Ulasan Hadis :
1. Di dalam hadis ini, mengandungi nilai akhlak dan budi pekerti yang menjadi ukuran dalam kehidupan seseorang. Ianya diketahui melalui keelokan budi pekerti.

2. Hadis ini menerangkan tentang dua perkara penting, iaitu (kebaikan akhlak) dan (dosa). Kebaikan itu ialah bagus budi pekerti atau sopan, dan ianya terbahagi kepada 2 perkara: a) Kebaikan sesama manusia dan sekelian makhluk.

b) Kebaikan melaksanakan segala amal ketaatan zahir mahupun batin. Ketaatan Zahir seperti mendirikan solat, bersedekah, sabar dalam ujian dan seumpamanya, manakala Ketataan batin seperti keimanan kepada ALLAH, alam ghaib dan sebagainya.

3. Manakala yang dimaksudkan dosa pula di dalam hadis ini ialah ; “apa yang bergetar di hati dan engkau benci di lihat orang “. Ialah perbuatan dosa atau haram yang dilakukan seseorang sehingga zahir perasaan takut dan gerun hingga berdebar-debar, bimbang dan cemas dan tidak suka jika dilihat dan diketahui orang lain.

4. Setiap perbuatan kita hendaklah berlandaskan ilmu dan akal, yang didasari dengan iman. Manusia sering lemah dan tunduk dengan hawa nafsu hingga lenyaplah iman, bila iman tiada maka ketika itu dia tidak lagi takut lagi untuk melakukan kesalahan. Bermula daripada kesalahan akan terhasillah budi pekerti yang tidak baik dan tercetuslah dosa.

5. Justeru, Nabi SAW memberi pengajaran yang sangat penting, 2 perkara yang dinyatakan Baginda sudah cukup untuk menjadikan kita seorang hamba yang bertaqwa kepada ALLAH SWT.

6. Beryukurlah andai kita sentiasa mahukan kebaikan kepada diri dan menginsafi diri daripada melakukan dosa. Itu tanda ALLAH masih mahukan kebaikan kepada kita, andai kita tidak mahu kebaikan dan buta hati daripada merasakan dosa itu adalah dosa itu tanda DIA telah jauhkan kita daripadaNYA. NAUZUBILLAH. WALLAHU’ALAM

'' Dan hanyalah kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan memberi balasan kepada orang-orangyang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik" (An-Najm: 31)

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH