Ahad, Mei 23, 2010

~Menongkah Langit biru ~

Views



Aku belajar tentang kehidupan

aku jua belajar tentang erti pengalaman..

Alam punya ada langit biru

Juga punya awan mendung yang menghitam

Tapi

Biar awan mendung atau hujan lebat mendatang

ada pelangi yang tersirat..

bukan hitam mahupun putih

bercorak sweet~

berwarna warni


Aku belajar tentang sesuatu perkara hari ini..tentang "Langit Biru" "Awan Mendung" Pelangi indah"~~


awan mendung juga macam = kotak gelap yang sempit..kosong..hampa~~

Pelangi indah = kebahagiaan "happiness" `~

Langit biru = Damba ketenangan~



Aku mendongak ke atas..langit biru bersama awan putih bersih...tenang dalam damai~~ ALLAHUAKBAR..

Terimbas kembali Baru tadi bersembang bersama sahabat alam maya..tidak tahu dan tidak mengenali siapakah
dia..yang ku tahu dia seorang yang punya impian dan cita-cita yang jauh melangit seperti orang lain..dan seorang
yang amat sunyi~~Dia suka bermonolog dalaman ..seperti aku jua..

Dia sunyi...~~ kerana dikhianati seorang sahabat..yang telah berjanji setia dalam persahabatan ..dia rasa
dikhianati ..setelah segala kudrat yang dia telah kerahkan untuk membantu sahabatnya itu agar berjaya ,dengan
mudah sahabatnya itu melafazkan kata-kata dusta dan mungkir..lalu tiap-tiap hari yang dia lalui terlalu
berduka..Dia sunyi~~

dia bertanya pada ku..apakah ada benar sahabat yang seperti SAHABAT RASULULLAH..?
Dia gelak..."mestilah xde"..katanya..aku menjawab..: "mestilah sukar untuk ditemui..tapi kita boleh mencuba
menjadi sahabat seperti itu"kata ku lagi..."sabar..~ sabar itu indah buat hati yang gundah gulana.."..


aku pun pernah dikhianati ..sejak itu atin ingin menjadi diri sendiri. "Kawan,Teman dan Sahabat banyak jurang perbezaannya.. Aku sedia menjadi kawan,but please..beri masa untukku belajar menjadi teman, ku jua
memerlukan ruang masa dan hari untuk belajar menjadi seorang sahabat.. Kerna sahabat itu adalah cerminan
diri..Usah impikan sahabat sejati setulus Saidina Abu Bakar jika diri sendiri sukar mencintai sunnah-sunnah
Rasulullah SAW.." "Banyak berbual dengan orang veteran dapat mendidik diri matang dan berdikari".. 'Ala kulli
hal,Aku adalah aku.


Aku mendongak ke atas langit biru itu kembali...kembali ke alam realiti..~~

Langit itu warnanya biru..aku suka langit biru.Langit itu kadang-kadangnya kelabu Kerana ada awan kelabu yang melitupi warna biru langit..Aku suka langit biru..langit biru berikan aku ketenangan..langit biru selalu ada disebalik
awan kelabu.Langit biru tetap disitu..Ketenangan untuk kita tetap ada di situ..~


Pernah jua suatu ketika..ehh bukan satu tapi dua atau tiga ketika..hehe merasakan macam aku terperangkap
dalam kotak gelap yang sempit..Rasa terperangkap dalam kotak gelap sempit itu membuatkan aku menjadi
sangat rimas..lemas..Dan setiap kali aku cuba melihat langit biru dari lubang kecil dari kotak gelap sempit
itu,Lubang kecil hanya mampu memberikan atin pandangan awan yang kelabu..~mendung~..Tapi aku
bermonolog sendirian kembali..mungkin jika atin cuba melihat pada waktu yang lain,maybe pemandangan akan
menjadi biru..MaCam mana tak kelabu kalau ku pandang langit itu dari kotak yang amat gelap dan sempit..Pandangan ku pasti terbatas ..misalnya,aku hanya dapat melihat dari lubang kecil dari kotak gelap sempit
tapi langit itu amatlah luas..yang aku dapat lihat itu sebahagian yang kecil sahaja dari seluruh pemandangan langit
. Dan ku juga tahu yang pemandangan langit biru itu tidak kesemuanya biru...ada juga awan putih yang berarak
dan...jua awan kelabu~~
ku tahu ..langit biru kesukaan ku sentiasa ada walaupun jarang-jarang dapat melihat langit biru itu.ku yakin ,kotak gelap sempit akan pasti pupus,hilang dari dalam diri aku juga suatu hari nanti .ya! aku tidak akan selama-lamanya berada dalam kotak yang gelap sempit itu.."sudah..pergi jauh!!!"

~awan kelabu mendung~ hujan renyai-renyai~kotak gelap sempit~ huhhhh
Langit kelabu tadi sudah menjadi hitam..mungkin hujan akan turun tidak lama lagi..tapi
"Atin tak kisah" .. sebab atin akan menganggap itu semua sebagai ujian dari ALLAH ..sebab ALLAH menyayangiku ..dan DIA selalu memberikan peringatan buatku..
ALLAH pasti akan memberikan "Pelangi yang indah" buat atin selepas awan kelabu dan hujan renyai-renyai menjelang...pelangi yang tersirat~~

ku pasti..tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan kelabu..walaupun setiap hari mendung,pasti
langit akan cerah kembali..pasti!~~Kadang-kala, ada peristiwa yang membuatkan kita bersedih dan kadang kala
jua kita bersedih terlalu lama untuk peristiwa itu..sketsa sedih itu sama seperti awan kelabu..yang terkadang kita
terlupa untuk melihat sketsa gembira disebalik sketsa sedih tersebut.Sepertinya kita mungkin tidak punya kuasa
untuk menggerakkan awan kelabu ke tepi untuk melihat langit biru..Tapi,kita boleh menukarkan sketsa sedih
kepada sketsa gembira kan??! bukannya susah menukar sketsa sedih ke gembira..dan tidak susah untuk
menukarkan awan kelabu ke langit biru..Ia seperti menanggalkan cermin mata hitam dari pandangan mata asal..

ku dongak kembali pada langit biru itu.....langit biru kembali memberikan ketenangan pada aku~~ku tahu ..akan
ada angin yang kuat untuk menolak awan kelabu ke tempat lain..sebab itu aku perlu bersabar dengan angin yang

sejuk itu~~ betul kan?? hehe ingatlah...kadanag-kadang dalam menantikan langit cerah kembali...janganlah kita
menjadi orang berputus asa..pasakkan keyakinan..langit itu pasti kan kembali ke asal..jua menghadiahkan sang
pelangi yang indah buat kita yang bersabar~~~


~pelangi yang indah

Hadirnya setelah hujan

Dalam rintik-rintik

Ia cantik menjelma

Menghadiah pelbagai warna

Menghias kuntum sepi hati~


Pelangi di awan tinggi

Hujan turun membasahi bumi

Bias cahayanya warna-warna ceria


Mulakan hidup gembira

Usahlah kau berduka

Hilangkan keresahan di jiwa

Lupakan kisah yang lalu

Kita bina hidup baru

Hadirlah ketenangan di kalbu

~Ceria_alarm me~



~coretan itu bukan untuk tatapan ku sahaja tapi jua hati-hati yang merasa alpa dan tercari-cari tentang jua
kehidupan..sabar_senyum_berlapang dada~~
"satu pesanan - jangan menghukum seseorang berdasarkan zahir..kita manusia biasa..jua tidak sempurna..malah
marilah saling kita melengkapi antara satu sama lain...~~~



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jam tepat menunjukkan pukul 10 pagi, aku masih bercangkul di tanah abah yang tidak sampai satu ekar, keringat telah lama membasahi tubuhku

cuaca hari ini sangat baik bagiku..aku mendongak ke langit, biru keputihan..tiba-tiba sepasang burung terbang di hadapan pandangan mataku, bahagia sungguh burung itu, semoga Allah membahagiakan mereka..doaku didalam hati,terbang mereka pantas.

aku kembali merenung langit biru yang cerah bersama warna keputihan,indah sungguh ciptaan Allah ini,subhanallah,aku tersenyum,sambil tanganku memegang cangkul,aku tiba-tiba teringat akan sahabat ku di bumi syam itu, apakah langitnya juga sama sepertiku? apakah dia bahagia? apakah dia masih ingat akan diriku? arrgghhh! lamunan keriangan dan kebahagian bersamanya bagai di rentap apabila episod duka persahabatanku memintas lamunan bahagiaku bersama dia..sahabat, aku tidak pernah mengkhianatimu, tahukah kau sahabat betapa sakitnya hati ini kau lukai?

'sabar itu indah kan..buat hati yg gunda gulana..' tiba-tiba aku teringat kata-kata itu,kata-kata tulisan seorang sahabat maya,kata-katanya seolah-olah sedang berbisik di telingaku tika ini. ya,sabar itu indah.

aku meneruskan pekerjaan biasaku, mencangkul tanah, untuk menanam ubi, pucuknya aku petik, untuk di jual. 'sabar itu indah kan..buat hati yg gunda gulana..' kata-kata sahabatku ini sekali lagi terngiang-ngiang di telingaku,aku tersenyum, benar kata orang, lepas datangnya duka, pasti akan ada suka, bersabarlah duhai hati, aku seakan-akan memujuk diri.

usai mencangkul, aku segera bersiap untuk pulang, kerana perlu memasak untuk abah, emak dan adik-adikku yang akan pulang selepas zuhur nanti, usai menyimpan cangkul dan peralatan-peralatan seumpamanya, aku segera mencapai basikalku, kayuhan ku hari ini sedikit bersemangat dari biasa. 'sabar itu indah kan..buat hati yg gunda gulana..' kata-katanya masih terngiang-ngiang semula di telingaku tika ini, ya..aku harus bersabar, dan banyak berdoa..aku tersenyum sendiri, siapakah sahabat mayaku ini? kata-katanya tempoh hari ibarat salju yang turun di tanah yang tandus, aku berdoa agar Allah memudahkan urusannya, hatiku bermonolog lagi, aku mendongak ke langit seketika dan tersenyum! Alhamdulillah

Khair_Jiha berkata...

Sahabat sejati adalah sahabat yang menggembirakan sahabatnya tika berduka..menenangkan jiwa yg gundah gulana..mmberikan smgt pnguat jiwa..menongkah arus bersama2 utk merealisasikan cita2..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH