Ahad, Jun 06, 2010

^ Biasa @ luar biasa ^

Views

seorang yang berjiwa biasa atau seorang yang luarbiasa?

~aku bukan seorang yang layak dijadikan idola..
aku bukan JUA yang mampu menjadi terbaik bagi semua ..
namun
Aku ..
insan yang biasa
namun..hasrat ini ingin menjadikan hati ini
luar biasa
kerna berjuang ini memerlukan segalanya
tadhiyah dan kasih yang hadir kerna-NYA~

Manusia.. biasanya, gemar mendengar hanya yang baik-baik tentang diri sendiri.. biasanya manusia, hanya mahukan pujian..

Manusia biasa amat tidak senang dengan kritikan.. walaupun kritikan yang diterimanya adalah suatu yang amat diperlukannya.. Manusia biasa menyimpan kebaikan diri sendiri hanya untuk diri sendiri..

Katalah anda mahu berubah, berbilion kali pun anda katakan anda mahu berubah.. Anda merayu “tolong bantu saya, saya mahu berubah..”

Tetapi sekiranya anda masih memilih untuk menjadi manusia biasa, jangan katakan pakar motivasi, Tuhan pun tidak akan mengubah anda menjadi manusia luarbiasa..

Nauzubillah..

Bukan ana memandai-mandai, tetapi jelas dalam Surah ar-Ra’ad ayat 11..

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”

Manusia luarbiasa, sudah tentulah yang memiliki sifat bertentangan daripada yang ana sebutkan di atas..Luarbiasa jika seorang manusia gemar mendengar orang mengatakan kelemahan dirinya.. Luarbiasa jika seorang manusia menyenangi dan menerima kritikan.. Luarbiasa jika seorang manusia, merendahkan dirinya yang memiliki banyak kebaikan dan berkongsi kebaikan itu kepada seberapa ramai orang yang ditemuinya..

Luarbiasa..

Luarbiasanya seseorang, apabila dia tidak malu mengakui kesilapannya, menyesali keterlanjurannya dan menerima teguran demi memperbaiki dirinya..

Luarbiasanya seseorang, apabila dia tidak malu untuk bertanya kerana kekurangan ilmunya.. kerana kejahilannya.. demi memperbaiki dirinya..

Luarbiasanya seseorang, apabila dia sanggup mengorbankan kemewahan, sanggup bersusah-payah sebelum mencapai kemanisan kecemerlangan demi memperbaiki diri dan keluarganya..

Luarbiasanya seseorang, apabila dia sanggup merendahkan diri setulusnya, memohon maaf atas kesilapan sehingga mengeluarkan airmata kerana rasa kesal yang tidak terhingga..

Luarbiasanya seseorang, apabila dia sanggup merendahkan status dan pangkat yang dimilikinya, demi memperbaiki orang-orang di sekelilingnya..

Luarbiasanya seseorang, apabila dia sudi membuka dan berkongsi pengalaman hidupnya yang serba daif, serba jahil.. demi memperbaiki diri dan orang-orang di sekelilingnya..

Luarbiasanya Rasulullah SAW.. kerana Baginda memiliki sifat-sifat luarbiasa ini..

Luarbiasanya Rasulullah SAW.. kerana walaupun confirm dimasukkan ke syurga, tetapi masih mengakui kesilapan, merendahkan status kenabiannya demi membolehkan Baginda bergaul mesra dengan umatnya yang serba kekurangan.. Rasulullah SAW luarbiasa.. menangisi kekesalan dan sentiasa memohon ampunan daripada Allah SWT sehingga mengalir airmata dan bengkak kaki Baginda kerana bersolat terlalu lama..


Dan kita bagaimana?

~masih biasa atau luar biasa~

renung-renungkan


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

3 ulasan:

Khair_Jiha berkata...

Jadilah manusia yang luar biasa cintanya kpd penciptaNya.. =)

..::بشرى::.. berkata...

orang biasa-biasa yang punya hati luar biasa..mendidik hati itu perlukan mujahadah

Hafizul Hakimi berkata...

berkorbanlah untuk merubah sesuatu, dengan berkorban, sesuatu itukan menjadi kenyataan. Ibarat jual dan beli, harus ada pembayaran. Itulah pengorbanan yang harus dibayar untuk melakukan perubahan. Perlukan PENGORBANAN dalam diri =)

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH