Selasa, Jun 01, 2010

~Mujahidku jua Mujahidahku~

Views



~Mujahidku~


Aku Mujahidah dari Bumi Jihad

Aku Wanita Mujahidah Sejati…
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad..
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dinnullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah

Tak mungkin ku pilih dirimu.. .bila dunia lebih kau damba…
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia…
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku…
Bulat tekadku untuk menemanimu…

Aku Wanita mujahidah pilihan…
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad…
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an…
Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad…
Andai tak siap bisa kau pilih…
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,
terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku…
terlebih keluh kesahku…

Tak mungkin aku memilihmu…
bila yang fana lebih kau cinta…
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota…
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana…
Sebab meninggalkan dakwah karena lebih mencintaimu…
dan menanggalkan pakaian taqwaku karena laranganmu…

Meniti jalan panjang di medan jihad…
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah…
serta debu yang beterbangan,
keringat luka dan kesyahidan pun terulang…
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu…
Teguhkan `azzam`ku tuk lupa akan dirimu…

Aku wanita dari bumi Jihad…
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad…
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
tepiskan semua mimpi yang tak berarti…
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
Karena tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri…
tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan…
Yang melepasku dengan selaksa do`a…
meraih syahid… tujuan utama…
Robbi… terdengar panggilanMu tuk meniti jalan redhoMu…
Kuharapkan penolong dari hambaMu… menemani perjalanan ini…


~Mujahidahku~

Aku bukanlah pemuda pilihan,
Aku bukanlah seorang yang layak untuk dirimu,
wahai mujahidah pilihan,
Aku bukanlah sosok pemuda yang di idamkan,
cuma diriku mahu jadi pelayan,
kepada seorang mujahidah yang ku idamkan.

Temanilah aku tatkala diriku resah,
Tatkala gelisah mendesah,
Tenangkanlah diriku agar tidakku mengalah,
Ingatkah engkau kisah nabi dan khadijah,
Tatkala nabi gelisah,
Isterinya menghilangkan resah,

Sungguh mulianya khadijah,
Sehingga cemburu bidadari di Jannah.



Tak mungkin ku pilihmu atas dasar harta kekayaan,
tak mungkin juga atas dasar keturunan,
juga tak mungkin atas kecantikkan,
Yang ku lihat agama menjadi tautan.

Atas nama medan ini,
Jadilah awan yang kelabu,
bukan kelabu yang membawa bala,
jadilah awan yang kelabu,
yang membawa rahmat,
yang menurunkan hujan,
membawa rahmat di tanah gersang.
menyuburkan setiap impian para syuhada.

Di medan ini,
tidak akan pernah berakhir,
Sehingga tibanya kiamat,
Sesungguhnya ku memilihmu,
agar kau mengerti,
agar kau memahami,
medan ini.

Di medan ini,
ku bukan pemuda pilihan,
tapi ku mencuba menjadi pilihan
Ya Rabbi,
Tautkan hati-hati kami,
supaya
di medan ini,
kami bersama-sama berjuang,
menegakkan Cahaya-MU

Atas nama Medan ini,
Satukanlah jiwa-jiwa dan hati-hati kami,
diri-MU matlamat kali,
Rasulullah tauladan kami,
agama-Mu Jalan hidup kami,
Mati syahid cita-cita kami.

Kami bertemu kerana-Mu,
Kami berpisah kerana-Mu,
di medan ini kerana-MU,
satukanlah hati kami atas nama-MU,
kurniakanlah kami generasi penerus pejuang agama-MU,
agar kami bangga dengan penerus perjuangan kami,

ALLAHU Rabbi...
kami mahu menjadi AWAN KELABU-MU,
membawa rahmat di tanah gersang,
membuatkan ia subur kembali.

Atas medan ini,
Kami ingin bersama,
bercinta atas asma-MU,
hiasilah hati-hati kami dengan hidayah-MU,
ALLAHU Rabbi,
Ku bukan pemuda pilihan,
yang LAYAK untuknya,

ALLAHU Rabbi
ATAS MEDAN INI,
jadikanlah aku pilihan-MU,
kepada para Mujahidah-MU.

ALLAHU RABBI...
ALLAHU RABBI...
ALLAHU RABBI....

ATAS MEDAN INI...
JADIKANLAH KAMI SEBAGAI HAMBA PILIHANMU,
DATANG KEPADA-MU
SEBAGAI MUJAHID DAN MUJAHIDAH
SYAHID DAN SYAHIDAH-MU.
DI ATAS MEDAN INI.


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

2 ulasan:

Abdullah Hakimi berkata...

Mujahid dan mujahidah itu diperlukan demi kebangkitan umat, penerus generasi perjuangan dakwah. Merekalah kebanggaan ALLAH, para nabi dan para syuhada' sebelum mereka. Teruskan menukilkan pembakar semangat pejuang dakwah. Kerana di medan ini, masih banyak cabaran yang harus di tempuhi, banyak onak dan duri. Teruskanlah mencari mujahid yang sebenar-benar mujahid. yang cinta-Nya adalah kerana ALLAH. Dan tidak menduakan cinta-NYA... Renungilah para mujahidah sekalian. Maralah ke medan ini.

Khair-Jiha berkata...

Mendalam sungguh isi kandungan artikel nie..terharuuu~

Semoga mendapat mujahid yg diimpi...doakan sy juga..(^^,

p/s: baitul muslim yg diredhai Allah insyaAllah..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH