Ahad, September 12, 2010

~Usah terus menabur mimpi~

Views



Aku meneropong hari-hari mendatang, masih panjangkah umur?Usia mudaku,bagaimanakah akan kuhabiskan?Pelajaranku, Untuk apakah aku bertungkus lumus menghadapinya?keluargaku,mampukah aku mencorakkan entitinya dengan seni islam,iman dan akhlak terpuji?
Sahabat,apakah ukhuwah berteraskan dakwah yang terjalin kan terus mewangi berpanjangan?Air mata rindu mengalir laju,kembara musafir kerdil di bumi ini penuh ranjau dan aral.Seringkali aku lupa mengingati-MU dalam kesibukan aktiviti dan perancangan.Aku lupa mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.Aku rindukan teman yang sering mengetuk hati ke arah-MU.Aku rindukan akhlak peribadi mulia.Aku rindukan syurga yang penuh kenikmatan..Tuhanku,aku merindukan saat bertemu dengan-MU.Tuhanku,Jadikanlah akal fikiranku,tanganku,mataku,kakiku dan lintasan hatiku berada seiring dengan kehendak-MU.Andai aku terleka,ketuklah aku,bangunkanlah aku dari lena angan dunia yang panjang~
--Kredit to epalhijau--

Andai aku mengatakan
"Betapa sukar menjadi bintang di langit yang tertinggi,
Betapa mudah menjadi lalang di tepi jalan"
Maka sesuatu yang tidak mustahil,akan menjadi sebaliknya -> MUSTAHIL untuk dicapai..Kerana ada di situ ketidakyakinan untuk menjadi 'BINTANG KEJORA' di langit tertinggi.
Andai kita itu sedar bahawa untuk membina sebuah bangunan
perlukan kesungguhan dan keteguhan
Kukuhkan sebuah binaan dengan semangat kekitaan serta kerjasama
kerna..jangan hairan jika suatu saat
Andai bangunan itu tidak dibina dengan kukuh
Jangan cuba rasa pelik andai ia rebah jatuh ke bumi

Terbaca status seorang sahabat~
"YA ALLAH ..aku kekadang bergurau terlalu berlebihan,,sedangkan aku tau perbuatan itu akan menggelapkan dn sekaligus akan mematikan hati..ASTAGHFRIULLAH...sahabat2..ingatkan aku jika lalai menguasai aku."

andainya sahabat kita dan kita juga sendiri tidak jemu mengingati sesama kita..redha dari-NYA dalam sebuah ukhuwah terlalu indah di kaca mata ISLAM.



Aku harungi deretan perjalanan itu..
Aku tahu tidak semua harapan itu menjadi kenyataan
Tapi tanpa harapan,manusia adalah makhluk yang tidak bertujuan
Terumbang ambing di samudera kehampaan
Tahukah kita..harapan itu seperti cahaya dalam kegelapan
Memberikan arah untuk melangkah agar tidak tersalah
Dengan harapan kita tidak lagi menjadi daun yang rapuh
Yang jatuh ke tanah rebah di bumi tandus
Kerna sebab itu aku sering menabur impian bagai bintang yang begemerlapan di angkasawan
Impian hari esok yang lebih baik dari semalam..lebih dari peristiwa silam yang perit dan pahit untuk ditelan
Dengan benih-benih impian itulah aku terbentuk,tanpa menjadikan impian itu sebuah khayalan tapi sebuah harapan yang pasti bakal dikecapi dengan titik peluh dan pengorbanan yang mengharapkan erti keikhlasan..

:: Aku tidak mahu menjadi manusia yang pesimis::
::Jua menjadi sang hipokrit::

Aku mahu dan aku impikan
Aku sering sentiasa dan selalu
Ingin bermadah dan mencipta sebuah lakaran
bersyair dan berpuitis
Atas seni kiasan yang lahirnya dari hati
Lincah mengarang,menghibur dan menyeri taman impian
Aku bukan sang wanita
yang gopoh mengejar kemasyhuran di tempat persinggahan
Tempat yang tiada ruang tiada berkekalan
Aku sang wanita..seorang muslimah PERMATA islam
yang menginginkan kemuliaan abadi
Kemasyhuran yang hakiki
Bukan yang tiada makna dan erti
Bukan sesuatu yang dimurkai ILAHI
Bukan jua didunia gersang ini
Tapi nun jauh di sana nanti
impian taman syurgawi
Ingin ku kekal sebagai bidadari...salah satu qurratul a'yun sang penyeri~

[p/s:pernah buat 'tamsilan'/perumpamaan tentang
kuih raya tart nenas..biar susah dan payah untuk
mengulinya,untuk perbentukkan ia...namun hasilnya
pasti sedap serta lazat untuk dijamahi..sering~]

-- Atin Jieha --
[Aku yang mengharapkan sesuatu itu]


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH