Selasa, Mei 10, 2011

::Kekotak Insani dalam Membawa Erti::

Views


-The Heart- PrincessSapron
( اين روحي؟)

Saya sedang tersenyum..
Kalian pula? ...
Moga yang sedang singgah sesawang 'seni kiasan hati' terus mengukirkan senyuman!~
Kalian..~
(Sambil diri menulis dengan senyuman)
Saya mahu kembali sebentar untuk muhasabah
Agar ia menjadi munasabah..Lantaran hidup tidak sunyi dengan mehnah
Saya tidak ingin lagi melatah..apatah lagi buat tidak endah..semua itu rahmah,segalanya makrifah..benar!
Maka..
Mengimbau cebisan-cebisan ayat
Yang selalu diputarkan dalam kotak minda dan hati
Umpama manuskrip~

"Teruskan tersenyum walau berduka~
Terus menjadi Bidadari berduka yang berwajah ceria
Berhati waja
bertopengkan perkasa"
Sabar itu indah kan..buat hati yang sentiasa gundah gulana.~
Jadi saat ini ku cuba tebarkan benih-benih erti memberi pada menerima dalam mempelajari erti hati pada memahami seorang insani!
Terkadang~Saya sering terfikir..sebagai seorang insani,adakah sekadar memahami itu amat sukar?Ligat kotak minda ini mempersoalkan..Namun terus ku tinggalkan dengan titik persoalan..biar yang membaca turut memikir..walau payah,itulah wadah.Jangan dibiarkan akal berfikir hanya sesuatu yang mudah,tanpa mempedulikan yang paling parah sehingga menjadi barah ummah..!

Meletakkan dua perkataan dalam kekotak minda saat ini~
Antara TAKDIR & TADBIR..

Takdir..
Penentuan daripada ALLAH Taala~Segala Suratan di Tangan-Nya

Tadbir..
menjalankan urusan perjalanan sesebuah rangkaian..
Memerintah diperintah..~memimpin dan dipimpin..~ dalam kosa kata "Tadbir"
Disimpulkan kepada yang bernama manusia..Mentadbir dunia sebagai khalifah,pinjaman kekuasaan dari ALLAH.Amanah ALLAH usaha seiring memakmurkan bumi Lillah~Melalui usaha dakwah yang berterusan,dalam mengingatkan manusia kepada Sang Pencipta UMMAH..Bersama Simfoni Sunnah Rasulullah~

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah dimuka bumi’…Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya…”
(Al-Baqarah 30-31)


Jadi,keduanya ku susun menjadi serasi dan selari..Ibarat jambatan yang menyambungi sebuah erti..Serasikan TAKDIR dan TADBIR~

Takdir itu dari ALLAH..Di setiap kelopak-kelopak dan dedauan luh mahfuz,Allah sudah mencoretkan segala yang tersurat dan tersirat..
Walau secebis hasrat,itulah hakikat..
Sungguh..~Kehidupan di dunia ibarat meniti sebuah jambatan yang hadir di sebahagian perjalanan..
Laluan menuju ke destinasi abadi.Itulah realiti kita 'insani'. Bukan untuk hidup sekadar kembara yang akan berakhir begitu cuma,tatkala nafas terakhir terhela..jasad bakal ditimbang tara~
Bukan..!~Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu ternoktah,Tatkala nyawa terpisah dari jasad..tatkala jasad ditinggalkan roh~Tidak sama sekali..Duhai hati yang memerhati~
Bermula ALAM Barzakh,menjadi galang ganti kepada alam dunia dan seterusnya Laluan akhirat.Lantas menjadi destinasi terakhir bagi seseorang yang berhajat kepada TUHAN YANG MAHA HEBAT.

" Setiap kejadian yang di cipta-Nya, tidak ada satu pun yang sia-sia...
Dan ketahuilah, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya..."
"Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Tidak pernah mungkiri janji.."

Saya hamba..anda..dia dan mereka~Kita tetap hamba..Seburuk mana,walau tidak sempurna,segugus kelemahan..Allah tidak pandang itu semua.Yang penting TAKWA..
Dalam membawa syiar islam demi-NYa,.Kerna yang lemah itu masih boleh dibaja.Menjadi pepohonan yang berjasa!
Siapa kata Kita tidak mampu menjadi ummah yang berjasa?menebarkan benih-benih cinta Yang Esa..Seiring dengan wadah kesatuan bersama-NYA~
Bukankah Pohon yang dipupuk semula,digembur dan dibajai akan lebih redup naungannya..turut~Akan menerbitkan buah yang lebih ranum untuk dikupas dan dinikmati Pemiliknya?..
Maka,Ibarat tamsilan 'jauhari' saidina abu bakar~Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan.Dilempar buahnya dengan batu,tetapi tetap dibalas dengan buah!

"Senyap~"...
Bukan bermakna kelu..apatah lagi bisu..cuma terasa kerdil..akukah itu?
Menyambung semula coretan..kembali meninjau erti kata 'KHALIFAH'..
'kHALIFAH'
(Itulah kita kan~)
Insan-insan yang menjalankan peranan sebagai wakil ALLAH dalam penyempurnaan diri sendiri menjadi seorang muslim yang mengikut syariah ALLAH..
Turut..membimbing manusia sejagat ke arah titian kehidupan yang bercirikan Islam dan diredhoi Allah..Lantas,solusinya~Tugas sebagai khalifah boleh disempurnakan dengan melakukan jihad FISABILLAH.
Jadi..
Terbukti kita adalah PAHLAWAN ALLAH
Berjuang dijalan islam dengan Megah
Tanpa cuba rasa lelah
Memimpin dan terus memimpin
Membawa mengajak mereka ke jalan yang sebenar-benarnya
Tersilap langkah sedikit..Kembalikan kaki keduanya ke tempat asal..
ALLAHUAKBAR!~

Ketuk sebentar dengan nota dari Rasulullah...Agar kita tidak mudah mengalah..solusinya kita mampu tabah~Cuma noktahkan segala mehnah,maka tanda seru pada kancah yang berdarah!

Sabda Rasullah s.a.w:
“Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggungjawab tentang
kepemimpinannya. Imam itu pemimpin, bertanggungjawab tentang kepemimpinannya. Laki-laki
itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Wanita itu
pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepemimpinannya. Khadam itu
pemimpin bagi harta majikannya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.”
(Bukhari dan Muslim)


Sungguh~
Umat islam yang lemah..
Tiada kesatuan dan tiada daya tahan...Akan mudah dihancurkan oleh musuh islam.yang sentiasa menunggu ruang dan peluang untuk berbuat demikian~
Sungguh~
kesatkanlah air mata..cuba berlapang dada..jangan terus merana..kelak hati binasa..
Sungguh~
Nikmat terbesar adalah bila kita memiliki ALLAH sebagai RABB~terus tinggalkan persoalan..Jika benar kita ingin tahu kedudukan ALLAH di hati masing-masing,lihatlah di mana kita meletakkan ALLAH dalam hidup yang menuju arah..
Sungguh~
AYuh Rangka diri menjadi da'ie dinamik,berjiwa futuristik..maka kelak kehidupan lebih fantastik!Kita bakal lebih idealistik..
Sungguh~
Dalam memetik ungkapan syair 'Muhammad Ahmad Ar-Rasyid'
-> Majulah ke hadapan dan ceburkanlah diri..
Engkaulah pemudanya dan madahku adalah nyalaan..Semoga Iramaku menyalakan api dalam dirimu.
Niat hati hanya untuk melihat setitik air dalam dirimu bakal menjadi laut yang dalam.Semoga jiwa ini sentiasa beroleh ketenangan.Jadikanlah dirimu,dicipta untuk bekerja bersungguh-sungguh..( ALLAH..ALLAH )

Kekotak insani ..
Dalam mencari Erti
Membilang menghitung Hari
Hari-hari esok bakal pergi
Membawa keping-kepingan..
Hati-hati yang telah mati
Kembali membawakan..
Obor Jiwa Da'ie yang lebih Menjana perkerti!

-Atin Jieha-
11052011
02:35 a.m
( ilham di waktu sunyi..)

~::Zero To Hero::~
Aksara ~ Metafora
( Segalanya berlegar..dalam kanvas jiwa )




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH