Ahad, Mei 29, 2011

::Sendirian Bersama Rabbi::

Views


( EliseEnchanted by Devianart )
Bersendiri~
Itu bukan bermaksud sepi
Menyendiri~
Terkadang itu lebih bererti
Bersama Rabbi
Hati ini meniti..
Bersama Ilahi
Jiwa membawa secangkir keazaman diri...

Mentari selalu berpesan:
Kuasa Hijrah itu hebat!
Mereka itu orang yang tidak pernah mengalah
Sulit untk menyerah
Mereka orang yang tabah
Walau mereka banyak berbuat salah!

Hati mereka telah diketuk dan ditempa dengan kuasa hijrah
Berhijrahlah Duhai Sahabat
Jangan berpatah lagi
Tinggalkan ia agar kau bukan lagi di tempat yang sama
Di hadapanmu...
Masih ramai yang menunggumu
Jangan buang waktu lagi
Cepat!~
Masa Itu Bagaikan Pedang
Ia akan meninggalkan orang yang kaku
Dunia Ini tidak perlukan orang yang beku..~
Sungguh teman~
Aku ingin bersendirian hanya bersama RABBI
Memiliki segenap ruang nafas yang dipenuhi cinta Rabbul Izzati
Biar aku mabuk dengan cinta ini
Kerna walau mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tapi tidak pada hati ini ~

Bukan aku menolak fitrah
Jauh sekali terus-terusan mengalah
Kerna tidak mahu terusnya ada fitnah
Dunia ini hakikatnya pelbagai Mehnah!~
Biar~...
Aku ingin bergerak Gah seperti yang lain
Menjadi Pencari CINTA yang tulus
Merasai DIA di segenap hati
Jauh sekali mahu mencurangi walau secebis..
Firman-Nya membilang,buat hati sedikit rawan
Terpamer pada surah Al-Haj
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar.Kerana Sesungguhnya,bukan MATA ITU YANG BUTA,tetapi yang buta ialah HATI YANG DI DALAM DADA"..
Hati..itu yang paling penting untuk berhati-hati
Sekelumit noda mampu merosakkan hati
Setitis Jahil merosakkan sanubari~

Oh sungguh cinta duniawi itu...
Terkadang..
Air mata bisa berkaca meluruti pipi
Marah berapi tersembur dari diri
Keserabutan bertali-temali kadang meresahkan diri..
Buat apa aku mengejar cinta yang tiada pengakhirnya~
Laluannya resah..sering menuai gelisah
Hati sentiasa keluh mendesah
Ahhh~...
Tinta ini menari-nari lagi ..yang demikian minta dilampiaskan pada dimensi ini kembali
Teman..
Mungkin saat ini ku bersendirian bersama RABBI
keseorangan membawa bendera 'Jundi'
Tapi teman~
Berjanjilah padaku
Kau,mereka akan bersamaku
Berjuang di jalan yang penuh berliku
Tetap tidak akan kaku
Tanpa sedikit rasa gusar dan pilu
Berpimpin tangan ke medan itu...sendirian namun bersamamu~
Merebut CINTA RABBI yang satu!!

-Atin jieha-

|Balang 'sesuka hati'..hadirlah untuk ku mengisi|
|Satu persatu gulungan 'kertas kecil',yang membawa maksud yang tersembunyi|
Berkira-kira~

seuntai bicara...entah apa yang dicoretnya..didalam 'kekotak' yang hilang 'daya'nya...

-Allah~Legakan Hati ku hati nya hati mereka serta Hati Segala-


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH