Khamis, Mei 26, 2011

::Sudah~Izinkan Ku Melangkah::

Views


Sudahlah..
Izinkan ku melangkah
Mencicip nikmat yang sebenar
Bukan Kepalsuan yang di bawa
Izinkan ku membawa gundah
Mengusung resah menjinjing gelisah
Andai langkah ini ...
Membawa kembali diri
Andai laluan ini
Menghadirkan senyuman itu berseri
Aku akan terus menerus
Walau 'kolam' dipenuhi mutiara jernih yang tidak pernah putus
Berangkat segera pergi walau seperti air mata tidak terhapus
Sudahlah..~
Yang tercalari tidak semudah untuk diubati
Yang dilukai mungkin itu petanda dari ILAHI
Langkah ku kian padu
Mahu bertemu KEKASIH agung ku
Larian Kecil ku
Membawa Pengaduan yang beribu
Biarkan aku..jangan hampiri ku
Peninggalan ku untuk Rabb yang Satu
Yang Tidak sesekali meminggirkan aku
bukan seperti dirimu!~
Sudah lah..
Izinkan aku....

-Atin jieha-
27052011
01:44 a.m
(Kelu|Bisu|Sendu|) (- -")


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

2 ulasan:

Tarian Tinta Kalbu berkata...

Dalam Kitab Hadis Arba'in, Hadis yang bertama dalam kitab yang dikarang oleh Imam Nawawi:

"Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasulnya."

Dalam sebuah kisah, ada seorang pmbunuh, telah pernah membunuh seramai 99 orang. Beliau tiba di satu kampung, maka dia ingin bertanya kepada ulama di kampung itu tentang, apakah Tuhan akan mengampunkan dirinya yg sudah membunuh seramai 99 orang, maka ulama itu menjawab tidak untuk orang seperti si pembunuh. Lalu si Pembunuh pun membunuh ulama tersebut. Cukuplah 100 orang dibunuhnya.

Lalu dia meneruskan perjalanan, lalu tiba di satu kampung. Dia berjumpa dgn seorang yg alim di kampung lalu bertanya soalan yang sama. Orang alim terdiam lalu hanya mengatakan, dia harus ke kampung satu lagi berjumpa dengan org alim di sana untuk mendapatkan perjalanan.

Dia meneruskan perjalanan akhirnya di pertengahan jalan, Dia mati...

Hebat kuasa Hijrah!
Mereka org yg tidak pernah mengalah, Sulit untuk menyerah, Mereka orang yang tabah, Walau mereka banyak berbuat salah! Hati mereka telah di ketuk dan ditempa dengan kuasa hijrah, Hanya satu niat hijrah.

Berhijrahlah duhai sahabat...
Jangan berpatah lagi...
Tinggalkan ia agar kau bukan lagi di tempat yg sama...:)

Di hadapanmu... masih ramai yg menunggumu... jangan buang waktu lagi... cepat! Masa itu bagaikan pedang. Ia akan meninggalkan orang yg kaku. Dunia ini tidak perlu orang yg beku...:)

Atin Jieha berkata...

Asslamualaikum~
Terima kasih kepada 'tinta tarian kalbu'~..
Terkesima..
Sungguh~hijrah untuk membawa perubahan..
Hati yang luluh ,jiwa yg beku~berhijrah mmbuang gundah..berhijrah membawa lelah..
kerna Allah xkan biar hambanya sengsara..kerna Allah..sentiasa mendamaikan~
akan terus melangkah..berlari gah untuk mengejar-NYA~..
Akan terus berhijrah..demi mencari kekuatan yg damai dari-NYA.
Sungguh~hijrah itu lebih munasabah..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH