Jumaat, Oktober 28, 2011

:: Cinta tidak sekali mengenal Usia ::

Views




Bismillah~

Dengan Asma' nya Yang ESA..

Ku lontarkan kalam dengan tinta bisu yang tidak bersuara.

Lantaran itu yang ku punya, tatkala rona-rona cinta menerjah.


Rona-rona cinta menerjah?

Sedang dilamun cintakah pemilik SKH ini?

Sabar...~

Teruskan membaca .

Ada yang anda perlu tahu 'episod' seterusnya.

Usah hanya meninjau 'Tajuk Entry' nya sahaja..

Jom, Kalau sudi bersinggah ke teratak sini..

Andai tidak sudi,

Mohon tinggalkan sekalung doa buat pemilik ini..

Secebis doa sudah sangat bermakna..~

InshaALLAH. .


Sedang teman- teman sibuk bernota-notaan, rentetan 'perang' imtihan awal bermula bagi
mahasiswa/si Jamiah Mu'tah di sini..

Aku pun turut serta..

Masing-masing menyusun strategi, kembali berinovasi.

Menghunuskan 'pedang' pena, lakaran di nota putih dijadikan senjata. Kejayaan dalam
genggaman, usaha tawakal serta doa diteruskan..

Tidak putus-putus walau 'bergelen-gelen' jerih perih yang disalurkan.


Genggam biar padat

walau jadi sendat..~


Dan di saat ketika ini juga, Tangan ini tetap terasa 'gatal'. Di dada seni kiasan hati juga mahu
berlakar-lakaran. Bila terdengar soalan:

"Atin, bila nak update blog?"

"Atin, tak ada post terbaru ke?"


Tak pun, Inbox di facebook juga berbunyi, "Update..update~" dari kenalan-kenalan alam maya.

Terlupa masih ada yang ingin berkongsi cerita dengan pemilik seni kiasan hati , Terlupa juga ada
pembaca setia walau blog ini tiada apa yang hebat untuk di baca.

"Terima kasih kalian!"

"Terima kasih sudi menjadi peneman setia pemilik seni kiasan hati"


******


Cinta ,

Bercinta tanpa mengenal usia

Sangat indah rupanya

Bukan aku sahaja..

Antara aku, kamu, dia, dan mereka~

Biarlah cinta kita tidak akan sekali-kali mengenal usia.


Tapi sebelum itu, ayuh kita ukirkan seulas senyuman yang paling manis hari ini.

Kerna pemilik SKH mahu 'ENTRY' ini hidup dengan senyuman dan benih-benih cinta.


Teman-teman,

Cinta yang ingin ku garapkan di sini bukan lah cinta yang melibatkan kisah kasih antara yang
berlawanan jenis..

Ibarat..

Venus & Mars

Romeo & juliet

Majnum & Laila

Tidak..~

Bukan sama sekali mengenai cinta yang begitu.

Andai jika mahu ku mengungkapkan cinta mengenai itu..pasti akan ku paparkan kisah-kisah
yang cinta yang lebih suci.

Tokoh-tokoh islam yang lebih layak diteladani

Cinta Rasulullah pada isteri-isteri baginda

Itu lebih indah dan menusuk hati.


Teman-teman,

3 bulan yang lepas..Tatkala ku pulang ke kampung halaman. Banyak sketsa yang sempat ku
perhati dan tinjau. Salah satu fenomena yang terkadang sangat mengguris hati aku si
pemerhati..

Dan sebenarnya tidak perlu lihat jauh-jauh..cukup ,mengintai kembali diri sendiri.

Dimanakah letaknya cinta kepada yang Benar-benar Berhak dan Kepada siapakah yang kalian
patut salur dan sebarkan cinta kalian tersebut.


Aku pun tidak mahu melihat terlalu jauh

cukup..~

Jika aku melihat keadaan ku sendiri.

Di mana aku bahagi-bahagikan cinta

Yang teratas sekali..

Kemudian ..

disusuli hingga ke bawah


Kenapa perlu aku katakan CINTA ini Tidak Pernah mengenali Usia,Jarak mahupun waktu?

Kerna cinta bukan sekadar terbatas pada dua jantina yang berlainan jenis..

Antara cinta Rijal dan Nisa'..

Tapi cinta sebenar Luas..~ Tidak kecil dan jauh sekali kenal usia batas waktu antara kita.

Kerna Cinta ,

Ia buatkan kita mencintai Kedua ayahanda dan bonda kita..

Ye, usia mereka lebih jauh berbeza dengan kita.

Sebab itu ku katakan..Cinta ku tidak pernah usia

Lumrah sebagai seorang anak gadis yang semakin meningkat dewasa

Ada sering-sering kita khilaf pada ayah bonda

Tapi mereka,

Cacat cela yang kita lakukan..Namun kemaafan pada kita yang mereka tetap lontarkan.

Sedangkan kita,

Jauh sekali melihat api cinta yang terselindung di bening mata ayah dan bonda.

Kasih mereka tiada sempadan..

Walau usia dan jarak,waktu sering dipersoalkan.

Tapi andai direnung kisah ini..

Bagaimana kasihnya seorang ayah dan seorang bonda, Pasti kita tidak akan sesekali cuba untuk
menyakiti mereka.


Hakikatnya, Seorang anak perempuan..Dan tidak perlu melihat jauh. Cukuplah kita melihat diri
kita..
Yang hakikatnya " Aku sebagai anak gadis itu "
Biasanya andai kita di perantauan, mahupun jauh di luar sana..di kota atau tidak bersama keluarga.
Pasti yang paling dirindui adalah 'BONDA' kita.

Lalu bagaimana dengan 'AYAHANDA' kita?

" Satu persoalan yang aku sendiri perlu menjawabnya"

Mungkin kerna bondalah yang sering bertanyakan khabar berita kita, risau akan keadaan kita..

Walau ayah pun tidak turut sama..

Jauh di sudut hati..Dia lah insan yang sentiasa merisaukan anda.


ye, saat ayahanda kita mengajar kita sewaktu kanak-kanak untuk menunggang basikal..

Ayahanda mu akan melepaskan basikal untuk saat kalian bisa untuk mengayuh sedikit demi
sedikit.

Tapi jika seorang bonda,:

Pasti beliau akan katakan~

"Jangan dulu dilepaskan abah,jangan dilepaskan pegangan pada anak kita"

Kerna apa?

Kerna Bonda kita tidak sama sekali mahu anak gadisnya jatuh terluka. Sama sekali tidak mahu
ada kelukaan yang menghinggap pada diri Permata Hatinya.

Tapi bagi seorang ayahanda..

Dia tetap membiarkan anak gadisnya berjalan tanpanya kerna dia yakin bahawa anak gadisnya
pasti boleh untuk berjalan..melangkah..mengayuh dengan berjaya. Begitu juga dalam
kehidupan,

Agar suatu saat ini..Anak gadisnya bukanlah puteri yang manja yang tidak mampu mengharungi
badai-badai ujian Yang ALLAH titipkan buat kita saat keseorangan saat meneruskan
perjuangan.

Itulah AYAH Dan Itulah Bonda~

Kasih yang tidak bersyarat..Membela nasibmu walau ke mana sahaja.


Ye..

Kerana cinta mereka berdua tidak langsung mengenal perbezaan.

Lalu, Dimanakah cinta kita untuk mereka?

Saat kita dewasa...Punya iJazah digenggaman..Menongkah menara gading.

Dimanakah Buat mereka?

Tepuk dada, tanyalah hati dan jiwa

Allah juga telah mempotretkan firman-NYA dalam Kalam AL-Quran:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan suoata kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di anatara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali jangalah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ahh" dan janglah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

[ Surah :Al -Israa' - Ayat 23 ]

Cintaku ..ayah dan bonda

Kerna Kalian, Aku kian dewasa..

Membesar sebagai seorang insan yang mandiri yang juga tidak akan melupakan kasih sayang
keluarganya..Yang mana banyak mengajar seorang pejuang yang siap untuk menjalani getirnya
hidup tanpa melupakan kelembutan hati. Dan keduanya itulah yang mengajarkan kita
bagaimana menjadikan peribadi yang kuat tanpa sesekali mengabaikan insan-insan lain yang
punya kelemahan..

Menjadi terpimpin untuk menjadi pemimpin
Menjadi solehah untuk ummah
Menjadi penakluk saat hambatan dan rintangan menerjah keras dalam episod hidup kita.
Semua itu di ajari ...kerna CINTA YANG TIDAK PERNAH MENGENAL USIA.
Kemudian,

Disemai benih-benih

Antara cinta sesama adik beradik dan saudara mara dalam ladang tanaman kasih mereka..

Bukankah mereka pengikat hubungan antara sesama kita..

" Ibarat air yang dicincang tidak akan putus"
Begitulah cinta yang dicoretkan~..


Pokok asasnya,
Yang terutamanya ALLAH dan Rasulullah yang pertama..
Dan kemudian AYAH dan BONDA...
Kemudian yang ke bawah..anda tahu mana yang patut didahulukan..
Tanpa melangkau batas dan syarak..
Biarlah tangga yang ketiga adalah suami atau isteri kita suatu hari nanti..
Dan seterusnya..hanya yang berhak memiliki cinta anda, Hanya itu yang boleh diberi.
Bercintalah, kerna cinta itu luas..
Tapi pada siapakah, Anda tahu yang mana lebih terbatas...~ :)


Nota SKH:

"Apabila Pecinta ALLAH berbicara, maka pecinta-pecinta lain pasti membisu bicara"

Dan

Tatkala Perindu-NYA memainkan pena, pasti perindu-perindu lain akan luruh untuk bercerita.




- Atin Jieha -

28102011
09:30 a.m

Saya sayangkan kalian
Walau siapa pun kalian,
Kita berdiri dengan berpaksikan
satu akidah satu wawasan..

[ Pemilik SKH ini sama sekali mencintai kalian tanpa mengenal usia kalian
Siapa Kalian
Dimana pun kalian ]




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH