Isnin, Januari 16, 2012

:: Layar Hakiki bersama Majazi ::

Views

Semester awal , sudah berakhir ditinggal pergi..

Yang akan datang, berbaki lagi dua semester yang bakal dihadapi.

Yang sudah berlalu .. itu yang pasti dikenangkan setiap hari.

Pulang nanti perlu bersedia membawa ijazah sebagai Da'ie..~


Lihat Blog Seni kiasan hati ini~

Kewujudannya sedikit sebanyak memujuk hati dan memberi motivasi.

Lihat ia kembali...

Benarkah isinya..Intipatinya..betul-betulkah menepati amal islami..


Semester lalu, Agak banyak yang telah dipelajari..

Masa lalu, Banyak perkara yang telah aku teladani.

Yang pasti, Madah-madah yang aku pelajari..sedikit sebanyak membuka ruang mata ku untuk
tidak sesekali sia-siakan ilmu yang telah dihadami.


Tapi yang pentingnya, Aku..Telah jatuh cinta kepada ilmu balaghah.

Balaghah..

Yang ku mengerti ianya adalah satu ilmu yang tersembunyi yang memerlukan sentuhan jiwa
yang dalam untuk memahaminya.

Jadi, untuk memahaminya tidak cukup dengan pendengaran dan tulisan, Tetapi juga
memerlukan kejernihan jiwa. Begitu jua dalam mencipta syair yang mengguna unsur-unsur
balaghah.

Keindahannya..~ gubahannya terjadi dengan unsur-unsur lafhzi yang dihiasi dengan al-
jinas,iqtibas, saja'..

Walhal juga diukir dengan keindahan-keindahan maknawi yang terdiri daripada tauriyah,
Thibaq, muqabalah, husnut-ta'lil, tajahul a'rif dan banyak lagi ..


-اللغة العربية لغة الجنة، من يتكلم بها فله حكمة كثيرة -


Teringat seorang penyair Jalaluddin Rumi, Iaitu seorang penyair sufi membicarakan:

"Tidak ada seorang penyair di dunia yang bukan seorang ahli mistik. Seorang penyair adalah
seorang ahli mistik sama ada dia menyedari atau tidak kerana tiada yang menulis syair tanpa
inspirasi yang mana dia mencipta syair seperti penyelam membawa mutiara ke atas
permukaan..~"



Maka untuk mempelajari Balaghah adalah dengan menggunakan :

* Mata yang letaknya di wajah kita yang berfungsi sebagai skrin zahir atau layar hakiki

*Mata Hati yang berperanan sebagai skrin batin atau layar majazi


Ibarat realiti dan fantasi

Begitu juga dikaitkan dengan hakiki dan majazi


Keduanya saling berkait..antaranya mengindahkan antara satu sama lain.

Gubahan-gubahan syair dan puisi yang diadaptasi kan dengan seni kiasan yang mampu

menusuk hati kepada sesiapa yang membaca dan menghayatinya.


Siapa kata Syair dan puisi tidak menyumbang kepada perkembangan islam?


Hakikatnya, Ianya juga turut memberi sumbangan kepada perkembangan islam melalui
faedahnya seni puisi dan syair dalam menerapkan unsur-unsur dakwah dan nilai-nilai islam
dalam karya-karya tersebut.


Seni puisi dan syair yang diserapkan ketiga-ketiga ilmu cabang ilmu balaghah iaitu Ilmu bayan,
ilmu ma'ani dan ilmu badi' dijadikan wadah sebagai untuk menyebarkan islam sama ada secara
langsung ataupun tidak, melalui gesaaan melakukan perkara-perkara umum yang menyentuh
aspek nilai-nilai murni dalam kehidupan yang terkadang secara langsung membabitkan soal
akidah, syariah dan sejarah islam yang gah.


Jadi..Melalui elemen tambahan dari ilmu balaghah ini, Ia menjadikan bahasa arab merupakan
bahasa yang hebat. Ia juga memerlukan daya pemikiran yang mendalam sebelum menafsirkan
makna sebenar dalam membantu kita berfikir sejenak untuk memahami sesuatu ibrah yang
ALLAH ukirkan buat kita.


Maka, dengan adanya elemen-elemen ma'ani,badi', dan bayan ini pelbagai tafsiran dapat dibuat
dan menjadikan kita seorang insan yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis.



Itulah ilmu balaghah..Yang seni nya menusuk dan memikat hati kepada sesiapa yang
merenunginya.

Moga sastera-sastera dan karya islam bakal lebih membangun dan bukan lagi merundum.

Biar puisi-puisi bergema tanpa sempadan seiring arus perdana

Sungguh, pengaruh individu amat mempengaruhi dunia sastera..Pengisian sebegini begitu
diperlukan pada suatu ketika ia berada di pelbagai arena,kemudian hilang ..jatuh dan
bangunnya mengikut rentak dan pengaruh semasa. Jadi, kita adalah salah satunya
pembangunnya.





-Atin Jieha-

19012012

12.00 p.m

[ Seni Kiasan Hati ]







ولقد أبصرت قدامي طريقا فمشيت

وسأبقى ماشيا إن شئت هذا أم أبيت

كيف جئت ؟ كيف أبصرت طريقي؟

لست أدري..


*قصيدة الطلاسم / لست أدري..*


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH