Ahad, Mac 25, 2012

:: Kura-kura & Sakit ~ ::

Views



Dengan nama ILAHI, Bismillah diucapi
Dengan nada hati, Tarian pena berlegar di kerangka kiasan seni.





Semalam , 
Mimpi ngeri itu kembali 
Hari ini,
Semangat ini tetap akan terus berapi.

Pagi hari, 
Sakit mula menular dalam diri.
Muka tegang, Penat masih lagi menjelang.
Itu Pagi~


Pagi tadi, Mungkin~
Telah menghujamkan seribu bahasa bisu
Dimulai saat ejaan kata , tidak lagi mengisyaratkan wacana
Sakit ku seakan merasuk otakku
Teduh dalam kiasan ..
sendu dalam lamunan
Dari asa yang tertinggal
Dari hati yang berbekal
Entah apa di depan sana
Berjalan sahaja meski luka terus menganga



Tengahhari juga masih begini..
Senyum sengaja terus diukir
Terasa Bagai 'si tua' yang cuba gagah berdiri
Asal tidak menyusahkan orang lain yang memerhati


Sakit dipedulikan,
Mahu kembali membilang jalan.
Bertemankan seorang Teman.
Terus melalui jalan yang terjal tadi siang...

" Kura-Kura! "
Fokus  terarah kepada Sang kura-kura yang sedang merangkak perlahan-perlahan di tengah jalan
Cengkerang yang sedikit retak,
Badan yang agak comot dan berhabuk
Tapi..
Masih kental untuk berjalan menyusur laluan walau tidak terarah
Mencari jalan pulang agaknya.

Rasa belas memuncuk,
Risau,
Kura-kura itu bakal jatuh ke tangan yang nakal.
Yang mampu dan bakal menyeksanya..
Sahabat, " Jom kita bawa kura-kura ini sekali "
AKu mengangguk.
Seiring sejalan~ 
Dan kura-kura terus-terusan menyusup kepalanya di dalam cengkerang
Malu Lagaknya..:)


Dan aku masih menahan rasa sakit..
Sambil mendaki laluan yang sedikit berbukit
"SAKIT sedang memberikan khabar"
( Bisik dalam hati )
Aku mengizinkannya menjengah
Mungkin ia kifarah Dosa
Kerna aku sendiri hamba yang berdosa
Aku bukan yang berkuasa mampu menolak undangan menghalau kehadirannya
Tapi saat 'sakit mengirimkan khabar',
Aku ingin sekali menyelesaikan segala masalah agar tidak menjadi beban fikiran bila tiba saat penyembuhan menjelang..
Sakit ini ~ Hadir dengan tiba-tiba,
Bukan sekali dipinta..
Tapi, tetap diterima . 
Walau tubuh tidak kuat menahannya.

Aku bukan boleh seperti dahulu
Tatkala sakit, 
Mengaduh pada bonda saat kecil
Atau memberikan wang kepada adik ,minta dibelikan ubat penahan sakit.

Aku bukan seperti dahulu,
Rasa perit,Boleh pula menjerit
Kala hujan mencurah,
Menangis di bawah rerintik.

Kini ,
Hanya mampu menekup muka
Merapatkan kedua betis
Membuang tangis senyap-senyap
Atau senyap bisu sambil menulis SKH dengan genangan air mata dicelah tubir


Aiahh~
Baik jadi kura-kura
Saat bersedih , mampu berdiam dalam cengkerang
Tiada siapa akan tahu mimik kesedihan atau kesakitan dirasakan
( Senyap-senyap aku bisikkan dalam hati saat kami bertiga , aku dan dua sahabat mencari-cari kura-kura yang tiba-tiba menghilang )

Tapi..
Sakit ku sekarang , Tidak sesakit teman-teman yang berperang dengan kesakitan mereka yang sedia asal
Sakit ku sekarang, hanya secebis yang aku sendiri mencari pasal
Sakit ku juga sekarang , tidak sehebat Rasulullah  yang lebih-lebih duka dan sukar

Sakit itu hanya secebis
Tidak perlu tangis
Hanya perlu menangkis

Aiahh~
Kata ingin menjadi persis Perajurit
Mengapa lemah saat duka menghiris?
Sedangkan kematian utama adalah di medan tugas
Saat itulah kita berhempas pulas
Bukan sekadar di tempat pembaringan yang aman dan damai


Jadilah seperti kura-kura..
Lambat? Lembap ?
Maaf..Kura-kura yang aku kenali selama ini bukan sebegitu .
Yang tadi aku lihat gagah,
Perkasa dari aku yang hanya tahu pura-pura tabah.
Tidak jemu untuk melangkah~
Walau langkahannya perlahan untuk memburu masa
Tapi tegarnya tidak langsung mahu mengalah

Langkah yang mengiringi deru nafas
Setapak demi setapak, sejengkal demi sejengkal dan sekisah demi sekisah 
Kerna 
Langkah-langkah kecil itu adalah langkah yang masih mampu
Membentangkan laluan untuk menuju langkah-langkah yang besar

Dan kini,
Pada sakit ku khabarkan ,
Walau kadang perit,berat untuk menyambung melangkah,
Walau jiwa sering sakit menjengah
Tabahlah~
Kerna masih ada yang risau
Kerna masih ada yang sayang.
 

Temanku Aisyah Mencoret,
Menemani aku tadi sepanjang perjalanan untuk menghadiri dua pertemuan.

"Kita semua muda dan akan tua sayang
Saya adalah awak
Awak adalah saya
Saya dan awak Umpama bulan dan bintang
Saya dan awak umpama irama dan lagu 
Saya dan awak umpama kura-kura dan cengkerangnya
Kita tidak akan dapat dipisahkan melainkan maut sahaja"

Temanku serikandi kaktus Yang membuatkan aku menangis air mata 'terharu',Dia Enggan aku sakit,Mohon aku menjaga diri, Dirinya berasa susah hati dengan keadaan aku yang begini
Tidak tahu nak tulis macam mana lagi...
Sungguh,
Speechless Awak~

" Terasa disayangi"
"Terasa punya teman disisi"
"Kasih mereka yang tiada tara
Kunjung tiba tanpa mengira
Inilah kemanisan ukhuwah..kerna-NYA,Ia indah~
Kerna-NYA,Ia tertaut~
Jadi,mana hendak dicari sebegini..
Terima kasih Ya Allah..
Terima Kasih Atas anugerah!~"
 

Tapi serikandi Kaktus 'Hazirah', Awak juga harus gagah dan tabah. Moga Allah memberikan kudrat untuk sembuh untuk anda terus melangkah.
Doa ku sentiasa bersama,
Doaku selalu menjengah.
Hashinah Pun~!

( Sayang.sering.sentiasa.selalu )

Nota Skh:
Terima kasih Jundi  sang kura-kura,
Bertemu dengan anda, Hari ini telah mengingatkan aku satu Perkara.
" Jangan pernah mengalah, Walau lelah "
"Dan Jadilah wanita muslimah yang pemalu yang sentiasa menyembunyikan dirinya didalam cengkerangnya bagi melindunginya dari menjadi tatapan umum"
Itulah sebaik-baik muslimah yang menjadi perhiasan paling indah di dunia.~


-AtinJieha-







☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

~serikandi cactus~ berkata...

alhamdulillah akhirnya berjaya jugak sy tgglkan komen disini setelah berputus asa beberapa kali! he3 :)

awak mmg hebat mnulis kan. ayt pon bunga3. mmg wajarlah awak amik BA & sastera. nnti bole buat dalam bhsa arab pulak. btw, sy ni jns ayat statik dan kaku. tak pndai macam awak ni..asal smpai maksud jadilah. :)

skh,
sy nk mintak tlg satu je. awak ingt kan yg sy mintak tu.. (itu je yg sya mintak) kalo awak syg org3 yg syg awak, awak yg pertama kne syg diri awak dulu..oke.

TERUS GAGAH UNTUK ISLAM YE! moga dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT. Syafakillah. ^^

with luv,
SK

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH