Rabu, April 11, 2012

:: Trimatra Ukhuwah : Mereka & Kita ::

Views

Dengan Nama-NYA , Aku kembali menjengah. 
Mengambil sedikit masa ,menyemai benih-benih suka dan resah di persada maya.
Andai dikatakan orang baru:" sebulan tidak menulis itu biasa" , tapi~ Bagi ku..itu benar-benar meresahkan aku. 
Kerna , apa yang perlu aku kongsi dan taburkan ketenangan disini telah tersepit sebentar. 


Hari ini , aku rungkai satu persatu yang termaktub dan terlekat dalam minda dan hati yang tidak dapat dilampiaskan sejak dua menjak ini .
Atas faktor masa dan percambahan kerja yang terkadang aku terpaksa korbankan peribadi, lantas aku sekat ia untuk menukilkan sebarang kalam untuk bergurindam dalam seni kiasan hati . 
Hakikatnya, kita yang perlu mengejar masa, bukan masa yang mengejar kita.





Bicara Ukhuwah.


Setelah Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia se-Jordan (KARISMA) telah melabuhkan tirainya, sedikit sebanyak aku mulai kembali menghela nafas yang tersesak sebelum ini .
Pengakhirnya Bahagia!
Alhamdulillah~
Juara kita dapat, Ukhuwah Kita Dakap. Sesuai dengan moto KARISMA V yang dibawakan kali ini, 
" Juara Utama ,Ukhuwah Bersama "
Namun, suatu kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan adalah kemenangan yang telah dirangkul oleh 'Mu'tah teater'. 
Bukan JOhan yang kami banggakan , tapi pementasan teater yang telah menusuk hati-hati mereka terutama Kami. 
Semua kerana Ukhuwah.
Dan tiada yang mampu menghancurkan tautan itu kecuali ALLAH.



-Teater Trimatra Ukhuwah : Mereka & Kita -

Satu-satunya teater yang telah menyentuh hati mengenai pengorbanan yang tinggi kepada satu ikatan yang bernama UKHUWAH.
Seminggu yang lalu, sering sahaja kami bersama , berlatih,tidur dan makan bersama demi berusaha bersungguh-sungguh untuk mempersembahkan yang terbaik  buat pementasan pada KARISMA tersebut.

Teater yang membawakan tiga babak yang berlatarkan masa Zaman Rasulullah mempersaudarakan Kaum muhajirin dan ansar,  Rentetan daripada Titah-NYA berfirman:

" Dan orang-orang Ansar yang mendiami negeri madinah serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-prang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada mereka sendiri. Sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan ingatlah , sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

( Surah Al-Hasyr : 9 )

Dan kisah di mana saat perang yarmouk , Bagaimana Abu jaham bin huzaifah telah mencari sepupunya dari kalangan tentera muslimin yang menyertai peperangan tersebut. Serta disitu terjadinya penyaksian bagaimana itharnya mereka mementingkan teman lain dari diri mereka sendiri sewaktu masing-masing dalam keadaan tenat dan haus, Mereka tetap mendahulukan sahabat-sahabat mereka untuk meminum air  yang di bawa oleh Ab Jaham bin huzaifah tersebut. 
Alangkah indah Ukhuwah kerna ALLAH ~ Allahuakbar. 
Saat peristiwa ini dilakonkan kembali, jujur aku katakan. Hati ini sangat bergetar kerna terasa sayu dan syahdu dengan pengorbanan mereka. 
Bagaimana tingginya tadhiyah dan ITHAR mereka , secebis pun tiada pada ku.. Allah~

Babak Kedua pula kami menyajikan persembahan saat akhir zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II . Tatkala itu  sultan abdul hamid II telah didatangi oleh beberapa orang daripada kalangan yahudi iaitu Imanuel Qarh Sou, Aram, As'ad Tubtoni dan 'Arif Hikmat yang mana mereka membawakan tawaran -tawaran yang menguntungkan dan sangat menarik. 
Antaranya Mereka memberikan tawaran :
  • Mereka akan menjelaskan semua hutang kerajaan Turki Uthmaniyyah
  • Mereka akan membangun dan Menggiatkan Aktiviti dan perdagangan serta perindustrian untuk Turki
  • Mereka akan menyediakan pelbagai kemudahan pengangkutan dengan membina jalan keretaapi dan kapal laut
  • Mereka juga akan membina sebuah universiti yang dilengkapi kemudahan  moden
  • Mereka akan menggunakan 100% akhbar untuk mempertahankan sultaan bagi menghadapi kuasa barat
  • Dan Yang terakhir, mereka ingin menghadiahkan wang sebanyak 100 juta nilai emas kepada tuanku Sultan.
Namun, Pihak Yahudi Laknatullah telah menyatakan syarat untuk Sultan Abdul Hamid II menyerahkan Bumi PALESTIN kepada mereka.

Tapi, walau bagaimana pun, tawaran-tawaran tersebut tidak mampu mengugat sultan Abdul hamid II untuk menyerahkan apa yang diminta oleh mereka kerana beliau tidak akan sesekali membenarkan daulah islamiyah dipisah-dipisahkan sedangkan  beliau masih hidup.

Babak Ketiga pula menyajikan kemelut yang melanda kini. 
Tahun 2012, telah banyak sejarah yang telah termaktub ..Namun , hakikatnya..Kita selalu terlupa lalai dan leka untuk kembali berpusing ke arah sejarah yang telah berlaku untuk mengambil iktibar serta berusaha merencanakan perpaduan kesepakatan antara seluruh umat islam di dunia ini untuk kembali menegakkan syiar islam dan membantu umat islam dan masyarakat yang tertindas.

Yang pastinya,
Kemelut yang berlaku pada PALESTIN sejak dari dulu sampai sekarang. Kita hanya memandang enteng tanpa tembakan doa pun kita malas untuk menghantarkan peluru-peluru senjata mukmin.

Sabda Baginda pernah dilantunkan :
"Kelak umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar  mengerumuni makanan mereka. 
Salah seorang bertanya : Adakah kerana bilangan kita sedikit pada waktu itu?
Baginda menjawab: "Tidak, Bilangan kalian ramai , namun kalian adalah seperti buih di lautan. Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan perasaan wahan dalam hati kalian."
Salah seorang bertanya : " Apakah itu wahan wahai Rasulullah?"
Nabi S.a.w menjawab: Cintakan kehidupan dan takutkan kematian."

Allah...
Palestin dibelasah , dibunuh...
Apa yang kita lakukan?
Sekadar melepaskan 'keluhan' Kasihan dan tanpa satu pun tindakan yang menunjukkan kalian peduli pada mereka.
DiMana DOA?
Dimanakah Kesatuan?
Dimanakah ukhuwah yang termeterai yang pernah dipupuk Rasulullah dahulu zaman?

Realitinya kini , Ananiyah ( pentingkan diri sendiri ) telah menjalarkan dalam tubuh  dan jasad kita.
KITA telah tersadai di bawah telunjuk yahudi yang telah mendoktrinkan sistem sekular dalam hati dan jiwa kita.

Kembali untuk kembali.

Laksanakanlah kembali bermula hari ini. 
Sama-sama kita cuba ingat dan mengingatkan antara sesama sendiri.
Peranan dan tanggungjawab yang telah terbengkalai selama ini.
Moga ALLAH ampunkan kita kerna yang lalu kita telah mengabaikan saudara-saudara kita.
Moga diberikan ruang untuk memperbaiki ~



Kerana Trimatra Ukhuwah,
Aku semakin belajar.
Untuk terus menyebarkan bahagia, sebelum genderang dipalu dan terpaksa ku pulang.

Kerana Trimatra Ukhuwah,
Semakin aku mahu bersama mereka, menyemai sayang menuai kasih.
Membaja rindu sebelum ku tinggal.

Kerana Trimatra Ukhuwah,
Baru aku tahu betapa dahsyatnya kuasa rabithoh ukhuwah sesama insan sehinggakan jika terdapat salah satu bahagian anggota yang mengadu kesakitan, seluruh badan akan turut berjaga malam dan menanggung penderitaan.
Dan yang pasti , sahabat ku jua sedang berperang, menahan kesakitan dan cuba berdiri gagah untuk sembuh .
Sedangkan aku melihatnya turut merasa kesan ..Allah, tolong sembuhkan beliau~
Hati ini tidak tertahankan..

Kerana Trimatra Ukhuwah,
Wang ringgit tidak mampu menjadi penghalang, nilaian jutaan emas mahupun harta yang berganda tidak mampu mengaburkan mata untuk korbankan sebuah persahabatan.
Bukan harta dan material yang dicari, Tapi tautan ukhuwah yang mampu memimpin kita hingga ke Jannah ( Syurga ), dan memberi ruang dan peluang untuk kita mengubah kehidupan berlandaskan Al-Quran.

Kerana Trimatra Ukhuwah,
kita bergabung dengan lafaz kalimah Lailahaillah .
  • Salamatus Sodri 
  • Toleransi 
  • Ithar
Ketiga-tiganya perlu dihadami dan praktik dalam kehidupan ini, Agar lebih bercambah gemersik-gemersik kasih kerna ALLAH.
Until Jannah ye ! 

Nota SKH:
Tidak mampu menjadi sesetia dan seteguh  Abu Bakar Siddiq, Tapi pasti boleh menjiwai sifatnya kan~
Sayangi mereka dengan seadanya:
"Geng teater Mu'tah " 
-kekurangan seorang waktu ini -> arini waznah tetap dalam hati walau tiada dalam gambar-





-Atin Jieha -
11 april 2012
11:15 a.m
[ Sama ada aku yang memalu dahulu  genderang tersebut , mahupun  dikau..
Kita tetap bersaudara dalam iman ]

sahabat
Dia datang dan pergi
hadir dan kembali sepi
Tidak penah membiarkan sahabatnya dibuai mimpi
sentiasa berada di sisi menemani
Namun
Dia mahu pergi
Pesannya
tidak semua yang indah itu kita merasai
Tidak semua yang perit itu juga yang kita rasai
Tapi kita merasa keduanya serba sedikit
Sekeping hati
Kalau itulah bicaranya
Apa lagi mahu dihalang
Cuma selalu sahaja berkata dengan hati
Agar tenang dan sabar menempuhi
Agar hati bisa terpujuk
Kerana hati juga punya rasa
Walau terkadang sukar untuk dimengerti
Kata sahabatku lagi
izinkan dia pergi
walau kakinya bagai terpasung luka
walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua
tangisku tidak sekali dia lupa
Bukan dia tega
bukan dia rela
Izinkan dia pergi jua
Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di jiwanya tidak pernah ada tunggu
Walau terjerat,walau hakikat
Dia mesti pergi jua
Kerna genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
pesannya jangan menangis lagi
ayuh melangkah sepertinya
kerna dia mengerti aku adalah ..
Bidadari berhati duka berwajah ceria~
Tapi
Doaku ..
YA ILAHI..kembalikan sahabat ku itu
bisikkan pada hatinya
kerna hanya dia sahabat yang tercinta
kerna cintaku adalah kerna-MU
cermin sakti antara kami

- Rindu kata-kata sakti, penguat dan doa dari sahabat -sahabat sejati
Maka, dinukilkan sajak ini kembali disini -


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

AnA ImTiYaZ.. berkata...

trimatra ukhuwah: episod mereka dan kita.

memberi alasan itu bukan watakku,lalu lansung watak itu tidak ku jiwai..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH