Selasa, Jun 05, 2012

:: Percikan Rindu ! ::

Views

"Sesungguhnya jika kita sedang merindui seseorang, kita juga sedang merindui ALLAH, kerana hanya DIA yang mencampakkan rasa rindu itu!"


Penangan Rindu, Demam pun Mengaduh. 
Percik-percikan Rindu, Amat dahsyat sehinggakan sakit jasad yang terpisah.
Biasalah.. Adat Berpisah. 
Pasti ada Rindu yang memagut
Kerengsaan menjalar , badan terusik , jiwa pun memekik. 

Kelakar..
Akhir-akhir ini, Banyak Entry yang menukilkan mengenai pertemuan dan Perpisahan. Ya, Hendak bagaimana..sedangkan Taman SKH ini memang banyak berbicara mengenai kehidupan. Apakan daya, hanya di sudut ini untuk aku menuai dan membaja asam garam dalam kehidupan. 

Demam sehari, Namun kesan masih terasa .
Tapi, hari ini dengarnya ada yang tertempias juga demam itu. 
Sehati sejiwa kan. Moga sembuh segera 'pelindung' itu.

" Alangkah dahsyatnya kuasa ukhuwah, hinggakan jika terdapat salah satu bahagian anggota mengadu kesakitan, seluruh badan akan turut berjaga malam dan menanggung penderitaan." 

Seorang demi seorang , lambaikan tangan meninggalkan bumi mu'tah. Aku hanya mampu tersenyum , dan memeluk mereka. Biar tangisan di pelupuk mata mereka bersisa, Aku belagak 'cool' kononnya gagah. Pelik juga pada diri sendiri, kemanakah air mata yang selalu menjadi mahkotaku selama ini.. Hendak dicurah, seakan kontang dan kering. Jadi, biarkan ia berganti dengan senyuman. Ia lebih indah .. seindah bunga yang memekar. 
Ibarat kak delisha bilang, " sembunyikan tangis , teruskan tersenyum "

Perpisahan Termanis 

Untuk apa kita risaukan,
Bicara kita adalah bicara sufi, tanpa suara dan kata-kata, kerana penghubung kita hanyalah suara hati .
Ya, Masih terngiang-ngiang kata-kata ini . kata-kata dari seorang ukhti.. pastinya bicara kita bicara sufi. Kerna rindu ini kerana-NYA..Dekat Dihati biar jasad jauh tika ini.

Untuk punyai seorang sahabat, Bukan bermaksud hanya jasad yang dinobatkan. Tapi hati dan jiwa, tadhiyah dan kudrat paling utama untuk sebuah keterikatan yang rabithoh perlu ikat ketat-ketat. 

Sebagaimana kita tahu dan sedar kisah hebatnya peranan sahabat Baginda Rasulullah dalam kehidupannya, dan betapa sukarnya untuk mencari teman sejati yang persis seperti sahabat-sahabat baginda. Begitulah hakikatnya yang dapat kita lihat kini dan selamanya . 

Mencari teman seperti Sahabat NABI, jauh sekali kita bermimpi. Kerna mereka hebat sekali, berkorban tidak pernah kenal erti pentingkan diri. 

Rasulullah menukil firman, dalam sebuah sabda yang tertulis di dalam hadis diriwayatkan:
" Sesungguhnya sahabatku laksana bintang-bintang, apabila seorang pun yang kamu contohi akan memperoleh petunjuk."
( Hadis Sahih Riwayat Imam Baihaqi )

Sedikit tersayat,sayu melihat segala Firman. Firman Ukhuwah, Belum masih ku langsaikan. Apatah masih gagal untuk laksanakan. Yang ada hanya aku melukakan dan tahu meninggalkan jejak-jejak sesal. 
Harus bagaimana?
Firman Ukhuwah bukannya enteng. Terlalu payah sedikit sukar. Tapi~ Apa yang mustahil di dalam dunia ini jika kita tidak mencuba? Nak sesuatu, kena berusaha . Adanya sesuatu, kena hargainya. Walau satu saat nanti kita sudah memilikinya, jangan sia-siakan apa yang ada. 
Terutama Sahabat yang ada di depan mata. Bukan mudah untuk mempunyai sahabat yang sanggup berkorban segala jasad dan nyawa, hati dan jiwa mereka untuk kita. 


Perbezaan?


" ..dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, ( iaitu) Harun saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku"
[ - 20:29-32 - ]

Mempunyai perbezaan antara satu sama lain bukanlah satu kesalahan yang membuatkan kita musykil untuk bersahabat. Terkadang persamaan sendiri boleh membuatkan kita bersengketa atas satu je titik salah faham,persamaan yang punya persaingan. Perbezaan hakikatnya mampu melengkapkan. Seandainya dia begini , dan kau begitu.. Itukan yang lebih indah dalam sebuah persahabatan itu. 

Bagaimana terpampangnya kisah Nabi Musa dan Harun yang terzahir di dalam mushaf indah dari Rabbul Jalil, Disitu terungkainya peristiwa persaudaraan antara mereka. Nabi Musa dan Nabi harun bukanlah saudara kandung , namun keduanya berjuang sentiasa bersama melawan kejahatan Firaun di mesir suatu ketika dahulu. Mereka saling bantu membantu dan saling melengkapi untuk berdakwah secara damai kepada masyarakat Mesir dan Pemerintahnya. Di ketika inilah peranan sahabat menjadi persis saudara yang saling berkasih sayang dan cinta kerna ILAHI. Saat Nabi Musa menyendiri di gunung sinai untuk bermunajat kepada Rabbnya, nabi harun dengan setia membimbing umat nabi musa untuk tetap setia menyembah ALLAH S.W.T. walaupun akhirnya samiri membelot untuk membuat ajaran sendiri yang menyimpang dari ajaran Nabi Musa. 
Tetapi Nabi Harun Tetap tegar ,setia dan teguh untuk membimbing Bani israel. Nabi harun tidak langsung melarikan diri dari kekangan ketika Nabi musa tiada.

"Sudikah kalian menjadi persis 'HARUN' untuk melengkapi saya? "


 Ya, Inilah yang dikatakan sebuah persahabatan sejati . Yang tercatat indah di dalam sejarah. Hadirnya melengkapi, bukan untuk memusuhi. 
Memang Perbezaan terkadang menyakitkan, namun ia juga boleh melengkapkan.
Melengkapkan kedua hati menjadi satu, lantas berbagi rindu , menguntum sayang. 

Sahabat, yang tertulisnya di dalam hati. Berpisahnya bukan sekadar bicara ukhuwah mati disini. Tetapi, mekarnya tetap di dalam taman hati teman. Biarkan berteduh dan menikmati keindahan taman yang misteri ini. Biar basah jiwa dengan ukhuwah. Kerna, Hidup tanpa kebasahan jiwa dengan ukhuwah , seperti hidup yang mati. 


Sahabat, ukhuwah , Cinta , Rindu, kasih dan sayang. 
Rangkuman kata-kata ini berkait rapat dengan hidup. Kitalah yang banyak memainkan peranan untuk menikmatinya. 
Mewujudkan ukhuwah kerna Rabbul Izzati, disandarkan cinta pada ILAHI, walhal perbezaan pun disatukan kerna matlamat yang satu. Sama-sama terbang untuk melangkaui awan biru, langit ke langit, demi menggapai redho-NYA. 
Itharlah Teman, 
Tawazunlah Sahabat...
Salamatus Sodri lah Nafsi. 
Kita hidup bukan untuk sendiri. Tapi bersama-sama memercikkan RINDU untuk ILAHI. 
Kita khalifah yang menyuburi bumi, buatkan alam indah terus menyanyi, Mengajak flora dan fauna berzikir ..Malah, mengorek Sejuta Rahsia hasil dari titisan hujan yang gugur dari ILahi.
Berkasih sayanglah kerna ALLAH .
Dan bertemu berpisahlah kerna ALLAH. 
Hanya DIA tahu segala yang terindah..
Walau ucapan selamat tinggal begitu susah dan payah untuk ditelan, Namun suatu saat moga ALLAH pertemukan kita di syurga yang terindah. 
Ingat, Doa,doa dan terus berdoa..
Moga Satu saat, seandainya tangan dan kaki ini tidak mampu melangkah ke syurga, bantulah aku , tariklah tangan ini dengan harapan kita mampu berdamai bersama  ke syurga , menghuni di situ dan mencipta lagi sketsa mahligai cinta persahabatan yang lebih teragung.

Ya, tidak didunia, akhirat nanti moga kembali dipertemu.

" Dua Orang pemuda yang akan mendapat lindungan di Mashyar nanti lah adalah mereka yag berkasih sayang , Bertemu berpisah  kerana Allah "

Kemaafan ku hulur,
Salam sayang dari ku buat kalian yang sentiasa di hatiku.  







-AtinJieha-
05062012
23:45p.m
Bayt Imtiyaz Crew, Ghurfah Farasyi
Dalam hati ada bunga-bunga mekar nan indah
ada insan-insan yang berteduh disitu.
Dalam jiwa ku basahkan rindu
Biar percikan Rindu ini  terbang ke arahmu.
Untuk sama-sama merindu!! 





" Disekitar arasy ada menara-menara dari cahaya, didalamnya ada orang-orang yang pakainnya dari cahaya dan wajah mereka bercahaya, Mereka bukan para Nabi dan syuhada', hingga para Nabi dan Syuhada' kagum kepada mereka, ketika ditanya oleh sahabat,siapakah mereka? Rasulullah SAW menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana ALLAH, saling berkunjung kerana ALLAH dan saling memaafkan kerana ALLAH "





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

4 ulasan:

Khair-Jiha berkata...

bicara kita ialah bicara sufi..
tanpa suara dan kata2..
bertemu dan berpisah kita..
hanya kerana Allah..

letih . penat .

pertemuan itu membahagiakan tapi terselit kedukaan tika perpisahan datang menghulur tangan..

einsyie♥♥انشراح berkata...

sedeeyyyy ;(

take care kak tin.maaf xdpt bersama sehingga lambaian terakhir akk di bumi sana ;'(

Atin Jieha berkata...

adik jiha,
Perpisahan akan terasa manis kalu betul2 kita letakkan setulusnya kerna ALLAH .
Moga sama2 kecapi kemanisan itu saat nanti.

einsyie,
moga jodoh kita bertemu di pekan nat kota naihh~!! :')

~serikandi kaktus~ berkata...

:')

"CINTA YANG ENGKAU BERIKAN KEPADA SEORANG TEMAN ITU TANDA SEMPURNANYA IMAN APABILA DGN SETULUS HATI ENGKAU MENCINTAI DIRINYA BAGAIKAN DIRI SENDIRI.."


dari haritu tak boleh nk like, tak thu knapa, jadi sy tingglkan jejak.

seperti selalu, sy akan singgah bila saya rindu. so, kalo selalu nmpak visitor dari Melaka kat traffic awak, faham2 je kan.. huhu.

'cinta' yg diberikan bukan cinta budak2 tadika. ini kisah cinta perjuangan~ moga Allah redha!

SK

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH