Rabu, Ogos 22, 2012

:: Syawal ::

Views

Syawal 4
Hujan renyai-renyai..bagai mengerti hati jua sebegitu.
Syawal yang dilalui kali ini bersama bau basah sawah padi..sedikit sebanyak menyejukkan hati. Namun, kehangatan kemelut lebih terasa dari damai yang dicari.

Ku terjah lagi SAKINAH~
Hilangnya kemana entah pergi. Ujian bertalu-talu..musibah mengetuk kalbu. Semuanya bagai tersenyum palsu. Dan aku?

Tersengih pilu apa ada ku..Dermawannya minda ligatnya tersendu.
Ditepuk-tepuk lembut hati.. Ujian.
Bersabarlah..
Entah nanti mana tahu hikmah besar yang Allah mahu titipkan buatku.
Disembunyikan tangis lagi.. Dipamerkan suara lunak ceria, mata yang berkelip cahaya gembira.
Kucar kacir yang terperosok dirahsiakan lagi.
Hoiii~
Aku kan ` Bidadari berduka berwajah ceria`.

Ermm..
Aku rindu sapaan mereka-mereka itu.
Terutama cik ` mata hati`
Asal jumpa, bertanya : " bidadari sihat? Hati sihat? "
Dan bila persoalan itu menerjah.. Senyuman ku ukir.
Masih ada yang prihatin untukku. Rindu untuk membuang gundah bersama adik beradik yang menyubur lebat cinta di bulatan gembira.
Rindu kemanisan tarbiyah yang tidak mampu ku kecap saat akhir-akhirnya..

Ohhh..aku tahu.
Hikmah bakal kembalinya aku ke sana kerna ada yang menyeru..
Tarbiyah telah menunggu-nunggu. Untuk menyapa hati yang rosak dek kerna nafsu.
Nantikan aku di batas waktu..
Di penghujung syita' nanti kita menuai rindu..

Salam syawal yang terindah.



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH