Rabu, Januari 09, 2013

:: Rindu, Tersambutkah ? ::

Views

Bismillah . 
Kalam pembuka dengan Asma Allah. 
Yang Maha Indah, Paling Tercantik dan Gah. 
Berkatiku, Subhanallah.

----------------------

#Rindu.
Desir angin kipas yang mengitar ruangan luas ini. 
Satu persatu kepingan potret ditatap.
Ada momen-momen indah yang tertancap.
Satu masa, kerdipan mata terhenti pada potret sketsa tetamu senja di perkarangan kubu salahuddin al ayubi.
Kelibat-kelibat wajah yang mengisi tawa tangis saat dahulu. 
Kenakalan, kebaikan, keprihatinan.
Makin membuat ku rindu. 
Sehingga sujudku di setiap solat hari ini menjadi syahdu.
Kepada TUHAN ku mengadu soal hati kecilku,
Tentang Rindu.
Andai ku khabarkan Rindu, 
Bakal tersambutkah rindu itu?




Ada gadis itu, 'Kegembiraan' namanya. 
Jasad, hati dan jiwanya..
Penuh dengan 'Bunga' dan 'Duri'
Cinta dan Kasih,
Luka dan Perit.
Dia manusia yang mungkin sampai ke hari ini, 
tidak pernah sedikit pun rinduku menyisa sikit, tapi kian membukit.
Kerna Dia teman yang menemani ketika sakit, gembira, duka, gaduhku dan hingga akhir ku berada di teratak sunyi bangunan matorneh.
Walau dia seorang adik~
Usianya, tidak pernah menjadi sulit.
Sungguh, dalam kalangan manusia. Kalau dia tahu, dia insan yang paling aku rindu tika ini.
Kadang kala, 
Aku pasti termalu sendiri.
Aku sahajakah yang merindu jasad itu?
Sedangkan fikirku, adakah rindu ini bakal bersambut?
Kerna aku bukan ukht dan teman yang baik. 
Sedar#

Gadis 'Kegembiraan',
Ukht rindu.
Panorama senja berlabuh, ramai-ramai kita mengait memoir.
Mencipta segaris senyum, Membuang carik retak hati jauh-jauh.
Kita kait bintang-bintang nun di sana,
ada saat bintang tiada yang jatuh ke riba,
Kita menguatkan antara satu.
Pinta kedua kita, 
' Usah putus asa, pasti nanti bakal menjelma '.
Ada juga sisipanmu, lukismu tentang TABAH,
Ya..
kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah,

Gadis 'kegembiraan',
Masih teringat coret-coretmu pada ukht.
Saat ada jarak membekukan kita.
Seketika cuma, mungkin~
Tapi, pintamu. 
Hati yang lama, kita ganti yang baru. 
Warnakan panorama yang lebih indah, dengan warna warni yang mencatat sejarah. 
Sejarah kita..bahawa, talian kita tidak akan terngadah.

Allah, 
Di sana salji sedang menuai cinta.
Maka, titipkan rindu padanya.
Seorang gadis, 'kegembiraan' yang selalu beliau sebarkan di dunia.
Pada teman-teman , termasuk ku yang 'biasa'. 
Maka, 
adakah rindu ini kan bersambut?

#harapnya ia~
Kangen, 
Musytaq.

-AtinJieha-
Moga  ikrar lalu, 
" Dengan Tawamu, Ku lepas ke dunia CITA mu .
Dengan Tangismu, Ku sambut Dalam Bahu ku "
Terus memekar.

Khas buat sang Gadis 'kegembiraan'


"Apabila diam, bukan tanda tidak wujud. 
Mungkin sedang berjuang,mengharungi sisa badai."
Kisah Kasih kita ⇜♥











☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH