Khamis, Julai 25, 2013

:: Badang & Bidadari ::

Views
Aku buka catatan ini, dengan senyum ..dengan bahagia.
Bernoktahkan nada-nada cinta, bunga ,garam dan gula. 

#Alhamdulillah.
Bila Bidadari bertemu dengan badangnya, Hati bersatu, jiwa menyeru. Mahligai yang suram dan sepi dahulu, dihias dengan tawa ceria, gurau senda.. Kadang, masih ada air di tubir mata. Itu..Biasalah~ 
Adat, asam dan garam. Mana semua manis,pasti ada juga sipi-sipi pahitnya. 

Dua , tiga bulan ini. Saratan tugas digalas pundak, taman menjadi sepi dan kontang. Tiada lagi nada, tiada pula irama. Hanya kerdipan yang tersembunyi dibalik nama. Hakikatnya jiwa memberontak meronta-ronta. Sakit untuk meluah.
Benar, bila tidak mampu memacu pena, jasad terasa lumpuh. 

~..

" Badang ada.. "
" Ya, Badang ada. "
Dia tersenyum.
Bidadari terkedip memandang.
Badang..~




Benar, Dia hanya manusia biasa. Manusia bilang, 'Tiada yang istimewa'. Biasa yang membuatkan manusia memandang hanya sebelah mata.

Namun..
Bidadari itu tetap mahu mengiyakan.
Badang yang 'biasa' itu menjadi belahan jiwa, melengkapi sayapnya yang sedia patah dan rapuh.
Yang biasa itulah membuatkannya kembali teguh dan kukuh.
Walau Dia hanya 'Biasa'.
Jiwa dan hatinya 'Luar Biasa'..

-------------------------------------------------------------



"Sayang bonda hendak lepaskan bidadari..
 Sudah lama kita sama-sama bersemadi dalam taman  ini kan ..? "

Bidadari terkedu.


Fitrah, apabila ditabalkan, pasti terpaksa mengibarkan sayap terbang ke daerah yang lain.

Putaran darjah bakal meroda pusing. Tiada lagi istilah bersendiri lantaran telah terikat dua hati bersemi . 
Ya~ bidadari lusuh ini telah ditabali.. mengucapkan lafaz sakinah yang merubah kehidupan ini.

6/6/2013.

Gegar sejarah bidadari mencari  erti bahagia. Biar tika itu kelam kelibut terkapai merata, namun perubahan ini bakal mengukuh apa yang rapuh sebelum-sebelumnya. Walau bersimpang siur minda masih membuta, moga apa yang terpatri menyusun kembali jalinan bersama TUHAN dengan talian yang lebih utuh dan semakin teguh. 

Benar, 

Dibelakang setiap lelaki, ada kelibat wanita yang menjadi penguat pancangnya. 

Allah berfirman,

 ' Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNYA. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.'


----------------------------------------------------------

# Campakkan mimpi pada bintang.
Biar di sana ia bersinar. Walau sesekali disembunyikan awan, Tapi nyata ia tetap kekal.

Terima kasih TUHAN menjadi Pendamai.
Melimpah bahagia dalam celah-celah kemelut yang sukar. 

Allah ~ 
Tika pancaindera terbuka,
Maka terlihatlah segala yang indah. 
Allah itu Penyayang.
Yakinlah semua nyata, dan ingatlah tiada yang sempurna. 

Badang~
Mengapa bidadari memilihmu , 
Dan jawapannya bukan pada bibir yang kelu.
Hanya hati yang tahu,
Mengapa hatimu yang dituju.

Maka, bermulalah sketsa badang dan bidadari.. membonceng di laluan terjal, mendayung sampan hingga ke pulau perhentian. 
Moga 'soleh' menjadi galang, 
'solehah' menjadi tumpuan. 

Mahligai utuh , makin teguh.
Cinta yang menguntum, mengembang mekar.
Kerana ALLAH, aku cinta 'engkau'. 

AtinJieha
Pemilik SKH
25072013






☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

cimon berkata...

Moga bahagia hingga ke Syurga ek cikgu!! ^_^

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH