tag:blogger.com,1999:blog-9101759992511934858.post2099278669457204307..comments2023-10-05T18:51:43.809+03:00Comments on ♥Atin Jieha♥Seni Kiasan hati: ::Aku dan Kamu ~Temanku..::Atin Jiehahttp://www.blogger.com/profile/14632490007211487552noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-9101759992511934858.post-29958285851170261072011-06-29T13:45:20.684+02:002011-06-29T13:45:20.684+02:00Tersenyum Pelangi Pada Surat Cintaku
Teman, Kau ...Tersenyum Pelangi Pada Surat Cintaku

Teman, Kau masih lagi memegang sebuah balang,
Terisi dengan cebisan-cebisan coretan hati,
Masih lagi kau jua memandang,
Lakaran-lakaran yang tertulis antara kau dan aku.

Teman,
Bukanlah aku ingin mengungkitkan kembali,
Apa yang telah sirna di hati,
Tapi aku ingin kau ketahui,
Ukhuwwah yang terbina ini,
Bukanlah kerana kepentingan diri,
Tapi kerana ikatan yang terjalin
di antara kita,
Adalah kerana rasa cinta pada-Nya.

Bicaraku, bukanlah sekadar awangan yang ku sengaja ingin menyentuh perasaan hatimu, tetapi ia adalah sebuah lakaran yang tertulis di dalam relung hati yang paling dalam, Hanya untuk menyuburkan 'taman" ukhuwwah yang telah sekian lama berputik di antara kita. Kau tahu teman,
aku bukanlah yang terbaik buatmu.

Teman,
Kau adalah teman, kawan dan sahabatku,
Yang pada awalnya kita bertemu,
Dan pada akhirnya kita berpisah jua lantaran kita di takdirkan punya haluan sendiri.
Oh~ Lantaran kita hanyalah insan yang lemah dan kerdil,
Sendiri..

Teman,
Ingatlah,
Balang yang engkau pegang di saat ini,
Adalah coretan-coretan yang sama-sama kita lakarkan,
Untuk kita kenang bersama,
Agar ia sebagai sebab untuk kita saling mengingati dan saling mendoakan,
Apabila saat kita berjauhan lagi.

Teman,
Lihatlah sang pelangi,
Indah berseri,
Mewarnai bumi,
Seakan-akan senyum pada kita,
Tapi ingatlah teman,
Di saat kau membawa haluanmu,
Bawalah balang serta cebisan-cebisan memori kita,
Agar ia menjadi sebuah warkah,
Yang tiada hujungnya.

Antara kau dan aku,
Punya ceritera yang sama,
Melodi yang sama,
Naluri yang sama.

~Moga kau tunggu, di pintu Jannah~Pena Sedingin Saljunoreply@blogger.com