Isnin, Mei 16, 2011

::Genderang itu masih dipalu::

Views



Aku hanya menulis, bukanlah kerana ingin menunjukan aku petah dalam menulis, tapi aku cuba untuk memberikan sesuatu agar dapat memberi manfaat kepada orang lain. Aku cuba menyampaikan apa yang tersirat di hati, menterjemahkan dengan kata-kata. Biarlah mereka tahu, erti memberi pada menerima.
Tarian penaku mulai… Bismillah,

Sahabatku,
Tahukah kamu,
Genderang sudah di palu,
Bunyinya menusuk kalbu,
Tapi terkadang ada jiwa dan hati yang masih kaku,
Mengapa jadi begitu?

Sahabatku,
Genderang masih dipalu,
Kuat menggetarkan kalbu,
Seruan itu,
Menggentarkan jiwa-jiwa yang haru biru,
Tapi masih lagi ada yang diam membisu.

Kau tahu sahabatku,
Di sini malam menjelma,
Di sana matahari di angkasa,
Bulan menyinari cahayanya,
Ditengah-tengah malam yang sunyi,
Di sana matahari menyinari,
Tapi masih ramai yang menyendiri,
Mati,
Jiwa yang mati…

Sahabat,
Siapkah engkau dengan keadaan ini?
Musuh-musuh di sana menanti,
Tapi masih ada yang tidak menyedari,
Lalai dan leka menyendiri,
Ah! Mereka asyik di dalam buaian mimpi,
Genderang masih di palu lagi,
Mereka tega membiarkan kita sendiri…

Sahabat,
Inilah yang ku ingin sampaikan,
Dengarlah, apa yang aku mahu sampaikan,
“Berangkatlah mu baik dengan rasa ringan,
Mahupun keberatan,
Dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Tuhan-Mu,
Yang Demikian adalah lebih baik jika kamu mengetahui” (QS: At-Taubah: 41)
“Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak merugikan-Nya sedikitpun..(QS: At-Taubah: 39)

Sahabat,
Berjanjilah padaku,
Kau akan bersamaku,
Berjuang di jalan penuh liku,
Tetap tak akan pernah kaku,
Kerana jalan ini tidak perlu orang yang beku.

Sahabatku,
Genderang masih di palu,
Jihad itu perlu,
Berjanjilah padaku,
Takkan pernah melepaskan tanggungjawabmu,
Kerana kita adalah satu,
Umat yang menjadi pilihan Tuhanmu,
Juga Tuhanku.

Genderang masih dipalu,
Ayuh kita ke medan itu,
Jangan takut dan jangan bersedih,
Allah akan bersama kita,
Jangan takut dan jangan bersedih,
Jika kau dan aku mati di jalan ini,
Kita berjumpa lagi di Syurga sana,

Dan tunggu aku,
Di pintu Jannah,
Genderang masih dipalu,
Takkan pernah berhenti,
Agar manusia mengerti,
Erti kehidupan ini…..

-Mentari darinya untukku-
Izinkan saya mempotretkan puisi ini disini ye?
12:38a.m
17052011


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH