Memaparkan catatan dengan label promote ^_^. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label promote ^_^. Papar semua catatan

Rabu, Mac 07, 2012

:: EASTpirasi MPPMJ ::

Views

EASTpirasi 
Merupakan Salah satu  E- Majalah yang diinspirasikan khas oleh Majlis Perwakilan Pelajar Jordan.
Isi kandungannya mencatat pelbagai karya kreatif oleh para mahasiswa/si Malaysia Jordan itu sendiri.
Kombinasi antara Pelbagai bidang dan jurusan iaitu  gandingan :

  • Usuluddin
  • Feqh Wa Usul
  • Bahasa Arab
  • Iqtisod
  • Medik 
Dahulunya Majalah ini dikenali sebagai Majalah INFORMAN , dan kini berubah wajah . Membawa bentuk yang lebih berwarna warni dan ditukarkan menjadi e-majalah.
Antara yang menarik:
  • Apa itu Firaunism?
  • AUKU, Dimanakah Kita
  • Android vs iOS
  • Resepi Urduni
  • Career Pathway
  • Yang Tertinggi Cintanya
Dan Pastinya~
Turut dimuatkan beberapa Puisi saya. :) Yang diambil dari blog ini juga.
Untuk membaca e-majalah EASTpirasi, silalah klik link ini :




- Atin Jieha -
Wartawan  E-Majalah EASTpirasi



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Rabu, November 09, 2011

Penulis Bijak :: Majalah Informan MPPMJ ::

Views


Punya bakat yang terpendam? Tidak tahu di mana harus di lakarkan?
Ingin berkongsi artikel, karya dan pelbagai wadah yang mahu dicoretkan~
Di Sinilah Medan Kita~
Kalian bolehlah menyumbangkan sebarang hasil kalian kepada kami
" Majalah informan MPPMJ "
Pastikan anda tidak melepaskan peluang menggunakan method dakwah yang disediakan! :)
Ayuh, berikan apa masyarakat perlu !!

Majalah Informan adalah Majalah yang dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).
Jadi, dengan berbesar hatinya.. Pihak sidang redaksi Informan memerlukan sumbangan karya-karya daripada Mahasiswa/si SeJordan yang berbakat dan berminat untuk menyumbangkan hasil-hasil 'wadah' mereka.
Karya mahupun artikel kalian akan dimuatkan di dalam majalah Informan 2011/2012..


Antara syarat-syarat termaktub adalah:

1- Karya anda hendaklah buah fikiran anda, bersifat asli, bukan ditiru dari sumber lain, kecuali bagi terjemahan artikel

2- Bagi artikel terjemahan, sila sertakan rujukan artikel asal

3- Sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan kepada:

Editor- amir jusnan- 0777713719 / asjbbb91@gmail.com

Timb. Editor- Nur eida sazali - 0777925734 / eidasazali@gmail.com


4- Karya bolehlah dihantar sebelum - 30 November 2011

5- Hantarkan artikel berbentuk softcopy / HardCopy kepada Editor Informan:

( asjbbb91@gmail.com )


" Memberilah sebanyak-banyaknya..bukan hanya menerima "



- Atin Jieha -

Tukang Promote



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Khamis, Mac 24, 2011

KARIM-Jom Bedah Buku 2011

Views

Video yang direka khas oleh saya~masih bukan yang terbaik~


DIkelolakan oleh Biro Akademik Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah
(PERMATA)

Slot kedua Karnival Ilmu Mu'tah 2011 pada 23Mac2011 (RABU)
"Bedah Buku" OLEH 3 Ahli panel yang dijemput khas:

1) Dari Hati kecil Kami

2)Islam dan Sekularisme

3)Jatuhnya sebuah Tamadun

Bertempat di :Pusat perkhidmatan Mahasiswa (PUKSMA)
WISMA NEGERI 9

"Mahasiswa Berjasa"

-Input dan Output Yang menarik,membuatkan yang mendengar semakin tertarik.Tertarik untuk semakin mengejar ilmu yang wajib diselami,agar hidup ini membawa erti..
Dari hati kecil kami,dari sejarah yang patut kita ketahui,dan jua Peranan kita dalam mendepani Sekularisme yang semakin menular menjadi-jadi-
Bangun demi Ummah,perangi mehnah yang tidak pernah sudah..Agar hidup bernilai ibadah~
Demi ALLAH kita harus Tabah,.

"Muhasabah diri,tajdid niat,tajdid amal"


-Atin Jieha-
24032011
[ Membina diri dalam mencipta profesional ]

"Agar mengorak langkah itu sentiasa membawa erti mahu"

-


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Selasa, Mac 01, 2011

::PIAWAIAN TETAP OPERASI EMJ::

Views

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN

PIAWAIAN TETAP OPERASI
[STANDARD OPERATING PROCEDURES- (SOP)]
LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI KES-KES BENCANA DI JORDAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Kes bencana alam, kebakaran, kemalangan, kematian dan peperangan adalah sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku. Oleh itu, setiap pelajar perlu mengambil langkah-langkah keselamatan dan sentiasa berhati-hati.

1.2 Persediaan menghadapi bencana adalah sangat penting bagi semua individu. Manual ini akan menjadi panduan asas bagi pelajar-pelajar Malaysia di Jordan menghadapi apa jua kes bencana di tempat masing-masing.

2.0 BENTUK-BENTUK BENCANA

2.1 Bagi memudahkan persediaan awal dibuat, para pelajar perlu mengetahui bentuk bencana yang berlaku dan langkah serta tindakan bersesuaian yang perlu diambil. Pihak JPMJ mengkelaskan kes-kes bencana kepada lima (05) kategori utama seperti yang berikut :

  1. Bencana alam (gempa bumi, puting beliung, ribut taufan);
  2. Kebakaran;
  3. Kemalangan (diri, jalanraya);
  4. Kematian (rakan pelajar); dan
  5. Peperangan.

3.0 PERSEDIAAN AWAL

3.1 Satu Jawatankuasa bencana perlu ditubuhkan dan di pengerusikan oleh Presiden persatuan di zon masing-masing. Keanggotaan jawatankuasa terdiri daripada 10 orang yang boleh dilantik daripada pelajar-pelajar Malaysia setempat.

3.2 Tugasan Ahli Jawatankuasa adalah :

  1. Untuk merancang dan membuat persediaan sekiranya berlaku bencana alam;
  1. Menyediakan maklumat lengkap pelajar-pelajar yang ada di kawasan mereka. Maklumat termasuklah nama, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, alamat rumah, fakulti, tahun, alamat rumah di Malaysia serta ahli keluarga terdekat;
  1. Menyediakan nombor telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti polis, tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon kakitangan JPMJ serta Kedutaan Besar Malaysia di Amman;
  1. Mencari tempat yang sesuai sebagai tempat perlindungan sementara sekiranya berlaku bencana alam. Tempat tersebut seperti hospital, balai polis, rumah sewa pelajar, tempat tinggi, padang atau mana-mana tempat yang sesuai dan selamat. Tempat tersebut perlu dihebahkan kepada semua pelajar-pelajar, agar mereka tahu ke mana hendak dituju sekiranya berlaku bencana. Satu lakaran pelan lokasi tempat tersebut perlu disediakan;
  1. Menyediakan senarai semak barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana alam. Contoh, setiap individu perlu ada satu beg kecil untuk membawa passport, tuala, alatan mandi dan kesihatan dan lain-lain. Beg ini hendaklah sentiasa tersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk evakuansi; dan
  1. Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.
  1. Memaklumkan segera kepada Pengarah JPMJ atau pegawai, semua kes bencana yang berlaku untuk tindakan sewajarnya.

4.0 LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.

  1. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah;
  1. Menghubungi segera Pengarah atau Kakitangan JPMJ;
  1. Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti; dan
  1. Simpan dokumen penting seperti passport, kad pelajar, kad visa pelajar, kad bank dan lain-lain dalam beg khas berserta keperluan diri yang penting serta letakkan ditempat yang selamat dan mudah diambil apabila perlu.

4.1 GEMPA BUMI

4.1.1) Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan

  1. Terus berada di dalam bangunan.
  1. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.
  1. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
  1. Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.
  1. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
  1. Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.
  1. Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
  1. Padamkan semua api.

4.1.2) Sekiranya Anda Di Luar Bangunan

  1. Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada wayar elektrik, tiang eletrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar.
  1. Jauhi daripada talian eletrik yang jatuh.
  1. Terus berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

4.1.3) Sekiranya Di Dalam Bangunan Yang Sesak

  1. Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi mungkin mempunyai idea yang sama.
  1. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.
  1. Jauhkan diri daripada rak-rak yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

4.1.4) Sekiranya Di Dalam Bangunan Tinggi

  1. Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
  1. Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain.
  2. Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
  1. Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.
  1. Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.

4.1.6) Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Kaki Dekat Bangunan

Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.

4.1.7) Sekiranya Di Dalam Kereta Yang Bergerak

  1. Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.
  1. Tunggu di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan teruskan berada di dalam kereta untuk untuk menilai situasi anda.
  1. Apabila anda memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang timbul daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar eletrik atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

4.2 KEBAKARAN

  1. Sediakan alat pemadam api botol kecil di setiap rumah.
  1. Apabila berlaku kebakaran, nilai tahap kebakaran jika anda dapat membantu memadam kebakaran dan maklumkan kes kebakaran kepada semua penghuni rumah / bangunan.
  1. Gunakan alat pemadam kebakaran atau hos paip bomba jika ada dan anda tahu menggunakannya.
  2. Jikalau kebakaran besar, selamatkan diri anda dengan berlari keluar daripada rumah / bangunan dengan kadar segera.
  1. Hanya gunakan laluan kecemasan atau laluan yang jauh dari pusat kebakaran dan tidak menggunakan lif jika anda berada di dalam bangunan tinggi.
  1. Sila baca arahan / panduan keluar dari bangunan seperti yang disediakan oleh pihak bomba / keselamatan bangunan.
  1. Jika asap tebal telah memenuhi bilik / bangunan, basahkan kain / tuala dan tutup hidung anda sambil bergerak keluar secara membongkok atau meniarap sehingga dapat keluar dari kawasan asap tebal.
  1. Jika telah selamat berada di luar rumah / bangunan, sila pastikan semua rakan anda telah berada di kawasan selamat.
  1. Jangan masuk semula ke dalam rumah / bangunan walaupun ada barang berharga yang tertinggal dan sila berada jauh dari kawasan kebakaran.
  1. Bantu pasukan bomba / penyelamat dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan punca kebakaran dan lokasi dalam rumah / bangunan jika diminta.

4.3 KEMALANGAN

  1. Hubungi Pengarah JPMJ atau pegwai dan sahabat untuk memaklumkan dan mendapatkan bantuan yang perlu.
  1. Jika membabitkan kemalangan jalan raya, sila maklumkan juga kepada pihak polis untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan.
  1. Buat laporan polis di balai berdekatan, jika semua maklumat berkaitan kemalangan telah diambil oleh pihak polis dari anda, seperti pihak lain yang terlibat, saksi, gambar kawasan kemalangan dan lain-lain.
  1. Ambil barang yang berharga dari kenderaan jika kenderaan tidak dapat dipandu dari kawasan kemalangan.
  1. Dapatkan rawatan di hospital berdekatan dengan bantuan rakan atau orang ramai yang berada di tempat kemalangan.

4.4 KEMATIAN

  1. Sila maklumkan segera kepada Pengarah JPMJ atau pegawai jika berlaku kematian di kalangan pelajar.
  1. Buat persediaan awal pengurusan jenazah di rumah pelajar sebelum pegawai JPMJ tiba untuk pengurusan lengkap jenazah.
  1. Hubungi keluarga / waris terdekat untuk pemakluman dan mendapatkan keputusan pengurusan jenazah.
  1. Memaklumkan kepada pihak universiti untuk tujuan yang berkaitan di bahagian rekod dan kemasukan serta bahagian kewangan dan fakulti.
  1. Membantu JPMJ menguruskan prosedur yang berkaitan di hospital, pihak polis dan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan sijil dan dokumen lain yang perlu untuk urusan pengebumian atau penghantaran pulang jenazah ke Malaysia.
  1. Membantu JPMJ menguruskan semua dokumen dan barang-barang peribadi milik jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia jika diminta oleh keluarga / warisnya.

4.5 PEPERANGAN

  1. Sentiasa ikuti perkembangan semasa jika berlaku krisis keselamatan di dalam negara tempat belajar atau negara-negara jiran.
  1. Hubungi Pengarah JPMJ atau pegawai jika perlukan maklumat lebih lanjut.
  1. Jika peperangan meletus, sediakan semua dokumen penting dalam satu beg khas dan diletakkan di tempat selamat dan mudah dicapai.
  1. Tunggu arahan lanjut daripada pihak JPMJ dan tidak mengambil tindakan sendiri sebelum mendapatkan pandangan / kelulusan pihak JPMJ.
  1. Jangan terlibat dengan sebarang tunjuk perasaan anti perang atau sebarang demonstrasi jalanan.
  1. Jangan sama sekali terlibat dalam apa jua gerakan atau kumpulan yang mengajak anda untuk turut serta secra sukarela terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong atau menyertai peperangan yang berlaku.
  1. Jika peperangan meletus dalam kawasan di mana anda berada, pastikan anda sentiasa berada di dalam rumah / bangunan dan tidak keluar ke kawasan berkenaan.
  1. Jika anda berada di kawasan luar, sila dapatkan perlindungan di kawasan universiti atau balai polis yang berdekatan sehingga keadaan selamat dan anda diizinkan pulang ke rumah.
  1. Bersedia untuk dipindahkan atau di arah pulang ke Malaysia jika keadaan peperangan semakin serius dan membahayakan keselamatan pelajar.
  1. Hanya bawa dokumen penting dan keperluan asas diri apabila arahan pemindahan atau pulang ke Malaysia dikeluarkan oleh pihak JPMJ dan berkumpul di tempat yang di arahkan secepat mungkin.

5.0 PERINGKAT PERANCANGAN

  1. Pra Krisis
  2. Semasa Krisis
  3. Selepas Krisis

5.1 PRA KRISIS

  1. Pembukaan pusat krisis dan pusat pengumpulan bantuan bencana dan mengadakan daftar bantuan yang diterima.
  1. Mengenalpasti pegawai bertugas dan bidang tugas.
  1. Kumpul maklumat awal tentang bencana daripada sumber-sumber informasi seperti jenis ancaman bencana, jangkaan kejadian, sumber bantuan, tempat perlindungan dan lain-lain.
  1. Menilai tahap / darjah keseriusan bencana yang bakal berlaku.
  1. Pemindahan pelajar dan barangan berharga daripada kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan bencana.
  1. Menempatkan mangsa di tempat perlindungan.
  1. Penyediaan keperluan mangsa perpindahan seperti makanan, selimut, ubat-ubatan dan barangan keperluan diri.
  1. Mengedarkan informasi berkaitan maklumat krisis dan perancangan kecemasan.
  1. Melatih pelajar menghadapi bencana tertentu, misalnya gempa bumi, kebakaran dan kemalangan.

5.2 SEMASA KRISIS

  1. Mengenalpasti mangsa / status kesihatan dan keselamatan.
  1. Meneruskan kerja-kerja pemindahan ke kawasan yang dilanda bencana. Pemindahan boleh dilakukan ke Malaysia atau ke tempat perlindungan yang disediakan.
  1. Mengumpul maklumat secara berterusan menerusi sumber-sumber informasi.
  1. Membina hubungan baik dengan pasukan bantuan, pasukan keselamatan dan pihak universiti.
  2. Mengekalkan komunikasi dengan Wisma Putra / Kementerian Pengajian Tinggi / Ibu-bapa atau Penjaga.
  1. Menyampaikan maklumat menerusi media yang menjadi satu-satunya sumber komunikasi / sumber penyebaran maklumat dengan dunia luar apabila bencana menjadi bertambah buruk.
  1. Pengedaran bantuan berupa makanan dan lain-lain keperluan.
  1. Menubuhkan pasukan kesihatan untuk menjaga kesihatan, rawatan dan pengagihan ubat-ubatan kepada mangsa bencana.
  1. Memantau perkembangan bencana alam yang berlaku seperti menyiasat, menilai dan menyediakan pelan strategi seterusnya.
  1. Prosedur penghantaran pulang jenazah jika berlaku kematian.

5.3 SELEPAS KRISIS

  1. Menyiasat / menilai / melapor kerosakan dan kerugian yang di alami.
  1. Melapor perkembangan dan maklumat tentang berakhirnya krisis berkenaan kepada agensi-agensi kerajaan.
  1. Menyediakan prosedur pemulihan krisis.
  1. Penghantaran pulang pelajar jika tempat penginapan selamat untuk diduduki.
  1. Meneruskan pemakluman menerusi media seperti mengucapkan penghargaan / nasihat pada mangsa.
  1. Pengedaran informasi bagi mengekalkan kesihatan warga.
  1. Mengaudit peralatan dan baki bantuan yang diterima.
  1. Pembubaran pusat krisis dan tugas-tugas menyelamat.

Disediakan Oleh :

JABATAN PENUNTUT MALAYSIA JORDAN

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA

AMMAN


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Khamis, Januari 20, 2011

PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL DALAM TULISAN JAWI (ANTOLOGI KARYA : HIJRAH CINTA)

Views


PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL

DALAM TULISAN JAWI

(ANTOLOGI KARYA : HIJRAH CINTA)

Anjuran

AKADEMI DEBAT MUTAH JORDAN

Sempena cuti musim sejuk ini, semarakkan lagi penguasaan ilmu dan bahasa kita dengan memartabatkan lagi tulisan jawi dengan penghasilan karya-karya Ilmiah dan menarik. Justeru, dijemput kepada semua mahasiswa dan mahasiswi universiti Mu’tah, Jordan untuk sama-sama menyertai pertandingan menulis artikel dalam tulisan jawi ini.

Antologi ini akan menggabungkan karya-karya pelajar seperti :

  1. Artikel ( 400 – 500 patah perkataan)
  2. Puisi

Tema bagi antologi ini ialah (Hijrah Cinta) yang mana setiap peserta akan mengupas isu cinta dari sudut pandang seorang mahasiswa dan mahasiswi Muslim. Berikut merupakan tema antologi pada kali ini yang boleh dijadikan panduan buat peserta :

  1. Hijrah kerana cinta
  2. Bercinta sampai ke syurga
  3. Cinta tanpa syarat ?
  4. Teori evolusi cinta
  5. Mencipta cinta di gerbang perkahwinan
  6. Cinta Maha pencipta cinta.

Pelbagai hadiah menarik bakal menanti anda dan antologi ini akan diterbitkan sebagai sebuah antologi karya Ilmiah pelajar yang akan megumpulkan semua karya-karya peserta yang dihantar kepada pihak penganjur.

  1. Hadiah tempat pertama : Wang tunai dan hadiah iringan.
  2. Hadiah tempat ke-dua : Wang tunai dan hadiah iringan.
  3. Hadiah tempat ke-tiga: Wang tunai dan hadiah iringan.
  4. Saguhati peserta x 4 : Hadiah iringan.

Tempoh pertandingan : 14 Januari 2011 – 31 Januari 2011

Karya anda boleh dihantar kepada : antologi2011@gmail.com

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada penganjur : 0779722486 / (0776687917)

ڤرتنديڠن منوليس ارتيکل

دالم توليسن جاوي

(انتولوڬي کاريا : هجرۃ چينتا)

انجورن

اکادمي دبت مؤته جوردن

سمڤنا چوتي موسيم سجوق اين, سمارقكن ﻻڬي ڤڠواسأن المو دان بهاس کيت دڠن ممرتبتکن ﻻڬي توليسن جاوي دڠن ڤڠحاصيلن کاريا-کاريا الميه دان مناريق. جوسترو, دجمڤوت کڤد سموا مهاسيسوا دان مهاسيسوي اونيۏرسيتي مؤته , جوردن اونتوق سام-سام مڽرتأي ڤرتنديڠن منوليس ارتيکل دالم توليسن جاوي اين.

انتولوڬي اين اکن مڠڬابوڠکن کاريا-کاريا ڤلجر سڤرتي :

١ . ارتيکل ( ٤٠٠ – ٥٠٠ ڤاته ڤرکاتأن )

٢ . ڤويسي

تيما باڬي انتولوڬي اين اياله (هجرۃ چينتا) يڠ مان ستياڤ ڤسرتا اکن مڠوڤس ايسو چينتا دري سودوت ڤندڠ ساورڠ مهاسيسوا دان مهاسيسوي مسلم. برايکوت مروڤاکن تيما انتولوڬي ڤد کالي اين يڠ بوليه دجاديکن ڤندوان بوات ڤسرتا :

١ . هجرۃ کران چينتا

٢ . برچينتا سمڤاي ک شورڬا

٣ . چينتا تنڤا شرط ?

٤ . تيوري ايۏولوسي چينتا

٥ . منچيڤتا چينتا د ڬربڠ ڤركهوينن

٦ . چينتا مها ڤنچيڤتا چينتا.

ڤلباڬاي هديه مناريق باکل مننتي اندا دان انتولوڬي اين اکن دتربيتکن سباڬاي سبواه انتولوڬي کاريا الميه ڤلجر يڠ اکن مڠومڤولکن سموا کاريا-کاريا ڤسرتا يڠ دهانتر کڤد ڤيهق ڤڠنجور.

١ . هديه تمڤت ڤرتام : واڠ توناي دان هديه ايريڠن.

٢ . هديه تمڤت کدوا : واڠ توناي دان هديه ايريڠن.

٣ . هديه تمڤت کتيڬا: واڠ توناي دان هديه ايريڠن.

٤ . ساڬوهاتي ڤسرتا x ٤ : هديه ايريڠن.

تيمڤوه ڤرتنديڠن : 14 Januari 2011 – 31 Januari 2011

کاريا اندا بوليه دهانتر کڤد antologi2011@gmail.com :

سبارڠ ڤرتاڽأن بوليهله دإجوکن کڤد ڤڠنجور : 0776687917 0779722486 /



Jika anda tidak punya perisian tulisan jawi, anda boleh Install melalui link yang diberikan ini :

http://www.ejawi.net/v3/download/kbjawiv3.1.1.zip

Untuk keterangan lanjut:sila klik^^


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH