Memaparkan catatan dengan label Nota SKH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nota SKH. Papar semua catatan

Rabu, Disember 13, 2017

:: Memoir ::

Views




Engkau tidak mampu mengulang2 memoir,
kerna sekiranya diputar tetap tidak akan sama.
Tetapi, kau mampu mengenangnya.
Dan menghargai apa yang akan kau hadapi akan datangnya.
Memoir, kau tepuk2 dada. 
Simpankan dalam hati dan cuba rasa resapan manisnya.


Walau kini,


kau terasa kian pahit.

Ya,
untuk menelan hakikatnya.

AtinJieha
Pemilik Seni Kiasan Hati
13122017
18:09 PM

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

:: Kunci Hati dan Usang ::

Views

365,
Berlalu dengan pantasnya.
Dan hari ini ,
Kau kembali mengambil kunci .
Kau cuba membuka pintu hati nan usang.
Didalamnya..
Ku kira ada hati yang mekar merah berdegup dengan baik sekali.
Ternyata yang ada,
Hanya usang dan sakit tenatnya hati.

" Kenapa begitu teman? "
Soal ku dengan nada simpati seraya mata ku pejamkan.
Tidak mampu aku menghadap wajahnya yang terkilan.
Lantaran melihat hasil setelah kembalinya amat mengejutkan.

Dalam rasa sesak dan sukar,
Kau menjawabku dengan sendu yang tidak mampu terungkapkan.

" Iman, telah aku telanjangkan . Diganti nafsu. Aku biar merajai diri dengan begitu. "


Aku masih cuba membiarkan mataku terpejam.
Khusyuk mendengar pengakuan yang sarat dengan penyesalan.

"Lalu, mana iman kau lemparkan ? "
" TUHAN ? Di mana engkau letakkan? "
" Hati ? Kalau hati kau hitam , sekiranya engkau mahu ,
ayuh aku bantu.
 Cuci dan basahkan dengan muhasabah. Engkau mahu tidak? "

Dia menunduk.
Tanpa disedari, dia depangkan tangan.
Dengan wajah yang bungkam dan suram ,dihulur hatinya untuk aku.
Ya, akan aku cuba rawat.
Bersamanya untuk menghidupkan kembali hati nan usang.
Bagi menggantikan dengan degupan islam, iman dan ihsan.

Nanti,
Sudah selesai.
Aku akan pulangkan kunci kepada hatimu.

Kali itu,
Kau buka.
Dan tersenyumlah. 


🌂Rasanya kau tahu kita punya rasa yang sama. 🗝💝

AtinJieha
Pemilik Seni kiasan Hati
13122017
15:19 P.M

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Khamis, Disember 07, 2017

:: Kembali ::

Views




Assalamualaikum taman hati teman,
Aku ini.
Mahu datang bertandang. Setelah sekian lama tiada jengukan .
Bukan kerana lupa atau tidak peduli,
Fikir ku karat, Culas juga dengan waktu.
Punya bidadari-bidadari kecil yang memaut dan mengenggam erat lengan dan hatiku,
Sedikit menyukarkan aku kembali memacu pena pada dada mu.



Ditaip , padam.
Ditaip lagi, aku padam .
Sampai aku bosan dan tinggal.
Dan ada yang berdoa aku akan pulang.
Menuai secangkir tentang hati dan perasaan. 

Tanpa sedar,
Hari ini aku cuba kembali.
Menziarahi kerna rindu yang tidak tertahankan.


Maafkan aku wahai Taman yang pernah menjadi teman kesayangan. 
Ini aku, 
Cuba kembali ,
mencipta memoir denganmu.


 ------------------------------------------------------------
 
AtinJieha
Pemilik SKH
10.01 a.m
07122017
 

🎵 Kita tidak mampu mengulangi masa,
Hujan tak akan balik ke langit semula,
Jemputlah kenangan yang terindah sahaja. 🎵
 


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH