Memaparkan catatan dengan label Novel CSB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel CSB. Papar semua catatan

Khamis, Februari 07, 2013

:: Peminjam Busur ::

Views


Sayapnya dihayun lembut, kanan kiri..kanan kiri.
Matanya tidak sudah-sudah berkelip.

Sebatang buluh tirus panjang,
Busur bersama anak panah.

Ada sekeping Nota terselit dicelahan.
Terlipat kemas dan Rapi. Tertulis namanya 'Nur'.

" Dari CAHAYA di atas cahaya, Buat kerlipan cahaya yang bersinar di sana "

Indah, Terlalu indah tulisannya.
Sekali lagi matanya terkelip 3, 4 kali.

" Ada buluh, ada Busur. Saat ini engkau dipinjamkan dari RABBmu antara dua benda itu. Pilih satu, cari faedahnya. Ini amanat, dan engkau pasti tahu apa yang jelas perintah-NYA untukmu. "

Digarunya kepala yang tidak gatal.Jilbab labuhnya diperbetul kemas. Sayapnya menghayun membawa tubuh halusnya ke sana ke mari. Sekejap pada buluh tirus itu, sekejap lagi mengorak tubuh pada busur tersebut. 

" Mana satu pilihan yang tepat? " Dia terduduk sebentar. Dipejamkan mata, mohon diatur minda untuk menyusun cara terbaik.
" Istikhoroh ! Allah... Bagaimana boleh melupai kaedah yang paling tepat dan mudah untuk mencari jalan pulang dan pilihan dengan memohon jawapan daripada TUHAN. ? "
Gumamnya sendirian.
Mengambil langkah bersegera, sosok tubuh itu bergerak ke persisiran tasik taman tersebut. Niatnya ingin mengerjakan solat sunat istikhorah bagi memudahkan perilakunya yang mengharapkan pergantungan pada Rabb-Nya. Anggota sebahagian tubuhnya dibasahi air wudhuk , setiap kali basahan..bibirnya menuturkan doa-doa kepada TUHAN. 
Dan bila usai, kakinya mengorak ke sudut taman yang lapang itu, rerumputan dijadikan sejadah. Seketika, dia menarik nafas lalu hembus. Didirikan solat dengan serendah-rendah hatinya sebagai hamba. Yang tidak berdaya tanpa-NYA. 


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi. "

-------------------

Alhamdulillah, 
Tangannya memegang sang busur. Berbekal beberapa anak panah. 
Akhirnya dia mengetahui siratan yang tersembunyi pada dua perkara tersebut.
Sama ada si Buluh dan Busur.

Hidupnya sebenar yang hakiki kini menggarap gelaran si pemikat bunga-bunga tunas yang baru ingin memekar, dan kepada anak-anak kumbang yang baru dilahirkan ke dunia bagi menghirup suasana berTUHAN  kepada RABBI Jalil.

Kerna apa dipilih busur, bukan buluh?
Bahasawanya Tugasnya kini ingin memanah hati-hati 'MEREKA'. agar mampu membuatkan mereka jatuh cinta untuk bersama mengenal dunyya wal akhirah.
Moga anak panah 'cinta' yang ditusuk tepat ke hati-hati itu menyedarkan tentang kepentingan ilmu dalam menyebarkan islam ke serata DUNIA. Biar membesar dan berkembangan mereka nanti, menjadi Bunga aspirasi dan kumbang yang memberi faedah kepada alam seisi DUNIA. :) 

Dia sang peminjam busur, tidak akan menyakiti mereka dengan buluh tirus itu. Kaedah yang tepat , memanah dengan kasih sayang .. cinta dan agama. Bukan dengan sentuhan buluh yang menyakitkan lagi. 

Biar Tunas itu tumbuh dengan kelopak kasih sejati, Bertangkaikan pedang Rabbani, Berdaun Jihad Fisabilillah, berbau Harum darah mujahidah.
Dan biar kumbang itu ditarbiah bukan untuk sekadar meneguk madu pada bunga, tapi bersifat menyebarkan 'salam' pada Dunia. Menghias disetiap serata ceruk .

Setiap Harfu Hija'iyah, alif..ba..ta
Setiap abjad A,B,C..
Segalanya perlu disusun kembali. Perancangan Memanah hati. 

" Pinjam Busur Rabbi,
Berikan ilham untuk memikat jiwa tunas-tunas yang ENGKAU ciptakan untukku Tarbiah setiap hari bagi mengecapi nikmat islam dalam diri. "

----
Bidadari 'NUR' beransur pergi. 
Membetuli niat, busur diletakkan disisi. 
Dia kibarkan sayap halusinasi itu, dengan  ASMA RAHMAN,RAHIM.. membawa misi yang dinobatkan sebagai amanah yang bakal menjadi ganjaran di syurga nanti! 

Biiznillah !! 
AllahuRabbi... 


- With Love -
AtinJieha 
00:10 A.M
08022013



















☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Selasa, Februari 05, 2013

:: Intro Ceritera Sangkar Bidadari ::

Views

Cinta Penyadur Catatan

Ibtida',

 Asma-NYA ku ratib, buat Sang Teragung  Pemilik seantero angkasa, alam dan seluruh seisi Dunia. Allah Azzawajalla, Tanpamu tiadanya ‘ia’. Tidak akan terlahir ke ‘Dunia’ yang semakin lelah dengan fana.

 Selawat serta salam keatas junjungan Muhammad Rasul tercinta,keluarga dan sahabat baginda yang memberikan syafaat kepada manusia. Jua memberikan inspirasi adaptasi melalui akhlak terindahMu Ya Jaddi, Ya Habibi. Ku intai motivasi dari Risalah yang dibawamu daripada ILAHI. Sungguh, Allah dan Rasul yang Pertama diukir lekat dalam hati untuk menerobos perang pena dalam menyampaikan dakwah dalam nota di taman sepi.

  Ayahanda, bonda . Kedua permata yang banyak mendidik jiwa ini menjadi luar biasa. Adik beradik yang sentiasa menghibur lara, soleh solehah. Mereka yang membalut ku dengan busana ‘serikandi Perkasa, bersulam jiwa besi’ . Tanpa jahitan kemas dari kedua belah tangan kalian pada busana ini, pasti bakal ku terjatuh di lorong-lorong gelap yang tidak berpenghuni.  Kalian yang bagaikan cahaya, pengubat penawar jiwa dan raga.

  Untuk arwah kanda, yang bersemadi di sana. Ini hadiah adinda buatmu. Rindu dan doa adinda tidak pernah basi.Sentiasa basah lisan ini bersenandung al fatihah buatmu, sambil terngiang-ngiang kedengaran usikanmu yang bernada, “ Aku kan ABANG . “
Moga taman yang seisinya para soleh, kau juga disitu kanda!

  Seinfiti Cinta buat manusia-manusia yang sering menemani saat kabut mengundang hari, menggaris warna pelangi dalam hidup yang terkadang kelam malap ini, yang ada hadir kemudian pergi, yang tetap dikanan kiri tanpa menghayun kaki jauh disisi, terutama  sahabat jatuh bangunku di nadhzah sumaiyah,wan hanisah dan lain-lain. juga satu sayap seperjuangan adik beradikku di mu’tah, Jordan nun di sana. Kalian , memang manusia yang terindah!

   Buat insan, yang menjadi pelindung dalam payah dan senangku, penghembus semangat untuk ku ‘lahir’ kan wadah pertama ke dunia, menjadi sebahagian dalam Taman yang tercatat di setiap nota hati. Badang untuk bidadari, si gagah yang misteri.
Terima kasih atas kehadiran yang jarang meninggalkan ku pergi. Engkau ada, pasti ‘SAKINAH’ terus terpatri. Maka, mawar ini pasti beraspirasi!
  
  Moga ceritera sangkar bidadari yang bakal terlahir ini, merupakan derapan langkah untuk wanita seluruh dunia berpusu-pusu mengibar sayap untuk menjadi makhluk seindah Bidadari!

Pemilik SKH

Terimalah Selepas ini.. :)
Satu Persatu , Bakal ditampal di sudut kanvas tidak bernyawa ini.



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Khamis, September 08, 2011

::Sangkar Bidadari::

Views


"Sangkar Bidadari"


Burung kasturi hinggap berkicau
Menyanyikan lagu semerdu bak buluh perindu
Bidadari menari-nari di sangkar ILAHI
Tariannya mampu memukau tiap mata yang menatapi



Dalam sangkar kau berdiam
Memetik kelopak-kelopak bunga terpelihara
Alangkah indah kau di sana
Meratib asma-NYA Yang Esa



Ohh~
Dalam Sangkar bidadari
Bahagia meniti
Menanti Pria pahlawan sejati
Datang meraih cintamu yang tulus suci
Tanpa setitik noda mencemari..




Nota SKH:

Salah satu Puisi yang bakal dimuatkan dalam Novel 'CSB' ~..

Dipaparkan sekadar selingan.

Entah Bila kemunculan..

Doakan..~



-Atin Jieha-

09092011

02: 10a.m





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH