Jumaat, Mei 13, 2011

::Pedusi Itu Serikandi::

Views

Secebis tinta buat wadah ~menarikan rentak tinta pena buat ummah~Moga ia membawa mesej dakwah..moga ia diredhoi Oleh Allah..hanya satu yang dipinta,hanya seuntai kalam bicara..Ku menulis bukan kerna Nama!


Bismillah..dengan Asma-Nya..kembali Melakar kanvas bicara,Menuturkan salam buat yang berkunjung tiba..
Moga tinta sampai ke hati menusuk ke jiwa..Selami ia tanpa rasa sengsara..
Apa yang pasti menulis ku hanya kerna Yang Esa~

Alhamdulillah,ruang ini masih tersedia.Tajuk yang sama,namun lingkup yang berbeza..walau sedikit agak kecewa artikel yang original sudah hilang entah ke mana,Mungkin ditelan luput..di remove tanpa sempat menyimpan di tempat yang sepatutnya..saya cuba menulis kembali,walau ilham yang hadir tidak akan sama seperti yang sebelumnya..
Benar,walau patah tumbuh hilang berganti;namun yang hilang tidak akan sama seperti yang diingini..ambil langkah 'redho'~Itulah sebaik-baiknya sifat sebagai mukmin yang sejati..

Sehangat-hangat Bahang pilihanraya...mungkin tidak terlambat untuk saya bertinta mengenainya.
Bermula dengan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Jordan (MPPMJ), lantas bakal diikuti dengan corak coret Persatuan Zon yang bakal melabuhkan tirai kepimpinan sesi 2010/2011 terutama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA)..
Sekalung ucapan tahniah dan takziah Buat Kepimpinan terbaru MPPMJ Dibawah kelolaan Tuan Presiden Muhammad Hussin bin Mohd Fauzi.Usah jemu dalam usaha merelevenkan MPPMJ dikalangan ahli serta kearah memartabatkan MPPMJ ke Peringkat Antarabangsa!
"Persatuan,Universiti Kedua Buat Mahasiswa"


"Gencarnya KALIAN di medan perjuangan,

Mengingatkankan manusia hakikat kehidupan,
Ke hulu ke hilir menyampaikan peringatan,
Membuat orang terpaku mengakui kebenaran"

Noktah~..
( Sambil melihat-lihat wallpaper yang pelbagai..tertarik dengan wallpaper sekuntum mawar.Maka saya paparkan disini..kerna,ia menjadi inspirasi untuk membuat artikel mengenai ini)


-Mawar Berduri-

"Sesungguhnya wanita merupakan kehormatan bagi ummah, jika mereka cedera maka seluruh ummah akan merasainya "
~Mustafa Ramadhan~

Pedusi Itu Serikandi

Pedusi~
Disinonimkan kepada 'wanita' yang membawa kepada inspirasi
Si Mawar berduri
Berhati bidadari
Bukan lagi dicop sebagai hamba abdi
Terus menjadi Pewaris Panji-panji kesatria PERMATA kini
Agar musuh-musuh islam terus mengeruni..
Kalian sebagai Mutiara Dari Ilahi

Sesungguhnya mekar sebagai serikandi
Melebarkan sayap kiri buat jundi
Mara dengan membawa revolusi tersendiri~
Pedusi itulah serikandi!

"Ingin menulis wadah inspirasi Motivasi..Mahu menjadi secangkir penyejuk dihati~"
Ye~sibuk berkira-kira,menghitung saat demi saat;detik demi detik..Hanya berbaki tidak sampai sebulan kini.Sungguh,masa itu terlalu pantas..saat terasa baru berkecimpung di 'Universiti Kedua" ..saat ini Bakal menamatkan taklifat yang telah diberi.Masih menggunakan ruang yang ada,Menyalurkan kudrat tenaga..Memohon maaf atas keciciran atas yang sedia ada,saya masih insan biasa..Terus membantu,menasihati,mengkritik agar saya tidak pernah terleka.
Benar,Dan saat itu Bakal membidik 'Bintang' baru,yang akan digilap sinarnya.Moga akan menjadi Permata ,yang pesonanya bukan dipilih melalui rupa.Namun siratan yang ada disebaliknya..Akhlak budi kepimpinan itulah sasaran utama!
Siapa Bilang pedusi itu tiada izzah kegemilangannya? Yang mengegar dunia hanya dengan sekelip mata..Hanya dengan suara dan langkah hayunan yang membara,membawa setangkai azimat kudrat pinjaman dari Yang Esa..Cantas kemungkaran yang menjelma.

Berbicara dengan teman sebelah benua,menyentuh isu muslimah yang rata-rata mengatakan pejuang agama..sedikit menyatakan kekesalan yang berlaku di antara mereka.Mengulas punca mencari solusi..nah,Berbalik pada hati dan ukhuwah itulah antaranya..
Helwanis PERMATA
Membawakan Moto 3C:celik,cerdik,cantik


Pedusi itu sayap kiri buat jundi..
Sungguh..Meninjau-ninjau Haikal Usrah Muslimah~‎
Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti ..Noktah!
Sayugianya usrah muslimah perlu memiliki 'Haikal' yang lengkap dan sempurna menepati 'Pelan Induk' yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah!
Sungguh...
sekilas pandang,betapa peri pentingnya pedusi disisi untuk membawa dakwah sehebat serikandi seperti di zaman Baginda..bagaimana pedusi mencorak bait muslimnya dengan biah islamiah,markaz dakwah..kreatif menebarkan benih-benih dakwah di tapak semaian madrasah Lillah..
Sungguh...
Pedusi itu harapan ummah..dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah
Sebuah madrasah yang bertanggungjawab mencorak individu muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai hamba ALLAH..
Jua membina peribadi penerus kesenimbungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu saiditina Asma',Khadijah,Fatimah,sufi Rabiatul Adawiyah dan seumpamanya..
Sungguh..
Kejayaan sesebuah usrah muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu muslim yang memiliki identiti dan kualiti muslim Rabbani..
Dan sungguh!~
Kegemilangan pedusi atau usrah muslimah itu tidak hanya terhenti pada rupa wajah zahir dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini..
Bahkan sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada 'pedusi' tersebut.

Pedusi itu bakal berpencak segagah serikandi..
Memetik kalam bicara serikandi berselubung hitam "khaulah bt Azuar"
"Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut .
Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali.
Patahkan tombak mereka,hancurkan pedang mereka,Perbanyakkan takbir serta kuatkan hati.InshaAllah Pertolongan ALLAH sudah dekat."

Noktah..
Kembali menjaga ukhuwah
Tembusi hati dengan dakwah...Teruskan bermujahadah..Hati itu bukan milik sesiapa,hanya milik Sang Pencipta Yang Berkuasa.
Pedusi..Mari menjadi teman akrab kepada pendakwah..dalam menyalakan suluhan tarbiah islam dengan megah.
Pedusi..ayuh Menjadi sendi menggembleng peranan dan potensi ke arah produksi lebih ramai insan berkualiti,ditengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman masa kini..~
Kitalah pedusi,kitalah serikandi..
Mantapkan persiapan diri;dalam menuju gerbang bertemu Ilahi..

Buat warga PERMATA,
Anda Mahasiswa Kita,
Gerbang universiti kedua bukanlah suatu bebanan yang nyata
Di situ mengasuh kita beraksi lebih terbuka minda
Kepimpinan itu perlu dibentuk
Bukan hanya sekadar mengikut telunjuk
Ikutilah qudwah Hasanah yang ditunjuk
Terus menjadi Mahasiswa cakna,mesra dan profesional
mahasiswi yang membawa Moto Celik,cerdik dan cantik
Celik kerna cakna
Cerdik membawa saff yang wibawa
Cantik bukan kerna rupa..namun membawa Keizzahan Akhlak yang tiada tara!~

Pedusi..andalah serikandi!



-AtinJieha-
14052011
01.15a.m
[Because I am a woman, I must make unusual efforts to succeed. If I fail, no one will say, "She doesn't have what it takes." They will say, "Women don't have what it takes." ]

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

w berkata...

Terbaik helwanis 3C kite.... teruskan mencoret buat ummah. ^_+

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH