Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Ahad, Disember 29, 2013

:: Ukhuwah, Aku Dahaga! ::

Views

Bibirnya punya senyum,
Hatinya penuh bunga.
Wajah yang sangat biasa,
Cantik tidak..tidak cantik pun tidak,
Tapi punya pancaran sinar yang meruntun siapa sahaja yang melihat.
Hijabnya labuh yang amat,
Jilbab yang indah,
Melengkapi segenap ruang inci jasadnya,
Tertutup molek ,
Tidak terbuka untuk tatapan sebarangan mata.
Wahai..~
Dia bidadari syurga kah?
Ditangannya memegang raga yang terisi dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni,
Sekuntum-sekuntum diberi kepada setiap manusia yang berselisih denganya.
Ada manusia, orang tua.
Kanak-kanak kecil,
Yang berbaju compang camping juga.
Ada juga pemuda pemudi yang kudratnya masih gagah perkasa.
Diberi ,tanpa mengira bangsa.
Dengan segaris senyum yang ikhlas,
Sapaan yang mesra, sebaran salam yang sejahtera..



Mataku tidak lekang dari menatap kelakunya, luar biasa dari biasa.
Aneh.
Alahai.. ~Biarkan sahaja. 
Mungkin ada acara segala yang memerlukan dia berbuat sedemikian rupa.
Ku usirkan sahaja kelibatnya.Dipejamkan mata. Malas mengambil cara.
Untung lagi membuai sendiri rasa.

" Assalamualaikum Ukhti .. "
Telinga ku disinggahi satu suara. Halus lagi damai .
Tapi Ego ku menebal. Untuk apa dilayan makhluk yang tidak ku kenal.
Pengacau .

Ku palingkan wajah, malas mengambil endah .
Namun, ada sisipan bunga berwarna dicelah satu nota. Dia menghulurkan tanda memberi.
Dan aku?
Perlu menerimakah?
Ku pandang tepat pada matanya.
Ada sinar yang terang benderang. Tanda mengharap untuk diterima .
Teragak-agak ku suakan tangan. Menyambutnya dengan seraya ego menerbang.
Dia senyum.

Aku jadi pamit.
Eheh..
Dia wanita, aku juga sama. Perlu apa perilaku aku gagap tiba-tiba.

Dia masih menanti disini. Di bawah pohon tempat ku berteduh.
"Haishhh ..!"
Getus hatiku. 

Ku bangkit , ku hayun langkah.
Dan dia, ekori ?
Nyata dia menturuti .
Ku biarkan sahaja.

" Ukhti.. "
Dia panggil.
" Moga sudi membaca nota itu .. :) "
Dia pohon dan lambaikan tangan.

Terhenti.
Nota yang digenggam bersama bunga itu ku buka .
ku baca.
Sekadar menghormati pemberian manusia.
"Keamanan apakah dunia,

 seandainya tiada mesra , salam dan sapa ?
Ada yang sudi memperjawabnya?
Duhai.. aku manusia dahaga.
Mendambakan dunia yang sejahtera.. "

Terkesima.
lantas derap langkah ku terhenti. Berpatah balik, itu jalannya . Pencarian gadis itu.
"Mana dia? "

hahh~!
Itu dia.
Jasad yang memberikan ku sekeping nota tanda tanya.
Melihat Dia masih berusaha. Menuai santun sejahtera kepada manusia yang datang dan pergi di sekelilingnya.

" awak .. "
Ku pegang bahunya.
" Apa maksud nota ini ? " Dia menoleh, senyum.
Baru aku perasan, Entah kenapa senyum itu punya mendung yang sarat. Bagai sedang menanggung beban yang berat.Terasa susuk tubuh itu punya duka yang padat.
Dia mendengus kecil.
Tetap aku menanti jawapannya.

" Ukhti..ukhti... "
Dia dengan berhati-hati meletakkan raga yang terkandung bunga-bunga dan nota itu, lantas lebih rapat menghampiri ku.

"saya, sekadar gundah dan pening. Pening dengan dunia yang hanya tahu mendabik dada. Terpekik terlolong bagaikan 'ia' adalah RAJA. Ukhuwah bagai dilupa manusia. Manusia tamak akan kenikmatan dunia. Walhal hakikatnya ukhuwah menjadi prioritas utama. Ukhuwahlah yang mampu menciptakan keajaiban-keajaian spektakuler, Membangun konstruksi bangunan yaang kukuh dan saling terkait , dimana masing-masing sisi memperkuatkan sisi yang lain. Namun, dimanakah dunia yang punya kuasa ?
Kuasa yang menghubungkan ukhuwah semesta?
Tiada...! hanya secebis sahaja.
 ukhwah bagai dilupa dunia ya ukht.. "

Dia masih memandang wajahku. masih juga senyum.
Tapi senyumnya kali ini bagai punya halilintar.
Buatkan hatiku sentap dalam menelan satu persatu kata-katanya.

" Ukht..."
Dia menyambung kembali.
" Manusia berduyun-duyun katanya mahu berdakwah. Tapi mereka alpa,lupa.. tanpa menganyam ukhuwah, apa guna dakwah? Bukankah seorang muslim itu , apabila dia berjalan dengan dakwah, dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja. Bahkan dibawa bersama hati saudaranya. JUsteru, setiap pahala yang di dapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya?  Itu kan lebih indah? "

AKu senyap. Serba salah memenuhi ruang jiwa. Salah aku berbuat sombong. Pasti aku juga salah satu penyebab sedihnya lebih bertambah.

" ukht.. Tengok sana tu.. bunga-bunga ukhuwah yang diberikan daripada saya untuk mereka. Dibuang akhirnya. Nota-nota yang diselit juga, digumpal-gumpal dibuang merata-rata. Hati tercalar melihatnya , tapi saya tidak akan berputus asa. Biar satu hari, dunia ini kembali diwarna warnikan dengan ukhuwah yang luar biasa. Itu harapan saya sebelum usia dijemput ajal oleh malaikat-NYA. saya tidak lama ukht..tidak lama~
 namun, biarkan dahaga yang saya rasa ini terbayar dengan lautan ukhuwah yang kembali aman dan sejahtera! "

Sebak.
Selama hidup, tidak pernah aku cuba merasa apa yang dia rasa.  Aku membiarkan dunia begitu begini sahaja.tanpa perubahan, dan membiarkan dunia lebih sengsara. Aku dengan hidup aku. mereka dengan hidup mereka. Malas mengambil kisah sebenarnya mampu menjadi dosa buatku sebagai Hamba!

Duhai..~
Wajarkah aku begini?
Terasa teruk berleluasa dalam jiwa.

Aku pandang dia, dan dia kembali memandangku.
Masing bawa hala dan tuju.

Kata-katanya menghentakku, dia kembali kepada matlamat yang dituju.
Nampak disitu , aku perlu mengikut jalannya.
Ubah, kalau mahu ukhuwah! 


------------------------------------------------------------

Nota SKH:
Kalian ,
Aku juga dahagakan ukhuwah . Yang dibaja dengan mekar dan indah.
Bila mana masing-masing bertemu, tiada lokek menuai 'sengih'.
Kalian,
Jangan memandang setiap manusia itu sama.
Mana tahu dalam hatinya ada hujan, ribut dan halilintar yang memanah.
Kalian,
Benar , kalau mahu Ubah, kita yang perlu mula. Maka, apa salahnya kita saling ubah mengubah , kembalikan nostalgia ukhuwah yang lebih bercambah.
Kau tidak kenal aku, aku tidak kenal engkau, solusinya mudah.
ayuh kita mulakan untuk mencipta senandung ukhuwah.

Aku manusia dahaga kawan..
aku manusia dahaga yang amat.
Dahagakan ukhuwah yang tidak mengenal status dan darjat. usia mahupun pangkat!

" Kalau Allah tidak memberi cinta, ertinya kita tidak mencintai. 
Kalau Allah tidak beri ingat, ertinya kita tidak saling mengingati.

Dengan kerna sebab cinta dan ingat yang Allah beri , maka kita saling cinta dan mengingati.
Demikian juga ALLAH, saat DIA beri cinta-NYA dan ingat-NYA DIA kepada kita, ertinya kita juga wajib cinta dan ingat kepadaNYA sebagaimana DIA tidak pernah tidak mengingati kita. "
Terima kasih S.K


Deep,
Atin Jieha
29122013
18:15p.m





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Rabu, April 11, 2012

:: Trimatra Ukhuwah : Mereka & Kita ::

Views

Dengan Nama-NYA , Aku kembali menjengah. 
Mengambil sedikit masa ,menyemai benih-benih suka dan resah di persada maya.
Andai dikatakan orang baru:" sebulan tidak menulis itu biasa" , tapi~ Bagi ku..itu benar-benar meresahkan aku. 
Kerna , apa yang perlu aku kongsi dan taburkan ketenangan disini telah tersepit sebentar. 


Hari ini , aku rungkai satu persatu yang termaktub dan terlekat dalam minda dan hati yang tidak dapat dilampiaskan sejak dua menjak ini .
Atas faktor masa dan percambahan kerja yang terkadang aku terpaksa korbankan peribadi, lantas aku sekat ia untuk menukilkan sebarang kalam untuk bergurindam dalam seni kiasan hati . 
Hakikatnya, kita yang perlu mengejar masa, bukan masa yang mengejar kita.





Bicara Ukhuwah.


Setelah Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia se-Jordan (KARISMA) telah melabuhkan tirainya, sedikit sebanyak aku mulai kembali menghela nafas yang tersesak sebelum ini .
Pengakhirnya Bahagia!
Alhamdulillah~
Juara kita dapat, Ukhuwah Kita Dakap. Sesuai dengan moto KARISMA V yang dibawakan kali ini, 
" Juara Utama ,Ukhuwah Bersama "
Namun, suatu kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan adalah kemenangan yang telah dirangkul oleh 'Mu'tah teater'. 
Bukan JOhan yang kami banggakan , tapi pementasan teater yang telah menusuk hati-hati mereka terutama Kami. 
Semua kerana Ukhuwah.
Dan tiada yang mampu menghancurkan tautan itu kecuali ALLAH.



-Teater Trimatra Ukhuwah : Mereka & Kita -

Satu-satunya teater yang telah menyentuh hati mengenai pengorbanan yang tinggi kepada satu ikatan yang bernama UKHUWAH.
Seminggu yang lalu, sering sahaja kami bersama , berlatih,tidur dan makan bersama demi berusaha bersungguh-sungguh untuk mempersembahkan yang terbaik  buat pementasan pada KARISMA tersebut.

Teater yang membawakan tiga babak yang berlatarkan masa Zaman Rasulullah mempersaudarakan Kaum muhajirin dan ansar,  Rentetan daripada Titah-NYA berfirman:

" Dan orang-orang Ansar yang mendiami negeri madinah serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-prang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada mereka sendiri. Sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan ingatlah , sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

( Surah Al-Hasyr : 9 )

Dan kisah di mana saat perang yarmouk , Bagaimana Abu jaham bin huzaifah telah mencari sepupunya dari kalangan tentera muslimin yang menyertai peperangan tersebut. Serta disitu terjadinya penyaksian bagaimana itharnya mereka mementingkan teman lain dari diri mereka sendiri sewaktu masing-masing dalam keadaan tenat dan haus, Mereka tetap mendahulukan sahabat-sahabat mereka untuk meminum air  yang di bawa oleh Ab Jaham bin huzaifah tersebut. 
Alangkah indah Ukhuwah kerna ALLAH ~ Allahuakbar. 
Saat peristiwa ini dilakonkan kembali, jujur aku katakan. Hati ini sangat bergetar kerna terasa sayu dan syahdu dengan pengorbanan mereka. 
Bagaimana tingginya tadhiyah dan ITHAR mereka , secebis pun tiada pada ku.. Allah~

Babak Kedua pula kami menyajikan persembahan saat akhir zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II . Tatkala itu  sultan abdul hamid II telah didatangi oleh beberapa orang daripada kalangan yahudi iaitu Imanuel Qarh Sou, Aram, As'ad Tubtoni dan 'Arif Hikmat yang mana mereka membawakan tawaran -tawaran yang menguntungkan dan sangat menarik. 
Antaranya Mereka memberikan tawaran :
  • Mereka akan menjelaskan semua hutang kerajaan Turki Uthmaniyyah
  • Mereka akan membangun dan Menggiatkan Aktiviti dan perdagangan serta perindustrian untuk Turki
  • Mereka akan menyediakan pelbagai kemudahan pengangkutan dengan membina jalan keretaapi dan kapal laut
  • Mereka juga akan membina sebuah universiti yang dilengkapi kemudahan  moden
  • Mereka akan menggunakan 100% akhbar untuk mempertahankan sultaan bagi menghadapi kuasa barat
  • Dan Yang terakhir, mereka ingin menghadiahkan wang sebanyak 100 juta nilai emas kepada tuanku Sultan.
Namun, Pihak Yahudi Laknatullah telah menyatakan syarat untuk Sultan Abdul Hamid II menyerahkan Bumi PALESTIN kepada mereka.

Tapi, walau bagaimana pun, tawaran-tawaran tersebut tidak mampu mengugat sultan Abdul hamid II untuk menyerahkan apa yang diminta oleh mereka kerana beliau tidak akan sesekali membenarkan daulah islamiyah dipisah-dipisahkan sedangkan  beliau masih hidup.

Babak Ketiga pula menyajikan kemelut yang melanda kini. 
Tahun 2012, telah banyak sejarah yang telah termaktub ..Namun , hakikatnya..Kita selalu terlupa lalai dan leka untuk kembali berpusing ke arah sejarah yang telah berlaku untuk mengambil iktibar serta berusaha merencanakan perpaduan kesepakatan antara seluruh umat islam di dunia ini untuk kembali menegakkan syiar islam dan membantu umat islam dan masyarakat yang tertindas.

Yang pastinya,
Kemelut yang berlaku pada PALESTIN sejak dari dulu sampai sekarang. Kita hanya memandang enteng tanpa tembakan doa pun kita malas untuk menghantarkan peluru-peluru senjata mukmin.

Sabda Baginda pernah dilantunkan :
"Kelak umat-umat lain akan mengerumuni kalian seperti orang-orang yang lapar  mengerumuni makanan mereka. 
Salah seorang bertanya : Adakah kerana bilangan kita sedikit pada waktu itu?
Baginda menjawab: "Tidak, Bilangan kalian ramai , namun kalian adalah seperti buih di lautan. Allah akan menghilangkan perasaan takut dari hati musuh kalian dan Allah akan mencampakkan perasaan wahan dalam hati kalian."
Salah seorang bertanya : " Apakah itu wahan wahai Rasulullah?"
Nabi S.a.w menjawab: Cintakan kehidupan dan takutkan kematian."

Allah...
Palestin dibelasah , dibunuh...
Apa yang kita lakukan?
Sekadar melepaskan 'keluhan' Kasihan dan tanpa satu pun tindakan yang menunjukkan kalian peduli pada mereka.
DiMana DOA?
Dimanakah Kesatuan?
Dimanakah ukhuwah yang termeterai yang pernah dipupuk Rasulullah dahulu zaman?

Realitinya kini , Ananiyah ( pentingkan diri sendiri ) telah menjalarkan dalam tubuh  dan jasad kita.
KITA telah tersadai di bawah telunjuk yahudi yang telah mendoktrinkan sistem sekular dalam hati dan jiwa kita.

Kembali untuk kembali.

Laksanakanlah kembali bermula hari ini. 
Sama-sama kita cuba ingat dan mengingatkan antara sesama sendiri.
Peranan dan tanggungjawab yang telah terbengkalai selama ini.
Moga ALLAH ampunkan kita kerna yang lalu kita telah mengabaikan saudara-saudara kita.
Moga diberikan ruang untuk memperbaiki ~



Kerana Trimatra Ukhuwah,
Aku semakin belajar.
Untuk terus menyebarkan bahagia, sebelum genderang dipalu dan terpaksa ku pulang.

Kerana Trimatra Ukhuwah,
Semakin aku mahu bersama mereka, menyemai sayang menuai kasih.
Membaja rindu sebelum ku tinggal.

Kerana Trimatra Ukhuwah,
Baru aku tahu betapa dahsyatnya kuasa rabithoh ukhuwah sesama insan sehinggakan jika terdapat salah satu bahagian anggota yang mengadu kesakitan, seluruh badan akan turut berjaga malam dan menanggung penderitaan.
Dan yang pasti , sahabat ku jua sedang berperang, menahan kesakitan dan cuba berdiri gagah untuk sembuh .
Sedangkan aku melihatnya turut merasa kesan ..Allah, tolong sembuhkan beliau~
Hati ini tidak tertahankan..

Kerana Trimatra Ukhuwah,
Wang ringgit tidak mampu menjadi penghalang, nilaian jutaan emas mahupun harta yang berganda tidak mampu mengaburkan mata untuk korbankan sebuah persahabatan.
Bukan harta dan material yang dicari, Tapi tautan ukhuwah yang mampu memimpin kita hingga ke Jannah ( Syurga ), dan memberi ruang dan peluang untuk kita mengubah kehidupan berlandaskan Al-Quran.

Kerana Trimatra Ukhuwah,
kita bergabung dengan lafaz kalimah Lailahaillah .
  • Salamatus Sodri 
  • Toleransi 
  • Ithar
Ketiga-tiganya perlu dihadami dan praktik dalam kehidupan ini, Agar lebih bercambah gemersik-gemersik kasih kerna ALLAH.
Until Jannah ye ! 

Nota SKH:
Tidak mampu menjadi sesetia dan seteguh  Abu Bakar Siddiq, Tapi pasti boleh menjiwai sifatnya kan~
Sayangi mereka dengan seadanya:
"Geng teater Mu'tah " 
-kekurangan seorang waktu ini -> arini waznah tetap dalam hati walau tiada dalam gambar-





-Atin Jieha -
11 april 2012
11:15 a.m
[ Sama ada aku yang memalu dahulu  genderang tersebut , mahupun  dikau..
Kita tetap bersaudara dalam iman ]

sahabat
Dia datang dan pergi
hadir dan kembali sepi
Tidak penah membiarkan sahabatnya dibuai mimpi
sentiasa berada di sisi menemani
Namun
Dia mahu pergi
Pesannya
tidak semua yang indah itu kita merasai
Tidak semua yang perit itu juga yang kita rasai
Tapi kita merasa keduanya serba sedikit
Sekeping hati
Kalau itulah bicaranya
Apa lagi mahu dihalang
Cuma selalu sahaja berkata dengan hati
Agar tenang dan sabar menempuhi
Agar hati bisa terpujuk
Kerana hati juga punya rasa
Walau terkadang sukar untuk dimengerti
Kata sahabatku lagi
izinkan dia pergi
walau kakinya bagai terpasung luka
walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua
tangisku tidak sekali dia lupa
Bukan dia tega
bukan dia rela
Izinkan dia pergi jua
Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di jiwanya tidak pernah ada tunggu
Walau terjerat,walau hakikat
Dia mesti pergi jua
Kerna genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
pesannya jangan menangis lagi
ayuh melangkah sepertinya
kerna dia mengerti aku adalah ..
Bidadari berhati duka berwajah ceria~
Tapi
Doaku ..
YA ILAHI..kembalikan sahabat ku itu
bisikkan pada hatinya
kerna hanya dia sahabat yang tercinta
kerna cintaku adalah kerna-MU
cermin sakti antara kami

- Rindu kata-kata sakti, penguat dan doa dari sahabat -sahabat sejati
Maka, dinukilkan sajak ini kembali disini -


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Sabtu, Februari 11, 2012

:: Indahnya Hidup Berjemaah ::

Views
Indahnya hidup berjemaah
Kerna kita dilahirkan bukan untuk berpecah belah

Kitalah yang perlu mengejar Dakwah,
bukan Dakwah yang terbang mencari kita..~

Luaskan konteks pemikiran, Jangan sempitkan ruangan.
Yang penting lapangkan hati dan fikiran.. Kalian pasti merasai nikmatnya HIDUP BERTUHAN.

Pernahkah kalian terfikir, 
Untuk merubah suatu keadaan menjadi begini. 
Diwaktu sepertiga malam, Teman seangkatan mengejutkan kalian dari tidur..
Bisiknya,
" Jom~ Kita Qiamullai sama-sama "
Atau,
Habis kurang pun.. Saat subuh menjengah..memecah kesunyian tatkala manusia masih lagi diulit mimpi yang panjang yang mengingatkan insan dengan perintah atau seruan yang perlu dilaksanakan.Tatkala itu, Anda atau teman anda mengejutkan antara satu sama lain. Solat subuh berjemaah , membaca mathurat seusai sudah. Merebut peluang 27 pahala dari 1 yang kadang-kadang kita tidak pasti adakah ia diterima. 

Seharian yang kita lakukan, bukannya berseorangan. Pasti ada teman-teman yang menyertai..sama ada dari segi solat ,makan, keluar atau segalanya dilakukan secara berjemaah.
Hakikatnya, 
Tarbiah..ada di antara kita. 
Yang paling terdekat adalah kita bersama teman yang hidup sembumbung dengan kita. Biarpun dia punya cacat cela, kurang di mana-mana..tugas kita untuk memperbaiki mereka. 
Ya~ Hidup tidak berteman , ibarat kubur yang tidak bernisan.
Sedangkan hidup berjemaah terlalu indah daripada kita yang terkapar-kapar keseorangan. Hidup berjemaah akan membawa keberkatan , sedangkan hidup tanpa jemaah membawa kita kepada kehancuran.

Antara 27 dan 1,kalian lebih tahu yang mana lebih menguntungkan.
 Antara hidup 'keseorangan' atau 'berteman', pilihan kalian menentukan suasana sebuah kehidupan. 
Ingat, setiap perkara ada untung dan rugi..

Realitinya, makan berjemaah juga boleh mengundang rasa kasih dan sayang. Disitu mampu menerbitkan rasa cinta dan suasana yang bahagia. Dimulai dengan membaca doa makan secara berjemaah, suap- menyuap, sama-sama berkumpul membuat halaqah dengan makan menggunakan talam.( itu lebih baik). Sehalus perkara tersebut mampu memberikan faedah yang lebih lumayan.

Ohh~ Indahnya Hidup Berjemaah.
Tidak perlu kita mencari kelompok-kelompok kecil diluar untuk ditarbiyah dan mentarbiyah, andai hakikatnya kalian  gagal mentarbiah di  rumah yakni masih lagi ada yang bersalut lompang-lompang yang tidak ditampal dengan nikmat indahnya hidup berjemaah kerna TUHAN.

Hidup kita akan mendapat keberkatan jika kita duduk di dalam jemaah. Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda hidup bersama jemaah Islam yang dibentuk oleh baginda. Di dalam jemaah inilah berlakunya proses tarbiyah imaniah berjalan hingga melahirkan satu generasi umat Islam yang paling baik dalam sejarah manusia. Hasil dari jemaah ini melahirkan Daulah Islamiyah yang mendaulatkan hukum-hukum Allah s.w.t.Berjemaah membawa berkat dan perpecahan membawa azab.

Hakikatnya,
Semua gerak di alam maya ini, dilangit dan dibumi. adalah gerak yang lahir dari kehendak dan cinta.
Jadikan rumahmu 'Raudhah Al Mahbubin wa Al Musytaqin'
Yang mana ia menjadi Taman orang-orang yang jatuh cinta dan memendam rindu
Kerna ALLAH, Hati-hati menjadi Satu.
Yang jurang menjadi serumpun
Yang jauh, duduk terhimpun.



With Love :  ~ 
-Atin Jieha-
11022012
00:30 a.m
Teratak Imtiyaz Crew,Mu'tah Karak Jordan.

Nota SKH:
Buangkan rasa Ego, ayuh kita berdamai. Berpesan-pesanan..Menuju ke medan TUHAN.
Saya sayangkan kalian. !
Jom suburkan hidup berjemaah di dalam teratak mahligai kita~ 
Sayangi teman  bagaikan keluarga, usrah itu pasti menimbulkan cinta.
Rebut peluang dari terbuang. 
Bukan sekadar pandang, tanpa turut bersama merealisasikan.



Ya Allah,

Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,

telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.








☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Jumaat, Februari 10, 2012

:: Surat Cinta Buatmu Ya Rasulullah ::

Views
 " Cinta Bukan Sekadar Dakwaan, Tetapi memerlukan Bukti"

Walau Cinta itu hanya ALLAH Yang Berhak mengadilinya.


Lau kana Bainana Ya Habib~
Andai Engkau ada bersama kami Ya Rasulullah, pasti kami akan tertunduk malu dengan gelumang dosa yang menggunung.

Bismillah,
Dengan nama ALLAH.
Selawat serta salam ke atas junjunganmu Ya Rasulullah.

Assalamualaikum Ya Rasulullah~..
Saat aku diberikan sekeping kertas putih bersih untuk ku melakarkan lembar cinta buatmu Ya Habibullah. Hati ku sedikit tersayat syahdu,pilu dan sayu. 
Hampir-hampir tangan ku tidak mampu bergerak untuk menuai isi hati ku di atas sekeping kertas itu. Kerna apa?
Kerna AKU MALU.~ Allahuakbar..

Wahai Kekasih ALLAH,
Malu rasanya ingin ku nukilkan namamu yang agung dengan tangan ku yang ternoda. Sedangkan namamu tersangat indah untuk dicemari oleh tangan yang bergelumang dosa ini. 
Aku Malu Ya Rasulullah...Aku malu denganmu Ya Habibullah.

Namun..
Izinkan aku saat ini ..ku nukilkan ia di dalam 'HATI' . Agar aku sentiasa koreksi diri, untuk berubah menjadi umat mu yang mengenang budi..

Ya Rasulullah,
Lembar demi lembar kitab ku pelajari,
Untaian demi untaian kata para ustaz dan ustazah ku  resapi.
Tentang CINTA para Nabi, Tentang kisah perjuangan Nabi, Tentang mahabbah dirimu kepada umat-umat yang berdosa ini.
Aku berusaha sedaya upaya menumbuhkan dalam-dalam, idolaku yang mengawang bagai awan.

Ya Rasulullah, 
Bukan aku tidak tahu,bahawa..
" Mencintaimu ,maka bererti mencintai ILAHI "
Tapi ya Habib, berbilang detik,minit, jam,hari ,bulan dan seterusnya berlalu, aku berusaha mencintaimu dengan cinta yang paling utama selepas ALLAH, tapi aku masih tidak menemukan cinta tertinggi ku buatmu.  Aku makin merasakan gelisahku membadai.
Dalam cita yang mengawang, sedangkan kakiku makin kecundang..Tiada menjejak bumi. Terhempas dalam jurang yang kelam.
Akhirnya aku bergelumang kegelapan.

Allah ..Ya Allah. 
Nafsu yang berkobar-kobar aku rajakan, dunia yang ku kejar menjadi pincang. Sedangkan akhlakmu Ya Rasulullah yang seindah Al-Quran telah menyajikan pelbagai pedoman. 
Dan Aku? masih lagi lalai...

Ya Rasulullah..
Walau saat ini aku malu, namun ingin sekali ku khabarkan..Aku rindu padamu Kekasih ALLAH. 
Ingin sekali bertemu, duduk dalam perjuanganmu..mengelap titis-titis air mata dan peluhmu , menjadikan nyawa sebagai galang.
Benar~ aku rindu.. Rindu sekali mendengar butiran Sabda darimu. Menuntun ku kembali dari lautan dosa, yang selama ini aku sangkakan manis, namun walhal ku kecapi pahitnya. 
Aku ingin sekali Ya Rasulullulah, bersamamu menyelami lautan ibadah ,menikmati akar-akar yang menghunjam dengan Sakinah yang dalam. 


Aku umatmu yang buta, jiwa yang alpa..ingin sekali selami lautan cinta.
Tapi..mengapa, kelamnya nubari membuatkan lidah hati tidak mampu merasa .


Ya Rasulullah,
Sungguh, hakikatnya aku tidak pernah bertemu atau berjumpa denganmu
Tidak pernah juga aku melihat langsung dakwahmu
Namun sinar cahaya itu mampu menembus zaman dan ruang,menembus jua perbezaan di antara seluruh umat mu yang bergelimpangan. Cahaya itu tidak pernah redup sampai akhir zaman. Bagai Engkau seorang insan, yang membawa bintang, menerangi alam sejagat dengan sirna, mengetuk pintu hati ku kembali pada SANG PENCIPTA ALAM.
 Begitu agungnya namamu...Subhanallah , Aku malu.
Bergetar hati ini menangis, rindu bertemu denganmu.
Rindu pada suri tauladan yang ALLAH berikan
Rindu pada kesederhanaan dan kepedulian pada umatmu 
Rindu pada kedamaian yang kau ciptakan, kepimpinanmu sebagai pejuang~

Ohh Ya Rasulullah..
Cinta dan kasih sayangmu tiada tara..

Ya Rasulullah,
Di malam ini aku terlalu pilu, walau seuntai senyuman sentiasa menerjah wajahku. Apakah aku semakin jauh atau dekat denganmu? 
Engkau kecintaaku ,kerinduaan ku yang sentiasa membara selepas Allah TUHAN yang Satu. Layakkah aku mendapat syafaatmu di akhirat nanti?

Ya Rasulullah..
Tidak layak rasanya aku menjadi umatmu, yang sering terleka menjadi hamba dunia, sedangkan dahulu engkau berjuang bermati-matian demi kesejahteraan umatmu.
Aku terlalu rindukanmu.
Terlalu rindukan insan sepekertimu.
Tiada insan semuliamu Ya Rasulullah.. 
Sungguh, aku terlalu banyak berdosa. Dengan dosa silam dan kejahatan ku yang berganda-ganda kini, hakikatnya..aku bukan umatmu yang suci. Aku gagal Ya Habibi..
Allah~ 
Masih lagi aku malu menukilkan surat cinta ini.Pasti engkau tahu apa yang ingin ku sampaikan buatmu. 
Allah~
Sungguh, betapa beratnya hati ku menyatakan , aku umatmu yang kelam, Bantulah aku Ya ALLAH, Syafaatkanlah umatmu Ya Rasulullah..
Aku Malu..Aku Rindu~

-Atin Jieha-
10022012
21:05  p.m
Teratak Imtiyaz Crew, Mu'tah Karak.








Nota SKH:
Drastik, Namun sangat terkesan. Terima Kasih Ya Allah.
Atas Hidayah , dan inayah.
Terima kasih 'Ihya ul lail bersamamu Ya Rasulullah'..ANJURAN Biro Bimbingan Dan Rohani PERMATA. 
Terhentaknya hati ini dengan pengisiannya.
kini, ingin aku berubah, agar mampu menjadi agen perubah ummah. Biiznillah.


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Isnin, Januari 16, 2012

:: Layar Hakiki bersama Majazi ::

Views

Semester awal , sudah berakhir ditinggal pergi..

Yang akan datang, berbaki lagi dua semester yang bakal dihadapi.

Yang sudah berlalu .. itu yang pasti dikenangkan setiap hari.

Pulang nanti perlu bersedia membawa ijazah sebagai Da'ie..~


Lihat Blog Seni kiasan hati ini~

Kewujudannya sedikit sebanyak memujuk hati dan memberi motivasi.

Lihat ia kembali...

Benarkah isinya..Intipatinya..betul-betulkah menepati amal islami..


Semester lalu, Agak banyak yang telah dipelajari..

Masa lalu, Banyak perkara yang telah aku teladani.

Yang pasti, Madah-madah yang aku pelajari..sedikit sebanyak membuka ruang mata ku untuk
tidak sesekali sia-siakan ilmu yang telah dihadami.


Tapi yang pentingnya, Aku..Telah jatuh cinta kepada ilmu balaghah.

Balaghah..

Yang ku mengerti ianya adalah satu ilmu yang tersembunyi yang memerlukan sentuhan jiwa
yang dalam untuk memahaminya.

Jadi, untuk memahaminya tidak cukup dengan pendengaran dan tulisan, Tetapi juga
memerlukan kejernihan jiwa. Begitu jua dalam mencipta syair yang mengguna unsur-unsur
balaghah.

Keindahannya..~ gubahannya terjadi dengan unsur-unsur lafhzi yang dihiasi dengan al-
jinas,iqtibas, saja'..

Walhal juga diukir dengan keindahan-keindahan maknawi yang terdiri daripada tauriyah,
Thibaq, muqabalah, husnut-ta'lil, tajahul a'rif dan banyak lagi ..


-اللغة العربية لغة الجنة، من يتكلم بها فله حكمة كثيرة -


Teringat seorang penyair Jalaluddin Rumi, Iaitu seorang penyair sufi membicarakan:

"Tidak ada seorang penyair di dunia yang bukan seorang ahli mistik. Seorang penyair adalah
seorang ahli mistik sama ada dia menyedari atau tidak kerana tiada yang menulis syair tanpa
inspirasi yang mana dia mencipta syair seperti penyelam membawa mutiara ke atas
permukaan..~"



Maka untuk mempelajari Balaghah adalah dengan menggunakan :

* Mata yang letaknya di wajah kita yang berfungsi sebagai skrin zahir atau layar hakiki

*Mata Hati yang berperanan sebagai skrin batin atau layar majazi


Ibarat realiti dan fantasi

Begitu juga dikaitkan dengan hakiki dan majazi


Keduanya saling berkait..antaranya mengindahkan antara satu sama lain.

Gubahan-gubahan syair dan puisi yang diadaptasi kan dengan seni kiasan yang mampu

menusuk hati kepada sesiapa yang membaca dan menghayatinya.


Siapa kata Syair dan puisi tidak menyumbang kepada perkembangan islam?


Hakikatnya, Ianya juga turut memberi sumbangan kepada perkembangan islam melalui
faedahnya seni puisi dan syair dalam menerapkan unsur-unsur dakwah dan nilai-nilai islam
dalam karya-karya tersebut.


Seni puisi dan syair yang diserapkan ketiga-ketiga ilmu cabang ilmu balaghah iaitu Ilmu bayan,
ilmu ma'ani dan ilmu badi' dijadikan wadah sebagai untuk menyebarkan islam sama ada secara
langsung ataupun tidak, melalui gesaaan melakukan perkara-perkara umum yang menyentuh
aspek nilai-nilai murni dalam kehidupan yang terkadang secara langsung membabitkan soal
akidah, syariah dan sejarah islam yang gah.


Jadi..Melalui elemen tambahan dari ilmu balaghah ini, Ia menjadikan bahasa arab merupakan
bahasa yang hebat. Ia juga memerlukan daya pemikiran yang mendalam sebelum menafsirkan
makna sebenar dalam membantu kita berfikir sejenak untuk memahami sesuatu ibrah yang
ALLAH ukirkan buat kita.


Maka, dengan adanya elemen-elemen ma'ani,badi', dan bayan ini pelbagai tafsiran dapat dibuat
dan menjadikan kita seorang insan yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis.



Itulah ilmu balaghah..Yang seni nya menusuk dan memikat hati kepada sesiapa yang
merenunginya.

Moga sastera-sastera dan karya islam bakal lebih membangun dan bukan lagi merundum.

Biar puisi-puisi bergema tanpa sempadan seiring arus perdana

Sungguh, pengaruh individu amat mempengaruhi dunia sastera..Pengisian sebegini begitu
diperlukan pada suatu ketika ia berada di pelbagai arena,kemudian hilang ..jatuh dan
bangunnya mengikut rentak dan pengaruh semasa. Jadi, kita adalah salah satunya
pembangunnya.





-Atin Jieha-

19012012

12.00 p.m

[ Seni Kiasan Hati ]







ولقد أبصرت قدامي طريقا فمشيت

وسأبقى ماشيا إن شئت هذا أم أبيت

كيف جئت ؟ كيف أبصرت طريقي؟

لست أدري..


*قصيدة الطلاسم / لست أدري..*


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Selasa, November 22, 2011

::Wife ::

Views




This is an article by : Dr. Sherif Mohammed


{By getting married you are not just getting a wife, you are getting your whole world. From now until the rest of your days your wife will be your partner, your companion, and your best friend.


She will share your moments, your days, and your years. She will share your joys and sorrows, your successes and failures, your dreams and your fears. When you are ill, she will take the best care of you; when you need help, she will do all she can for you;
The best description that I personally have ever read describing the closeness of the spouses to each other is the Qur'anic verse which says:


"they are your garments and you are their garments" (Surah Al Baqarah 2:187).

Indeed, spouses are like garments to each other because they provide one another with the protection, the comfort, the cover, the support, and the adornment that garments provide to humans. Just imagine a journey in the winter of Alaska without garments! Our spouses provide us with the same level of comfort, protection, cover, and support in the journey of our lives on this earth as garments would do in the Alaskan journey.


The relationship between the spouses is the most amazing of all human relations: the amount of love and affection, intimacy and closeness, mercy and compassion, peace and tranquillity that fills the hearts of the spouses is simply inexplicable. Only our Almighty Allah in His Infinite Power, Boundless Mercy, and Great Wisdom can create and ingrain these amazing and blessed feelings in the hearts of the spouses.
He says in the Qur'an,


"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves that you may dwell in tranquillity with them and He has put love and mercy between your hearts: verily in that are signs for those who reflect." (Surah Al Rum 30:21)

But Allah knows that the human heart is not a static entity, it is sometimes weak and at times dynamic. Feelings can and do change with time. Love may wither and fade away. The marital bond might weaken if not properly cared for. Continuous happiness requires constant giving from both sides. For the tree of marital love to remain alive and keep growing, the soil has to be sustained, maintained, watered and nurtured.

The Prophet -peace be upon him- said
"one would be rewarded for anything that he does seeking the pleasure of Allah even the food that he puts in the mouth of his wife."


Never underestimate the importance of seemingly little things as putting food in your wife's mouth, opening the car's door for her, etc. Remember that the Prophet -peace be upon him- used to extend his knee to his wife to assist her up to ride the camel.
Always try your best to be good to your wife by words and by deeds. Talk to her, smile to her, seek her advice, ask for her opinion, spend quality time with her and always remember that the Prophet -peace be upon him- said "the best of you are those who are best to their wives."}




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Rabu, November 02, 2011

::. Cinta Langit Biru .::

Views





Hari ini.~
Ku lakarkan surat berlipat..
Berkata indah tersusun rapat

Berharap kalian dapat melihat..

secebis , Apa yang tersirat..

ohh~
Allah Titipkan Langit cerah berawan Biru
Di ciptakan Kicauan burung yang menyanyi syahdu
Jeritan 'sang helang' yang sedang berburu
Tentera Semut bergerombolan melangkah maju

Yang akan ku paparkan nanti..
Bukan karyaku tapi karya daripada temanku
Di hadiahkan buatku untuk tatapan tentang langit biru
Cinta langit biru
Akan ku kenang selalu!~




Ini Karyanya..~

- Cinta Langit Biru -

Aku, adalah sebuah tempat yang paling atap dari atap-atapnya dunia. Aku sebuah ruang dimana anak-anak melayangkan layang-layangannya. Kata para penatapku, aku adalah sang luas, tanpa batas, lebih lepas dari lautan lepas. Ya, aku adalah Langit.



Aku berdiri pada sebuah takhta titah Tuhan. DIA-lah yang membuatku berdiri meski aku tak punya kaki dan tak punya daratan untuk kupijaki. Dia menciptakanku dengan enam masa serta tujuh lapis. Penduduk bumi bercerita melalui burung, bahawasanya aku indah. Dan menginsiprasi banyak orang. Demikian kata burung..~


Aku dilahirkan oleh-Nya ketika cinta-Nya DIA turunkan.Diberi Tugas oleh-NYA dengan amanah yang ku terima. Sejak itu, aku menjadi penguasa semesta jagad. Menjadi pengatur segenap benda-benda angkasa yang kumiliki di dalam tubuhku. Mengalahkan sang matahari yang terik menyinari. Mengalahkan terangnya purnama bulan. Mengalahkan bintang yang jatuh sekalipun. Mengalahkan komet-komet yang meluncur kian kemari. Juga mengalahkan beredarnya galaksi. Akulah pemilik mereka semua, hingga akulah penguasanya. Meski aku hampa, tapi dengan kehampaanku itulah mereka galaksi-galaksi ada dan beredar. Cuba bayangkan alam semesta ini tanpa langit, tanpa adanya ruang. Tentu takkan ada yang namanya kehidupan. Yang ada hanya padat. Misteri. Dan takkan ada khayalan bayangan manusia tentang astronomi. Untung Allah yang Maha Tinggi menganugerahkan ledakan ‘Big Bang’ untuk memberikan kehidupan. Memberikan kehidupan pada benda-benda angkasa dengan silih berganti bergerak, beredar, berzikir mematuhi titah Tuhannya.


Di Bimasakti, aku banyak memiliki harta. Harta Langit, demikian ku menyebutnya. Dan mereka menggantungkan tanggungjawabnya padaku. Harta langitku itu adalah Bulan, Bintang, Matahari, Awan, Burung, Pelangi, Angin, dan hartaku yang paling indah dan kucinta adalah Bumi. Entah kenapa aku jauh lebih mencintai si planet biru ini di Bimasakti ketimbang hartaku yang lain. Mungkin kerana di Bumi ada berjuta anugerah indah yang begitu menggugahku, yang membuatku tersenyum, dan tertawa. Bumi, yang di dalamnya terdapat air, terdapat udara segar, juga Bumi terdapat pemandangan indah yang menyejukkan mataku: Laut, Gunung, Bukit, Pematang, Daratan, Sungai, Juga tumbuh-tumbuhan yang melimpah disana. Burung juga pernah bercerita padaku bahawa di bumi adalah satu-satunya planet yang memiliki kehidupan. Di Bumi, kata si Burung, terdapat yang namanya Manusia. Susuk yang mungil, yang pintar, cerdas, namun kadang juga pemalas. Sang burung juga berkata bahawa di Bumi banyak yang mengagumiku...

Aku makin mencintai Bumi yang sepertiganya adalah Laut yang berwarna biru itu. Kerananya aku melindungi bumi dan seisinya dengan atmosfera ku dari panas Matahari langsung yang bisa menghancurkan kelangsungan hidup Bumi yang kucinta. Saat ini panas Matahari masih bisa kutahan untuk menjaga Bumi. Aku tak tahu jika suatu saat nanti apakah aku masih bisa menjaga Bumi jika suatu saat Matahari meningkatkan panasnya. Jika Matahari meningkatkan panasnya, maka bisa-bisa atmosferku akan mati, dan tidak bisa lagi melindungi Bumi. Kuharap, akan begini terus adanya...


Aku sering memberi hadiah untuk Bumi. Ketika Allah menyuruhku untuk menurunkan rezeki ke atas bumi, maka seketika itu aku menurunkan limpahan hujan untuk Bumiku. Aku menjatuhkan curahan cintaku yang kututur lewat hujan. Hujan, yang nantinya akan membahagiakan Laut dan Sungai karena kuisi dengan air Langit. Hujan, yang nantinya akan menyuburkan daratan. Membuat sang melata tersenyum. Membuat sang Tumbuhan tumbuh subur. Dan dengan hujanku juga Manusia Bumi bersyukur. Dengan hujan, ku cucurkan cinta untuk Bumi.


Aku tidaklah bisa berbicara langsung kepada bumi yang kucinta, kerana jarakku begitu jauh sehingga suaraku takkan mungkin terdengar. Jadi, aku hanya bisa mengaguminya. Hanya bisa mencintainya dari kejauhan. Ku tak tahu apakah Bumi juga mencintaiku. Kuharap ia juga mencintaiku.


Kadang aku menitipkan sebuah pesan cintaku melalui seorang perantara: yakni Burung, sahabatku yang paling baik. Teman kecilku yang satu ini memang baik. Kukatakan pada Burung, ”Burung, sampaikan padanya, bahwa aku mencintainya. Begitu mencintainya. Sampaikan juga salamku untuk si Daratan, Laut, untuk Air, Gunung, juga untuk Manusia-manusia di Bumi...”



Dan seketika sang Burung dengan kepakan sayapnya terbang, menyusuri udaraku, merambah jantungku. Dan tibalah ia di daratan. Dan Burung sampaikan pesanku itu. Dan ketika itu, peraduan cintaku merona. Lihatlah Langit senja yang kemerah di barat! Itulah pipiku. Pipi cintaku. Yang merona...


Namun, tak selamanya aku bisa tersenyum dan merona. Ada kalanya dimana aku cemburu, sayu. Ketika sang Burung, sahabat mungilku itu tak kunjung datang kepadaku dan menitipkan pesan cinta. Burung pernah bercerita, katanya ia sudah lelah menjadi penghantar cintaku. Ia sudah lelah terbang ke Langit dan mendarat ke Bumi. Ia letih, harus mengepakkan sayap kecilnya sejauh ratusan kilometer demi menghantar pesan cintaku.

”Maaf Langit, jangan sering-sering menyuruh aku menghantar pesan cintamu... Letih tau! Aku kan kecil. Jarak kamu dengan Bumi jauh sangat! Afwan ya Langit, aku tidak selamanya bisa menjadi penghantar kata cintamu. Menjadi perantaramu menuju kekasihmu...” demikian kata si Burung.


Mendengar kata si Burung, sejadinya aku menangis. Harus bagaimana lagi aku mencintaimu, Bumi??? Memaksa burung untuk menuruti permintaanku sangat tak mungkin lantaran ia sahabat yang harus kumengerti keadaannya. Burung sahabat baikku. Aku tak ingin lagi membuat Burung susah gara-gara aku..Aku menangis. Kujatuhkan gerimis. Kuharap di Bumi, Laut dan Darat bertanya seperti ini, ”Langit, kamu kenapa menangis?”


Akhirnya, aku mencari jalan lain untuk mencurahkan kerinduanku pada sang Bumi. Aku mencari susuk yang bisa untuk menghantar pesan cintaku kepada Bumi. Sosok yang tidak akan menyusahkan dirinya bila kuminta pertolongan padanya. Lantas, pilihanku itu jatuh pada sang Angin. Tentu Angin takkan keberatan membawa kata cintaku untuk Bumi. Kerana tentu takkan sulit baginya meniupkan kata cinta ke telinga Indah Cintaku, Bumi. Alhamdulillah, Angin pun tidak keberatan ketika kuminta ia sebagai pengganti sang Burung.


Hari ini, Angin langsung membawa pesan cinta yang kuberi untuk Bumi. Dan dengan hembusannya, sang angin dengan mudah membisikkan kata cinta untuk Bumiku. Ya, Angin menghembuskan kata cintaku...
”Duhai Daratan dan Laut... sang Langit mencintaimu... dia akan selalu menjagamu, melindungimu, apapun yang terjadi... janganlah kau sedih karena Langit akan terus bersamamu. Cakerawalanya akan menaungi indahmu. Dan sore nanti, lihatlah di baratmu! Langit akan tersenyum dan merona untukmu. Untukmu duhai Bumi...” bisik Angin.


Usai Angin membisikkan kata cinta itu, aku pun tersenyum. Dan aku kembali merona. Indah dunia rasanya. Damai dalam dada. Aku ingin mencintainya... selamanya



Namun ada penyesalan pada akhirnya. Kerana baru kuketahui ternyata Angin adalah yang tak bisa menjaga rahasianya. Ia dengan mudah berhembus bercerita kepada saudaraku si Awan bahawa aku mencintai Bumi. Lantas kemudian si Angin bercerita lagi kepada sang Pelangi, kepada sang Udara, kepada sang Senja, kepada sang Waktu juga, bahwa aku mencintai Bumi. Jadilah akhirnya hari itu aku menjadi gosip paling hangat di jagad Bimasakti.


Hari berganti hari. Hingga akhirnya sampailah berita itu ke telinga sang Bintang dan sang Bulan. Inilah yang paling kutakutkan. Karena kutahu Bintang dan Bulan juga mencintaiku, mencintai Langit. Kutakut mereka berdua akan marah padaku. Sesungguhnya aku tak ingin membuat Bulan dan Bintang menangis karena aku mencintai yang lain..


Suatu hari Bulan mandatangiku, dan berkata,

”Langit... Langit kenapa begitu? Padahal Bulan kan cinta mati kepada Langit... kenapa Langit masih memilih Bumi ? Kenapa? Apa kurang teduh cahaya yang Bulan kasih di setiap malam? Apa kurang senyum Bulan untuk Langit ketika Bulan sedang sabit? Apa salah Bulan, Langit?


Bulan menjelaskan padaku berulang kali. Dengan tangisnya ia luahkan isi hatinya. Ia benar-benar cinta padaku. Tapi .. bagaimana, aku tak mencintainya. Akhirnya yang bisa kuberi pada Bulan adalah sebuah sekaan untuk tangisnya. Ku kesat tangis sang Bulan, sahabatku. Dan lantas kupeluk ia


”Duhai Bulan... Bulan yang Langit sayang. Maafkan Langitmu ya... maafkan jika Langitmu ini selalu seakan memberi harapan untukmu. Ketahuilah, itu adalah wujud cintaku untuk sahabatku. Bulanku, jangan bersedih ya... Bulan selalu ada di hati langit. Selalu ada. Garis tangan tergambar, Langit tidak bisa menentang-Nya. Langit lebih mencintai saudara Bulan, yakni Bumi. Sekarang yang tegar ya... maafkan Langit! Maaf... untuk semua kesalahan Langit. Jangan nangis lagi. Inilah takdir Allah, Bulan. Tapi Langit akan tetap menyayangi Bulan sebagai sahabat langit yang paling indah...”


Demikian yang kukatakan pada sang Bulan. Kulapaskan pelukanku. Dan kulihat cerah wajahnya, wajah ketegaran sang Bulan. Satu yang paling kusuka dari Bulan ialah, senyumnya... senyum ketegarannya..

Malam pun tiba. Aku membentangkan selimut hitam di cakerawalaku. Bulan masih enggan untuk bersanding denganku, katanya ia ingin menyendiri dulu. Namun lain dengan Bintang, malam ini bintang hadir dengan kilaunya yang bertabur di sisi-sisi gelapku. Aku tersenyum atas keindahan sang bintang-gemintang malam ini. Namun aku langsung dihadapkan pada ucapan Bintang yang membuatku tersentak .


Bintang benci Langit!” ucap bintang keras dengan nada sinis.
”Kenapa?” jawabku.
”Pokoknya Bintang benci!!!” lanjutnya.
Aku terdiam.
”Langit udah mengkhianati cinta Bintang selama ini. Tahukah Langit, Bintang ini cinta kepada Langit. Dalam diam Bintang, Bintang mencintai sepenuh hati. Dan Bintang berharap Langit menjadi pendamping Bintang. Apa kurang kesetiaan Bintang selama ini menemani Langit di setiap malam? Apa kurang cahaya Bintang ini, ? Sakit rasanya hati Bintang. Sekarang rasanya percuma. Percuma kasih dan sayang dan pengorbanan Bintang untuk Langit selama ini. Langit bohong! Langit selalumennyakiti hati Bintang. Bintang benci Langit...” terang Bintang menjejaliku dengan kata-kata itu.
”Bukan begitu Bintang...” aku mencuba menjelaskan, namun Bintang kembali memborong kata-kataku.
”Apanya yang bukan begitu? Langit hendak minta maaf? tidak ada guna! Bintang sudah sakit! Ternyata Langit lebih memilih Bumi yang tidak pernah memberi apa-apa untuk Langit. Langit itu ego sangat. Apa hebatnya Bumi? ” nanar dan kasar. Aku mulai sedikit kesal..


”Jaga mulut Bintang ya... tidak sopan!” ucapku.
”Kenapa? Mahu apa? Apa peduli Langit? Bintang sudah mencintai Langit adanya. Tapi apa? Apa Langit mencintai Bintang?”
”Wallahu ’alam...”jawabku sekenanya. Kesal.
”Baiklah. Bintang tidak kan pernah lagi mencintai Langit. Bintang tidakkan maafkan Langit. Bintang bersumpah. Bintang benci Langit selamanya! Tunggu aja, akan Bintang balas sakit ini. Tunggu dendam Bintang, !”


Ternyata, Bintang kini telah membenciku adanya. Ia benar-menar marah padaku. Ia marah. Ia lantas memerintahkan saudaranya, sang Matahari—Bintang yang yang paling terang di Bimasakti—untuk menghancurkan Bumiku dengan panasnya. Tentu saja, Matahari menuruti perintah Bintang, karena Matahari kan juga adalah Bintang.



Oh, tidak. Ini petaka untuk kekasihku. Bumiku bisa mati terbakar. Bintang memang kejam. Ia ingin membunuh kekasihku...


Sang Matahari dari hari ke hari makin meningkatkan pijar-nya yang begitu cerah. Kontan aku langsung melindungi, seperti janjiku, selamanya aku akan melindungi sang Bumi yang kucinta. Agar panas matahari tak bisa membakar Bumi, kutingkatkan kandungan zat dalam atmosferku yang melingkupi Bumi, Ozon, Nitrogen, Helium, dan lain sebagainya. Namun Matahari tanpa ampun terus mengeluarkan panas yang membara. Aku rela. Aku rela membakar diriku untuk Bumi. Demi Bumiku, aku rela mengorbankan diriku. ”Ya Allah, beri aku kekuatan... kekuatan untuk terus melindungi, mencintai, dan menjaga kekasihku Bumi.” doaku.



Hari demi hari. Terus kulindungi Bumi. Matahari tak henti berpijar membakar seantero mayapada. Aku terus bertahan. Dan dari Bumi, terlihat aku berwarna biru. Karena penghamburan cahaya matahari yang begitu sengat, lantas menempa awan, kemudian terbias olehku dan menciptakan spektrum warna biru. Ya, yang tadinya aku tak berwarna, sekarang aku berwarna biru karena sinar Matahari tegak menyengat. Kudengar melalui Angin, bahawa di Bumi, Laut berkata...



“Langit, aku juga mencintaimu. Aku Kagum dengan warnamu. Semakin hari warnamu semakin biru.

Seperti warna lautku. Teruslah mencintai Bumi. Dan Aku juga mencintaimu..” Laut menghembuskan kata cintanya ke relung langitku.


Bumi agaknya bahagia dengan aku yang kini memiliki warna. Tapi mereka tidak tahu aku berwarna biru kerana cinta. Aku menjadi biru karena bertahan atas nama cinta. Aku tak ingin Bumi tahu bahwa biruku ini karena melindunginya dari Matahari. Biarlah Allah saja yang tahu pengorbanan cintaku. Biarlah aku sakit demi kekasihku tersenyum melihatku indah, melihatku biru, melihatku mempesona. Meskipun ia tidak tahu bahwa aku disini terseksa, menahan panas yang nescaya bisa membunuhku..


Dalam hati aku berkata


”Selagi kau lihat aku masih biru, maka selagi itu pulalah cintaku masih bersemi untukmu. Selagi dapat kau lihat warnaku, maka selagi itu pulalah aku mencintaimu. Duhai Bumi..kalaupun nanti aku mati, cintaku kekal untukmu abadi selamanya..

”Bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(. Al-Hasyr : 24)



”Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. dan Dia bersama kamu di mama saja kamu berada. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Hadid : 4)

Begitu banyak ayat Allah yang menyebutkan Langit dan Bumi secara bersama. Banyak ayat yang menggandingkan Langit dan Bumi antara satu ayat. Inilah, garis tangan cinta yang Allah gambarkan dalam Al-Qur’an. Langit dan Bumi.

Jika kita ingin melihat cinta Langit dan Bumi, maka suatu hari pergilah ke suatu bukit yang tinggi, atau pergilah ke sebuah pantai atau pelabuhan. Tunggulah waktu senja tiba. Maka senja akan bertutur kepadamu tentang cinta mereka di ufuk barat. Kan kau lihat titik temu antara Daratan dan Langit, disitu mereka mengadu cinta. Kan kau lihat juga di Laut, di penghujung titik mata memandang, di titik itulah, Laut dan Langit memadu cinta. Biru mereka bertemu. Sang bayu menjadi saksi peraduan cinta itu. Dan perlahan gurat merona menyembul di pipi Langit. Pipi cinta. Dan ketika itu Burung tertawa...


Apakah secara fisik Langit itu ada? Tentu tidak! Langit itu tak ada, ia bersemayam tanpa batas. Ya, warna birunya lah yang membuat kita menyebutnya Langit. Warna birunya lah yang membuat ia ”ada”. Dan warna biru Langit ada kerana cinta. Karena cinta yang dengan tulus, dengan penuh pengorbanan ia berikan untuk Bumi. So, jadilah seperti Langit!



”Biarlah aku merasakan derita ini. Sampai bila pun aku akan terus mencintaimu wahai Bumi... aku ingin melihat kau tersenyum menatap indahnya biruku...”


- Atin Jieha -

Bayt Imtiyaz Crew,Jordan

02112011

23: 10 P.M


- Kata seorang teman:


Yang sikit itu kiasan

Yang Banyak Itu Hati

Yang Hebat itu seni-


[ Maka, Cinta Langit Biru ini Adalah Gurindam berkias :) mungkin~ ]


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH