Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerpen. Papar semua catatan

Ahad, Januari 06, 2013

:: Misi :: 1

Views
Kau Cegah,
Kau Redah,
Jangan menyerah, 
Jangan Pasrah.
Bawa kuntuman DAKWAH,
Jadikan ia terus memekar Megah! 


" Bakti , Kita ada misi . "
Cahaya menyerahkan sepucuk surat.
Lalu diambilnya. 'Misi' tersebut bertukar tangan , bakti membuka isinya dengan perlahan. Hati kecilnya berbisik,
' Misi apakah yang berkunjung kali ini'

" Gegarkan Media Dengan DAKWAH ! "

Tulisan merah, isinya singkat. Sebaris ayat, namun kandungannya agak sarat.
Dahinya berkerut, kening bagai tersambung. Bakti meletakkan kembali surat itu dalam sampulnya.
Terdiam.
Cahaya sekadar memerhatikan.
Dia tahu anak muda ini pasti arif dalam melaksanakan propaganda misi yang bakal tercetus dengan idea yang akan mereka anyam untuk gegarkannya.

"Kenapa kita berdua yang perlu melaksanakannya ? "
Bakti menyoal bagai resah. Entah kenapa mas'ul yang berjiwa gagah ini persis cacing kepanasan. Bagai tidak betah selepas menerima misi tersebut.
" Kenapa bakti tanya? Adakah taklifat ini terlalu berat untuk enta? "
Cahaya menguji. Mungkin ada alasannya.

" Bukan.. mengapa tidak disatukan rijal dengan rijal dalam satu kumpulan, dan nisa bersama nisa pula dalam satu kumpulan ? Misi ini bukan tamrin 'adi ( latihan biasa ) . Perlu kekentalan jiwa dan inovasi yang serata. "

Cahaya tertawa kecil.
Walau bakti merupakan salah seorang pimpinan gerakan as-soffat , namun ada secebis situasi yang membuatkan dia jangal di situ.
" Barangkali bakti sudah lupa bahawa, Gerakan as-soffat yang mengikuti tamrin Qiyadi baru ini bersama mursyid hanya kita berdua kan? Jadi, semua solidariti yang telah ditamrin akan mendapat misi baru usai pulang ke Gerakan masing-masing. Tamrin kita juga adalah 'Sirr' iaitu rahsia. Yang tidak terlibat , tidak boleh mengetahui perancangan yang digariskan. faham ? "

Bakti mengangguk. Cahaya menyambung lagi .
" Jadi, tidak kisah dia rijal atau nisa, misi ini harus dilaksanakan. Apakah enta kaget kerna yang bergandingan dengan enta adalah nisa' ? Termakan dengan pujukan dunia yang mengatakan nisa' hanyalah insan-insan yang dilahirkan lemah.Tiada kudrat yang sedaya rijal, tidak arif dalam gerak kerja dan susun atur idea yang mencambahkan kemenangan , malah bimbang nisa' adalah golongan yang hanya tahu mengikut perasaan, begitu? "

Bakti menggeleng.
" Tidak.. tidak! bukan itu maksud ana. Ana tahu cahaya yang ana kenal jiwanya persis serikandi, beridealogi dan lincah dalam penyusunan strategi. Mungkin ana risau, keterbatasan gerak kerja kita sahaja nanti . kerna ana rijal dan enti nisa' . Harus waspada dalam setiap perkara. "

Cahaya memahami.
Rijal di hadapannya adalah makhluk yang tersangat menjaga hatinya dengan rapi. Jadi, dia tidak akan berkecil hati.
" Bakti, jangan lupa bahawa dibelakang setiap lelaki, ada kelibat wanita yang menjadi penguat pancangnya. Allah berfirman, ' Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNYA. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.' Kan bakti? "

Cahaya tersenyum.
Bakti menunduk. Hatinya sedikit terpujuk. InshaALLAH, ini jalannya.
Dia yakin misi kali ini akan berjaya dengan idealogi daripada solidariti yang berbeza. 
" Ya , Jom Mara ! Oh ye cahaya, mohon sampaikan kepada semua pimpinan as-soffat bahawa kita ada musyawarah tergempar."
Bakti bersiap sedia, cahaya mengangguk. Siap sedia dengan senjata dakwah mereka, memprogramkan strategi yang luar biasa.
Untuk membasmi MEDIA yang telah dieksploitasi oleh tangan-tangan yang mungkar.

---------------------------

Semilir pagi, sehening subuh.
Ada jasad dan ruh yang sedang bertimpuh di atas sejadah dengan jiwa yang teguh. Seutas tasbih menjadi peneman, bibirnya terus mengumam, " Subhanallah,walhamdulillah, Allahuakbar.."
Sesekali diseka titisan air mata yang laju mengalir, sambil memegang kejap pada tasbih pemberian arwah ibunya..dia meratib tanpa henti. Matlamatnya satu, moga Allah ilhamkan wadah untuk meneraju misi yang telah diletakkan pada pundak bahunya itu. Dia memohon secebis kekuatan, daya fikiran dan membersihkan hatinya dari terhalang untuk menyelesaikan misi yang beragendakan 'mencapai keredhaan TUHAN'.

" Bakti... "
Sayup-sayup bagai terdengar satu suara yang amat dirinduinya. 
"Bakti anakku, setiap amalmu, tancapkanlah ikhlas didalamnya.Kelak Allah akan membantumu. "

Terngiang-ngiang pesanan arwah ibu. Al Fatihah dikirim segenap kalbu, moga sampai untuk ibu.
Lantas, dia mengambil mushaf yang terletak disisinya..dikucup dan dibuka helaian demi helaian, tangan yang menyelak terhenti pada surah as-soff ,

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
 Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). "  


Firman  yang sejajar dengan matlamatnya. Terima kasih Allah , atas ilham yang telah ENGKAU tuai melalui ayat cinta-MU.

Dia bangun. 
Di simpannya Al quran.
Lantas, telefon bimbitnya dicapai. 
Mencari nombor cahaya di dalam kekotak taliannya. 
" Ukhti, kita lancarkan stategi yang telah dirancang. Jangan lupa untuk pertemuan tengah hari nanti bersama Tuan Wira, bentangkan apa yang telah kita programkan. dan juga proposal yang telah dilakar, wajib dibawa. Rencana kita harus bergerak kencang. "
Mesej dihantar. 
Kali ini dia yakin.  

----------------------------------------

"Apa yang kalian mahu kali ini bakti, dan kamu cahaya? " 
Tuan wira angkuh bernada soal. Pemilik seluruh industri media dan hiburan semalaysia menjual pandang. 

"Tuan, kehadiran kami bukan ingin membantutkan segala rencana  tuan. Tapi tujuan kami adalah ingin berkongsi dengan tuan tentang saham akhirat. Kami perlukan sokongan dan kerjasama tuan untuk menjayakan misi yang telah kami programkan ini. Tentang mendakwahkan Media yang telah dicemari. Mahukah tuan membantu kami? "
Bakti beralih kepada cahaya. Menggunakan isyarat mata agar cahaya menyerahkan fail tersebut pada Tuan Wira. Dengan lafaz bismillah, Cahaya menyerahkan fail  proposal yang telah siap sedia dilakar. 

"Dakwah? akhirat? apa perlu media pada dakwah dan itu semua ?  Manusia hanya mahukan hiburan dan keseronokan. Bila dipapar tentang dakwah, segelintir sahaja yang meninjau. Yang lain akan tukar siaran dan bosan.Ataupun, akhbar-akhbar tiada siapa yang sudi menghulur wang. Semua itu menjemukan. Maka, akhirnya kami yang merangkul kerugian, bukan kalian ! Dah, persetankan sahaja niat kalian itu. Pulanglah , ini bukan tempat kalian. pergilah masjid, surau.. Itu lebih layak untuk kalian nak cakap soal agama atau akhirat.  "
 Tuan wira membelakangkan mereka. Mendengus sambil tersenyum sumbing. Baginya, mereka ini hanya lalat-lalat kecil  yang hanya tahu mengerumuni sisa-sisa makanan yang terbuang. Tidak langsung memikirkan wawasan yang lebih bersinar. Masa hadapan perlu memburu dan menguasai dunia . Mencari kekayaan dan mencipta nama yang gah gemilang.

Tuan wira menekan interkom. Memanggil setiausahanya membawa keluar kedua anak muda itu. Proposal yang diberikan tadi dicampak ke atas meja tanpa menyelak isi helaiannya. 


Badan cahaya menggeletar. Pantang baginya manusia yang memperlekehkan akhirat. Apatah lagi dakwah yang membawa bendera islam. Manusia, semakin ditelan kemajuan, semakin lupa pada diri. Lalai dengan perintah ILAHI. Dikaburkan dengan wang ringgit , kemewahan yang hanya sementara. 

Tanpa terduga, air mata terkeluar di tubir matanya. Menahan kesal yang membungkam. 
Dia bangun ingin mencantas belati tajam yang termuntah dari bibir sang jutawan itu. 
Cahaya mengesat air mata itu. Dan menepuk tangan.
" Pap..pap... ~ "

Tuan wira terpana, bakti tersentak. Namun dia sedar, cahaya bukan gadis yang calang-calang orangnya. Pasti ada perisai yang bakal menepis manusia yang takabur dengan dunia itu.

" Wahai tuan wira, izinkan saya menuai kata. Barangkali tuan wira sudah lupa, bahawa sesungguhnya media persis senjata yang boleh digunakan untuk keamanan dan kemusnahan. Bahkan celik pandai dahulu pun pernah menyatakan bahawa jika meriam mampu memusnahkan sistem feudal, maka dakwat pula mampu memusnahkan organisasi sosial medan. Tuan, bukankah setiap rangkaian bersadurkan hiburan yang melaghakan, Lantas dihidangkan kepada semua rakyat samaada dari yang muda hingga ke peringkat dewasa dan tua, setiap yang melihat dan membacanya, dosa mereka diberikan kepada tuan satu persatu. Apa , hebatkah pundak tuan untuk menanggung segala dosa seisi dunia? andai dosa itu mampu diperlihatkan pada kita, pasti tuan tidak akan mampu menanggung bebanan tersebut. Entah-entah beratnya dosa-dosa yang tuan tanggung dan dosa orang lain yang ligat mencintai hiburan dan dunia itu, tuan sendiri tidak akan mampu lagi berdiri megah seperti sekarang. Tapi tuan, sungguh Allah Maha penyayang, memberi masa untuk ruang sedar tuan.."


(  Bersambung .. )


Nota SKH:
-_- 
* Maaf, sekali lagi terpaksa bersambung. Atas jadual kerja yang padat lagi ketat. Tiada masa rehat, atau ruang untuk memikat . Memikat ilham terjun ke taman. InshaAllah, bakal menyusul beberapa hari ini. untuk kesudahannya, pasti menjelang.
Dengan izin ALLAH~
Banyak lagi inginku karang dan rungkai. Nantikan cerita yang tidak seberapa. :)



Nukilku 
AtinJieha
06012013
23:05 p.m






☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Jumaat, Oktober 19, 2012

:: Cerpen- Terukir Di Bintang ( 2 ) ::

Views

 Esakan tangis Musfirah memecahkan kebekuan di sekitar tasik itu.. menyentuh berat kalbuku. Mus, dahsyatnya tanggunganmu . Patutlah aku kehilanganmu selama ini , sedetik pun engkau tidak mengizinkan aku menyelinap mencari khabarmu. 

"Qalbi, sesaat pun aku tidak pernah terfikir untuk menjadi begini. Tapi, kerna dorongan nafsu ,hasutan syaitan durjana itu dan dendam yang menyala dihatiku.. Aku jadi rapuh! Aku menjadi insan berdosa. Persetankan makhluk jantan tidak berguna itu. Kernanya , aku rosak , kernanya aku membunuh benihku separuh sedarku. Astarghfirullah... Layakkan aku berdepan dengan Tuhan ku nanti? Qalbi, nyatakan..Masih layakkah aku?? "

Musfirah menggoyangkan tubuhku seraya meminta pengertian untuk secarik hatinya yang terluka dalam.

Ku mengesat sisa air mataku yang tumpah. Hantukan khabar itu menyesak sedikit rasa jiwa.Bukan kerna aku marah dengan kesalahan yang dia lakukan, tetapi kerna aku bersedih dan bersalah tidak menghulurkan kedua tanganku untuk menyelamatkan dia dari bencana dosa.  Sebagai sahabat, aku sentiasa mengharapkan kesudahan yang terbaik buatnya. Mus, walau apapun, tidak akan sesekali aku akan menghukummu dengan kesalahanmu. Sedangkan ALLAH itu sendiri Maha Pengampun dan Pengasih buat hamba-NYA , ini apatah lagi aku insan yang juga berkelumit dengan pelbagai dosa. Allah melihat insafmu Musfirah ! 

Insafmu lebih berharga. 

" Mus sayang... "

Ku peluk erat tubuhnya. Biar dia tahu aku sangat menyayanginya. 
Ku kesat air matanya. Biar dia tahu mutiaranya begitu berharga. 
Ku pohon ilham daripada Tuhan Yang Esa, moga dikurniakan lisan yang petah untuk menuturkan kalam yang terindah buat penenang jiwanya. 
Ku pohon sokongan daripada Anakanda yang masih subur dalam janinku, semaian benih daripada khalis, moga kedua mereka sentiasa menyalurkan sejambak kekuatan buatku. 

" Mus, Aku memohon maaf kepadamu. Tapi percayalah, qalbi hanya ingin menerangkan kepadamu apa yang sampai kepadaku dan aku terima dengan tanda usaha yang telah dilakukan. Percayalah sekali lagi bahawa ini semua kerna kasihku kepadamu musfirah. Tetapi, kasih sayang ini tidaklah sehebat Tuhanku Yang Maha Pemurah. Aku tidak mampu mengasihimu sepenuhnya kerana aku kagum dengan Tuhanku Yang Maha Mengasihi. Lantas aku cuba sedaya upaya untuk mengasihimu iaitu mengharap hidayah pada kita menjadi satu perjuangan satu matlamat sesama kita. 

Namun Musfirah.. Aku tersentak kerana Tuhanku Yang Maha Menguasai. Mus, Aku tertunduk malu pada Tuhanku Yang Maha suci . Tapi aku bangun kembali apabila teringat bahawa Allah Tuhan Yang Maha Sejahtera .Benar, Kita harus bersiap sedia dengan menenangkan jiwa bahawa Allah Tuhan Yang Maha melimpahkan keamanan. 
Ingat Mus, Kita harus bergerak walau terkadang rasa khuatir di hati untuk berdepan. Kita berdoa Mus! Kita berdoa, 


' Wahai Tuhan Yang Maha Pengawal, Peliharalah Iman kami kepadamu. Peliharalah Taqwa kepadamu..Ya Allah! '
Pasti ! Akan ada satu arus yang meresapi tubuh dan anggotamu. Kita bukakan mata dan melihat kekuasaan Tuhan Yang Maha berkuasa. Dan Ayuh kita hayati dengan pancaindera nikmat dari Tuhan Yang Maha Melengkapi segala kebesaran. 
Mus, aku sayang kepadamu dan Tuhan juga lebih menyayangimu. Lupakah dikau dengan firman Rabbi yang pernah kita lantunkan di dalam bulatan gembira kita suatu ketika dahulu? Rabbul jalil melafaz indah kepada kita : 

" Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan

 ( perbuatan buruk) yang mereka lakukan itu , sedang mereka mengetahui ( akan salahnya dan akibatnya ) . orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan Mereka, dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal. 

Ayat itu terpampang megah di dalam Mukjizat Rasulullah yang disajikan buat kita dalam surah ali imran , musfirah.. Pintu taubat sentiasa terbuka sayang.Tidak kira betapa besar dosa, janganlah berputus asa dari Rahmat Allah ye.  "

Ku tepuk-tepuk bahunya. 

Musfirah beransur tenang. Esakannya kian mendiam. Ku dongakkan lembut dagunya, ku tenung matanya. Hijabnya sudah dibuka..matanya membengkak tapi bagai ada terpaan sirna. Sinar harapan untuk meneruskan perjalanan yang tertangguh selama ini. Perhentian yang terlalu lama , akhirnya membuahkan dia sedar.

" Qalbi! engkau temanku dunia akhirat. Terima kasih atas puing-puing 'gagah' darimu buatku. Moga segala yang engkau lontarkan kepadaku terus membenih dan memekar dalam hati, jasad dan imanku. Moga tiada lagi yang akan membunuh sirna ini. Doakan aku ye qalbi. Lantaran aku, didunia ini hanya punya diri sendiri. Tidak Beribu dan Berbapa. Hanya punya atukku yang sudah tua. Engkau , masih ingin temani aku , qalbi? "


Ku gelengkan kepala.

Dan tersenyum. 
Musfirah masih tidak mengetahui bahawa salah seorang manusia yang sangat penting dalam hidupku adalah dia. 

" Mus, pernah tak dengar ayat ini . ' Kalau tak percaya, belahlah dada, pasti engkau tahu benarnya' . " 

Aku tergelak sekejap. 
Mus terkebil-kebil matanya.
" Engkau tahu sendiri mus, aku selama ini ingin sekali berada disisimu bersama bakal jundi yang bersemayan dalam kandungan ku ini. "

Mus terpana. 

" Qalbi, serius. aku tak tahu engkau ...... ! "

Ku tarik tangan mus, membiarkan tangannya singgah di atas perutku. Janinku bergerak.. 
Mus terdiam. 
Dia memelukku.. " Mabruk ! sahabatku. Engkau kurus sangat. Mus sendiri tak perasan. "
Tawa kami meletus.
"Tapi khalis..? Mana dia? "
" shhhh...." aku tudingkan telunjuk ke awan. walau saat itu tidak berbintang. Masih terang.
Musfirah masih tidak tahu 'kehilangan'  yang sedang ku genggam. 
Tidak mengapa, Ku toleh ke hadapan. 
Ahh..Tasik ini kembali menjadi saksi persahabatan.
Dan, 
Aku bisikkan..
"Bakal jundiku.. sahabat tersayang ibu dah kembali sayang. Dia sudah kembali .."



---------------------------------------------



Kala senja kian menyusur pergi berganti malam, seperti biasa ku pimpin tangan ibu ke surau . Hanya berdua.. Bayangan bulan tika ini lebih memancar indah. Namun yang pastinya lebih indah dengan kerlingan bintang gemintang yang mulai bersinar dan melabuhkan kerlipannya. 

Seketika , usai maghrib berjemaah.. tatkala baru ingin menyusuri perjalanan pulang . Sayup-sayup kedengaran esakan tangis kanak-kanak kecil di pondok berdekatan surau. Seorang gadis kecil  berbaju kurung biru laut memegang senashkah al-quran, tangisnya berterusan. 
Ku dekatinya, perlahan tanpa niat untuk mengejutnya dari tangisan. Di usap kepalanya, cuba merapati dan memeluknya. Subhanallah.. apakah resah yang menjengah jiwa si kecil ini? Namun, kenapa malam sebegini tanpa ibu dan ayahnya ?

Gadis kecil itu memandang tepat ke arah ku. Tangisannya langsung terhenti. Mata bolanya yang sayu menganggu saraf syahdu di hatiku. Mencari-cari sesuatu di luasnya ruang surau. Mimik wajahnya seakan menyatakan sesuatu, melihatku dan kembali melihat ke arah ruangan sudut di surau itu, si gadis kecil itu ternyata menemukan salah sesuatu. 
Langkahnya di hayun perlahan, di tolak tangan ku yang melingkari tubuhnya. Mengendap-ngendap, baju kurungnya juga berayun dengan ritma rentaknya. Aku dan ibu tertanya-tanya. 

Selangkah demi langkah. 
Dia terus berlari-lari ke arah sudut yang dimaksudkan. 
" Ayah...... !!! "
Gadis kecil itu melompat dan memeluk susuk tubuh lelaki yang sedang berbaring tidur di lantai surau itu. 
Mata lelaki itu celik, sang ayah melihat. Lantas dia memejamkan kembali. Dan tangis si kecil itu kembali menjengah gegendang telinga mereka. 
Dia menggoyang-goyangkan tubuh ayahnya sambil berteriak, 
" Ayuh pulang ayah..ayuh pulang. Bukan salah ayah yang buat mama tinggalkan kita. Bukan salah ayah.. Jangan tinggalkan sarah seorang diri di  rumah. Sarah takut. "
Esakannya langsung tidak dipedulikan. 
Sedikit demi sedikit keadaannya menjelaskan keraguan yang menganggu persoalan di benak. 


Ibu meminta ku memujuk gadis kecil itu. Ku angguk dan aturkan langkah tepat ke arahnya. 

"Adik, kenapa ni ? jangan nangis-nangis. Kakak dengan nenek ada. Apa yang terjadi dik? "
ku lihat sekilas lelaki yang dipanggil oleh gadis kecil itu 'ayah'. Kenapa tega dia membiarkan gadis kecil ini ? Apa yang terjadi pada keluarga mereka?
Kekotak ku penuh dengan tanda soal yang membunga. 

" Mama kakak..mama. Mama dah pergi jauh. Mama dah meninggalkan dunia kerana ditimpa kemalangan. Tapi ayah menyalahkan dirinya sebab ayah yang pandu kereta tersebut. Ayah rasa bersalah dan merasakan dia yang menyebabkan kematian mama. Ayah tak nak pulang rumah. Ayah dah lain ,kakak.. "

Air matanya membanjiri bahuku. 
Baru ku faham tangisan yang menyesakkan itu. 
Sekali lagi, mungkin Allah ingin menjadikan aku sang penyelesai buat kali kedua di dalam hidupku selepas ketiadaan khalis disisi ku. 

" Saudara, Maafkanlah saya . kasihanilah anak ini. Bawalah dia pulang.  "
Aku mulai memberanikan diri untuk bersuara. Moga-moga rijal tersebut mengendahkan permintaanku. Dia membalikkan tubuhnya ke belakang. Tidak mahu mendengar butir bicara ku.  
Senyap.
Tanpa disedari juga, gadis kecil itu  sudah terlena di pangkuanku. Mungkin lelah dan letih emosinya telah membuatkan  si kecil itu terlelap. Naluri keibuanku tersentuh, kekecewaan sedikit menjentik hati . Tidak patut seorang insan yang ditaklifkan pundaknya sebagai ayah membiarkan permata hatinya terbiar . Apatah lagi dia yang baru kehilangan salah satu tempat berpaut dan menyemai kasih dan manja . 
Kaedah apa yang perlu ku lakukan kali ini? Ibu menyentuh bahuku. 

" Qalbi, jom.. bawa anak kecil ini pulang bersama kita sementara. Ayahnya mungkin tak kemana. Berdiam di sudut surau ini. Kasihan anak kecil ini. Jom nak. Biar dia berehat di rumah kita. Esok menjelang, kita kembali ke surau ini ye. "

Aku mengangguk. 
Ku tinggalkan secebis Nota di sisi ayah gadis kecil itu. Agar tidak dia tercari-cari ke mana anaknya. 

" Biar ibu yang dukung anak ini. Qalbi tu dah sarat . Bahaya.. Ibu yang bawakan dia ye. "
Aku tersenyum. 
Risau sungguh ibu. Benar kata ibu, kudrat aku semakin hari semakin menipis. Kandungan yang kian sarat, harus ku hati-hati. 

" Baiklah, Jom ibu. Kita pulang .."
Ku bimbit beg yang berisi telekung, dan ibu mendukung gadis polos itu. Ku kerling sejenak lelaki tersebut. Masih tidak mengendahkan pemergian anaknya dan kami. 
Tidak mengapalah.. 
Mungkin , esok pasti ada sirna buat gadis kecil ini. 
Aku tersenyum pahit. 

Esok... Hadirkanlah mentari yang gagah buat si kecil yang lemah. 
Allahurabbi.
ENGKAU yang paling pantas mengetahui segalanya. 



(  Bersambung )


Atin Jieha- Pemilik Taman SKH









☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Jumaat, Oktober 12, 2012

:: Cerpen - Terukir Di Bintang :: Episod ( 1 )

Views


Pada Bintang, Kau Berdiam
Semakin hari ,semakin bersinar
Bersama bulan , Kau bergandingan
Menyinar indah serata alam.


Angin malam yang berhembus lembut, Nyanyian unggas yang menemani kesepian malam.. Sedikit demi sedikit meleraikan jiwa yang kabut. 
Lantas di kuakkan jendela seluasnya, mengintai langit di malam yang gelita. Di renung kedua-dua penghias langit yang sentiasa mengindahkan malam. 
Bulan dan bintang, tiada garis pemisah. Seiring bersama, seia dan sekata. Tugasnya menyerikan wajah malam di kanvas langit.
" Bintang itu...." Bibirnya mengumam perlahan.

" Qalbi.. Apa yang di tengok kat luar  tu? kenapa buka tingkap malam-malam ni? Kesian bayi dalam perut tu.  " Suara ibu yang tiba-tiba memecah kesunyian dan menyentuh lembut bahu telah mengejutkan lamunannya. 
" Ohh Ibu..Tak adalah. Qalbi tengok langit je ibu. Qalbi bosan..Lagipun dah lama qalbi tak jenguk bintang kat atas langit itu. " Aku tertunduk sebentar. Terasa sebak seketika.

Sekilas wajah ibu bagai didatangi mendung, seakan bakal mencurah hujan ribut yang lebat. 
Aku bersalah. 
Aku tahu ibu juga sedang menelan peritnya. 
Aku tersenyum walau tawar dan pahit terasa di lubuk hati. Di peluk bahu ibu, di usap kedua pipinya. 
" Ibu..ibu ingat tak waktu qalbi kecil-kecil dahulu apa yang pernah qalbi beritahu ibu ? "
"Pasal bintang ? " Ibu menerbitkan jawapan . Aku mengangguk. 
" Sekarang dah bertambah dua lagi bintang milik kita berdua kan ibu. Untuk abang mujahid, ayah dan abang khalis.. Tiga kesemuanya. " 
Aku memeluk erat ibu. Bimbang ada mutiara yang tertumpah. Jangan~

---------------------------------------------

" Ibu ! Ibu ! "
Qalbi kelam kabut berpusu lari,
Tudung yang sedikit senget, berpakaian Kurung hijau PASTI , meluru masuk ke rumah tanpa sempat memberi salam. Si cilik itu, asal balik mesti ada sesuatu yang hendak dikongsi tanpa sempat-sempat membuang pakaian sekolahnya. 

Ibu menggelengkan kepala. Telatah satu-satu anak gadisnya terkadang membuatnya pening kepala, terkadang juga membuatnya tertawa.

" Qalbi.. Kan ibu dah pesan, sebelum apa-apa kena bagi.... "
" Bagi salam ibu! assalamualaikum ibu qalbi yang cantik..!  sambil tersengih menampakkan sebaris gigi putih bersih. Segera menarik tangan dan menyalami ibunya.Ibunya tergelak kecil, ada-ada sahaja si cilik ini . 


" Anak ibu ni, lari-lari masuk rumah, tak sempat bagi salam ni kenapa? macam kena kejar hantu je tau," kasihnya ibu mengusap ubun-ubun qalbi dan seraya mencubit lembut pipinya. cerita apakah kali ini yang bakal berkumandang dari mulut becok anaknya. 

" Ibu! qalbi dah tahu jawapan di mana abang mujahid selama ni. " tersengih lagi ibu, kali ini lebih melebar. 
Ibunya  tersentak.
Terkebil-kebil matanya memandang qalbi. 

" Beritahu ibu sayang.. apa yang qalbi tahu di mana abang mujahid? " ibu  cuba membalikkan tubuhnya. Tidak kuat untuk menghadap qalbi sambil sengaja cuba menyibukkan diri membasuh pinggan mangkuk di sinki. Kehilangan seorang anak yang ditatang minyak penuh bagai menjerut hatinya selama ini,.

" Ibu , tadi waktu kelas qalbi tanya ustazah. kat mana abang qalbi sebab ibu tak pernah beritahu qalbi ke mana abang mujahid pergi hari tu selepas orang ramai balut-balut abang bawa pergi mana entah. Jadi qalbi nak tahu sangat, itu yang qalbi tanya ustazah . Ibu tahu apa ustazah cakap kat qalbi ? " Ibunya kelu, memalingkan kembali wajahnya ke arah qalbi..meletakkan pinggan mangkuk yang dibasuhnya tadi. Budak ini, alahai~ bersinar-sinar mata jernih qalbi 

" Apa yang ustazah cakap kat anak ibu ni? kongsi dengan ibu . " Entah kenapa ada cahaya kegembiraan yang terserlah pada wajah anaknya. 

Sambil berpusing-pusing bagai puteri kecil yang comel, qalbi kemudiannya memeluk erat  ibunya sambil berbisik, 
" Ustazah cakap, abang dah jadi bintang. salah satu bintang kat langit TUHAN. ustazah kata lagi, kalau qalbi rajin solat dan baca quran untuk abang , bintang abang akan bersinar-sinar. Nanti bila bersinar terang, baru qalbi boleh nampak mana satu abang . Waktu tu mesti abang tengok qalbi balik sebab qalbi dah jadi adik abang yang solehah dan comel. qalbi nak jadi rajin, qalbi tak nak jadi nakal-nakal lagi. "

Gugur sedikit demi sedikit mutiara jernih ibu. Kanak-kanak ini..terlalu polos dan suci. Tidak menyangka jawapan itu yang bakal timbul di bibir mungil si kecil itu. Tidak mampu berkata sepatah kalimah pun, Ibu hanya mampu memeluk kembali qalbi. 

" Ibu, kenapa Ibu nangis? qalbi ada silap cakap apa-apa ke? " qalbi gugup. Kenapa ibunya menangis? Silapkah dia terbitkan soal abangnya. 

" Ibu, maafkan qalbi.. " Dia turut sebak.
Ibu menggeleng-gelengkan kepala, ibu apakah dia membuatkan anaknya sendiri risaukan perihal dirinya.
" Tak sayang, Ibu cuma rindukan abang mujahid bila qalbi sebut pasal dia. Ibu nangis sebab gembira anak ibu dah pandai dan nak jadi solehah. " 
Qalbi mengesat air mata ibunya, sambil menganggukkan kepala. 

" Ibu, kalau Ibu rindukan abang, nanti kita baca quran untuk abang nak tak? ibu ajar qalbi ye. nanti kalau kita berdua baca quran banyak-banyak untuk abang, mesti bintang abang lagi bersinar kan ibu.. abang mesti tahu ibu dan qalbi rindukan abang.  "

Ibu senyum. 
Anak gadisnya pula cuba menenangkan hatinya. Tidak sia-sia benih yang dia kandung selama ini akhirnya menjadi insan yang begitu suci. 
" Baik qalbi, Jom kita lumba. Kalau sehari siapa tak baca quran, dia kalah. Jadi, kalau siapa kalah, abang tak kan jenguk orang yang kalah tau. "

Ibu mencuit lengan kecil anaknya, kedua mata mereka bersinar galak sambil berpandangan. Mengganguk keduanya.. 

Secekal Ummu sulaim..

*Bintang...... Di sana kau berdiam, terukir megah dan bersinar.

--------------------------

Qalbi menyentuh kandungannya. Janin yang terisi benih cinta antara dia dan Khalis makin membesar . Genap 6 bulan benihnya ..Dan 6 bulan itulah dia telah kehilangan Khalis. Sang arjuna , pahlawan yang telah menawan satu-satu hatinya. Syahid di medan perang Palestin saat mengerah keringat menyelamatkan mangsa-mangsa yang tidak berdosa, Kem perubatan di bom dengan kejam oleh Rejim Zionis itu.
 Qalbi tidak pernah menyesal..kerna khalis, benihnya pasti akan mewarisi semangat mujahid suaminya. Kerna itu, dia seakan merasa khalis sentiasa hidup di dalam dirinya.  Dan dia tahu khalis sentiasa memerhatikan dia dari atas sana. Terukir di bintang nan terang.


" Andai bukan dunia tempat untuk bertemu
Biar di syurga nanti kita menyeru "


Sering sahaja dua baris ayat tersebut bermukim di bibir khalis sebelum dia meninggalkannya lebih jauh . Mungkin khalis sudah sedia tahu dia bakal pergi, pasti ke syurga. Dan benih ini, Allah anugerahkan untuknya bagi menemani hari-hari yang bakal mencabar nanti.
 Janinnya bergerak-gerak, mungkin mendengar isi hatinya yang tercuit lara, bagai memujuk..benih yang paling dekat di hati,sebati dengan diri. Manakan tidak merasa apa yang terkandung di sanubari. 

Saidatina Maryam.
Nama Serikandi itu meniti indah di bibirnya. Resapan dinding kekuatan yang kukuh menjalar di setiap pembuluh jasadnya. Sedangkan saidatina maryam mampu membesarkan Nabi Isa dengan sendirinya , walau saat itu dicemuh, dihina dan dianggap penzina. Namun kerna amanah daripada Rabbi, beliau tegar berdiri melahirkan dan mengasuh Nabi Isa tanpa seorang suami disisinya. Dia tidak bersuami, namun Allah telah anugerahkan kurniaan yang paling besar kepada dirinya. Ibu kepada seorang Nabi . Subhanallah. 
Saat maryam mempersoalkan , Tuhan menjawabnya dengan tenang. 


“......Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ 
Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”

Sudah~
Maka, kudrat mana yang menghalang aku untuk membesarkan benih yang aku cinta ,anugerah tulus daripada-NYA? Tiada yang Berhak kecuali DIA.

Khalis, Benih cinta kita bakal jadi pewaris perjuangan kita. Moga benih inilah yang mempertemukan antara kita di syurga sana. Nantikan ku di batas waktu ,khalis. 

--------------------------

" Qalbi, Musfirah ingin sekali bertemu denganmu. Masihkah kau punya waktu? "
Satu pesanan ringkas menjengah telefon bimbit. Kala dinihari memancarkan sinarnya, saat baru ku kuakkan jendela, meninjau fajar yang masih segan silu mempamerkan wajah gagahnya.
Musfirah hadir kembali menuai kisah yang tidak akan pernah mati dalam hidupnya. 

Musfirah. 
Sahabat yang sudah lama berdiam diri. 
Sayu,  kehilangan sahabat yang pernah menjadi pembelah jiwa, membuang dirinya kerna hasad yang tidak padam padanya, kerna seorang arjuna, retak sebuah persahabatan.
Ya Allah..Bukan ku pinta semua ini berlaku. 

Lantas, dengan lincah jari jemari membalas kembali khabar musfirah . Mana tahu yang keruh mampu dijernihkan kembali. 

" Musfirah, di restoran anjung sri tepi tasik jam 5 petang hari ini . "
Sebaris ayat sahaja dia pertaruhkan. Tapi sarat dengan siratan hijab yang perlu dia langsaikan. 

 --------------------------------

Masih pemilik mata hazel yang sama. 
Mata yang penuh dengan kesayuan dari dahulu dan kini. Dia tetap miliki kesepian yang sama. Hijab yang masih menutupi sebahagian wajahnya, jubah yang tersalut indah tetap menjadi pilihan busana hariannya. Namun, kenapa musfirah tampak tidak sebahagia dahulu. 
Musfirah, Masihkan engkau derita? adakah pulau yang engkau huni masih karam dan bahteramu terumbang ambing tanpa matlamatnya? Atau adakah saat ini aku berpeluang untuk meminjamkan sampan kecil yang aku miliki selama ini untuk engkau mengayuh ke pulau baru yang lebih indah ? Walau sampanku hanya punya dasar yang relatif datar dengan ukuran sekitar 5 meter, mungkin ia mampu menampung musfirah untuk berkayak ke perlabuhan idamannya. Biar tidak sekukuh kapal yang lebih kuat binaannya.. Siapa sangka sampan itulah yang sentiasa membawa aku ke perlabuhan seterusnya. Dan kali ini, harus ku berikan kepada musfirah. 

" Qalbi...."
Tangan ku digenggam, bagai tidak mahu dilepas walau seketika cuma. 
Genangan air matanya mengusik dan meruntun kalbuku. Jangan mus, jangan engkau menangis di hadapan ku. Hati ini tidak tertanggung menahan sebak. 

"Qalbi..Aku manusia berdosa ~" 
Aku memanggungkan kepala. Dosa apa yang dia maksudkan. Semua manusia tidak terlepas dari melakukakan dosa. Termasuk juga aku. 
" Aku manusia berdosa."
"Sangat berdosa qalbi..."
Diulang-ulang ayat yang sama. Aku kaget tanpa suara. Buntu . 
" Aku manusia yang berdosa .. "
Mujur hijabnya berwarna hitam gelap, mutiara-mutiara jernihnya tidak memberi kesan pada curahan yang membanjir itu. 

" Qalbi..ingat tak dulu, qalbi selalu melantunkan pemanis persahabatan kita , ' Ukhuwah kita moga ke jannah..' Bagaimana mus mampu masuk ke syurga andai tangan kanan dan kiri mus penuh dengan dosa yang menggunung? Hati mus dihempap dengan dosa yang tidak pernah hilang, jiwa mus hitam gelap. Tidak sepertimu qalbi yang putih suci hatimu. "

Aku masih kelu. Bukan kerna tidak mampu bersuara , tapi membiarkan musfirah meluahkan segala. Moga jiwanya terasa ringan selepas menuai resah kepadaku. Agar tanggungan di dalam hatinya akan beransur pergi sejauhnya. 
Aku membalas genggamannya. Aku sadurkan sepenuh kasih sayangku selama ini kepadanya. Kali ini lebih berganda kasih dan kecintaan ku melalui saluran gabungan  benih yang ku kandung selama ini. 

" Mus, Allah kasih kepada hamba-NYA yang mengaku berdosa dan bertaubat sepenuh hatinya. Allah itu Maha Pengampun kan sayang.. "

Aku pandang tepat ke mata beningnya. 
Biar jatuh ke hati apa yang hati ku ingin sampaikan kepadanya.

Genggamannya kendur.
" Tidak! Dosa aku dosa yang hina. Tidak layak seperti aku diampunkan-NYa. Aku berdosa qalbi.."

Fresh oren yang dihirup tidak mampu menyejukkan hati yang sedikit hangat atas tegangnya suasana. Lantas, aku menarik mus ke arah tasik yang pernah menjadi saksi kepada persahabatan kami. 

" Luahkanlah kepada ku mus. Ringankan hatimu yang penuh derita itu. Jangan biarkan hijabmu terus mencuriga pada pemiliknya "
Ku usap bahunya. 
Curahlah musfirah..Aku ingin menjadi air yang menyejukkan hatimu atau aku ingin menjadi api yang menghangat untuk mencairkan kebekuan yang menyakitimu itu.

" Aku.. pernah terlanjur. Dan benih yang ku kandung telah ku bunuh dan ku buang tanpa perikemanusiaan. Aku berdosa ! Aku berdosa .."

Tangkai jantungku bagai gugur seketika. Tersentap dengan perkhabaran yang di terima.
Benarlah , yang menhijab manusia adalah iman dan islam dalam jiwa. Bukan busana yang anggun , labuh dan tertutup itu yang menjadi pengadilan kepada manusia di akhirat sana. 
Nafsu, Jika tidak dilatih patuh kepada kita, akhirnya pasti memakan diri dan membuatkan kita turut binasa. Subhanallah. 



( Bersambung )



-Atin Jieha ,Pemilik SKH-


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Selasa, Julai 17, 2012

Cerpen ::Engkau, Najihah ::

Views
"Sejak Bila ya kita boleh rapat?" 
Soal Najihah .
Sufi Terkebil-kebil. Dia mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Bila? " Sufi menyoal balik. Dia pula yang kembali menembak soalan tersebut pada Najihah. 

Tawa Meletus. 
Keduanya tertawa. Kelakar dengan lagak masing-masing. Faham dah kerenah masing-masing walau serasanya baru setahun berteman. 
Menoktahkan soalan dengan bila, entah bila. 
Sufi pun mencelah, " Biarlah bila-bila pun, janji ukhuwah kita sampai nun ke syurga. "
Najihah Menggengam Erat tangan sahabatnya sufi. 
Hatinya mengiyakan. 
Tersenyum semanisnya dan melentokkan kepala di atas bahu sahabatnya.
Terasa disayangi.

--------------------------------------------------------------

Campakkan mimpi pada bintang
Biar di sana ia bersinar
Walau sesekali disembunyikan awan
Tapi nyata ia tetap kekal


Rindu semakin memercik..Walau baru sahaja berpisah dengan sufi. Tetapi terasa seakan lama ditinggalkan. Baliknya membawa agenda perjuangan dan itulah petanda yang perpisahan ini kemungkinan sukar sekali untuk bertemu di masa hadapan. Baliknya  pulang dan tidak akan datang. ya, sufi sudah 4 tahun merantau ke timur tengah, belajar dan akhirnya dipertemukan sufi selama setahun. Walau najihah datang sedikit lambat darinya, usia mereka adalah sama. Mungkin sebab persamaan tersebut menyebabkan mereka mudah untuk menyemai cinta. Persahabatan yang dibina atas dasar kasih mesra kerna Rabb-Nya. Itu yang lebih berharga.

Hatinya seakan tersiat, kepada siapa lagi dia mahu meluah sesak? Sepucuk surat digenggaman tangannya. Nota terakhir dari Sufi untuknya. 
Perlahan-lahan dia membuka, merenung isi yang termaktub di dalamnya. Matanya dibanjiri mutiara-mutiara jernih. 
Sahabat yang dia sayang. 
Kini Hilang dari pandangan.

Assalamualaikum Najihah sahabat ku tersayang,

Jiha… (sedihkan saat ini)
“Dua org pemuda yang akan mendapat lindungan di Mashyar nanti adalah mereka yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.”


Maaf, sufi tulis dalam keadaan yang sangat pack waktu ni. Tidak sempat nak tulis surat buat jiha dalam keadaan sempurna & tenang. First sekali sufi nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada jiha. Untuk segala-galanya dari mula kita kenal sampailah ke harini. Dan terima kasih yang teramat sangat atas ukhuwah yang terjalin ni. Terima kasih sudi berkawan dengan sufi, dengar luahan sufi, jadi pendengar terbaik sufi, bagi tasji', nasihat dan banyak sangat jiha ajar kepada sufi, terutama tentang sebuah kehidupan. Thanks dear !

Sampul yang sufi bagi itu, Sufi tak tahu nak tolong jiha bagaimana. Setakat tu je sufi mampu tolong. Itu dari sufi.. Dah lama sufi nak bagi. Sejak awal bulan lepas lagi. Tapi selalu tiada kesempatan kita nak berjumpa kan. Sufi minta tolong jiha selesaikan apa yang patut. segala urusan yang tertunda dan yang masih tidak selesai. Sufi tahu memang tidak cukup, tapi itu sahaja ada yang sufi boleh bantu.

Jiha, doakan sufi juga murah rezeki, supaya sufi boleh bantu jiha dan tolong adik beradik lain.  Sebuah persahabatan tidak mampu nak bayar dengan apa sekalipun biarpun segunung emas. sufi tidak beli ukhuwah kita dengan material. Tidak~ Sufi mahu membeli dengan kasih sayang kerana Allah. Satu je sufi pinta , moga ia kekal sampai syurga. Jiha janji ye !


Dan satu perkara jiha kena ingat, diri jiha adalah diri sufi, sakit jiha adalah sakit sufi, segalanya berkaitan dengan jiha, ada kaitan dengan sufi. Sebab sufi dah beri sebahagian diri sufi untuk Jiha. Najihah, Sufi harap jiha faham. sekiranya Sufi dah sayang kepada seseorang itu, memang sufi akan sayang dengan bersungguh-sungguh. Dan sufi tidak segan mengatakan, sufi dilamun cinta. Cinta kan jiha, Cinta kerana Nya ! sufi sayangkan jiha lebih dari diri sufi sendiri. Org lain mungkin tidak faham, kenapa perlu begini.. tapi Allah tahu kenapa.


Sufi sedih hendak tinggalkan jiha, bagai meninggalkn kekasih hati. Ya,memang pun jiha bagaikan kekasih hati sufi, buah hati sufi dalam melayari ukhuwah ini. Tapi, sejak kebelakangan ini sufi terasa bagai mentari yang gagah. Menerima sahaja apa yg bakal berlaku. Dan redha atas apa yang Allah aturkan. Kerna apa..? sebab sufi tahu, ukhuwah ini tiada penghujung sampai kita dipertemukan kelak di Syurga nanti. Jadi, sufi tidak gusar seandainya jiha pergi jauh dari sufi, Penamatnya nanti kita akan bersama ke syurga. Seperti yang termaktub dalam hadis qudsi yang Allah sebut kan tadi..

Hidup ini tidak lama dah kan. Entah esok lusa kita pasti akan pergi. Tapi sufi selalu rasa yang sufi yang akan pergi DAHULU tinggalkan jiha. Tinggalkan semua. Rasa dalam hati itu sangat kuat. Tapi berangan nak  mati, amal pun tak cukup lagi kan ~. Jiha, saat sufi tiada nanti, pergi selamanya, Jiha ingat janji-janji kita ye. Sampai syurga, Ukhuwah sampai ke syurga. Itu sahaja yang sufi mahu. Hendak sampai syurga, maka amalan kita pun mesti ada rupa amalan ahli syurga kan ! insha Allah .. mudah-mudahan Allah pilih kita untuk kesana !


Akhir Sekali, pahatkan segala kenangan kita bersama. Simpan dalam hati. Simpan dalam-dalam. Saat teringtkan sufi, banyakkan ingatkan Allah. Moga-moga sampailah rindu jiha itu buat sufi.

Fi amanillah. Jaga diri baik-baik.

I’ll miss you. And you’re my hardest goodbye~



Sayu..

Warkah ini makin membuatnya rindu. saat ini dia ingin bercanda duka? 

" Ohh.. TUHAN itu ada . Jangan pernah lupa~"
 Menampar lembut pipinya, membisik pada hati. Kembali kepada fitrah,mengingatkan apa yang khilaf .
" Najihah, teruskan perjalanan yang terakhir untuk medan ini. " Berkobar-kobar untaian semangat diGahkan dalam hati. Kepada Allah, dia memohon untuk memelihara sahabatnya itu. Sufi yang 'Syahidah', moga kekuatannya menjadi penyeru tunggak untuknya melayar bahtera ke pulau 'imtiyaz'. 
Disimpan warkah berbau cinta itu kedalam kekotak yang menyimpan pelbagai nota-nota daripada sesiapa yang mengalurkan kalimat-kalimat jihad cinta. Biar terus merona rindu dan bermukim sehingga ke syurga. 

*
" 24 November 2011 ! Ingat sampai mati.." Lagak bagai seorang pengetua yang memberi arahan, sufi mencekak pinggang dan berdiri seinci di hadapan najihah. 

" Tarikh apa tu sufi? " Najihah bingung dan membetulkan duduk cermin matanya.

Cubitan Halus menyinggah.

" Ouchhh.. betullah jiha tak faham. Tarikh apa tu sufi? sufi nak walimah ke? " Tersengih bagai kerang busuk jiha membuat loyar buruk. 

ermm, ehh ..boleh jadi ke macam itu, sufi nak walimah ke?
Monolog jiha sendirian.Sendiri yang cipta, sendiri yang tertanya. 
" Tarikh kita mula bersahabatlah! " Sufi mencebik. Geram dengan  sifat najihah. 
"Oooo....oke2, jiha simpan dalam hati. " Jiha tertawa. Sufi pun turut sama. Alahai sahabatnya ini, nakal .
Bahagia~

Tersenyum, bibit-bibit canda sebelum sufi berangkat ke malaysia.

------------------------------

Jiwa kusut masai.

Menutup terus muka buku yang selalu menjadi tatapan hariannya. 

" Wedding's Invitation "

 Buatkan hati yang beku kembali menjadi suam. Lara lagi..
Rambut yang ikal mayang, dibiarkan mengerbang. Rasa tidak ketahuan menerjang fikirannya yang waras. malas berfikir dengan apa yang dibaca tadi, najihah menekup wajahnya ke arah bantal. Di pasang lagu sederas alam, seiring melayan jiwanya yang sedang kacau. 
Geram! 
" Sampai hati dia tak beritahu aku! " Gumam jiha. Hatinya tercalar, terbakar.

Adnin mengeleng-gelengkan kepala. Housemate najihah yang menggantikan kak bienda  di rumah jiha setelah pulang ke malaysia selepas kakak tersebut menamatkan ijazahnya. 

Perlahan-lahan dia menolak daun pintu bilik jiha. Mematikan lagu yang membingitkan itu.Terasa ringan langkahnya kali ini menuju ke arah sahabatnya. Di tepuk-tepuk belakang najihah. Sambil bibirnya tidak berhenti melafazkan zikir penghilang dukacita. 

Semakin diulang-ulang zikir tersebut,telinganya menangkap esakan tangis jiha di balik bantalnya.
"Musibah apakah yang menimpa? " 
monolog adnin sendirian. Dia tidak akan menyoal jiha tentang apa yang menimpa, sehingga jiha sendiri sudi untuk berkongsi bersamanya. Sekadar berada disisi, meniupkan doa-doa 'Kekuatan' , itu lebih memadai untuk sementara. Kemana tempat letaknya pergantungan yang lebih agung kalau bukan pada Allah kan. Dan Akhirnya , jiha terlelap sendiri. Adnin menyelimutkannya, lantas keluar mencari naqibahnya. Moga ada titik jawapan untuk membantu jiha walau dia tidak punya kudrat mahupun mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada najihah, temannya itu. 

----------------------------------

" Puaslah hati Kau tipu aku selama ini? Kau kata kau balik sebab nak berdakwah. Nak selesaikan urusan dan agenda apatah lagi. sekarang ni tetiba aku dapat tahu kau nak kahwin? kau kata kau tak kan tinggalkan aku. Kau tak akan menduakan aku. kau kata kau sayangkan aku! " 

*Sent
Jiha menghantar mesej bertubi-tubi di inbox muka buka ( Facebook ) Sufi . 


Bagai syaitan yang merasuk. Entah kenapa dia terasa cemburu 'gila' bila tahu sufi akan berkahwin. Tidak mampu menerima kenyataan sahabat yang dia sayang itu akan 'dicuri' orang. 

"Salah ke dia sangat menyayangi sufi ? perlu ke sufi nak kahwin? Dia sendiri boleh menjaga sufi seumur hidup nanti. Janji sufi sentiasa hidup bersama dengannya. Dia mahukan sufi hanya untuknya. 

-------------------------------------------------------

" Jiha, apa khabar? "
Sapa kak lina sambil melontarkan senyuman yang sangat manis di 'Cafeteria' kampusnya dengan membawa bungkusan nasi berlauk dan dua tin jus buah-buahan. 
Tersentak jiha dari lamunan. Jauh pula menungnya. 
" Err..kha..khabar baik kak lina. " Tergagap-gagap jiha menjawab. Malu menebal menyerbu wajahnya. Mesti kak lina perhati lama dia termenung jauh. 
" Maaf akak, jiha tak perasan kak lina datang. " Jiha menunduk kepalanya sedikit tanda memohon maaf. 
" Ehh, tak apa lah jiha. kak lina pun minta maaf sebab ganggu jiha. Jauh menung tu..teringat buah hati ye jiha? Boleh tak kak lina tumpang duduk semeja dengan jiha ni? "
Jiha mengangguk tersipu malu.

"Jom makan, kak lina bawa lebih ni." Sambil menyuakan bungkusan nasi pada jiha,kak lina membaca doa makan. 
" Terima kasih akak, jiha dah kenyang sangat-sangat. Jiha pun dah makan. " Jiha menolak. 

Kak lina, setahu jiha..Selalu sahaja bertandang ke rumahnya bertemu dengan adnin. Tapi sepanjang ziarah kak lina, jarang dia ada peluang untuk bersapa dan berbual panjang dengan kak lina. Naqibah adnin tidak silap rasanya.  

" Kak lina tahu jiha tak makan lagi. Muka jiha pun dah 'describe' yang jiha tengah lapar . seposen je muka."  Usik kak lina . Jiha tergelak kecil. Pandai pula kak lina serkap jarang dan bergurau. 
Akhirnya ,mengangguk juga jiha untuk terima pelawaan kak lina.

"Ada cahaya sendu di matanya." bisik hati lina.

---------------------------------------
Saat mentari mulai menampakkan sinarnya, memberikan kehangatan di pagi hari. Burung-burung berkicau riang disepanjang pepohonan tin. Tidak lama kemudian, bagai disembunyikan awan, menteri menghilang. Mendung mulai muncul dan menghitam di langit biru.
Rerintikan hujan pula datang membasahi bumi sahrawi itu. 
Lina gelisah. Yang lain-lain juga terasa kelam kabut dibuatnya. 
Berjalan kaki ke kampus yang mengambil masa lebih dari setengah jam, gusar sekiranya busana mereka basah kuyup. 


Tapi ada sepasang mata yang bersinar.
"Hujan! " Sorak Jiha. Bertepuk tangan. Bagai anak kecil mendapat apa yang dihajati. Wajahnya menjelaskan betapa dia sangat meraikan hujan kurniaan Tuhan. 

Kak lina menggeleng-gelengkan kepalanya.
 Tertawa kecil. 
Bagaikan tidak mengerti sikap jiha sebenarnya. Terkadang najihah bagai manusia yang sangat pendiam, terkadang bagai kanak-kanak kecil yang girang..Namun terkadang pula persis manusia yang penuh rahsia dan dendam. Sorotan matanya dibalik cermin mata punya sesuatu.
"Macam pakai topeng pulak budak ni.." Cetus lina. Yang lain turut tertawa. Selepas peristiwa makan bersama di cafeteria hari itu, lina semakin rapat dengan jiha. Dan kerna itulah, lina terasa ingin mengetahui lebih tentang jiha. 

"Jiha!" Separuh jerit lina memanggil jiha yang sedang menari-nari di dalam hujan. 
" Ye kak lina! Kenapa? " sambil melambai-lambai tangan dan kemudian menadah hujan yang mencurah.
" Kenapa suka sangat hujan? " Lina membalas.
" Sebab sufi suka dan jiha pun suka! "  tiba-tiba najihah terdiam. Gumamnya lagi sendirian, 
"Sebab sufi sentiasa suka apa yang jiha suka...... " perlahan bagai berbisik jiha mengungkapnya. 

Lina melihat keruh di wajah jiha. Tidak seceria tadi. Dan dia segera meneruskan perjalanan ke kampus. Kali ini dengan berlari-lari kecil. 

----------------------------------------------------------------

"Adnin, lama mana adnin kenal jiha? " Soal kak lina seusai berhalaqah di taman kampus mereka. 

"Tak lah lama mana. Dalam beberapa bulan ni sejak adnin pindah ke rumah jiha.Tapi, adnin pun masih belum dapat mengenali jiha dengan sebenarnya. Lagipun jiha ni perahsia dan pendiam orangnya. Di rumah pun, sekadar berbasa basi, makan sekali , solat jemaah sekali. Lepas tu mesti dia terus masuk bilik dan menyendiri. "  Terang adnin.

"Kak lina teringin nak tahu pasal jiha. setakat yang kak lina kenal dia, kak lina tahu dia ada masalah. Cuma dia tidak pernah cuba meluah. Dia tak ada kawan rapat ke? " 
Sambil mengemas kertas silibus usrahnya, kak lina meneruskan pertanyaannya. 

"Ada dulu. kak lina kenal sufi? senior yang  pulang ke malaysia tu. Muda dari kak lina dan sebaya adnin juga. Dialah satu-satunya yang adnin tahu kawan yang sangat rapat dengan jiha."

Lina cuba mengingat kembali. Masakan tidak, di sini sahaja student malaysia terlalu ramai dan masih ada lagi yang belum dikenali. 

"Ermm.. Sufi Nadhira? " Lina cuba menembak. Sufi yang ini sahaja setakat ini yang dia kenal.

"Ya, sufi nadhira lah orangnya." Adnin mengiyakan. 
" Oooo.. sufi tu salah seorang naqibah usrah sebelum ini. kak lina kenal je dia. Mantap orangnya. "

Adnin senyap.
" Kenapa Ad? " Lina melihat adik usrahnya. 
" Sebenarnya adnin tahu je masalah jiha.. " suram terbit dari wajah adnin. 

" Ceritalah  Adnin. Moga kak lina dapat membantu jiha. "  Adnin mengangguk.

----------------------------------------------------

Hampir menitis air matanya. Tidak menyangka sebegitu hebat ujian yang telah menimpa jiha selama ini. Dari kecil hingga kini, betapa  dia telah menyembunyikan bebanan berat dalam hidupnya. Masakan tidak dia jadi begitu.. Rupanya kepahitan yang dia telan telah meracun dirinya. 

Jiha, Dahulunya pernah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan jiha tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri dari teman sekelilingnya di sini. Jiha sering kali bercakap sendirian dan perlakuannya itu telah disedari oleh sufi satu-satunya sahabat yang sering mengambil berat tentang perihal jiha walau jiha tidak mempedulikannya.  Semuanya berpunca dari konflik keluarga yang tercetus dari kecil. Dibuang oleh keluarga, dipukul dan diherdik tanpa rasa belas kasihan. Dibiarkan keseorangan , mengutip sisa makanan dijalanan untuk hidup. Usia yang kecil, kezaliman itu dia rasai. Panas hujan, dia tetap jalan dan terus berjalan untuk mencari sirna. Mujur suatu hari itu, dia dipertemukan dengan sebuah keluarga yang mengutipnya dijalanan. Dan menghantarnya ke rumah anak yatim,kerna keputusan pelajarannya cemerlang semasa fatrahnya belajar, ada insan yang sudi membiayai kos pelajarannya dan seterusnya menghantar dia ke sini setelah tamat pengajian di sekolah menengah. Walau dia telah punyai orang-orang yang mengasihinya, namun kenangan silam yang dia tempuh tidak mampu dibuang jauh.Tetap menghantuinya sepanjang masa. Bayangkan dia telah dicabul oleh ayah kandungnya sendiri dan ibunya sering melepaskan tekanan dengan memukul jiha tidak henti-henti. Bagaimana sekelip mata kenangan kelam boleh melepaskannya pergi sebegitu sahaja?

---------------------------------

" Jiha! " Kak lina menerpa dan memeluknya. Jiha hairan. Kenapa dengan kak lina hari ini. 
"Akak.....~ " semakin lama tenggelam dalam pelukan kak lina, semakin rasa sayu menyayat hatinya. Sudah lama dia tidak merasa pelukan sebegini. Pelukan yang punya aroma kasih dan sayang sejak sufi pulang. 

" kenapa jiha tak pernah nak berkongsi dengan kak lina?! " sendu kak lina sambil menyoal jiha. 
" kongsi? kongsi apa kak lina? " Jiha terkebil-kebil. Tapi dia tahu, kak lina sudah tahu rahsia sengsaranya. Aiahhh..bukan ini yang dipinta. Dia tidak perlukan belas kasihan.

"Jiha, kak lina sayangkan jiha persis adik kak lina sendiri. Jangan simpan sorang-sorang. Nanti ia makin membarah. Apa erti ukhuwah yang disajikan buat kita andai bukan untuk melengkapi dan membantu antara satu sama lain? kak lina ada untuk jiha walau kak lina tidak dapat meleraikan bebanan jiha selama ini. " 

Semakin erat pelukan kak lina terhadapnya. Semakin bertakung  mutiara jernih miliknya.
" Akak.. kak lina buat macam ni... jiha teringatkan sufi. " 

Dan empangannya pecah, air mata berjuraian deras melangit. Lama dia menahan sesak.
" Semua orang yang jiha sayang, pasti akan tinggalkan jiha. Sufi dah tinggalkan jiha, dan jiha tak nak kak lina masuk dalam hidup jiha juga. Sebab jiha tak nak kak lina akan tinggalkan jiha seperti apa yang sufi buat kepada jiha. " 

Lina tersentuh, sampai macam itu sekali tanggapannya. 

" Kenapa jiha kata sufi tinggalkan jiha? " 
" Kak lina, saat jiha rasa kelam, tiada lagi cahaya mentari yang sudi menyinar dalam hidup jiha. Sufi datang dan tunjukkan jalan. Sufi sayangkan jiha , dan tiada orang lain yang sudi berkongsi sakit bebanan jiha ini. Semua orang rasa jiha ni macam tak betul. walhalnya, jiha perlukan tangan yang sudi menggapai dan membawa jiha menuju bintang. Itulah,hanya Sufi sahaja yang sudi membawa jiha menuju TUHAN. Sufi tarbiyah jiha dengan seikhlasnya. "

Senyap sebentar*
Dan Najihah kembali teresak-esak meneruskan apa yang terselindung di lubuk dalam hatinya.


"Tahu tak kenapa jiha suka sangat hujan? Sebab waktu jiha dibuang dari keluarga jiha dulu, jiha kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa. membawa diri ke mana hala. jiha haus, jiha lapar.. Tapi Allah baik, DIA turunkan hujan. Saat itu jiha tadah hujan dan minum. Waktu itu jiha berjanji, jiha akan hargai curahan air hujan yang turun kerana ia lah membantu  jiha untuk teruskan hidup. Sufi pun sama. Dia pun suka hujan. Bila hujan turun, dia pun sama-sama ajak jiha bermain hujan. Sufi temani jiha kemana-mana pun. Tapi sekarang, dia tinggalkan jiha ! Dia nak kahwin dan lupakan jiha. Jiha sakit.. Sakit semua nak tinggalkan jiha."

Terjelupuk jiha. Lututnya terasa lemah. Hilang kudrat dayanya mengimbau semua itu. 
Kak lina menyeka air mata yang mengalir deras di pipi najihah. Patutlah sayang sungguh jiha pada sufi. 
Semakin kagum lina pada sufi teman seangkatannya dahulu.
Lina kembali merasionalkan mindanya. Ada yang perlu diperbetuli saat ini. 

Dengan berhati-hati lina mempertuturkan firman Agung, melafazkan ayat 139 al-imran.. Tentang ujian dan musibah.

"Jiha, kak lina tahu kak lina tidak pernah merasa apa yang jiha rasa. Namun kak lina cuba meletakkan diri kak lina di tempat jiha. "

Jiha diam, kali ini dia membiarkan sahaja kak lina berbicara. Sungguh, kali ini dia rindukan untaian kalimah nasihat dan curahan kasih yang tulus setelah beberapa lama jiwanya kosong. 

" Jiha..Jiha bertuah. Allah hadirkan ujian tanda Allah sentiasa rindukan jiha. Dia mahukan jiha kembali dekat dengan-NYA. Sedangkan pada orang lain ,Allah jarang timpakan ujian pada mereka dan mereka terus hanyut dan lalai dengan dunia. Bila kita sudah ditimpa ujian, fitrah manusia akan kembali mencari TUHAN dan kak lina kagum dengan jiha. Jiha tidak sama sekali menyalahi ALLAH , malah tetap terus mencari sirna-sirna untuk dikecapi jiha meneruskan hidup yang dahulunya kelam. "

Lina menepuk lembut bahu jiha. Persis adiknya sendiri.. Dan dia rasa bertanggungjawab melindunginya. 

"Tidak salah bersedih dengan segala musibah yang melanda kita, tidak salah juga terasa menderita. Tapi, jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak menyakini bahawa ALLAH maha mengasihi dan mengetahui setiap inci yang terjadi pada kita? Jiha, malang bagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang 'dihadiahkan' Rabbnya. Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu, dan pasti keduanya bakal terluput dan tercabutlah hikmah di sebalik musibah itu. Jadi, kak lina nak jiha sentiasa tersenyum. Jom cuba sama-sama melupakan kenangan silam dan memulakan hidup yang lebih sirna. Mudah-mudahan, dengan kesabaran jiha selama ini,  Jannah adalah tempat untuk jiha bersemayan."

"Kak lina....~ " Berjuraian lebat air mata jiha. Hatinya mengangguk, syahdu. Masih ada yang sayang.

"Terima kasih Ya Allah, Pertemukan mereka ini."
 Tetiba dia teringat sufi, terasa bersalah membuat begitu pada sahabatnya. Kata caci makian telah dilemparkan pada sufi. Namun balasan sufi pada mesejnya hanya sebaris ayat , ' Sufi sentiasa mencintai jiha kerna Allah '.  


" Kak lina, salah ke jiha merasakan begini pada sufi? jiha tak nak sufi kahwin sebab jiha takut sangat sufi tidak akan sayangkan jiha lagi. Jiha benci sesiapa yang mengambil sufi daripada jiha. Salah ke jiha ? " 
Jiha membulatkan matanya yang sepet sambil memandang wajah kak lina. Tangannya menguis nota miliknya bagai menandakan dia tidak betah duduk dengan situasi tersebut. 

Kak lina tersenyum. Biasalah, siapa yang sanggup kehilangan apa yang dia miliki. Tambah-tambah yang selalu ada depan mata dan menemani kita disisi. Aku pun apa kurangnya, barang yang hilang pun nangis-nangis. Inikan pula orang. 

" Jiha, menyayangi seseorang itu fitrah. Terutama menyayangi sahabatnya sendiri. Kerna salah satu bertambahnya halawatul iman adalah dengan kita mengasihi sahabat kita  lebih dari mengasihi diri kita sendiri, namun jangan terlalu keterlaluan menyayangi seseorang sehinggakan kita menyekat naluri fitrahnya sendiri. Ada batasnya..Jiha, tak gembira ke jiha melihat sufi bakal menyempurnakan sebahagian imannya dengan berkahwin dan menyempurnkan baitul muslim seterusnya melahirkan mujtama' muslim? tambah-tambah sufi mengahwini rijal yang soleh.Berkahwin pun salah satu dakwah tau.Dan terutama peranan sebagai seorang isteri. Peranannya besar dalam rumah tangga. kak lina percaya, sufi tetap menyayangi jiha seperti dahulu. Lepaskanlah sufi untuk dia meraih bahagia dan seterusnya menyemai benih-benih dakwah disekeliling dengan ditemani pemandu hidupnya. Kelak, mana tahu , jiha pula bakal merasa. Berkahwin dan punyai keluarga. "

Kak lina cuba menimbulkan rona-rona ceria. 
Moga jiha sedikit sembuh dengan penjelasan dan kembali kepada jalan sepatutnya. 
Jiha tetap senyap, kaku dan diam. Berfikir lagaknya. 

" Jiha masih ada kami. "
Kedengaran suara dari jauh. 
" Ehh... mereka! "

Adnin dan sahabat-sahabat yang lain datang menerpa Jiha. Masing-masing memeluk jiha. Jiha terharu.

" Maafkan kami jiha, tidak mengendahkan perihal jiha. Jauh dari sudut hati, kami teramat ingin mengenali dan mendampingi jiha. Berilah peluang kepada kami untuk menjadi seperti sufi buat jiha. "

Jiha menangis lagi. 
Kali ini menangis bukan kerna sedih , tetapi terharu dengan teman-teman yang rupanya masih ada yang ingin menyayangi dan mengasihinya. 


" Inikah yang dinamakah Ukhuwah , Ya Allah? ~ " Gumamnya sambil bersyukur. 


--------------------------------------------------------------

" Sufi sayang, maafkan jiha atas keterlampaun jiha buat sufi. Benar, Hidup ini ada batas. Dan baru jiha sedar selama ini . Terima kasih sufi kerna sudi menyayangi dan mencintai jiha sebagai sahabat sufi. Kini jiha redho.. dan akan terus mendoakan kebahagiaan sufi di sana. Walau sufi telah'dicuri', hakikatnya jiha tahu, sufi sentiasa subur di dalam hati jiha. Terima kasih kerna pernah menunjukkan sirna di balik kelam buat jiha. Dan percayalah, jiha juga akan terus mencintai sufi kerna ALLAH .. "

*sent
Kali ini dia sangat tenang. Disisinya ada adnin , kak lina dan teman-teman yang lain. 
Tersenyum antara satu sama lain. 

" Jom , Kita buat halaqah ! " kak lina mengajak. 
Keduanya mengangguk. 

" Baik! "

" Oh... Sebelum terlupa, kak lina nak beritahu sesuatu kat jiha. " Kak lina tersengih. 

" Apa dia kak lina? " apa lagilah yang hendak kak lina usikkan lagi . Jiha mengaru-garu kepalanya. Sambil menyarung tudung labuh dan memakai cermin mata yang ditanggalkan tadi. 

" Kak lina membawa hajat besar buat jiha. Nak lamar jiha sebagai adik ipar kak lina boleh? "
kak lina mencubit pipi jiha. 

Ternganga jiha mendengar. Adnin tersengih-sengih dan turut mengusik jiha.

"Sejak bila pula kak lina ada adik lelaki pula? " Wajahnya merona merah, malu. Bagai humaira' . kak lina saja nak sakat dia agaknya. 

"Serius! kak lina beritahu betul-betul ni. kak lina ada adik lelaki kat sini. Ahmad fansuri namanya. Dia pun kenal  jiha. Dan dia yang minta akak nyatakan pada jiha sebab dapat tahu yang kak lina rapat dengan jiha. "

" Kak lina!... " Jiha separuh menjerit. Hatinya mengiyakan sahaja. Itu bahagia, buat apa dilepaskannya. 

Ingin Aku Capai 
Ingin Aku Genggam.

" Allah, indahnya hikmah disebaliknya ~ "

----------------------------------------------------------------

Sufi tersenyum.
Alhamdulillah, doanya tidak sia-sia. Mohon Allah bukakan keterlapangan hati jiha. 
Dia bersyukur, walau terpaksa meninggalkan jiha, Allah menghantar lagi wasilah-wasilah untuk menemaninya. Benar, dia sangat mencintai sahabatnya itu. Kerna hakikatnya , kisah silam mereka bagai sama. Cuma sufi tidak pernah menyatakan dan menceritakan pada najihah. Cukuplah dia selami sakit sendiri dan membahagiakan najihah. 

"Engkau, Najihah.. Teruskanlah berbahagia! "



  

-Atin Jieha-
" Entah apalah yang dicoret ! >_< "





☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH