Memaparkan catatan dengan label BUATMU MUSLIMAH... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUATMU MUSLIMAH... Papar semua catatan

Sabtu, Julai 14, 2012

:: ROH 'SYAHIDAH' ::

Views



Seandainya ditanya impian gadis-gadis dimana-mana pun, Rata-ratanya pasti menjawab : 
" Nak jadi muslimah solehah,
Serikandi Ummah" 

Namun, terkadang. Bicara hanya tinggal bicara .Yang Dilafaz tidak seia dengan jiwa. Walhal kerna lafaz tersebut, orang rasa bangga dengan kita. Sedangkan kita tidak langsung cuba berlari kearahnya. Gelaran 'Solehah' yang bermain manis di bibir kita. 

----------------

Cuti minggu yang banyak dihabiskan dengan menerawang dan berhijrah ke laman demi laman sesawang . Mengambil ibrah dan ilmu yang mampu dikaut dan digenggam erat dalam hati.

Sudah lama keyboard ini tidak berasap dengan karya-karya baru. Semua terasa punah dengan masa yang berlalu pergi. 
Alahai, Manalah perginya semangat 'super saiya'  macam dulu-dulu. Dah kontang rasanya. 

Tapi hari ini, Seperti ada sembilu yang menyucuk. Terpana dengan satu kisah yang benar-benar mengetuk hati seorang muslimah. Buatkan diri terpana. 
Allah, Rupanya.. Masih belum lengkap lagi aku untuk menjadi seorang muslimah solehah. Belum layak untuk diberi gelaran Solehah kerna diri yang masih belum musleh. 

Sepanjang perjalanan hidup, Banyak perkara yang direnung dan didengar dengan pancaindera yang diberi oleh ILAHI. 
Apa guna anugerah mata, Seandainya bukan untuk melihat dengan sedalamnya. 
Apa guna tangan yang kita punya, seandainya bukan untuk melakukan amal kebajikan dan melakukan sesuatu yang baik-baik sahaja. 
Apa guna punya telinga, seandainya tidak mendengar lantunan yang indah dan dibenarkan DIA.Pekakkan dari mendengar pujukan rayu syaitan dan manusia yang bertopengkan durjana.
Apa guna Jasad, seandainya tidak seiring dengan 'Fastabiqul Khairat'..
Apalah erti semua ini..~ ?

Sesungguhnya, tiap dari kita pasti takut dengan Kiamat yang bakal menjelma. Aku jua tidak terlepas dengan ketakutan tersebut. Terkadang pasti menjawab,

" Ya Allah, aku tak nak mati lagi selagi aku tak kahwin lagi. Nak ada suami . nak ada itu ini. "
Kesempurnaan bagaimana yang kita harapkan?
Ingin menjadi muslimah yang solehah? musleh? Qanaah?

Baca Kisah Ini, Tepuk Dada, tanya hati iman.. Tidakkah kita lupa, bahawa sebenar-benar muslimah yang solehah adalah yang meletakkan layak perkara pada tempatnya. 
Allahu Allah..
Perlu Kembali Tajdid Niat , Tajdid Amal. 

Kemanakah muslimah solehah yang benar Musleh yang Seperti ini,
Bagaimana Seorang gadis yang sedang menunggu tarikh Perkahwinan dengan baju pengantin yang sudah dijahit sendiri, dan sudah merancang nama untuk anak pertamanya. Namun, segala impiannya dimusnahkan sekelip mata, kerana syurga dirasakan begitu indah, dan cinta Tuhannya adalah segala keindahan yang harus dikecapi. kerna itulah Cinta Teragungnya melebihi segala Cinta.



Ayat Al-Akhras 
 Dialah SERIKANDI yang mengorbankan dirinya dalam misi Amaliyyah istihadiah(pengebom berani mati) dengan niat kerana Allah dan mahu mujahidah- mijahidah diluar sana agar berani melawan yahudi Laknatullah dan dia berjaya.

Ayat Muhammad Al-Akhras 
Adalah salah seorang para syahidah yang melaksanakan Amaliyyah Al-Istisyhadiyyad di bumi jihad, Palestin bagi melakukan pembalasan atas tindakan-tindakan tidak bertamadun bangsa yang pernah mengkhianati nabi-nabi dan membunuh nabi-nabi mereka. Itulah Yahudi yang kini merempat di bumi umat Islam, Palestin dan mengisytiharkan penubuhan negara Israel dari tanah umat Islam yang dirampas dengan persetujuan PBB bermula pada tahun 1948. Operasi-operasi mereka, kini menjadi mimpi ngeri yang menakutkan bangsa penjajah ini. Dengan pelbagai kecanggihan teknologi, mereka memerangi Islam dan ummahnya. Akhirnya, akhawat-akhawat ini bangkit menjadi pembela ummah yang ditindas. Golongan kuffar melabelkan mereka sebagai terrorist, ekstremis, pelampau agama, fanatik, radikal, bahkan menggelar aksi ini sebagai perbuatan ‘bunuh diri’. Bukan sekadar golongan Mustakbirin ini yang melabel mereka, bahkan sebahagian umat Islam terkesan mengiyakan segala dakwaan-dakwaan pihak musuh ini tanpa mempedulikan bahawa disana terdapat puluhan ulama’ yang telah memfatwakan keharusan operasi syahid ini khusus di Palestin sebagai salah satu alternatif jihad. Amaliyyah ini jauh sekali untuk disamakan dengan bunuh diri yang bertitik tolak dari perasaan kecewa dan tidak meyakini taqdir Allah. Adapun Amaliyyah ini bukan aksi kekecewaan, tetapi bermula dengan keyakinan dan keimanan kepada Allah. Inilah yang sengaja diputar oleh kuffar dan dipersetujui oleh golongan Munafiqin dan Murtaddin.

As-Syahidah Ayat Muhammad Al-Akhras 
Umur :18 tahun.
Asal : Dehaisha Refugee Camp, berhampiran Bethlehem.
Kerjaya : Pelajar sekolah menengah atas.
 Tarikh Amaliyyah : 29 Mac 2002.

Sasaran : Warga Israel di sebuah pasaraya. 
Tempat : Kyriat Hayovel, Jerusalem 
Hasil : 2 orang Yahudi terbunuh dan 28 cedera. 
Kata-Kata :  
Apa nikmatnya hidup di dunia ketika kematian selalu mengintai kita. Mana yang lebih indah, mati dalam ketidakberdayaan dan kehinaan atau gugur di medan jihad”.
Kematian seorang mujahid akan membangkitkan keberanian mujahid-mujahid yang lain, bukan sebaliknya”.

Ikuti detik-detik Ayat Muhammad Al-Akhras sebelum melakukan operasi syahid :


Dia sedikit bingung, hairan dan kaget melihat tingkah puterinya. “Semoga Allah selalu melindungi dan merahmati anakku. Tapi, bukankah Jumaat adalah hari cuti?”. “Doa ibu yang anakanda harap, “jawabnya. Ayat tidak lagi berkata-kata. Dia hanya tersenyum, dia mencium tangan, kemudian memeluk erat sang ibu yang masih kebingungan dan dengan tetap tersenyum, dia menarik tangan adiknya, Sama’ah, 10 tahun. Mereka pun sama-sama bergegas ke sekolah.

Beberapa jam kemudian, pukul 10 waktu setempat, radio Israel memberitakan ledakan bom disebuah supermarket Netanyahu, berhampiran Jerusalem. Peristiwa ini menyebabkan 3 orang tewas dan lebih dari 40 orang luka-luka. Jatung ibu Ayat berdegup kencang menyemak khabar itu. “Jangan-jangan dia”, bisiknya saat itu. Firasatnya menguat, manakala dia mendapatkan Samaah pulang sendirian sambil teresak-esak. Dia mengaku tidak tahu kemana kakaknya pergi. Ayat hanya berpesan kepadanya, “ jangan cemas dan takut. Allah bersama kita orang-orang yang beriman. Sampaikan salam buat semua dan berdoalah. Mudah-mudahan Allah memberikan pengampunan dan kemenangan”.

Di Kem pelarian, ibu Ayat cemas dengan nasib anaknya. Batinnya bertanya-tanya, “kemana dia pergi? Apakah dia sudah mewujudkan impiannya untuk menjadi syahidah? Pertanyaan lain terus muncul dibenaknya. Bagaimana dengan impiannya yang lain? Soal pinangan, rencana pernikahan dan pakaian pengantin yang sudah dijahitnya sendiri? Bukankah dia juga bercita-cita untuk melahirkan anak-anak, kemudian menjadi mujahid-mujahid masa depan? Sementara fikiran liarnya bertanya-tanya, kalbunya mendapat isyarat bahawa calon pengantin itu telah gugur dalam aksi bom syahid. “Innalillah wa inna ilaihi raji’un”. Semoga Allah mencatatnya sebagai syahidah. Mudah-mudahan dia juga boleh menjadi pengantin Palestin yang melahirkan kehormatan dan kemerdekaan bagi umat dan bangsanya sendiri,” demikian ucap sang ibu ketika mendapat kepastian beritanya.

Jumaat, siang itu, Ayat Al-Akhras pergi mengikuti jejak Issa Farah dan Saa’id, dua kerabatnya yang gugur dibedil helicopter Israel. Ayat Al-Akhras, remaja solehah yang cantik ini lahir 20 Februari 1985 di Kem Dheishes. Di akhir hayatnya dia tercatat sebagai pelajar kelas 3 sekolah menengah atas. Menurut ABC News, Ayat Akhras termasuk anak cerdas dan rajin belajar. Sampai saat menjelang syahidnya, dia masih rajin menasihati teman-teman untuk terus belajar. “Penguasaan ilmu teknologi amat penting dan diperlukan untuk mendukung perjuangan kita, apa pun bentuknya”.

Hayfaa, teman baiknya berujar, “dia selalu menasihati kami bahawa belajar harus tetap berjalan, meskipun rintangan dan bahaya mengancam di sekeliling kita”. Tentang jihad, Ayat selalu berkata, “jihad itu kewajipan setiap Muslim termasuk wanita. Mengapa harus kita membiarkan nyawa kita terenggut sia-sia oleh kebiadapan Zionis Israel?”.Hayfaa tidak menyangka Ayat syahid secepat itu. Dalam hari-hari terakhirnya, dia rajin mengumpulkan foto-foto Mujahid Palestin. Di meja belajarnya, berjejer slogan-slogan jihad dan kepahlawanan. “Dia pergi untuk bergabung dengan barisan syuhada’ lainnya”.

Sama’ah, adiknya sekaligus teman terdekatnya, merasakan hal yang sama. Sambil terus menangis, dia berkisah tentang saat-saat terakhir bersama kakaknya. “Saya melihat cahaya di mukanya dan sebuah rona kebahagian yang tidak pernah terlihat sebelumnya.”. Sambil memberi sepotong coklat manis, lanjutnya Ayat berkata lirih,” solat dan doakan agar kakak berjaya melaksanakan tugas suci ini”.

Meskipun tahu syahidah adalah cita-cita tertinggi anaknya, ibu Al-Akhras tetap sahaja merasa kehilangan. Dengan mata berlinang dan mengulangi kata-kata sang anak ketika berdiskusi soal kewajipan jihad bagi setiap muslim Palestin. “Tugas apa?” Sama’ah bertanya. “Hari ini kamu akan mendengar satu berita baik. Mungkin inilah hari terbaik dalam hidup saya. Inilah hari yang telah lama saya nantikan. Tolong sampaikan salam hormat saya kepada Akh Shaadi, “tutur Ayat Akhras sambil memberikan secarik kertas.

Shaadi Abu Laan, 20 tahun, calon suami Ayat Akhras termangu beberapa saat ketika khabar itu sampai padanya. Dia nyaris tidak percaya Ayat pergi begitu cepat mendahuluinya. Padahal, Julai ini, jelas Shaadi, “kami sudah berencana untuk rasmi berumahtangga. Begitu Ayat lulus ujian, kami akan menempati rumah sederhana yang belum didekor”. Mereka sudah 1 tahun setengah berkhitbah (meminang). Keduanya bahkan telah menyiapkan nama ‘Adiyy untuk bayi pertamanya (yang lahir nanti).Mereka bertekad mendidik si kecil sebaik-baiknya dengan harapan kelak menjadi seorang mujahid yang akan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin dari pendudukan Israel.

“Allah ternyata punya rencana lain,” ucap Shaadi. “Semoga kami bisa bertemu disyurga kelak, dia mencintai agamanya lebih dari apapun”. Setiap saat, lanjut Shaadi, Ayat memang selalu memimpikan operasi syahid. “Kami pun pernah bercita-cita untuk syahid bersama-sama. Ternyata, Allah telah memilih dia dahulu. Kalau ada kesempatan, saya akan menysulnya segera. Semoga Allah mengabulkannya,” ucap pemuda Palestin yang baru sahaja meraih gelaran Sarjana Muda Hukum itu.

Wasiat Ayat Al-Akhras :

“Wahai Al-Quds…wahai Al-Quds…wahai Palestin…wahai Palestin…suara lembut namun tegas itu keluar dari seorang gadis remaja yang cantik, berbusana muslimah hitam, dengan kafayeh khas Palestin. Seruan itu adalah bahagian dari wasiat Ayat Al-Akhras yang dibacakannya 2 jam sebelum aksi syahidnya. Beliau memulai wasiatnya dengan membaca Bismillah. Ayat kemudian menyatakan bahawa misinya ini semata-mata untuk mencari keredhoan Allah s.w.t. Beliau juga secara tegas berpesan kepada para penguasa Arab yang disebutnya telah cukup untuk waktu tidur dan disuruh bangun untuk melaksanakan kewajipan mereka kepada Palestin. Dengan bahasa Arab yang fasih, Ayat dengan santai namun pasti, terus membacakan wasiatnya yang sudah ditulis tersebut. Akhirnya, Ayat meneriakkan takbir…Allahu Akbar!!! Nampaknya dia ingin segera mengakhiri wasiatnya dan sudah tidak sabar lagi ingin melakukan aksinya, menetukan pilihannya untuk menjadi bidadari syurga. Tangannya melambai, untuk terakhir kalinya. Subhanallah.




Nota SKH:


Syria, Palestin dan negara-negara islam lain kian parah terkandas, Tapi kita masih dalam mimpi dan angan yang tidak sudah-sudah .
Menuai perasaan tidak henti-henti, memikirkan kepada siapa kita bakal kahwini. Sibuk mencari  dan mengejar lelaki/perempuan  soleh, solehah. Tanpa menghiraukan diri yang masih belum perbaiki untuk menggapai gelaran yang seiring dengan Para SYAHIDAH yang benar-benar berjuang demi islam. 


Masih Lenakah Kita?
Moga Kisah Ini bakal terus menerus menjadi inspirasi ..



"Tuhan, Bantulah aku untuk menjadi seperti itu "
Memburu Roh SYAHIDAH bukan Mudah.
Perlu Lebih Mujahadah!


-AtinJieha-
14072012
20:45p.m
Ghurfah Farasyi, Bayt Imtiyaz 


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Selasa, Februari 07, 2012

:: Siapakah Si Cantik ? ::

Views

Siapakah Si cantik?
Lagi tersangat Molek..?
Tanyalah Hatimu yang Celik.. 

Inilah si Cantik~

Apabila menjadi anak kecil,
Dia membuka pintu syurga buat Ayahandanya

Apabila gadis tersebut  menjadi seorang isteri,
Dia menyempurnakan sebahagian agama buat suaminya.

Dan..~
Apabila Gadis itu menjadi seorang ibu,
Syurga terletak dibawah telapak kakinya.


Tanya Hati, koreksi Diri..
Dia Si cantik yang punya hubungan intim dengan Allahu Rabbi..
Jua Menjaga ikatan harmoni dengan jiran tetangga dan teman-teman sejati.
Melaksanakan dengan baik hak-hak berbakti pada kedua orang tuanya, Memenuhi juga hak-hak buat suami yang dicintai.
Dia tampil dengan dandanan indah pada saat yang dibenarkan oleh Syar'ie, terutama buat insan yang bertakhta di hati.

Itu dia si cantik~

Menjadi sayap kiri buat suami.
Tongkat buat suami untuk memperbuat kebajikan, bertakwa dan beramal soleh. Lantas menjadi arkitek dalam memperhatikan pembinaan dan pembentukan keperibadian anak-anak yang bakal menjadi jundi dan serikandi buat islam.

Itulah si cantik~

 Yang sentiasa mempratikkan perkembangan jiwa dan akal jundi serikandinya dalam memberikan pengaruh lingkungan sekitar yang baik-baik sahaja.

Dia...
si cantik~
Perhiasan terindah di dunia ini
Bakal menjadi bidadari di akhirat nanti.
Kalau hatinya cantik, jiwanya molek,
Pasti jua mengecapi syurga tertinggi.

Duhai si Cantik sederhana yang Rabbani,
Tutur katanya lembut bak embun penyejuk dihati
Tatapan matanya penuh dengan kasih yang murni
Dialah inspirasi~..Dialah bakal menjadi Serikandi.


-Atin Jieha-
Bayt Imtiyaz 'Crew', Karak Jordan.
23:58 p.m
06022012

[ Gigit Jari..Gigit jari..~ Mampukah aku menjadi si cantik itu? ]









☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Selasa, November 22, 2011

::Wife ::

Views




This is an article by : Dr. Sherif Mohammed


{By getting married you are not just getting a wife, you are getting your whole world. From now until the rest of your days your wife will be your partner, your companion, and your best friend.


She will share your moments, your days, and your years. She will share your joys and sorrows, your successes and failures, your dreams and your fears. When you are ill, she will take the best care of you; when you need help, she will do all she can for you;
The best description that I personally have ever read describing the closeness of the spouses to each other is the Qur'anic verse which says:


"they are your garments and you are their garments" (Surah Al Baqarah 2:187).

Indeed, spouses are like garments to each other because they provide one another with the protection, the comfort, the cover, the support, and the adornment that garments provide to humans. Just imagine a journey in the winter of Alaska without garments! Our spouses provide us with the same level of comfort, protection, cover, and support in the journey of our lives on this earth as garments would do in the Alaskan journey.


The relationship between the spouses is the most amazing of all human relations: the amount of love and affection, intimacy and closeness, mercy and compassion, peace and tranquillity that fills the hearts of the spouses is simply inexplicable. Only our Almighty Allah in His Infinite Power, Boundless Mercy, and Great Wisdom can create and ingrain these amazing and blessed feelings in the hearts of the spouses.
He says in the Qur'an,


"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves that you may dwell in tranquillity with them and He has put love and mercy between your hearts: verily in that are signs for those who reflect." (Surah Al Rum 30:21)

But Allah knows that the human heart is not a static entity, it is sometimes weak and at times dynamic. Feelings can and do change with time. Love may wither and fade away. The marital bond might weaken if not properly cared for. Continuous happiness requires constant giving from both sides. For the tree of marital love to remain alive and keep growing, the soil has to be sustained, maintained, watered and nurtured.

The Prophet -peace be upon him- said
"one would be rewarded for anything that he does seeking the pleasure of Allah even the food that he puts in the mouth of his wife."


Never underestimate the importance of seemingly little things as putting food in your wife's mouth, opening the car's door for her, etc. Remember that the Prophet -peace be upon him- used to extend his knee to his wife to assist her up to ride the camel.
Always try your best to be good to your wife by words and by deeds. Talk to her, smile to her, seek her advice, ask for her opinion, spend quality time with her and always remember that the Prophet -peace be upon him- said "the best of you are those who are best to their wives."}




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Ahad, Ogos 14, 2011

::Di setiap Gambar, Ada Cerita::

Views
Sabda Baginda bermaksud:
"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah."
- (Riwayat Muslim)-


Bunga Terpelihara
Di taman larangan..~
Muslimah Solehah adalah tautan hati,
naungan keteduhan,
sandaran jiwa,
di dadanya tertangkup lautan air kehidupan.
Ia adalah savana,
padang rumput,
tempat semua pengembara berhenti, berteduh,
menghirup jenak jenak damai dari gersang sahara.
Berlindung melepas penat, menatap harapan yang tergantung di langit langit yang bertabur bintang. Muslimah..Wanita ‘gambaran’ syurga di dunia.
" Agar Bidadari jua turut cemburu kepadamu "

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya~:

"Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya;
janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu;
sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi
beragama, itu adalah lebih baik bagimu."

- (Riwayat Abdullah ibn Humaid).-


- Muslimah Solehah Acuan Islam-
Muslim Soleh Menjadi teladan
Masih ada, hanya perlu di cari
Yang solehah buat si soleh
Agar sama-sama musleh ~


-Atin Jieha-

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Isnin, Julai 18, 2011

::Rijal ,Inilah Nisa'::

Views


"WANITA YANG CANTIK TANPA PERIBADI YANG MULIA, UMPAMA KACA MATA YANG BERSINAR-BERSINAR, TETAPI TIDAK MELIHAT APA-APA"
-PILIHLAH DI ANTARA KACA DAN PERMATA-

Di antara kerlip gemerlapan bintang di langit
Planet-planet di dada angkasa turut juga menampakkan diri menghiasi malam
Kalau kebetulan langit cerah tidak mendung
Jangan 'lewatkan' untuk 'berburu' venus dan mars nanti malam~


Ya Rijal..
Biar nisa' Ini berbicara
Tentang hatinya menuturkan bait-bait kata
Agar Rijal Mengenali Nisa' itu siapa
Sungguh,Tidak kenal itu sukar memupuk Citra Cinta


Ya Rijal..
Nisa' hatinya ibarat sehelai kain sutera
Cantiknya..mulusnya~
Tanpa terduga mudah terkoyak..malah tercarik tanpa terjangka
Nalurinya halus..
Jiwanya jua tulus
Mengertilah Rijal..~
Nisa' solehah tidak akan pupus
Kalau rijal mengujinya pun nisa' tetap lulus
Pertahankan maruah tidak pernah terhapus

Ya Rijal..
Sudikah Engkau membaca warkah hati Nisa'?
Pohon sesaat~
Hentikan detik jam mu yang bergerak
Renungi dengan sebuah 'rasa'..
Sketsa jiwa luar biasa

Ya Rijal..
Nisa' ini sekadar mencoret..
Melakar di jalur-jalur warna warni pelangi yang tersirat
Biarpun dikatakan di balik pelangi tersebut,gerimis hampir..
Mampir dan semakin hampir jatuh membasahi bumi oleh 'Encik Hujan' menghadiri
Namun~
Mengertilah..suatu saat gerimis yang hadir bakal berhenti dan berganti dengan
langit biru serta dihiasi pelangi yang begitu indah..
Ya rijal..
Sedarikah..Bukankah itu 'anugerah' bagi orang-orang yang bersabar
Sabar itu indah buat hati yang gundah gulana

Ya rijal..
Tatkala mencoret sebuah lakaran di dada pelangi itu
Semakin hari ku mengerti
Semakin jauh disana sini..
Semakin hari semakin runsing
Semakin hari semakin memahami
Semakin hari semakin mencuba
Semakin hari juga cuba berkorban
Semakin hari juga mahu merasa
kerna..
'Kita dalam sebuah cerita'
di sebuah pentas didalam sketsa Cita dan cinta
Yang tiada Penyudahnya
Yang jua tiada noktahnya
Yang juga tiada hujung pangkalnya
Yang jua tiada kesudahannya~
Nahh...'Kita masih dibayangi dalam sebuah cerita!~'

Ya Rijal..
Memetik kata-kata bicara wasilah dari-NYA
Sering 'ia' nya mengetuk jiwa
Bilang kata-katanya:
Jangan mengharap pada seorang yang tiada kepastian
Carilah insan yang kelak mentarbiahmu
Yang akan membimbingmu
Yang akan menyayangimu
Andainya masih belum temui kepastian
Tanyalah pada 'DIA'
Andainya juga tidak dapat
Pintalah pada 'DIA' agar dimatikan cinta lelaki itu untuk seketika
agar bisa memenuhi hati dengan cinta-NYA
Dengan izin-Nya,DIA Yang Maha Esa
Jika ditakdirkan..akan ditemukan jodoh jua~

Dan..Ya rijal~
Terkadang 'kemuncup malu' jua menghiasi singgahsana hati sang setia
Kerna merasakan nisa' sahaja yang melebih-lebih mengejar pelangi yang wibawa
Ketahuilah Rijal..
Nisa'..mahu menjadi suri
Nisa..ingin menjadi pendamping
Nisa'..jua mahu gah seperti langit biru
Malah nisa' pinta menjelma pelangi buatmu sentiasa
Yang mana akan nisa' kesat titisan air matamu tatkala dirimu dirundung duka
Jua Yang memimpin tanganmu serta tersenyum manis tatkala dirimu dirundung kegembiraan yang tidak terhingga
Ya Rijal..
Namun..mengertilah jua..
Nisa' jua ingin menjadi 'jam loceng' kepadamu
Yang menyedarkan rijal saat dibuai mimpi indah yang berlanjutan
Yang mahu mengejutkan rijal tatkala rijal terbuai-buai di dalam sebuah imaginasi fantasi bukan realiti dalam sebuah cerita kehidupan.
Ya..Nisa' ingin sekali menjadi 'jam loceng' mu...
Pengingat setia,Menemani saat terleka..Nisa' mahukan begitu Ya Rijal~
Ya rijal..
Nisa' menyakini rijal sedang 'berperang'
Mungkin entah di mana-mana
Kerna Nisa' sendiri tidak mengetahui dirimu dari mana
Entah wujud di dunia yang mana

Ya Rijal..
Saat melakarkan jalur-jalur pelangi ini
Ku merasakan ia semakin menghilang
Ilusikah ia?
Adakah sia-sia Nisa' berpenat lelah mewarnai semua jalur-jalur pelangi tersebut?
Semua ini jelas dalam titik persoalan
Namun..
Kalam-NYA sering berfirman:
Ketahuilah,
Tiada sesuatu perkara yang DIA cipta tanpa ada satu darinya tiada faedah buat kita
Tiap Dari-NYA punya anugerah teristimewa
Walau saat nisa' melihat pelangi tersebut beransur-ansur Hilang dari pandangan
Walau juga pelangi itu hanya sekadar sebuah ilusi pantulan
Biar gerimis mengundang merintih penuh sesal
Namun tetap akan ada pelangi yang mucul dengan warna warni kehidupan
DIA telah mengaturkan lakaran kanvas yang indah buat kita teman~


Ya Rijal..
Nisa' tidak memiliki wajah seindah rupawan
Tidak juga sebijak cendekiawan
Jauh sekali hidup semewah hartawan
Dan tidak pula bertutur kalam sasterawan..
Namun nisa' hanya punya hati
Tanpa sebarang alasan, sebab dan kompromi~


Dan Rijal..
Nisa' persis venus'..Rijal ibarat 'Mars'~
Antara redup dan terang
Secarik pengertian buat rijal si nakhoda kapal
Menerajui dengan sepenuh kesungguhan~
Maka, Segalanya tidak akan bernoktah..kerna titik 'Koma' tetap menyusul~
Itulah bicara hati nisa' Buat Rijal
Yang entah di mana ..Allah belum hadirkan..~
Mungkin nun jauh di sana..
Atau dekat kian kabur untuk menilai..
Namun, suatu saat ALLAH hadirkan seru buat Rijal untuk Nisa'~
Dan Nisa' buat rijal ....
Itulah Visi Dalam merealisasikan 'Mahligai' yang bakal kunjung tiba..
Ibadah pada-Nya Ta'ala~







- Buat teman-teman yang bakal 'dicuri' tidak lama lagi-
Selamat membina mahligai!~
-Atin Jieha-
19072011
1:32a.m


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Jumaat, Mei 13, 2011

::Pedusi Itu Serikandi::

Views

Secebis tinta buat wadah ~menarikan rentak tinta pena buat ummah~Moga ia membawa mesej dakwah..moga ia diredhoi Oleh Allah..hanya satu yang dipinta,hanya seuntai kalam bicara..Ku menulis bukan kerna Nama!


Bismillah..dengan Asma-Nya..kembali Melakar kanvas bicara,Menuturkan salam buat yang berkunjung tiba..
Moga tinta sampai ke hati menusuk ke jiwa..Selami ia tanpa rasa sengsara..
Apa yang pasti menulis ku hanya kerna Yang Esa~

Alhamdulillah,ruang ini masih tersedia.Tajuk yang sama,namun lingkup yang berbeza..walau sedikit agak kecewa artikel yang original sudah hilang entah ke mana,Mungkin ditelan luput..di remove tanpa sempat menyimpan di tempat yang sepatutnya..saya cuba menulis kembali,walau ilham yang hadir tidak akan sama seperti yang sebelumnya..
Benar,walau patah tumbuh hilang berganti;namun yang hilang tidak akan sama seperti yang diingini..ambil langkah 'redho'~Itulah sebaik-baiknya sifat sebagai mukmin yang sejati..

Sehangat-hangat Bahang pilihanraya...mungkin tidak terlambat untuk saya bertinta mengenainya.
Bermula dengan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Jordan (MPPMJ), lantas bakal diikuti dengan corak coret Persatuan Zon yang bakal melabuhkan tirai kepimpinan sesi 2010/2011 terutama Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA)..
Sekalung ucapan tahniah dan takziah Buat Kepimpinan terbaru MPPMJ Dibawah kelolaan Tuan Presiden Muhammad Hussin bin Mohd Fauzi.Usah jemu dalam usaha merelevenkan MPPMJ dikalangan ahli serta kearah memartabatkan MPPMJ ke Peringkat Antarabangsa!
"Persatuan,Universiti Kedua Buat Mahasiswa"


"Gencarnya KALIAN di medan perjuangan,

Mengingatkankan manusia hakikat kehidupan,
Ke hulu ke hilir menyampaikan peringatan,
Membuat orang terpaku mengakui kebenaran"

Noktah~..
( Sambil melihat-lihat wallpaper yang pelbagai..tertarik dengan wallpaper sekuntum mawar.Maka saya paparkan disini..kerna,ia menjadi inspirasi untuk membuat artikel mengenai ini)


-Mawar Berduri-

"Sesungguhnya wanita merupakan kehormatan bagi ummah, jika mereka cedera maka seluruh ummah akan merasainya "
~Mustafa Ramadhan~

Pedusi Itu Serikandi

Pedusi~
Disinonimkan kepada 'wanita' yang membawa kepada inspirasi
Si Mawar berduri
Berhati bidadari
Bukan lagi dicop sebagai hamba abdi
Terus menjadi Pewaris Panji-panji kesatria PERMATA kini
Agar musuh-musuh islam terus mengeruni..
Kalian sebagai Mutiara Dari Ilahi

Sesungguhnya mekar sebagai serikandi
Melebarkan sayap kiri buat jundi
Mara dengan membawa revolusi tersendiri~
Pedusi itulah serikandi!

"Ingin menulis wadah inspirasi Motivasi..Mahu menjadi secangkir penyejuk dihati~"
Ye~sibuk berkira-kira,menghitung saat demi saat;detik demi detik..Hanya berbaki tidak sampai sebulan kini.Sungguh,masa itu terlalu pantas..saat terasa baru berkecimpung di 'Universiti Kedua" ..saat ini Bakal menamatkan taklifat yang telah diberi.Masih menggunakan ruang yang ada,Menyalurkan kudrat tenaga..Memohon maaf atas keciciran atas yang sedia ada,saya masih insan biasa..Terus membantu,menasihati,mengkritik agar saya tidak pernah terleka.
Benar,Dan saat itu Bakal membidik 'Bintang' baru,yang akan digilap sinarnya.Moga akan menjadi Permata ,yang pesonanya bukan dipilih melalui rupa.Namun siratan yang ada disebaliknya..Akhlak budi kepimpinan itulah sasaran utama!
Siapa Bilang pedusi itu tiada izzah kegemilangannya? Yang mengegar dunia hanya dengan sekelip mata..Hanya dengan suara dan langkah hayunan yang membara,membawa setangkai azimat kudrat pinjaman dari Yang Esa..Cantas kemungkaran yang menjelma.

Berbicara dengan teman sebelah benua,menyentuh isu muslimah yang rata-rata mengatakan pejuang agama..sedikit menyatakan kekesalan yang berlaku di antara mereka.Mengulas punca mencari solusi..nah,Berbalik pada hati dan ukhuwah itulah antaranya..
Helwanis PERMATA
Membawakan Moto 3C:celik,cerdik,cantik


Pedusi itu sayap kiri buat jundi..
Sungguh..Meninjau-ninjau Haikal Usrah Muslimah~‎
Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti jua tidak memberi sebarang erti ..Noktah!
Sayugianya usrah muslimah perlu memiliki 'Haikal' yang lengkap dan sempurna menepati 'Pelan Induk' yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah!
Sungguh...
sekilas pandang,betapa peri pentingnya pedusi disisi untuk membawa dakwah sehebat serikandi seperti di zaman Baginda..bagaimana pedusi mencorak bait muslimnya dengan biah islamiah,markaz dakwah..kreatif menebarkan benih-benih dakwah di tapak semaian madrasah Lillah..
Sungguh...
Pedusi itu harapan ummah..dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah
Sebuah madrasah yang bertanggungjawab mencorak individu muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai hamba ALLAH..
Jua membina peribadi penerus kesenimbungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu saiditina Asma',Khadijah,Fatimah,sufi Rabiatul Adawiyah dan seumpamanya..
Sungguh..
Kejayaan sesebuah usrah muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu muslim yang memiliki identiti dan kualiti muslim Rabbani..
Dan sungguh!~
Kegemilangan pedusi atau usrah muslimah itu tidak hanya terhenti pada rupa wajah zahir dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini..
Bahkan sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada 'pedusi' tersebut.

Pedusi itu bakal berpencak segagah serikandi..
Memetik kalam bicara serikandi berselubung hitam "khaulah bt Azuar"
"Janganlah saudari sekali-kali gentar dan takut .
Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali.
Patahkan tombak mereka,hancurkan pedang mereka,Perbanyakkan takbir serta kuatkan hati.InshaAllah Pertolongan ALLAH sudah dekat."

Noktah..
Kembali menjaga ukhuwah
Tembusi hati dengan dakwah...Teruskan bermujahadah..Hati itu bukan milik sesiapa,hanya milik Sang Pencipta Yang Berkuasa.
Pedusi..Mari menjadi teman akrab kepada pendakwah..dalam menyalakan suluhan tarbiah islam dengan megah.
Pedusi..ayuh Menjadi sendi menggembleng peranan dan potensi ke arah produksi lebih ramai insan berkualiti,ditengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman masa kini..~
Kitalah pedusi,kitalah serikandi..
Mantapkan persiapan diri;dalam menuju gerbang bertemu Ilahi..

Buat warga PERMATA,
Anda Mahasiswa Kita,
Gerbang universiti kedua bukanlah suatu bebanan yang nyata
Di situ mengasuh kita beraksi lebih terbuka minda
Kepimpinan itu perlu dibentuk
Bukan hanya sekadar mengikut telunjuk
Ikutilah qudwah Hasanah yang ditunjuk
Terus menjadi Mahasiswa cakna,mesra dan profesional
mahasiswi yang membawa Moto Celik,cerdik dan cantik
Celik kerna cakna
Cerdik membawa saff yang wibawa
Cantik bukan kerna rupa..namun membawa Keizzahan Akhlak yang tiada tara!~

Pedusi..andalah serikandi!



-AtinJieha-
14052011
01.15a.m
[Because I am a woman, I must make unusual efforts to succeed. If I fail, no one will say, "She doesn't have what it takes." They will say, "Women don't have what it takes." ]

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

Khamis, Disember 02, 2010

Kalian::MUSLIMAH::

Views


Kalian PERMATA muslimah...
Cantikmu bukan kerana wajah
Teguhmu menjaga maruah
Bukan membuatkan dirimu selalu terdedah
Ditatapi Manusia yang bertopengkan Syaitan yang sering memanah

Kalian yang tercinta
Usah lupa melabuhkan jilbabmu
Baluti dengan hijab pada perhiasanmu
Agar kalian menjadi simbol kemuliaan agamamu
Yang zahir dan batinmu menyerlah keindahan hidup kerna TUHANmu

Kalian bakal bidadari syurga
Malumu menjadi mahkota
Tundukmu agar matamu tiada ternoda
hayun langkahmu menyemai cinta
Cinta Untuk mati syahid dijalan-NYA

Kalian mutiara Agama
Memegang panji melangkah lembut perkasa
Mempertahankan islam dengan jasad yang tercipta
Melakar sejarah dengan tinta mata pena
Menuai bakti demi agama tercinta
Kelak syurga menjadi ganjarannya

Kalian yang mampu mensyiarkan islam
Bagaikan permata yang lama terkubur dilembah kejahilan
Bangun dan bangkit kembali mewangi kehidupan
Ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya bergemerlapan
Kelembutan yang menyejukkan hati bila dipandang
Menggapai redho Ilahi menjadi tunjang

Kalian muslimah yang beriman
Menjadi dambaan insan yang beriman
Bagaikan teratai mekar di tasik bersemayan
Ucapanmu menepis fitnah dan kemungkaran
membuahkan hikmah umpama senandung syair keinsafan




Me,
Love,
Respect,
Sense of Self,
Covering my hair,
Showing Allah I care,
Protecting my modesty,
Exchanging lies for honesty,
Without Hijab, no one could tell,
Unprotected; without my Islamic shell,
Lies, as if to tell the world “Muslim, I am not”,
“I want to die with all of you and burn in Hell so hot”,
“Come men and talk with me, I am married but do not care”,
“I give you my permission to desire with your unbroken stare”,
“I want to show you what I have, make it look pretty for you to see”,
“I want you to desire and lust while other Hijab wearing woman envy me”,
But I chose to be honest letting the world to see, I am a Muslimah so happy,
Free from Satin’s enslavement, free for Jena ’s engagement, I am free!,

Allah’s blessings so gently bestowed upon my head, gently in deed,

Hugs from the cloth that covers me, Liberated from Satin’s greed,

I am a Muslimah, Shouting it out yet silently without a voice,

I am a Muslimah, I am a Muslimsha by my own choice,

No man owns me, no man controls me, I am free,

Allah owns me, Allah freed me to be me,

Allah loves me, I respect Allah,

Allah is my God, Oh Allah!

I am me, I am a Hijabi!

My Sense of Self,

My Respect,

Love,

Me!

-Heather Al Khiyari-


--Atin jieha--

[ Ingin menjadi kuntuman bunga di syurga ]

14:30p.m

02december2010




☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH