Mata yang berkaca-kaca
wajah yang dihias sendu
kepalanya bertakhtakan awan mendung
Menanti hujan menyimbah basah tubuhnya.
Aku mengambil sekaki payung
Menerpa kearahnya sepantas kilat
Aku bukakan payung dan cuba mengusir awan hitam di kepalanya.
Nyah..nyah .. Bilangku.
Dia masih berdiri kaku.
Tertunduk suram pasrah untuk melawan .
Melawan takdirnya yang malang.
wajah yang dihias sendu
kepalanya bertakhtakan awan mendung
Menanti hujan menyimbah basah tubuhnya.
Aku mengambil sekaki payung
Menerpa kearahnya sepantas kilat
Aku bukakan payung dan cuba mengusir awan hitam di kepalanya.
Nyah..nyah .. Bilangku.
Dia masih berdiri kaku.
Tertunduk suram pasrah untuk melawan .
Melawan takdirnya yang malang.
Baru hendak ku paculkan sedikit butir kata,
Langsung sahaja luruh deras air matanya.
Lebih lebat dari hujan.
Lebih Dahsyat dari dentuman guruh,
Lebih pantas dari kilat.
Aku panggil dirinya.
Dongakkan kepalamu kawan!
Dunia belum sampai ke penghujungnya,
Aku panggil dirinya.
Dongakkan kepalamu kawan!
Dunia belum sampai ke penghujungnya,
Masih ada ruang untuk bernafas.
Kalau bukan untuk manusia lain,
Dongaklah demi dirimu sendiri.
Kepalanya makin dipalingkan ,
Bahunya semakin bergegar,
Esak tangis kedengaran.
" Bagi aku ruang untuk luruhkan segalanya di dalam hati ini.
Bila sudah terlerai semua. Aku janji aku dongak semula. "
Bisik dia perlahan.
Aku angguk.
Aku masih disisinya.
Ku tepuk-tepuk bahunya,
Aku cuba senandungkan kalam-kalam Tuhan.
Aku mahu dia damai.
Mungkin sedikit nyaman.
Dia melihat ke arahku,
Dia cuba gagah tersenyum dengan mata yang luruh bersama hujan.
Aku membalas senyum.
Ku genggam jari jemarinya.
Aku sadurkan kekuatan.
Dia membalasnya dengan eratan.
Ahh.. Hatiku sedikit lapang.
Kurang-kurang ada peluang.
Peluang menunjukkan padanya bahawa dunia ini tidak semua kejam dan kelam.
Dia menyelak hijab tabir hatinya tunjuk padaku,
Tergamam aku seketika.
Betapa banyak torehan luka di setiap sudut ruang.
Calar-calar yang tidak terkira ,
Ada yang meninggal parut,
Ada yang bagai masih baru di tusuk belati tajam daripada lisan manusia.
Tercengang,
Lantas aku menangis bersamanya.
Aku cuba nikmatinya hujan bersamanya.
Sabarlah kawan,
Aku ada untukmu.
TUHAN lagi setia menanti kepulanganmu.
"Aku bantu engkau untuk jahit setiap luka itu boleh?"
Usulku dengan mengeluarkan kekotak bebenangku.
Dia angguk.
Terpacul sedikit sinar dari matanya.
" Marilah.. " ajakku..
Nota SKH:
Hati-hati aku jahit lukanya,
Dengan bebenang cinta yang mempunyai banyak warna.
Terkadang mengaduh juga dia,
Mungkin terasa ngilu lantaran sakit.
Aku jadi sedih. Moga aku jadi kawan yang mampu terus-terusan menjahit lukanya hingga sembuh.
Kawan,
Mungkin engkau letih hari ini,
Namun ke hadapan, ada senyum yang menanti.
Langkah lah setapak kawan.
Kalau-kalau tangki iman melemah,
Tanganmu terpakai-kapai dan tika itu tiada apa yang diharapkan,
Jangan lupa bahawa ada sahabat yang sanggup mengenggam,
Memelukmu dengan haba iman.
Mendoakanmu dari lubuk hati yang paling dalam.
Ya,
Kadang banyak hari derhaka dari hari sedar,
Kita sama menuntun tangan yang bernoda ini , menjauhkan dari jasad menjadi lalai.
Jauh dari neraka , dekat dengan bau syurga.
Sabda Rasulullah s.a.w,
"Di belakang kalian akan ada masa-masa sulit yang menuntut kesabaran. Orang yang sabar pada saat itu laksana menggenggam bara api. Orang yang beramal shalih di masa itu akan mendapatkan pahala lima puluh orang, dari kalian"
(HR Thabrani)
(HR Thabrani)
Moga Allah,Rabb yang Pengasih sudi titipkan 'tangan-tangan' buat mengesat tangisnya.
Kawan,
Ada ALLAH yang memerhati dan melindungi jasad, jiwa dan hatimu yang kerdil.
Sabar itu kunci. Senyum itu sembunyi.
Yang luar biasa itu gagah yang tertampil, luka dilindungi.
Allah~
Ada ALLAH yang memerhati dan melindungi jasad, jiwa dan hatimu yang kerdil.
Sabar itu kunci. Senyum itu sembunyi.
Yang luar biasa itu gagah yang tertampil, luka dilindungi.
Allah~
Tabahlah, gagahlah
walau mehnah selalu terpanah di jiwamu yang lemah.
Moga syurga untukmu kawan!
Moga syurga untukmu kawan!
Pemilik Seni kiasan Hati
-Atin Jieha-
06122018
17:18 pm