Isnin, Jun 15, 2009

SELAMAT HARI BAPA..BUAT BABA TERCINTA!!

Views

BABA...

SELAMAT HARI BAPA..

Dari jauh anakmu kirimkan kalungan DOA serta AL-FATIHAH buat abah tercinta
Tanpa abah,tiadalah anakmu lahir didunia ini..

BABA....

Izinkan anakmu meluah bicara hati
Menzahirkan apa yang terbuku di hati
Tika ku kecil,anakmu sukar sekali merasai kasih sayang seorang ayah
kesibukan dan perniagaan menyebabkan kita begitu jauh
sejak kecil,abah dan mama selalu meninggalkan kami untuk mencari rezeki buat anak-anakmu
Tinggallah anakmu di rumah kita yang tercinta
namun kosong dengan kebahagiian,gelak tawa,senda gurau bersamamu abah..
Tapi hati kecil anak-anakmu tetap memahami
Bahawa ketiadaan masamu bersama kami kerna jerih perih pengorbananmu untuk membesarkan kami..

BABA..

Waktu dulu,aku teringat kenanganku...
Kerna kebosanan ku,aku bersama sepupuku menunggang basikal untuk melepaskan kesepian dan menggantikan kegembiraan dalam hati demi melepaskan rasa resah dan kesunyian..
Tapi abah memarahiku dan tidak membenarkan aku menunggang basikal
katamu,basikal itu bukan milik ku dan abah tidak suka aku mengguna hak milik orang lain
Ketika itu aku cuma mahu kegembiraan dapat mngubat kesepian di rumah ku yang besar
namun tidak berpenghuni,tiada kasih sayang,tiada belaian daripada mama dan abah..
Melihatkan kemuramanku,abah menjanjikan aku untuk membelikan sebuah basikal buatku
Dan pastinya kegembiraan terpancar pada ruang wajahku
Seronoknya....................

BABA..

Dulu kan waktu abah dan mama tiada disamping kami
Pergi meninggalkan kami sementara untuk mencari rezeki buat keluarga kita
Ada satu kejadian yang tidak kan aku lupakan buat selamanya
tanpa ketiadaanmu,anakmu hilang tempt pergantungan
Namun jangan risau abah dan mama
INSYAALLAH kami mampu berdikari untuk meneruskan kehidupan
Suatu ketika,adik nazwan bermain berkejaran bersama sepupu2
Dan malang tidak berbau,kepalanya telah terluka menyebabkan darah mengalir begitu banyak
Aku yang kelu dan terdiam tidak ketahuan apa yang harus aku lakukan
waktu itu,baru aku sedari betapa susahnya hidup tanpa abah dan mama
tanpa tempat pergantungan dan betapa aku hilang arah ketika itu
Alhamdulillah ada mak su yang sudi menghantar adikku ke hospital untuk diberi rawatan
dan aku dirumah mengelap darah adikku yang banyak yang telah menitik di lantai
sambil berjujuran air mata kerana aku bukan kakak yang baik dan aku sangat memerlukan abah dan mama ketika itu

BABA...

Maafkan anakmu..
Harapan dan impianku ingin bersamamu membina sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia
Merasai belaian seorang ayah seperti orang lain
Kadang-kala cemburu ku sering menguasai terhadap orang lain
mereka mempunyai ayah yang sering bersama mereka
mereka mempunyai ayah yang sering mereka mengadu meluahkan rasa
mereka mempunyai kasih sayang bersama ayah tercinta..
Betapa aku merindui saat begitu abah...
Betapa ku dambakan sakinah usroh kita wahai abah..
bukan harta benda yang ku pinta namun ruangan bersamamu pada anak-anakmu,
gelak tawa senda guraumu bersama anakmu
Indahnya harapan itu baba.........

BABA..

Tapi ku sedar kini..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Mungkin ALLAH TAALA ingin mengajar ku bagaimana hidup berdikari
bagaimana hidup dalam kesusahan
Agar kelak nanti aku kuat dalam menghadapi onak duri dan cabaran
Juga bagaimana mengenal erti jerih kehidupan
Serta bagaimana belajar hidup tanpa pergantungan
Dan segalanya telah mendidik anakmu
Menjadi seorang yang tabah dan cekal
Terima kasih abah.....
jasamu tidak akan kulupakan..pengorbananmu akan ku semat dalam ingatan
Bila ku berjaya nanti,akan ku segera membalas jasa dan perihmu dengan segala kudrat yang ada
Demimu AYAH TERCINTA............

Buat BABA..

Atin sayang baba dan ampunkanlah dosa dan kesalahan anakmu ini wahai abah..
MOGA ALLAH TAALA MEMBERKATI KELUARGA KITA DAN LIMPAHKAN KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN BERSAMA SECEBIS CAHAYA KEGEMBIRAAN..
SELAMAT HARI BAPA....BABA
SAYANG BABA SELALU..........


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH