Cemburu melihat kedua ukhti comel itu ,
Sama comelnya dengan 'syufa' ,
Memegang satu-satunya payung antara mereka,
Hujan basah segalanya dikongsi bersama.
*******
" Awak, awak.. "
Mendengus~
Malas aku menyahut
Malas aku menyahut
Apa lagilah yang 'dia' mahu
" Awak..Saya nak payung. Hujan.. "
Aku senyap
Baik diam dari mengikut katanya.
Hujan apanya kat bumi tandus ini.
Nak dengar bunyi guruh pun alamatnya sukar sekali.
"Awak, saya tahu awak dengar. Tapi saat ini saya betul-betul perlukan Payung. Hujan semakin Lebat, saya dah basah kuyup. Saya cuma ada awak untuk minta payung untuk berteduh. Sudikah awak carikan payung untuk saya ? "
Sayu,
Sayu,
Itu bukan sesiapa.
Itu suara 'HATI' ku sendiri.
Mengapa perlu keraskan jasad ..
Sedangkan mutiara jernih itu mahu tumpah dan merayu untuk dipujuk.
" Awak, Pinjam payung orang lain aci tak? Tak kisahlah payung macam mana pun.
Tak kisah yang murah-murah ke.
Janji lepas pinjam, atau awak beli.. saya akan dapat tempat berteduh. "
'DIA' bersuara lagi.
Dan aku menyerah kalah..
Masih adakah payung yang boleh dipinjam, yang tidak perlu aku membayar?
Untuk berteduh dari Hujan,
Untuk berteduh dari Hujan,
Dari basah kerana pilu
Dari Luka kerana rindu
Dari juga dunia berdentum guruh detak detik
Detak diam didengar damai
Sedangkan isinya meracau bilau
Tepuk-tepuk dada,
Selawat dua tiga..
Kemana lagi mahu cari tempat bergantung
Kalau bukan pada Yang Esa
" Wahai Malaikat, Pergilah kepada Hamba-hambaKU , dan timpakanlah bermacam ujian kepada tiap mereka. Kerana AKU ingin sekali mendengar suara mereka"
Sentap~
Pernah Kita berbuat begitu Hati?
Pernah Kita berbuat begitu Hati?
Aku mempersoalkan kembali padanya
Mana tahu aku lupa , dan semakin lupa.
Sedangkan Firman-NYA sudah sedia ada
Surah Al-imran :139 sendiri sudah berkata.
Payung,
Kemana kan ku cari, teduhnya hanya boleh sendiri.
Tidak mampu menaungi keseluruhan untuk melindungi.
Berteduh, Tapi Belum cukup untuk berlindung
Untuk memagari seluruh jasad dari terkena tempias rerintikan hujan
Mungkin sementara,
Namun selamanya ..Tepuk dada, ada jawapannya.
Akhirnya, Meredup dan berteduhlah di bawah payungan Yang ESA.
Itu lebih selesa,
Itu lebih sempurna.
Alahai~
Bilang Hati,
" Usah dikendong ku bagai beban, Anggap sahaja engkau punya hati lain untuk disandarkan.
Bagai Bahu untuk berpaut.
Bila-bila kau lelah,
Bila-bila kau payah,
Bila-bila kau resah..
Toleh ke sisi, ada bahu untuk dikongsi.
Sampai nanti bakal jua engkau bertemu bahu yang lebih serasi. "
Pandai..
'Dia' pula memujuk.
Payung,
Aku tidak hanya ingin berteduh,
Tapi aku ingin berlindung.
Dan Allah Sebaik-baik Pelindung.
Dan dikau wasilah ku berteduh.
Hati,
Nanti kita cari ganti
Payung yang rabak kita simpan dalam peti
Yang baru pasti menyusul nanti.
Mungkin bukan hari ini ,
Lambat sikit 'ia' mari
Cuma bersabar sedikit,
Adalah buat kami.
Bagi memayungi , dari Hujan dari Panas
Lindungi sementara dari terkandas.
-Atin Jieha -
Ghurfah Farasyi, Bayt Imtiyaz Crew
00:10 a.m
18062012
" Hujan... Nak payung! "
Nota SKH:Badang :
Kadang, kita perlukan payung. Untuk lindungi diri dari panas terik dan rintikan hujan. Agar diri sentiasa berasa selamat dan selasa.
Tapi, Terkadang.. Bila kita di atas, dan apabila kita berada di cabaran yang paling tinggi. Jangan lupa 'Payung Terjun'. Agar Kita berani untuk menghadapi dan Boleh Mendarat dengan selamat walaupun penuh cabaran serta rasa takut. Namun ingat, Kita yang mengawalnya dan kita yang menentukan arah tujunya!
Pemilik SKH Says:
" Hujan,
Aku tidak takut .
Ada Payung.
Ada DIA.
Menemani tika kau ribut,
Melindungi ku dari Basah Kuyup. "
Terima kasih Payung disisi,
Tidak betah melihat ku basah sendiri.
Payung, sediakan sebelum.
Gunakan Semasa,
Dan simpan selepas.
Agar boleh untuk digunakan bila perlu.
*Dicari bila mahu, Digunakan bila Perlu*
1 ulasan:
Semoga Allah kekalkan & campakkan rasa gagah buat kamu ^____^
terus kuat untok Islam ye~
Catat Ulasan