Sabtu, Ogos 24, 2013

Masihkah aku dihatimu, ukht?

Views

Masihkah aku dihatimu, ukht?



“ Fawasiqilla Humma Robithotaha ..”
Lidah ku mengumam penuh syahdu.

-------------------------

Ku pejamkan mata seeratnya.
Membiarkan mimpi bersenandung di dalam fikiran.
Dalam igauan itu,
Yang aku impi hangat kasih dan redup sayangmu.
Wajahmu Ukht..
Benar..
Bayang wajahmu....


Ukht,
Masih ada lagikah sekelumit ruang untukku berdiam lagi di taman hatimu?
Seperti sebelum itu, ukht…
Kau depangkan tangan seluasnya
memberikan ruang untuk ku berteduh dalam hangat pelukanmu
Kau sediakan bahu yang utuh,
Untuk ku sandar dan membuang keluh.
Kau pinjamkan kedua telingamu,
Biarpun engkau sendiri perlukan tempat mengadu.
Itu Ukht, Itu... ~

Namun..
Untuk apa ku mengeluh,
Bila direnungkan kembali..
Bukankah ukht-ukht sering untukku,
Berdiam teguh dibelakangku..?

Tepuk dahi,
Biar sedar mindaku!.
Aduh..~

Mengertilah,
Waktu yang ku butuh,
Terlalu singkat untukku singkap kembali seperti dahulu.

Aku tahu, 
Tawaku kian pudar dan sedikit untukku beri kepadamu
Bahumu yang dahulu basah dengan air mataku,
Kini kontang tiada lagi , wahai ukht ku ..
Kerna, aku mahu menjadi gagah persis sepertimu.
Tidak ingin membeban dengan masa sulitku,
Tidak ingin mencantas masa-masa yang diperuntukkan untukmu.
Kerna aku ,
Ingin sekali teguh...
Cuma ku perlukan kini,
Moga aku masih dihatimu..~

Ukht-ukhtku..
Rabithoh, Ikatan  yang memerlukan Korban .
Setia yang tidak pernah gusar.
Seperti apa?

Bagai burung yang memerlukan sayap,
Menunggu di tengah kemarau,
Menanti hujan tanpa rasa gusar.
Itulah setia..

Seiring di jalan terjal,
memikul beban bahu membahu..
Mengayuh sampan meniti hidup,
Biarpun daerah asing yang diketemu.
Andai sesama ukht itu menangis,
Bakal tumpah pula sebejana air mata yang lain .
Andai ada yang disakiti,
Ada yang turut ditusuk selumbar-selumbar itu.

Ukht,
Aku ingin lagi diisi dalam hatimu.
Ada palitan dan sisipan namaku untuk bersembunyi dalam jiwamu.
Biarpun kecil sudut yang diperuntukkan,
Asal ku diberi peluang lanjut,
izinkan aku menembak hatimu dengan hatiku..

masihkah aku di hatimu , ukht?
Itu soalku...~

Nangis.
Maafkan aku.
Tidak menjadi sahabat yang kukuh.
Sering goyah dengan waktu.
Pemilik SKH,
Atin Jieha
Teratak sepi
24082013
12:59 p.m


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

nazma azmi berkata...

akan sentiasa sama walau dah ade cinta di hati.. hehe.. cewah

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH