Khamis, Mei 03, 2018

:: Topeng Senyum ::

Views

" Sometimes the strongest among us are the ones who smile through silent pain , cry behind close doors, and fight battles nobody knows."




Malam yang sunyi, terbaring kaku di atas katil.
Matanya masih terbuntang.
Lengannya seperti biasa di atas dahi, merenung dinding kosong .
Jasad di situ, fikiran menerawang, Hati berjalan-jalan.
Berselirat kisah-kisah semalam,
Hari ini punya cerita juga menjadi sajian didalam kekotak minda.
Betapa banyak luka yang dia perolehi.
Jiwa dirobek atas salah sendiri.
Ikutkan hati, mahu sahaja dia tersungkur sendiri.
Menutup semua pintu yang menghubungkan dengan duniawi.

Tapi entah,
Bila menjelma siang, tanpa dipinta dia menyarungkan topeng yang terlukis senyum,
dan berjalan gagah di hadapan manusia yang berpapasan dengannya.

Hairan.
Lain manusia boleh kecundang.
Untuk memaparkan senyum sewaktu gundah gulana.

Tapi dia..
Masih,
Dia masih menyarungkan topeng senyum.
Menutup lelah yang sedia ada.
-------------------------


" Selamat pagi cinta ! "
Dia melambaikan tangan pada awan biru.
Bunga-bunga yang baru indah berkembang dikucup baunya.
Sejirus itu dia datang menyinggah di bawah pohon teduh di sebuah taman.
Duduk sebentar melakar bait cerita di atas kertas kosong warna putih.
 

" Oitt ! buat apa di sini? "
Tanya si fulanah itu kepadanya.

Tersentak dia.
Cepat-cepat disarung topeng.

" Saja, menulis.  Cari ilham ."
Senyuman paling manis diukirkan hadiah buat yang bertanya.
Dibalas pertanyaan dengan ikhlas.

" Kau ni.. Tak pernah tak senyum. Hari-hari kau mesti sentiasa bahagia. Tak lokek dek senyum. Tak pernah dilihat bermuram durjana. cemburu aku. Untung kau. "

*Hatinya tergelak kecil,
Tertunduk sekejap.
Mengumam dalam diam.
Kau tak lihat dibalik topeng ini.
Kalau kau tahu isi disebaliknya, pasti kau tidak berkata-kata seperti yang kau lontarkan tadi .
Betapa remuk yang ada di wajah sebenarnya.
Dan betapa aku sedang gigih mengubati luka-luka semalam.


" Aku minta diri dulu. "
Disantun si fulanah dengan genggaman salam yang aman.
Sekilas dia segera ingin memanjangkan langkah. Meneruskan perjalanan cuba capai impiannya yang berkecai.
Dikutip-kutip cebisan impiannya yang berselerakan.
Mana tahu kalau cantum kembali, dia tidak perlu lagi berlakon lagi.


Tiba-tiba ada satu origami berbentuk kapal terbang terlayang jatuh tepat di kakinya.
Langkahnya terhenti.
Matanya sibuk mencari pemilik siapa yang tercicir origami tersebut.


Tiada.

Diambil origami tersebut.
Disitu kelihatan ada nota yang terpalit dakwat hitam.
Dibuka perlahan-lahan.
Mungkin mana tahu ada nama sang pemiliknya.

Baca.
Diam.
Tanpa sedar berjuraian air mata dibalik topeng senyum yang dipakai.


 " Kadang tanpa tersedar kita lelah,
Lalu disarung topeng senyum.
Sekurang-kurangnya disekeliling tidak perasan,
Bahawa kau sedang sibuk menjahit luka untuk merawat ia bagi sembuh.
Dan, bila sembuh..
Bisa sahaja kau tanggal topeng senyum pada waktu yang kau mahu.
Perlahan-perlahan,
Tidak perlu drastik.
Kerna kau perlu waktu.

Nanti-nanti, kau boleh hias wajahmu dengan senyuman manis yang sebenar.
Tanpa menipu lagi , bahawa kau sedang sakit.
Tidak perlu hijabkan lagi.
Perlahan-perlahan ya.. "
 - Impianmu -

Itu cebis dari impiannya.
Senyuman ikhlas tanpa menipu.
Dan Mimpinya untuk menjadi salah satu bintang bersinar di tiap-tiap kehidupan manusia yang disayangi.

Baru dia tersedar,
Setiap salah bisa diperbaiki.
Setiap kegagalan kadang bisa terulangi,
Jatuh ,bisa bangun,
Tapi.. seandainya menyerah untuk hidup ,selesai hidup.

Tidak.. dia tidak mahu hidup dalam kabut.
Dalam kepuraan yang membuatkannya serabut.
Bertopengkan kepalsuan, Senyuman yang diada-adakan.
Itu bukan hidup sebenar.
Isi yang duka, luarnya ternampak suka.
Yang merana jiwanya.
Yang sakit hatinya.
Apa guna hidup yang sebegitu cuma.

*Ditepuk-tepuk dada
' Iman, kau masih disitu. Kenapa bodoh aku tidak menggilapnya. Kalau aku tidak tingkatkan keimanan, suram lah semesta jiwa. Kenapa aku lupa TUHAN, sedangkan DIA ada. Untukku mencurah dan mengaduh segalanya. Bukan membiarkan hati terus mati, Memalsukan hidup yang patutnya lebih bererti.  '

Tertunduk lagi.
Hujan lebat lagi di tubir matanya.

Ada bisik suara seraya menjengah,

' Menangislah sampai puas. Itu bukan dosa.
Hingga hatimu aman. Saat itu perlahan-lahan kau ukirkan senyuman untuk gagahkan jiwamu yang terluka. Jangan gusar, ada masa diperuntukkan untuk merawat dan menjahit tiap luka itu. Senandungkan zikir , sujud pada-NYA. Percayalah, ia bakal terubat. Allah selalu menjemput hamba-NYA untuk kembali. Mengecapi bahagia yang sebenarnya.   '


 ---------------------------------------------------------------------------------

Tiada lagi topeng senyum.
Topeng itu telah dia simpan, kunci ditempat sewajarnya.
Yang ada sekarang senyum ikhlas penuh bahagia yang sebenarnya.

Ya,
Perlahan-perlahan dia tanggalkan topeng senyum itu.
Sememangnya mengambil masa.
Tapi, waktu itu sentiasa ada untuk hadir memberi bahagia.
Kita yang memilihnya.

Perlahan-perlahan,
Jangan gopoh.
Yang penting hati rapuhmu kembali terubat utuh.
Jahit dengan benang iman,
Pasakkan dengan keyakinan.
Percayalah,
Ada Allah di hatimu,  senyumanmu pasti tersemai.

Atinjieha
Pemilik Seni Kiasan Hati
14:28 p.m

Selayang Senyum yang gigih, Untuk menebar secebis kasih.








Melihat manusia tersenyum, kadang-kadang ada juga yang menghijab hati sebenarnya. Disarung topeng senyum, Mengaku gagah, Tertawa tanpa tahu apa ada pada jiwanya.
Itu normal.
Pasti ada yang bijaksana, sembunyikan tangis dan duka. Sorokkan resah musibah yang dilandanya. Janji tebaran senyumannya tetap ada.
Emm..Aku tahu , kau begitu kan?
Hahh..Tidak mengapa.Perlahan-perlahan. Topeng senyum itu tidak akan kekal selamanya.Nanti-nanti senyummu akan kembali megah menghias wajahmu sebenar.
Bukan lagi topeng.Percayalah.Cuma, Kau yakinlah pada TUHAN.Kau ada iman, InshaALLAH senyummu akan kekal.
Dengan izin-NYA.



☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH