Ahad, November 13, 2011

:: Adinda , Nasihat Ukhti ::

Views



Adinda tersayang~
Ukhti terasa mahu melakar sesuatu buatmu
Andai sebelum ini ukhti hanya mencoret tentang insan lain selain kamu
Kini, ukhti rasa..
Sudah tiba saatnya ukhti 'hadiah' kan bingkisan buat adinda yang dirindui selalu.
Bukan ukhti lupa..
Tapi ukhti tahu dirimu mampu membawa hati yang dewasa~

Adindaku..~
Masih ingatkah kenangan ini..
Saat kita bertiga pulang ke kampung halaman bersama bonda
Hanya menaiki Bas yang berlepas saat tengah malam~
Ukhti melambai-lambai tangan tanda perpisahan kepada yang lain
Mereka sendu~
Kerna ditinggalkan..
Saat itu ukhti harus tabah..
Walau diikutkan hati , mutiara-mutiara putih itu mahu sahaja mencurah-curah dengan lebatnya
Tapi sebagai pangkat 'UKHTI'
ukhti tetap cekalkan hati..
Ukhti hanya mampu tersenyum...
sambil mengusap-usap kepala adik-adik yang lain
Memeluk mereka..~
Ukhti tetap mahu terus tersenyum.

Adindaku..~
Tatkala dikau berendam air mata..
Yang ukhti dan bonda tidak tahu mengapa
ukhti memikirkan mungkin engkau rindu kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menemanimu seadanya.
Tapi ukhti membiarkan tangisan itu..

ن البكاء هو الشفاء من الجوى بين الجوانح-

"sesungguhnya tangisan itu ubat bagi kesedihan mendalam yang terdapat di antara tulang rusuk"

Ukhti cuma mampu tersenyum kemudian kembali pejamkan mata
Kerna lelah membawa aku terbang sebentar ke alam maya
Izinkan ukhti sebentar..
Membuang resah dan gelisah dalam Maya yang tersirat..

Duhai adinda~
Ukhti tahu dirimu kian dewasa
kita sama-sama berkongsi banyak cerita
Membesar bersama..
Menuai suka duka dari kecil hingga kini tidak pernah lepas dari merasa perkara yang sama
Walau begitu~
Ukhti lebih kagum dengan dirimu
Adinda lebih keras dari ukhti untuk menghadapi liku-liku yang menjelma
Tidak seperti ukhti..
Sering sekali berendam air mata.



Adindaku..
Kitalah kuntuwan mawar di tanam bonda.
Disemai ,dibaja dengan sebaiknya..
Dicurahkan air ketabahan buat kita
Dipupuk dengan rasa kasih yang hebat tiada tara
Kerna itu kita mekar dengan harumnya..
ya..~
Kitalah Bunga Agama
Bila mana kita ingin mengetahui tanda kebaikan dan kebaikan yang menghiasi jasad dan akal
Maka ,
Tugas kita membuang jauh-jauh kebiasaan mempertontonkan diri ..
Kerana..
Keindahan jiwa itu lebih berharga dan lebih tinggi..
Ukhti masih teringat kalam-kalam ini..:
Bunyi nya menyentuh hati~
Sungguh..
Banyak manusia dapat membuat mawar buatan
Akan tetapi,
Bunga Mawar asli di taman tidak dapat diserupai bentuknya.

Adindaku..
Sebenarnya
Banyak malam yang ukhti lalui
Bagaikan awan gelap dan kesepian kerna perpisahan yang meresahkan
Bagaikan benda-benda berat yang tidak sedap dipandang
dan tidak sedap didengar..
Ukhti rindu pada kalian
Namun untuk sampai ke tempat kalian..
Ukhti perlu melewati tanah lapang yang luasnya seperti lapang dadanya seorang yang penyantun..

إن التّباعد لا يضر * رإذا تقاربت القلوب

-" Sesungguhnya berjauhan itu tidak membahayakan apabila hati masih dekat"-

Tapi ukhti mengerti..
Telah berdirinya 'sesuatu' memayungi ukhti dari sengatan matahari
Seseorang yang lebih mencintai diri ukhti dari diri mereka sendiri
Mereka memayungiku..
Sungguh menghairankan~
Apabila ada matahari memayungi ukhti dari terik matahari..
Itulah hakikatnya..!~
Benar adindaku..
Ketika pertolongan telah melirikkan matanya kepadamu..
Maka tidurlah dan segala ketakutan akan menjadi aman!

Adindaku sayang~

Biarlah kita seperti 'Hujan'~
Yang melompat dari singgahsana langit
kaki-kaki kecil yang menghentak
permaidani hijau..
Birunya bumi..
Kaki-kaki kita yang mungil menari dengan cepat
Menari dengan tertawa
Wajah terngadah
Tangan terentang..
Kita menari dengan girang..
Tarian penuh damai
Hingga menyampaikan harum ke dalam senyapnya dunia~
Ye..
Kerna hujan..kerna Mendung,
Mendung penurut yang banyak mencurahkan hujan
Menjadi tumpuan pertolongan bagi debu yang menderita
Menjadi faedah kepada alam..
Membantu menempatkan mereka di taman hijau yang tertawa,
walau tangisan awan bergema...

Adindaku ..
Pesan terakhirku..
Seakan-akan angin yang lembut itu adalah akhlaknya
Seakan-akan kejernihan air itu perangainya
Seakan-akan terangnya siang itu adalah pelipisnya
Seakan-akan hamparan bumi yang menghijau itu adalah kebaikan perjalanan hidupnya
Dan..
Ingatlah dindaku..
Bertebarlah seperti itu..~
Moga bermanfaat didunia
Kelak akhirat diberkati oleh Rahmat-NYA





-Atin Jieha-

13112011

21:45 P.M


[ Teristimewa Buat Adindaku 'Amanina Syahidah ]
Selamat menduduki SPM~


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH