Sabtu, September 12, 2009

RATU HATIKU

Views

Assalamualaikum....

Ratu Hatiku


musim berganti menggamit memori
membuai seuntai kenangan
ranjau berduri telah kau tempuhi
tabah hidup sendirian

sering terimbas sewaktu bersama
senda gurau manis bicara
usahlah ditangisi insan yang telah pergi
kaulah pengganti suami

engkau ratu di sanubari
menjalar di setiap urat nadi
nasib begini tak kau kesalkan
Tuhanlah sandaran harapan
pasrah ketentuan

andainya taufan kecewa kau biarkan
warna pelangi tak muncul lagi
berkat kesabaran serta pengorbanan
kini hidupmu berseri

deraian air mata bertemu di pipinya
melihat anak?nya berjaya
Tuhan hanya menduga kesusahan yang tiba
pasti tak akan selama-lamanya

kaulah ratu hatiku.......

First at all,lama rasanya tak mengup-dated blog ana ni..jenguk pun sekali sekala.hmm..ni bila orang dah mengkomen kenapa lama tak buat post baru,baru la rasa nak mengup-dated blog ana nih.Bukannya apa,kadang-kadang ana ni ada kekangan waktu dan masa untuk menghadap laptop untuk buat blog.kadang-kadang tak ada idea nak buat post apa la yang lain dari yang lain..kadang-kadang juga 'FEELING NOT SO BETTER'..Itulah,banyak kadang-kadangnya..:-)

Bagi follower tetap blog ana iaitu kak akmalina..hehe ni post atin yang terbaru khas untuk bacaan akak.lepas ni jangan komen-komen ye kata atin tak buat-buat lagi post baru.Setelah sebulan x mengup-dated blog..banyak rasanya benda yang ana nak kongsi tapi semuanya berkisarkan tentang apa yang terjadi dan bakal jadi dalam hidup ana..Tak apa kan kalu izinkan ana menempung teduh??

Apa ye kaitan lirik nasyid diatas dengan tajuk blog ana kali ini??
RATU HATIKU...
ermm..banyak persoalan telah berlaku pada diri ana sebenarnya..permasalahan..tapi sebenarnya lagu ini ana tujukan khas untuk idola ana.Idola ana yang banyak berkorban demi orang-orang tersayang dan yang tak penah kisah segala jerih perit yang dialaminya sehinggakan sanggup tidak mahu makan atau tidor.(hmmm...) Idola ana yang paling ana sayangi dunia dan akhirat.kalau dahulu orang tanya siapa sebenarkah menjadi idola ana.ana pasti teragak-agak memikirkan siapa sebenarnyakah idola ana.At last,Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menjadi idola ana sebagai tokoh kepimpinan yang disukai ramai sebagai pejuang islam.

Tapi siapa sebenarnya idola hidup ana?...sudah tentulah idola yang ana maksudkan ialah ibu ana.Ibu ana yang terlalu kasihkan anak-anaknya sehingga sanggup melalui onak yang berduri demi kebahagiaan anak-anaknya.Kadang-kadang ana fikir,mungkinkah ana mampu sekuat ibu??Biarpun menderita jarang mengeluh,biar bersedih pandai menyembunyikan kesedihannya,biarpun perit,Ibu redho dengan ketentuan-NYA.Bagaimanakah aku boleh menjadi secekal ibu...??ana tahu walaupun sebanyak mana ana membalas jasa ibu kelak dan tidak mungkin ana mampu membalas segalanya pengorbanan ibu yang begitu besar kerana pengorbanan ibu begitu banyak dan bernilai.Ana Teringat riwayat Imam Bukhori dan Muslim iaitu Dari Ibnu Mas'ud ra,dia berkata,"Kutanya Rasulullah SAW,"Apakah amal yang paling disukai ALLAH TAALA?" Baginda menjawab,"solat tepat pada waktunya." Kutanya lagi,"Lalu apa?" Baginda menjawab ,"Berbakti kepada dua orang tua." Aku tanya lagi," Lalu apakah lagi?" Baginda menjawab,"Jihad."
Sesungguhnya Imam Muslim merawikan ,"Tiada seorang anak dapat membalas jasa orang tuanya melainkan ia membeli seorang hamba dan memerdekannya."

Kesimpulannya,walau berjuta-juta harga atau apa-apa yang kita berikan pada ibu kita,tidak mungkin dapat membayar segala jasa dan pengorbanan yang telah ibu lakukan..
Terasa rindu pada ibu....

Ibu...
Dikaulah permata hatiku..
Mengajarku erti jerih perit kehidupan..
Mendidikku tentang kesabaran..
Menyemaiku dengan semangat perjuangan
Dalam menempuhi alam realiti dengan ketabahan...

Ibu...
kaulah teman dikala ku kesedihan..
kau penyeri dikala ku ketandusan..
Tika ku kebuntuan sering diselubungi sendu..
kau hadir meniupkan ketabahan untuk anakmu mengukirkan senyuman..
Betapa besarnya pengorbananmu ibu..
Betapa kasihnya ibu padaku..

Ibu..
kaulah sahabat dan teman senda sendu padaku..
kebahagiaan anakmu tercetus hasil kegigihanmu..
Betapa anakmu rindu padamu..
Merindukan belaian kasihmu padaku
Tika ku buntu kini.....

Ibu..
Dibumi anbiyak ini...
Kutitipkan sekalung doa dan salam kerinduan penuh syahdu padamu..
Izinkan anakmu mengejar matlamat dan cita-cita dalam perjuangan
untuk membawa pulang segulung ijazah untuk dihadiahkan padamu ibu..
Hasil titik peluhmulah yang berjaya membawa aku dimedan perjuangan..
Akan kubalas jasamu ibu!!!

Ibu...
Dari jauh anakmu mengharap secebis doa buatku..
Agar hidup mati dan perjuanganku diberkati dan diredhai oleh-NYA
Setulus kasih sejambak kerinduan khas buatmu..Ibu
Anakmu menyayangimu ibuku...!!

Banyak sebenarnya nak tulis tapi segalanya berbelit-belit dalam kepala.Tentang segalanya...apa point yang nak di luah pun tak dapat-dapat lagi nk rungkai.(pening sebenarnya..huhu)
Bersambung......








☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH