Selasa, Julai 20, 2010

~lakaran puisi~

Views

~~~~
Merenung bulan di malam hari
Dihiasi bintang cantik berseri
Terbaring sepi dipondok sendiri
Tidak beratap kerana diri
Unggas dan kunang-kunang setia menemani
Alam seolah-olah mengerti
Aku merenung rasa ini
Terkadang tidak mengerti bicara hati
Aku seolah bercakap sendiri
Tapi yang aku rasa dipeluk cinta ILAHI
Aku bahagia bila begini
Walaupun ada yang memandang sepi
Tetap “berbicara” walau sendiri
Terkenang sesuatu yang tidak diketahui
Apakah bisa untuk merasai
Bicara hatiku tika ini
Aku dan alam bagai sebati
Semoga rasa ini ikhlas kerana ILAHI

Ku renung langit ini
Bagai terasa ada yang memerhatiku
selami hati ini
Bagai terasa ada yang mengerti
Ku berdiri melihat alam ini
bagai terasa menghibur hati
Tulisanku ini bukan mahu menonjol diri
Tapi mahu orang mengerti
Bahawa hidup tidak semudah lakaran puisi
Hanya yang berseni boleh memahami
Untuk yang punya hati

Di tepi unggun api itu
Aku menghadap pantai itu kembali
Malam ini bulan penuh indah beseri
Cantik ciptaan RABBUL IZZATI
Kalaulah segalanya semudah yang diharap erti
Mungkin kini ku kan tertidur lena
Sepi di tepi pantai
Ditemani kedengaran ombak menghempas pantai

Kembali pada hakikat diri….
dicelah-celah flora itu aku membawa diri
Mencari sebuah erti..
Suatu rasa yang tidak ku kenali
ALLAH anugerahkan pada sudut hati

☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

2 ulasan:

@km@nur d!n!yy@h berkata...

salam ziarah r-10..haha
pe kabo????????????????
hihi....

:))<3

Najihah berkata...

Hidup seorang daie xpnh x gelisah..
x pnh x dirundung pilu dan gundah..
Kerana hatinya sentiasa risau akan keadaan ummah..fikirannya ligat memikirkan strategi menegakkan kalimah Allah..

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH