Saat ini aku mengajak langit biru dan awan mendung untuk menyatu~
Temani aku dan fahami setiap rangkaian menerusi jiwaku..bermula dengan nada sendu berakhir dengan ukiran senyum yang mulus..maka disitu ada pengertian,buat hati yang tidak pernah bosan~
Puput BAYU datang menyinggah
Angin seru hadir menyembah
Mentari muncul menyampaikan salam
Ukir senyum buatku tanpa berkalam
Ku hulurkan tangan
Mengenggam anugerah bersama secebis kenangan
Lirik kerdipan bintang turut memberi penangan
Malu-malu ku tundukkan pandangan
Angin berbisik
Hati terusik
Sesuatu yang asyik
Bila dirisik...
Allah..Allah..Allah~
Aku nampak sesuatu~
Lakaran 'Meniti cinta dibibir syurga' di atas awan biru
Suatu lafaz..
Lafaz azimat
Lontaran terus..tertuju pada hati..tidak pernah telat!~
Menuju tepat padaku..
Ya,
Manifestasi Cinta sejati
Meniti ia dibibir syurgawi
Biar mengalir mutiara-mutiara ini
Biaskan hanya pada SANG PENGANUGERAH Pelangi
Laluan,
Menuju samudera cinta dan keindahan kepada TUHAN
Setiap perbezaan ..moga ALLAH hijabkan
Kombinasi langit biru bersama awan-awan
Melakarkan suasana..tenang ku terus simpulkan senyuman~
Meniti kembali cinta syurgawi
Di landasan benar kita seberangi
Meniup aroma dakwah mewangi
Satu hati suatu yang pasti
Dan.
Aku kembali mengintai si mentari
Hangatnya kehadiran menemani hari
Terima kasih TUHAN atas tautan yang diberi
Utuh disanubari
Meratib syukur ku tidak terperi
Terus melangkah menuju ke gerbang syurga
Maka saat ketika ku enggan bersuara
Mahu hanya serah pada Yang Esa
DIA yang mengetahui segala
Tentang segala hikmah yang ada
Izinkan ku kelu
Izinkan ku bisu
Di sisi Langit biru turut beradu
Terus di sana seru menyeru
Mengajak ku meniti cinta di bibir syurga tak pernah jemu~!
-Atinjieha-
( sekali angin menyapa mengukir salam )
0 ulasan:
Catat Ulasan