Semalam aku berduka
Mungkin hari ini aku tersenyum
Semalam aku menangis
Mungkin kini aku sedang tertawa
Menjeling jam di tangan
Putaran waktu mengikut aturan
membilang hari-hari semalam
Bukan sesaat..bukan seminit
Bukan sehari ..tidak juga berbulan.~
Ia adalah bertahun..detik,terus berdetik...
Masa seusai sekencang badai..
Aku...~
Memegang sepatu merah
Bersama kuntuman bunga merekah
Melangkah di sebuah daerah
Laluan musafir Rawan di bumi syuhada' Mu'tah
Menelusuri duri-duri Mehnah beserta Fitnah~
Akulah itu..
si penunggu setia di hujung singgahsana
Mengabus debu-debu 'kenangan'
Lantas Berbaring di atas rerumputan
Berlantaikan alam kebesaran
Berbumbungkan angkasa milik TUHAN
aku mengintai membelek.~
Cuba Memanah Membidik
Saat bulan dipagari bintang
Gemerlip kerlipan harapan
Terlabuh gelap malam,kelam nan damai
Menyelimuti segenap rasa dan perasaan...
Subhanallah..~
Membiarkan angin dingin memeluk hangatnya tubuh badan
Tidak semena-mena terhembus sebuah keluhan
Cuba menarik nafas yang menyesakkan
Melapangkan dada yang dicemari 'kotor' nya jiwa insan
Sungguh..
Aku mahu kembali bersama alam....
Yang menenangkan sekeping hati yang bernama perempuan
Mengarap kembali ilham yang telah hilang
menyemai kembali pemberian yang mengharapkan erti rasa berTUHAN
Aku..
Hanya memberi,tidak harap kembali
Hanya memerhati,tidak pula mahu memiliki
Hanya mendengar,sambil menghayati
Hanya menyayangi,tidak juga melebihi
Bagai sang suria yang menghangatkan Dunia
Bagai kerlipan bintang yang menyinari Jiwa
Bagai Rembulan yang dirindui sang Pungguknya
Bagai pohon dingin musafir hadir berteduh...~
Aku..
Lari-lari Sebegitu mencari tempat bersauh
Tanpa pendayung kiri dan kanan
Hanya bertemankan sepatu merah yang memberikan kekuatan
Mengenggam sekuntum bunga yang menjadi tamsilan
Ingin mekar berkembang tanpa terusik dengan halangan
Benar sayang..
Padang perahu di lautan
Padang hati di fikiran
Walau hidup kadang tidak berteman
TUHAN tidak pernah sesekali meninggalkan hambanya yang mencari hidup BerTUHAN
Allah~..
Kasih ini tidak terlakarkan
Musibah ini tidak mengentarkan
Walau sukar menggapai Bintang
Yang menghiasi cakerawala tika malam
Umpama dialah Bintang..akulah lalang
Apa yang termampu..mencuri pandang sekadar berdiam
Mustahil untuknya turun
Mendekati lalang yang layaknya di arena padang
Yang aku hanya bernama Lalang
Ke kiri ke kanan selari tiupan bayu malam
Tapi...
Bintang itu selalu berbisik
Sedikit membuat hati terusik
"Lalang,
(Sambil ia tersenyum memanjang)
Engkau teruskan menggapai impian
Walau terpaksa mengharungi angin yang berpusar
Malam yang kelam
Terik yang memeritkan
Tidak mengapa!~
Berlari biarlah bersama
Jatuh rebah biarlah ada yang angkat kembali"
Si lalang..
Dengar sini sayang..
Engkau..Haruslah pandai menyelam air di dangkal
Pandang jauh dilayangkan
Pandang dekat ditukikkan..
Mencipta langkah dengan sepenuh penghambaan
Kepada Rabb-MU Sang Pemilik Seantero Alam.....
Mengerti! pusara semalam jangan lagi ditangis sendukan~
Menyarung sepatu merah
Berjalan dengan diri yang tabah
Menyelitkan BUNGA dihati yang resah
Biar harum wangiannya membuang gundah
Di situ ku berdiri
Di atas kaki sendiri
Membuang duri yang menyakiti
Sungguh..~
Kini tidak akan ada lagi yang menyakiti...
-Atin Jieha-
( Kepada bintang ku bisikkan:terima kasih oh teman!)
25052011
23:10p.m
3 ulasan:
Secerah mentari pagi.
Seakan-akan menyinari relung hati,
Puisi anda indah berseri,
Moga Tulisan anda membawa umat ini ke medan hakiki....
Seni Kiasan Hati,
Perlu di kikis lagi,
Agar pena anda lebih tajam lagi,
Mempertahankan umat ini.
Teruskan menulis di kanvas hati,
biar ada masih ada yang mengerti,
hakikat hidup ini...
Cubalah anda gunakan untuk kebangkitan umat. Tarian pena anda perlu untuk medan ini, lapangan ini. kerana dimensi ini luas ukhti...:)
nice words..=)
Catat Ulasan