Sabtu, November 19, 2011

:: Pena ::

Views



Ilham~
Hadirnya sentiasa dinanti dan diundang
Tapi..
Terkadang perginya tanpa diriku tersedar..
Tidak terbayang tatkala pena kaku Tidak mampu melakar.
Namun~
Kembalinya pasti memtransformasikan pena mencoret sesuatu yang terang..


Aku cintakan Pena..
Kerna ..~
Lidah pena itu meludahkan kegelapan di siang hari
Ia faham apa sahaja yang dikatakan seorang insani
Tanpa melalui pendengaran
Yang dari jauh boleh di dekatkan
Yang kabur jua mampu dijelaskan.

Aku cintakan Pena itu..
Kerna sifat pena itu sangat pipih
Apabila digoyangkan oleh hujung jari jemari
Maka pasti menghujankan malam yang gelap pada kertas yang dimiliki

Aku cintakan Pena..
Kerna Saat itu ,
Aku mampu melantunkan apa yang tidak mampu dibicara
Dengan bibir mungil yang terkadang bisu tanpa suara
Maka ,
Pena berganti Sama ada pada lisan mahupun gerak anggota


Aku akan mengingati wasiatnya
Saat abdul hamid al-Khatib bertitah mengenai keindahan pena ..
dalam mengukir sastera
" Wahai para penulis~
Berlumba-lumbalah dalam memperindah aspek-aspek sastera
Fahamilah agama..
Mulailah dengan mempelajari ilmu kitab ALLAH
Kemudian bahasa arab kerana ia menjadi pemanis bahasamu
Kemudian perbaikilah tulisanmu
Kerana ia sebagai penghias kitab-kitabmu
Riwayatkan syair-syair~
Kenalilah keunikan dan makna-maknanya
Kenalilah Hari-hari orang arab dan bukan arab
Kejadian dan perjalanan hidup mereka
Kerana apa yang demikian akan menyokong tercapainya keinginan.~

Ohh..~
Bukankah pena itu bagai sebuah keajaiban
Persis pedang yang diasah penuh berkilauan
Ketajamannya mampu mengegarkan seantero alam
Secarik tintanya mencantas kemungkaran

Maka,
ku cinta pena..
Kerna Keistimewaan yang ada padanya
Seperti panglima yang menghunus mata pedang..
Maka seluruh penjuru dunia akan ketakutan dan waktu bakal berpaling tegang~


-AtinJieha-

19112011

23:15 p.m

- Live To Write, Write To Life -


☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH