Isnin, Februari 20, 2012

:: Sendiri, Tiada Bahu :: Tapi Ada RAFIK

Views
" Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi ( darjatnya ), Jika kamu orang-orang yang beriman.

( Al-'Imran : 139 )



Aku, 
Hanya Manusia Biasa.
Yang punya segala rasa
Saat kemelut datang tidak terduga,
Pasti akan ada secebis luka. Kerna Aku Masih Insan Biasa.

Menapak,
Pincang sedikit untuk menjejak.

Terngiang-terngiang:

"Jangan Merajuk Wahai Da'ie"

Gugur sedikit air mataku.

" Kemarahan itu salah satu ujian untuk orang menegur, jika hati terhiris kerana kemarahan.
Biar Luka Itu di ubati dengan doktor-doktor-NYA. 
Itu adalah lebih baik~"

Itu pesanan ringkas adik sebilikku. 
Tidak lupa jua dia menitipkan,

"Ketika diriku terluka,ada satu mesej sampai di hatiku. engkau Sudi menjadi bahu untuk menumpang duka. Dan Jika diberi keizinan, aku sudi mendengar dan menjadi bahu untukmu. Be strong."

Adik, akhirnya Akak gagal menyembunyikan kelukaan ku darimu. Maaf~

Dan aku masih mengesat tangis.
Sedikit teresak, lantaran dada rasa sesak,sebak.
Ahh~ kerna sebaris 'AYAT' yang pedih ditujukan tepat kepadaku, aku merajuk dan membungkam.
Kecewa ,melatah.  

Jangan merajuk wahai da'ie. 
Mad'u Itu pelbagai ragam yang bermacam-macam sekali.

" Dan Tidaklah kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa khabar gembira dan Pemberi ingatan. Katakanlah : " Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan ( mengharapkan kepatuhan ) orang-orang yang mengambil jalan kepada tuhannya."

( Al Furqan :56-57 )

Sendiri, Tanpa Bahu

Mungkin semalam guguran salju masih bertandang, tapi hari ini ia makin mencair. Dan entah kenapa saat ini walau ku tahu saat 'salju' perlu mengucapkan 'Sayonara' , aku masih lagi mengintai-intai jendela .mana tahu SANG RAFIK akan kembali mengirimkan salju buat hati ku yang hangat dengan pelbagai kemelut mencabar. Kerna salju semalam masih belum mampu menuai dingin pada hatiku. 
Entah kenapa ,tapi mungkin kerana aku tahu. Salju yang ku lihat, sentuh, dan sayangi ini adalah yang terakhir kali untuk ku menongkah disini, Dataran syam ini.
Jadi, aku masih mengharapkan ia gugur banyak kali dalam perkarangan rindu itu.

Dulu, pada waktu yang sulit begini. Aku punya mereka sebagai teman bicara. Berkongsi cerita suka duka, soal manusiawi dan seringkali merekalah yang menebarkan damai dalam sekeping hati kecil ku ini.
Tapi,
Tetapi,
Manusia itu hadir dan pergi.
Walau manusia itu tiba-tiba menghulurkan tangan, melantunkan salam. Menuai perkenalan, membaja ukhuwah yang erat.
Suatu saat nanti, belum tentu dia akan kekal, pasti akan diambil TUHAN. kerna 'mereka' hanya pinjaman dari TUHAN. Dan kita perlu melepaskan, walau berbaur tangisan.

Dan, Tika ini..Aku sangat merindukan 'mereka' itu. Yang sebelum ini pernah menghadiahkan 'Balang Ilusi' untuk aku kepal-kepalkan segala bentuk kepingan kertas kecil yang punya pelbagai kisah suka dan duka ke dalam balang.
Serta, akan meminjamkan 'Balang Ilusi' mereka pabila yang ku miliki sebelum ini retak dan bakal pecah suatu saat.
Aku Rindu~

Tapi Kini, Aku Sendiri, tanpa Bahu. Tapi Ada RAFIKku.
Yang akan memujukku setiap 5 waktu.
Yang akan Menghilangkan Resahku tatkala aku  membaca NOVEL milik Sang RAFIK.
ALLAH, Sang Rafik yang akan selalu memujukku dengan ayat-ayat CINTA-NYA.
DIA lah Sang Pencerah ,membawa sinar untuk menerangi yang Kelam. .

Sendiri, Namun Punya RAFIK.

Berkata Benar, Salah? Aduhai~

Aku Terdiam sepi. 
Mengingati bait-bait ini. 

  • "Berkata benarlah walaupun Pahit"


Semenangnya, ayat di atas nampak ringkas. sekali nafas kita mampu melafaz. Namun, Untuk memaknainya, sukar sekali. kan?
Siratannya punya makna yang sangat mendalam.
Realitinya, yang benar itu memang pahit untuk ditelan. Malah lebih pahit untuk dilaksanakan. 
Pahit apabila:
  • Mudah memberikan nasihat, namun untuk menerima nasihat sangat sukar.
  • Menyatakan benar, tapi 'ditembak' bertubi-tubi dengan tohmahan atau kata-kata yang kejam.
  • Memberikan secebis nasihat, tapi akhirnya ditinggalkan teman-teman, ditinggalkan keseorangan.
Tetapi,hakikatnya..Manusia yang ikhlas dalam keyakinan dan perjuangannya pasti akan berdiri di atas kaki sendiri dengan teguh dan kebenaran walau ditinggalkan seorang diri demi mencari redho TUHAN.

Ya~Sendirian. Tanpa Teman. Namun Punya RAFIK.

Hendak apa untuk merajuk, andai ia adalah suatu kerugian ?
SubhanALLAH.
Sedangkan ikhlas itu adalah dengan mengutamakan pandangan ALLAH,daripada pandangan makhluk yang pelbagai Ragam.


Usah bersedih, Kata-kata ini ku pujukkan buat diriku..
Muhasabah agar ia menjadi munasabah, bukan membuatkan ia makin gelabah.
Walau sendiri, Tanpa Bahu. RAFIKku masih ada.
RAFIK yang menunjukkan arah tika aku sesat,
RAFIK Yang sentiasa berdampingan dengan aku tatkala keseorangan..
DIA lah Pendamping yang paling akrab, DIA lah Pengawal mahkluk-NYA YANG MAHA SETIA & HEBAT.

Biarlah~
Sungguh, kesedihan ini hanya secebis. Tidak mampu dibandingkan dengan penderitaan dan kesakitan yang RASULULLAH S.A.W alami, tidak jua  seteruk yang melanda para Sahabat. Setiap kesabaran dan tawakal yang dipasakkan demi ALLAH, pasti akan ada ganjaran nilai yang tinggi harganya.

Jangan Merajuk Wahai Da'ie, Kerna Tangisanmu amat bernilai Sekali.
Maafkan semua orang, lupakan segala kesakitan.
Usah khuatir dan bersedih apabila seruan tidak diendahkan.
RAFIK ku sentiasa ada bersama ku teman!

YA RAFIK~!
ENGKAU Super HEBAT.


Rasulullah s.a.w bersabda,

‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya.

 Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.



-Atin Jieha-
Bayt Imtiyaz crew, JORDAN.

[ Terkadang Hero, terkadang Zero ]

ILahi Rabbi,
Maafkan Aku kerna lalai 
Kerna gagal~


Nota SKH:

Senyum, Sabar. 
La Dolce Husna, tetiba nak awak usap belakang akak. Macam selalu yang awak minta akak buatkan kat orang lain. :)
Terima kasih Dua Roomates  saya ( Insyirah + Farah Nazihah ) Love Both of You.
Kak nawa dan Fatimah Rafik yang menimbulkan tawa..
Terima Kasih..
Yang Faham, Akan Tahu.
Yang Tahu, Biarlah Bisu..~ 
Pada Allah, Ku luahkan Rajukku..Lantunkan Rahsiaku.

:: Aduhai Da'ie:: Terima kasih La dolce husna atas untaian ini....Serius! terharu. :'(
















☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

0 ulasan:

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH