Khamis, Mei 10, 2012

:: Sabar Itu Indah, kan sayang? "

Views




Assalamualaikum W.b.t  taman ku,
Adakah masih segar taman ini dengan wangian ilmi dan cetusan nafsi..?
Moga ianya terus mekar dengan haruman kasih dan cinta kepada kiasan yang tidak pernah padam dalam hati. 

Walau siang dan malam sering berganti,
Mentari menggelongsor dan Bulan mengambil tempat untuk berdansa di atas langit Ilahi.
Hidup yang keruh dengan segala keladak noda dan ujian perlu diteruskan . Ya,Perlu diteruskan.


"Sabar Itu indah, kan sayang? "

Bisik-bisik aku dalam hati. 
Ayat inilah yang sentiasa mengubat  andai tahap kesabaran ku berada di tahap merosot.
Dan ayat inilah yang sering aku lontarkan pada teman-teman tentang sabar.
"Sabar itu indah buat hati yang gundah gulana" . 
Ya, Itu yang ku pasakkan selama ini.
Tapi, untuk menyebutnya mudah.Praktikalnya terkadang payah.

Terkenang seorang sahabat yang jauh sangat di mata. Sahabat yang kini sedang menuai bahagia , membaja debunga gembira. Di sebuah mahligai yang telah terbina, bersama pasangan tercinta. Sahabat yang banyak mengajar aku tentang alam dan dunia, kiasan dan adab dalam berkata. Kisahnya dahulunya penuh dengan derita, tapi akhirnya berkat kesabaran , hikmah yang diterima berganda. 

Teringat kisahnya dahulu:

Aku nukilkan kembali kisah yang pernah dia kirimkan padaku melalui taman SKH ini.


"Jam tepat menunjukkan pukul 10 pagi , aku masih bercangkul di tanah abah yang tidak sampai satu ekar, keringat telah lama membasahi tubuhku.
Cuaca hari ini sangat baik bagiku..Aku mendongak ke langit, biru keputihan. Tiba-tiba sepasang burung terbang di hadapan pandangan mataku, bahagia sungguh burung itu, semoga Allah membahagiakan mereka. Doaku di dalam hati, terbang mereka pantas.

Aku kembali merenung langit biru yang cerah bersama warna keputihan, indah sungguh ciptaan Allah ini, subhanallah, aku tersenyum sambil tanganku memegang cangkul, aku tiba-tiba teringat akan sahabat ku di bumi syam itu, apakah langitnya juga sama sepertiku? apakah dia bahagia? 
Apakah dia masih ingat akan diriku?
Arghhh!lamunan keriangan dan kebahagiaan bersamanya bagai di rentap apabila episod duka persahabatanku memintas lamunan bahagiaku bersama dia.
Sahabat, aku tidak pernah mengkhianatimu, tahukah kau sahabat betapa sakitnya hati ini kau lukai?

'Sabar itu indah kan..Buat hati yang gundah gulana..' 
Tiba-tiba aku teringat kata-kata itu, kata-kata tulisan seorang sahabat ku atin jieha,kata-katanya seolah-olah sedang berbisik di telingaku tika ini. ya, sabar itu indah.



Aku meneruskan pekerjaan biasaku, mencangkul tanah, untuk menanam ubi,pucuknya aku petik, untuk dijual. 'Sabar itu indah kan..buat hati yang gundah gulana..'
Kata-kata sahabatku ini sekali lagi terngiang-ngiang di telingaku, aku tersenyum, Benar kata orang, lepas datangnya duka, pasti akan ada suka, bersabarlah duhai hati, aku seakan-akan memujuk diri.



Usai mencangkul, aku segera bersiap untuk pulang, kerana perlu memasak untuk abah, emak dan adik-adikku yang akan pulang selepas zohor nanti,. usai menyimpan cangkul dan peralatan-peralatan seumpamanya. Aku segera mencapai basikalku, kayuhan ku hari ini sedikit bersemangat dari biasa. ' sabar itu indah kan..buat hati yang gundah gulana..' kata-katanya masih terngiang-ngiang semula di telingaku tika ini. 
Ya, ..aku harus bersabar, dan banyak berdoa. Aku tersenyum sendiri, bagaimanakah sahabat ku di sana?
Kata-katanya tempoh hari ibarat salju yang turun di tanah yang tandus, Aku berdoa agar Allah memudahkan urusannya. Hatiku bermonolog lagi, aku mendongak ke langit seketika dan tersenyum! Alhamdulillah "




Ya~ Sering ku khabarkan kepada insan sekeliling dan ingatkan tentang sabar.
Tapi aku?
 



Sabar itu indah kan, sayang?~

Hilang fokus ku sekejap di dalam kelas tadi. Entah kenapa waktu inilah fikiranku terawang-awang,  Tidak tahu sebenarnya apa yang dibenakku. 
Bersedih? 
Tidak~
Aku cari punca,cari dan cari.
Ya,pasti ini berkaitan dengan hati. Buat aku terasa berat dan lelah. Sehinggakan aku rasa letih dan resah.
Tapi, aku tidak boleh terus-terusan 'memberatkan' hati. Kerna banyak hati yang telah menghuni dan berteduh di dalam hati ku dan perlu ku jaga ,rawat dan belai. 


Namun, Aku tetap seorang manusia. Yang pasti ada batas kesabaran dan hadnya. Adakala sakit,adakala terkilan.
Papp!! " sabar itu indah kan ,sayang~"
Bagai ada tamparan yang terpalit di wajah ku ini. 



" Sabar adalah tumbuhan yang pahit tapi berbuah manis" 
Ouchh! Bagai ada satu cubitan halus . 
Sabar bukan duri-duri yang melukakan, tapi menenangkan jiwa untuk reda. 


Sabar ye sayang~

Ku tepuk-tepuk dada, mohon lega walau terkadang meradang.
"Nak Allah kasih , atau manusia yang berdendam?"

Mestilah mahukan Kasih Allah.

Jadi , terus bersabar ye sayang.

Ingat~
Khalifah Ali Bin ABi Talib pernah berpesan:
"Ketahuilah bahawa sabar,jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya Hilang, maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya,jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rosak."

"Sabar Ye sayang.."
Ya~ Setiap hari kita pasti dituntun oleh segala keinginan. Andai tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumus kita,keinginan itu jugalah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima.

Ya, Sabar itu indah.
Ku genggam kedua belah tangan.
Pejamkan mata. 
Cuba resapi rasa hati...

"Sabar itu indah kan,sayang ? ~"
Di hembuskan kata-kata itu kembali.
Musibah itu pasti ada,
Ujian pasti akan menimpa
Tapi, cuba sabar..
Akan ada hikmah yang berganda..
Sabar seperti Rasulullah tau!


-Atin Jieha-





 






☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

2 ulasan:

Khair-Jiha berkata...

Baru lepas menangis..berdoa dan merintih..agar dikuatkan hati dan iman kepadaNya..mohon kesabaran yang rabak terkoyak dapat disulam indah berbekalkan iman dan percaya kepada Dia..Benar..sabar itu indah.. =)

Atin Jieha berkata...

khair jiha:
Sungguh~ terus berkata, sabar itu indah buat hati yang gundah gulana.! :)

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH