Sabtu, April 20, 2013

:: M2M ::

Views

" Fatin banyak mujahadah. "

" Saya puji fatin banyak mujahadah, inshaAllah balasan Allah beri setimpal dengan kerja buat fatin,malah lebih. "

Jariku kaku untuk menaip balas ulasan itu. Malam yang berlegar sayup-sayup bunyi kipas berderu, kelam seisi penjuru. Dalam kamar tiada bulan bintang, tidak pula bersembunyi di atas siling-siling yang ada cebis-cebis sawang.
Kosong.
Hanya bunyi denting juga.
Denting yang berbunyi dari dinding kamar.

Jari kembali lincah mengarang . Balas.
" Fatin perlu muhasabah, baru boleh digelar mujahadah. " air mata bergelodak ditepi tubir pancaindera.
Dalam jiwa berantakan, Mohon jangan diagung-agung manusia khilaf yang berselaput dosa yang hitam. 

------------------------------------------------------

Guruh Berdentum.
Kilat sambar menyambar.
Buah mulut manusia akan berkata, " bakal kiamatkah pabila ribut dahsyat menjelma? "
Kalau kiamat menjelma, amal apa yang disedia?

Dihenyek bantal yang bergelumang bersama setiap malam, menopang dagu dan memejam mata yang layu dek penangan kelelahan. 
Fikiran rancak lagi berputar. Minda tidak dapat membuang kabus-kabus perihal dosa.
Perihal masuk syurga juga menjelajah didalam kotak jiwa, mampukah aku? 
Kepala terasa berpinar-pinar. Sarat dengan pergolakan dunia. 

" Fatin mahu menebus dosa, hidup tidak lama. Mana tahu ajal esok lusa . "
Aku mengguman sendirian . Kepadanya juga diutarakan .
Muhasabah untuk mujahadah. 

' M2M '.  Muhasabah To Mujahadah. 

--------------------
Apa yang dilakukan untuk masa hadapan? 


Pesan kepada Diri..
pasakkan  dalam fikiran  setiap ujian yang berlaku salah satu nilaian TUHAN pada hamba-NYA.
Sejauh manakah aku sebagai hamba sanggup memikul dan menyelesaikan setiap musibah dan ujian itu sehingga kita merasakan "MANIS" nya ujian tersebut buat kita.

Pesan lagi Kepada Diri..
ALLAH tidak akan menguji sesuatu perkara yang mana hamba-NYA tidak mampu..
ALLAH uji kerana sedar kita "MAMPU"..
dan ganjarannya adalah pahala.
Kalau ikhlas diiringi dengan amal yang dilakukannya. 

Kerna itu muhasabah perlu lebih mujahadah.
Lantaran Hidup ini perlukan penilaian, Menghitung dan menghisab
sejauh manakah sebuah perjalanan. 


Terlalu penting sebuah muhasabah dalam kehidupan..andai tidak bermuhasabah diri,mana kan kita sedar apa yang kita lakukan dalam yang tersurat mahupun tersirat..

Bak sabda Rasul yang menyentuh hati, 



"Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila melakukan sesuatu kesalahan melekatlah satu titik hitam,apabila ia meninggalkannya dan beristighfar serta bertaubat akan bercahayalah hatinya,apabila kembali melakukannya bertambahlah titik-titik hitam itu, sehingga keras hatinya"


Allahu.. Allah.
Sebuah muhasabah perjalanan..

Muhasabah An-Nafs..Muhasabah diri dan sebuah perhitungan diri untuk memerhati perkara-perkara kejahatan yang telah dilakukan atau berapa banyak manakah amal-amal kebajikan yang telah dilaksanakan.

Sesungguhnya Hati yang yang suci serta tulus, apabila ia tergerak untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk.


Sesungguhnya Orang yang selalu bermuhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya.Prihatin pada dirinya.. Agak-agak bagaimana muhasabah
itu berlaku 
?

Setiap seketika "MUHASABAH" pasti berlaku. Kita menghisab dan menghitung segala apa yang kita
lakukan pada hari tersebut. Mungkin Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan Tetapi fikirkan kembali banyak mana kejahatan yang kita
lakukan. Cuma..Jangan terlalu mengingati kebaikan yang telah kita lakukan seharian dan Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. 

Ini lah bahana bahaya nya.Selepas itu, kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. 

Ya ALLAH..jauhkan segala macam ini dari kami..Ya Rahman..


Tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih walau sesaat pun.
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Dan Tuhan juga hanya mahu kita beramal tanpa berkira dengan lelah penat yang di curahkan.


Ganjarannya SYURGA . 

Dikasihi TUHAN.

Muhasabah adalah satu simulasi untuk melakukan evolusi terhadap perjalanan hidupsendiri secara objektif dan kejujurannya sehingga berguna untuk perbaikian diri di masa akan datang.

Sesungguhnya bukan hasilnya yang menjadi perhatian tetapi yang terpenting adalah kesedaran kita untuk perbaikian diri sehingga sesuai dengan ajaran islam..

Muhasabah..
Yakni Jalan menuju ALLAH...berpindah kepada jiwa kotor kepada jiwa yang bersih dan suci,berpindah dari akal yang tidak mengikut syarak kepada akal yang tunduk pada syarak,berpindah dari hati yang kafir,fasiq,munafiq kepada hati yang tenang lagi selamat.
Muhasabah
Membangun bersama dengan Hari Esok yang Lebih Baik,lantas bersikap muahadah,mujahadah,muqarabah,muhasabah dan muaqabah.
Sesungguhnya sentiasalah bermuhasabah kerna hidup kita ini hanyalah sementara..sampai saatnya kita pasti akan menemui ALLAH TAALA.



"Bermuhasabah"


Berubah..perlu pengorbanan.."tadhiyah" yang tinggi..sememangnya memperbaiki diri ini bukan perkara yang mudah dan senang lantaran terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang diimpi oleh jiwa..



Sesungguhnya muhasabah cermin diri untuk mental islami

Mengira segala kebaikan dan kejahatan yang telah dikerjakan sebagai persiapan untuk hari perhitungan ..betulkan lah niat dan segalanya hanya kerna ALLAH TAALA dan tinggalkanlah perkara yang wajib ditinggalkan..sesungguhnya muhasabah adalah agar sedar dan taubat dari segala dosa.


Maka, apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian??Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita sering terlupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.
Apakah pilihan kita?

" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih kasih dan ihsan ILAHI.Sedarlah bahawa keredhoan ALLAH lah yang kita cari.. "



Muhasabah untuk mujahadah. - M2M ini perlu diperkasa. 
Duhai hati, bimbinglah diri. 
Berfikir untuk meneladani, mencari sinar yang lebih beerti. 

Kata Mentari, 
Aku gagah dari engkau manusia yang manusiawi. Tapi gagah ku hanya sekadar ini, sedang ILAHI Maha GAGAH untuk menginsafkan kita yang berkalung dosa yang merantai hati dan kaki.

Malam , 
kian sunyi. 
Ku pejam lagi mata. Tutupkan sekejap pancaindera. 
Mahu mencari diri dalam mimpi, biar fajar menyingsing, apabila dikuakkan jendela. Aku menjadi aku yang lebih mujahadah. Mujahadah untuk mengikis karat-karat dosa dan jahiliah.

Pasti ada sinar untuk yang berusaha! 

Fi amanillah. 


- Atin Jieha - 
20042013
16: 10 p.m














☂Asal Allah redho,Tinta Ini Pasti Bernada.Ya, Teruskan Tersenyum!☂

1 ulasan:

cimon berkata...

Moga diri ini mendapat redho Ilahi. Aamiin. Aamiin. Aamiin. In shaa Allah. (^_^)

p/s: bgus nya artikel nh!! Thanks (~_^)

 
COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat Di Atas Semua Hak milik Atin Jieha Pemilik SKH