Assalamualaikum taman hati teman,Aku ini.Mahu datang bertandang. Setelah sekian lama tiada jengukan .Bukan kerana lupa atau tidak peduli,Fikir ku karat, Culas juga dengan waktu.Punya bidadari-bidadari kecil yang memaut dan mengenggam erat lengan dan hatiku,Sedikit menyukarkan aku kembali memacu pena pada dada mu.
Ditaip , padam.Ditaip lagi, aku padam .Sampai aku bosan dan tinggal.Dan ada yang berdoa aku akan pulang.Menuai secangkir tentang hati dan perasaan.Tanpa sedar,Hari ini aku cuba kembali.Menziarahi kerna rindu yang tidak tertahankan.Maafkan aku wahai Taman yang pernah menjadi teman kesayangan.Ini aku,Cuba kembali ,mencipta memoir denganmu.
------------------------------------------------------------
AtinJieha
Pemilik SKH
10.01 a.m
07122017
🎵 Kita tidak mampu mengulangi masa,
Hujan tak akan balik ke langit semula,
Jemputlah kenangan yang terindah sahaja. 🎵
0 ulasan:
Catat Ulasan